Wednesday, April 29, 2009

~Regular Caller~

2009


Ell ada nk citer sket pasal regular caller atau lebih tepat lagi caller tv/radio paling populer.U'ols pernah trperasan tk or kenal dgn org2 yg rajin call tv/radio nih.Ell ada perasaan beberapa org pendengar/penonton ni kerap sgt buat panggilan tv/radio.Yg heran tu,senang pulak derang ni menembusi talian.Ell saspek derang ni buat freelance kot koling2 radio/tv ni..tu pasal semua stesen radio/tv derang ada.hahaha ..
tk pn keje kat TELEKOM.Tp apa pun yg paling utama Ell rasa derang nih nak cari nama,supaya org 2 trtntu ataupun org ramai kenal dia.Nk popular lah tu..nnt bila org trtntu tnya..'hei you that one yg...', rply 'yup,thats me..'

Lagi satu,dulu2 dlm game show yg on air tawar hadiah yg kira oklah.Ada sesetghnya caller tu mnpak sngat call dari studio dia jgk(dh setting org sndiri).Kdg2 tu org yg sama atau biasa dgr tp cuba diubah tone/slang dia,nmpak sngat.Mngkin nk cver hadiah game tu yg sbnarnya tk seberapa.kalau bab soklan mmg tk boleh tahan,skema, trsusun rapi n sampai tahap meluat.Kira mcm soklan tu tahap media lah.Mcm dh diatur.Bknnya apa,cuma bg la chance kat org laen..asyik2 org yg sama,mana2 stesen tv/radio ada jer..kadang2 pagi Ell tengok MHI ada dia call,alih RTM ada gak call,tgh hari tengok Apa2 Aje ada call..pendek kata RTM,Media Prima n kadang2 ASTRO pn dia call.Derang ni tak de benda lain nk buat ke..Kalau radio,dulu2 Ell mmg cam suara yg sama ,tk sangka plak lps berbelas2 tahun boleh dengar suara ni semula kt tv.Ini pn boleh dikatakn mana2 stesen radio..Adei..kemaruk sgt ke nk populer..atau mngkin jgk nk tunjuk pandai, serba tahu itu dn ini.

Tp sebenarnya Ell tk kisah pn pasal derang ni,bil tepon derang yg bayar sendiri..cuma nk jadikan isu je dlm blog sendiri...:)Agak2nya kontot tk jari derang ni sbb siang mlm asyik nerai call radio/tv.hahaha


Teori Ell derang ni:-

1.nak cari nama (popular)
2.tinggi pengetahuan/educated (mngkin tk berapa tp mcm serba tahu itu dn ini)
3.dh disusun utk buat panggilan /freelance/org sndiri
4.trlalu fanatik dgn rancangan2 trtntu (boleh luahkn yg serba tahu tu)
5..keja kat TELEKOM?


Lps ni,ABPBH boleh lah adakan kategori pemanggil radio/tv paling popular.hahaha :D :LOL:
*Ell ada kenal sorang yg duk kampung sebelah mmg rajin buat panggialn kat tv RTM/Media prima.kat radio tak taulah..sbb dh lama tk dengar radio..:P
*Teringat plak Ell pd 'Masrifah Idayu' yg mmg top kat stesen2 radio zaman2 Ell skolah dulu.yg xleh thn bila time dia menyampaikan puisi or sajak...Kalau ada yg tahu tntng kewujudan dia ni mesti ingat betapa 'seksinya' suara dia..:D kalau tk tau tu,jgn ditanya siapakah gerangannya.Mana agaknya dia yer...

VOTE MY BLOG

Monday, April 27, 2009

Isu Hospital Kerajaan



Mungkin kita dh bosan disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada aja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang muncul perasaan bimbang dengan perkhidamatan yang disediakan.Sebab brkemungkinan akan menambah penyakit bg yg nk mengurangkan sakit.

Pagi ni,Ell tonton MHI dgn isu yg dikemukakan adalah brkaitan dgn perkhidmatan hospital kerajaan.Dah 2x isu ni diutarakan dr minggu lps.Mcm2 keluh kesah pemanggil yg melepaskan perasaan geram dan marah.Yg paling tk boleh nk elak,setiap pemanggil mesti mention nama hospital tanpa brselindung..baguslah,sekurang2nya hospital brkenaan boleh pertingkatkan perkhidmatan yg cemerlang kpd pesakit2nya.
Mcm2 kes dh yg kita pernah dengar brkaitan hospital kerajaan ni,bkn nya nk perlekeh..cuma sekadar memberi sedikit kesedaran kpd kakitangan hospital kerajaan ni apa yg sewajarnya diperlakukan kpd pesakit.Akhbar Berita Harian harini kes trtangkap 2 org dokter yg 'curi tulang'.Hah padan muka..dh tentu ramai pesakit dtg nk mendptkan rawatan ,dia senang lenang baca surat khabar n buat krja sndiri..halo ni bnyak pesakit tnggu tau.*tuuuttttt*punyer dokter.apa yg dia belajar dulu hah!
Ok,uo'ls..bkn Ell sesaje nk bising2 kat sini.Ell pn ada pengalaman dgn hospital kerajaan ni.Tp mungkin tak lh seteruk sesetengah kes.Kisahnya 9thn lps masa Ell nk melahirkan puteri sulong Ell, Marsha.Hari kejadian pagi,Ell gi rutin check up kat klinik tmpt Ell,baby didapati dh kurang movement dlm perut, tkut je hape2 jd kan..Ell diminta pergi ke hospital Pontian utk membuat pemeriksaan selanjutnya.Time tu Ell belum rasa sakit nk bersalin ,seminggu awal dr tarikh due..

Bila sampai kat hospital punyalh lama nk menunggu giliran...(yelah,fhm hospital kerajaan mmg ramai pesakit,mcm tk cukup kakitangan).Takpe,Ell ngan suami tunggu dgn penuh kesabaraan..maklumlah..sakit lum datang..tp kalau dh mula sakit tu,mmg hilang sabarlh jawabnya..Tambah pulak,bila dh sampai giliran...2-3 kali Ell keluar masuk bilik dia kata tunggu baby gerak.Wey,org dtg nk check kenapa baby tk gerak..Adei,segal betul.Kali ke3 baru doc tu kata baby sleeping pattern lps di periksa dgn alat apa tah yg utk dengar degup jantung baby tu..So,Ell ditempatkan diward utk 1mlm (katanya)bg membuat pemantauan trhdp baby.Kalau ok,esok boleh balik.

Dgn kuasa Allah,mlm tu jugak Ell dh mula rasa sakit nk brsalin..hsbn Ell yg setia menunggu dan meneman dr siang tu balik lh rumah utk mengambil segala keperluan Ell dan bb (time tu tk siap2 bawak beg sbb tk tau kena tahan)abis,1st time.Tp sblm tu,Ell dh diperiksa bukaan jalan,tp masih 1cm.Jadi nurse pn menganggarkan paling cepat pun esok tgh hari baru Ell brsalin.Nurse tu pn mmberitahu yg si suami boleh balik,sekiranya ada apa2 dia akan beritahu.So bila dh dekat mlm hsbn Ell pn berkira2 utk dtg pd keesokan pgnya,tu pun Ell yg suruh sbb time tuh Ell rasa ok.

Lebih kurang kul 1-4pg Ell dh mula resah tk tentu arah..kejap2 keluar masuk bilik air sbb rasa mcm nk 'buang air besar' .Akak sebelah katil Ell pn dh risau,dia kesian siap ckp kat nurse tu suruh tengok kn Ell.Katanya pernah ada kes yg 'trberanak' atas katil.Wah..punyalah hangen nurse2 yg time tu tgh mkn kuaci, smbl tengok tv n dengar radio nk check Ell nih."Haih lambat lagi " katanya dgn nada rungut.Agaknya apa perasaan dia ekk. Ell pn nk geram takde lah..sbb masa tu dh ingat nk menahan saket jer..2-3 kali gak Ell pergi jumpa dia suruh tengokkan 'jalan' atau pn susah2 Ell dh brsedia nk masuk labour room tu.Amboi..tambah bising lg dier.."belum lg la...esok baru awak brsalin nih.tido dulu..menyusahkan betul" cait setan nye nurse...

Punyalah tk thn Ell time tu,Ell sampai nekad biarlh Ell bersalin je atas katil tu..biar dia nengok Ell betul2 dh brtarung ngan nyawa..bergolek kekiri,brgolek kekanan..tk sape pn nk tolong..kakak2 yg sebelah menyebelah katil semua pn menahan sakit n ada yg tido..Keluar masuk bilik air sambil mengerang2..tp semua nurse buat2 tk dengar..dan tiba thp yg Ell takleh thn sampai trmuntah tepi katil sbb Ell rasa mual yg melampau...Bila dia dengar Ell muntah tu,baru nk tunjuk muka...tp bkn dgn perasaan kesian...makin 'menyetan' lg dia.Ada ke dia leh ckp "Adoi....!muntah pulak dia..knpa tk pegi toilet...tk habis2.." apa yg tk habis2?nk kata meyusahkan...

Jam masa kul 4.30pg(lebih kurang).Dan dia tk de pilihan,terus check bukaan laluan Ell.Mak aii..trkejut nurse2 tu u'ols..dh 8cm.Ell pn dihantar ke labour room..sambil bertarung nyawa dn tk hingat apa...tanpa peneman,dan sokongan..Ell slmt melahirkan bayi comel nama Marsha pd pukul 6.52pg (24/7/2001).

Yang ralat sekali Ell tk diteman kan suami Ell yg trcinta ..dn lebih sedih lg semua family members tk dimaklumkan dgn kelahiran bb Ell tu...Alih2 pagi tu hsbn dtg dgn abah Ell bawa bekal sarapan utk Ell mkn,tengok Ell takde kat katil baru lh hsbn diberitahu yg Ell ada dlm labour room tp dia ingatkn setakat check je.Dia pn tunggu,mana lh tau dpt tengok isteri sendiri melahirkan bayi nnt...tungu punya tunggu,Ell keluar dgn wheel chair sambil pegang baby..yg klakar,ada ke hsbn ingat Ell practice pegang baby cina.Utk kepastian,hsbn tnya.anak siapa?Eh,anak kita lh Ell jawab...masa tu brjurai air mata dia sbb happy tp ada sedikit ralat..

Pengalamn ni mmg tk kn Ell lupa.Walau apa pun Ell n hsbn amat bersyukur krn semuanya selamat.Cuma tk trbayang kalau sebaliknya brlaku,siapa yg harus dipersalahkn. Banyak kelemahan kakitangan hospital harus diambil kira. Nasib baik tk de apa2 buruk trjd..klau tk hsbn Ell cari nurse yg kata "apa2 hal dia call".Tp tu pun hsbn Ell hntar surat complain pasal cara n layanan nurse2 disitu.Rupa2nya u'olls,sblm ni mmg dh bnyak org complain bnda2 ni tp tk de tndakan yg dibuat.Ell sedar,tk boleh nk mengharapkan 100% yg trbaik dr mereka kakitanngan hospital tu..cuma jaga sket hati dn perasaan pesakit2 yg nk kn rawatan..sekurang2nya bg lh sedikit senyuman yg manis.Mngkin pd dia org bnda2 ni bnda yg biasa krn brdepan hari2,tp ingatlh org2 yg bukan selalu mnghadapi situasi begini.Bertarung nyawa ni tau..

Walaupun berhadapan dgn segala kesakitan,menimang cahaya mata merupakan perkara yg gembira n satu pengalaman buat pasangan suami isteri. Jd bagi nurse2/jururawat2..jgnlh membuatkn ini satu pengalaman yg menyiksakan atau menakutkan bg pasangan yg mnghadapinya.

Sbnrnya kerja meraka ni murni sbb jaga pesakit atau yg memerlukan dn membantu menyelamatkan nyawa..tp itu pn harus kena dgn gayanya...



*Kejadian2 sprt diatas dn seumpamanya tidak mewakili keseluruhan pusat kesihatan/hosp krjaan.
*Syukur cuma sekali pengalaman buruk ni brlaku.mungkin ramai lg yg menderita disebabkan kerenah kakitangan hospital kerajaan nih.
*Apapn,nmpaknya hospital pontian dh pertingkatkan kualiti perkhidmatannya..sbb dh takde lg rungutan2 yg Ell dengar sprt yg sebelum2nya.Lg pun bnyak nurse2 baru.Mngkin dia org dh prbetulkn kelemahan dn kesalahan yg ada,setelah bertubi2 dpt complain dr org ramai.Apa pun,layanan yg Ell dpt semasa anak ke 2 n 3 amat baik sekali.







VOTE MY BLOG






Friday, April 24, 2009

Kebenaran Al-Quran




AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara sehingga kini.Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab asmawi terakhir ini bukan rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam.

Yang paling baru ditemui kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalam al-Quran.Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal mengenai kejadian ini.



Ayat Al-Quran surah 9 (At-taubah) ayat 110 yg bermaksud; "(keruntuhan) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak keluh kesah (lebih drpd yg sedia ada)dalam hati mereka ,(dan tidak akan habis)kecuali (apabila)hati mereka hancur luluh (dlm tanah).Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana."
Fakta tragedi tersebut

Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
Tarikh kejadian : 11 haribulan
Bulan : 9
Tahun : 2001

Apakah persamaan nya dgn ayat Al-Quran surah At-Taubah ini?Mari sama2 kita lihat dan renungkan.Ayat berkenaan ialah ayat 110 (WTC 110 tingkat).Juzuk ke 11 (tarikh kejadian pada 11 haribulan).Surah ke 9 ( kejadian berlaku dalam bulan 9).Sementara huruf terakhir surah itu ialah huruf yang ke 2001( kejadian berlaku dlm tahun 2001).
Ini adalah persamaan yg boleh dianggap tepat.Tetapi sejauh mana maksud Allah SWT didlm ayat ini tidaklah diketahui.Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan makna ayat,maka boleh kita jadikan ikhtibar.Namun apa yg terjadi dan berlaku semuanya didalam ilmu Allah yang sangat dalam,Allah lebih mengetahuinya.Allah akan memberitahu rahsianya kpd sesiapa yg dikehendaki .Sesiapa yg rajin mencari,maka ia akan bertemu.

Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.Bnyak lagi bukti keagungan Allah yg telah dinyatakan didalam Al-Quran,malah perkara2 yg bakal berlaku juga tlh dinyatakan.Maka sebab itu boleh lah dikatakan ilmu Al-Quran itu melampaui zaman...
Ini lagi satu kejadian yg Ell rasa nak tunjuk. Kalimah Allah .Mungkin ada yang dah mengetahui..tapi apa salahnya kita brkongsi..Kalau nak tengok lebih bnyak gambar mengenai kalimah2 Allah ,sila ke laman ini www.miraclesofislam.com



Gambar ini diambil di Gunung Lembu,Langkawi,Indonesia


Subhanallah,maha suci Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah!
Sungguh benarlah firmanmu;

"Kami(Allah)akan memperlihat kan tanda tanda kekuasaan kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri ,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar."
Surah Al fushilat ayat 53



*Mungkin ada yg dh tau tentang perkara2 sebegini..
*Semoga menimbulkan keinsafan kepada kita bahawasanya Allah SWT berkuasa diatas segala-galanya.
*Sumber dipetik dari sebuah buku yang bertajuk MISTERI ANEH DAN GANJL BUKTI KEAGUNGAN ALLAH dan laman web
www.miraclesofislam.com




VOTE MY BLOG


Wednesday, April 22, 2009

Dah buat ke belum?

009






Salam..



U'ols yg bergelar wanita,sudahkah anda membuat ujian PAP SMEAR? Ell baru balik lps buat test ni utk kali yg ke 3 dlm tempoh 5 tahun. Apa itu pap smear dan keperluannya u'ols boleh surf sendiri internet dan membaca serta ambil tau serba sedikit mengnainya..Tolong jgn abaikan ujian ini krn ia sgt penting utk u'ols mengesan tanda2 awal kanser serviks.perubahan sel2 pangkal rahim akan dpt dikesan dan mungkin akan dpt diubati sblm ianya merebak menjadi sel kanser.
Apa yg Ell nk kongsikan disini,ialah proses ujian ini dijalankan.Tidak merasa sebarang kesakitan malah wanita seharusnya lebih rileks dan tenang.Jangan takut pls..utk kebaikan jugak.

Prosesnya adalah membuka dan menahan dinding vagina supaya tetap terbuka, sehingga pangkal rahim kelihatan dgn jelas (alat sprt dlm gambar). Sel-sel leher rahim kemudian diambil dengan cara mengusap leher rahim menggunakan alat yang disebut spatula kemudian sel dioleskan pada object glass, dan dikirim ke makmal patologi untuk pemeriksaan yang lebih teliti. Sekiranya ada tanda2 yg luarbiasa,pemeriksaan akan dilakukan sekali lg utk mendpt kepastian.
Cuba usahakan melakukan pap smear test ini 1 atau 2 minggu setelah masa haid. Jika sudah menopause pap smear dapat dilakukan bila2 saja. Kalau u'ols dh pernah melakukan ujian ini,tentunya dh ditetapkan tarikh temujanji ujian..Seelok2nya setahun sekali dan jika sudah melepasi 3thn berturut2 masih dlm keadaan elok,ujian susulan haruslh dilakukan 3thn sekali.(apa yg diterngkan pd Ell)



Siapa yg perlu melakukan ujian ni? Setiap wanita yg berumur 20-75 thn,yg kerap melakukan hubungan seksual.Maknanya yg sudah bernikah la..ada ke yg belum menikah tp kerap melakukan hubungan seks..owh jgn jawab disini..jawab sendiri dan simpan dlm hati.:)



Owh ya,boleh buat test ni kat klinik or hospital kerajaan jer..FOC

*lakukan sekarang krn mungkin boleh menjauhi diri anda dr menderita kanser serviks.
(konon2 cam pesanan khidmat masyarakat..)




VOTE MY BLOG

Monday, April 20, 2009

talentime~





Ell baru teringat ada simpanan clip peribadi(haha peribadi lh sangat) yg dirakam semasa malam sblm brlangsungnya majlis persandingan BIL.Tengok punya tengok,clip ni masih elok utk dipaparkan.Sebenarnya Ell rakam ni sbb dengar bunyi kecoh2 kat ruang depan rumah manakala org2 dewasa sibuk di dapur n sesetengahnya 'menyumbangkan suara' berkaraoke. :P

Ell dpt rakam sket jer memandangkan Ell jugak dijemput utk br'kera oke'.hahaha .D'ols panggil ni acara 'talent show'.memandai jer bebudak nih.Apa yg talent sgt pn tk tau.:D Jom lh u'ols tengok clip 23 saat nih.:)



U'ols faham ke apa yg 2 beradik tu buat? tk clear sgt ekk.Ok,itu adalh cubaan menyanyi n menari tarian 'ciptaan sendiri' yg dipersembahkan keliling penonton.apa2 jelh bebudak nih.:)
Kat bawah ni Ell sediakn clip n lyric sebenar yg 2beradik tu persembahkan kalau u'ols nk join sama .Lagu yg 2 beradik ni minat (selain HSM,Hannah Montana n bla3) dr hujung tahun lepas sampai skrng ni pn masih lg.
*clip ini hanya sekadar hiburan semata.So, ENJOY...
HOT N COLD - KATY PERRY
You change your mind
Like a girl changes clothes
Yeah you, PMS
Like a bitch
I would know
And you always think
Always speak
Crypticly

I should know
That you're no good for me


CHORUS 1
Cause you're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
You're wrong when it's right
It's black and it's white
We fight, we break up
We kiss, we make up
CHORUS 2
You, You don't really want to stay, no
You, but you don't really want to go-o
You're hot then you're cold
You're yes then you're no
You're in and you're out
You're up and you're down
We used to be
Just like twins
So in sync
The same energy
Now's a dead battery
Used to laugh bout nothing
Now your plain boring
I should know that
you're not gonna change

# REPEAT CHORUS 1
# REPEAT CHORUS 2
Someone call the doctor
Got a case of a love bi-polar
Stuck on a roller coaster
Can't get off this ride
You change your mind
Like a girl changes clothes
# REPEAT CHORUS 1 (2x)
# REPEAT CHORUS 2

*Sebenarnya Ell pn suka lagu ni,tp tdklh mendtg kn apa2 makna.just suka2.lg pn bebudak ni slalu sgt menyayi tk tentu masa.dlm bilik mandi menyanyi,sambil belajar menyanyi malah kalau tk ditegur, nk mkn pn menyanyi.tu yg ell pn dh melekat kt kepala...:)



VOTE MY BLOG




Thursday, April 16, 2009

Tags n Awards




Hari melunaskan tag~Tag yg nak buat ni 3 jer..tp yg bg tag ni punyelh ramai sampai 5 org.. ni kira pakej la eh..:) Harga belakang kira..:P


Tag From ~ CT RAHANI & IMSINTAN


tag gambar profile

1.Terangkan maksud gambar itu:-
Gambar ni diambil semasa dlm perjalan nk gi Palm Resort Golf & Country Club,Senai,Johor.Ada gathering ngan family BIL.Diambil pd 13 April 2008 (lebih kurang setahun yg lalu,blm ada blog lg).

2.Kenapa pilih gambar itu:-
Masa baru jd blogger,itulh gambar trbaru yg Ell ada.Lg pn Aryan nmpk 'fontel' sgt dgn umur dier baru 3bln time tuh.:)

3.Nak tag siapa?
Ha..semua diwajibkan sbb nk tau jugak kenapa u'ols pilih gambar profile u'ols skrng tu..sape yg mengaku dh buat tu...sila tunjukkan bukti eh...bg kt Ell mana link nyer...




SETTLED

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tag From ~ DEE

1. 3 names in your Inbox cellphone?
~Hunny Bunny (hsbn)
~Mom HP
~Home
2. Your main ringtone?
~Everybody's Changing by Keane
3. What u did at 12 last nite?
~mengemas umah sket2 supaya bgn pagi hati rasa senang...
4. Who was the last person u went out with? Where?
~Hsbn N Kids
~routine check up kt clinic
5. The color of the shirt you're wearing? Now?
~Grey
6. The last thing u did?
~Lunch with family
7. 3 of your everyday favorite items?
~PC
~Hsbn nyer HP sbb lg best dr Ell punyer..saje nk menggodek smbil main games
~TV
8. The color of your bedroom?
~Brown N Cream
9. How much money in your wallet now?
~owh tidak! kene bg tau ke..?5 hinggit jer..:(
10. How's life?
~Semakin baik dr hari ke hari..syukur.
11. Your favourite song?
~Sblm ni ada gak tag yg nk fav song ni,Ell letak Before Your Love by Kelly Clarkson, Unintended by Muse. Bnyak sbnrnya lagu2 yg Ell suka (see my playlist kt bawah), tp sekarang Ell tgh suka dengar lagu A Million Love Songs - Take That, n another one is from a Singapore local group... Angel of the night by The Lovehunters (sis Moralle, could u help me get the cd pls)
12. What will u do next weekend?
~Tak plan lg..
13. When was the last time you saw your mom?
~Petang semalm
14. Where is she now?
~Kat umah dier..Kat area sini gak.
15. When was the last time you talked to your parents?
~Smlm gi umah dierang
16. Who is the last person that texted u?
~Hsbn
17. Where did you have your dinner last night?
~As usual,kat umah jer..
18. The last surprise you got?
~Dpt hadiah loket dr hsbn masa wedding anniversary lps...sbb dier ckp konon2 tk nk bg apa2,last2 bg jugak...:)
19. Last thing you borrowed from your friends?
~Tak ada
20. Who is ur bf/gf or husband/wife?
~Aminul Rashid Arshad
21. What do you feel now?
~Biasa2 jer...
22. Wanna share with who?
~Hsbn n family
23. Who knows your secret?
~Hsbn
24. They keep your secret?
~Of coz la...kn darl..
25. Are you angry with someone?
~No..
26. What do you order at McD?
~Big Mac/Qtr Pounder/Apple pie n fries...
27. The last time you felt so sad?
~January lepas..My aunty meninggal dunia dn meninggalkan ank2nya seramai 6 org dn menjd yatim piatu..owhhhh sgt sedih dan pilu...huk huk :'(
28. What is your wish for tomorrow?
~Harap2 hari esok lebih baik dr hari ini
29. Wish to tag......
~Semua kenalan baru dr 2bln kebelakangan..agak2 kalau terasa baru mengenali Ell tu, silalh buat yer...


SETTLED

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tag From~ CT RAHANI , NEEZAREEF & MZZNANA




1.Nama Timangan
~Elly
~Ell
~Mama

2.Anda seorang yang
~Tak bnyk cakap,sedikit garang dgn ank2 tp baik hati ,cool, simple dn yg lain2 kalau u'ols pandai menilai,boleh agak Ell seorg yg sprt apa melalui cara penulisan ,jawapan tags dn pemilihan lagu dlm blog Ell nih. :) Ell jugak boleh berubah2 mengikut keadaan org sekeliling..:)

3.Insan teristimewa dan kenapa?
~My hsbn sbb dia cinta pertama, yg mmbawa Ell ke kehidupan selesa sprt sekarang ni .Insya'allah yg trakhir juga..
~My parents sbb kalau tk de mereka,tk dpt Ell tengok dunia..(Trima Kasih Mak Abah...)
~My Kids sbb mereka pelengkap kehidupan Ell yg serba sederhana tp bahagia ni...

4.Lagu kesukaan sekarang
~Hot N cold by Katy Perry

5.Makann Kegemaran
~Nasi ayam

6.Warna kegemaran
~brown,red,orange...

7.Benda wajib ada dlm handbag
~Selalu Ell cakap Ell tk suka bawak handbag,tp kalau trdesak sgt kena ada handbag,mesti ada diapers,compact powder n perfume.Maklumlah,ada ank kecik kan..

8.Kali terakhir nangis,kenapa?
~sprt jawapan tag diatas..

9.Tag 6 rakan2 yg lain..
~Tak kiralah..siapa2 yg nak buat dipersilakan..





SETTLED

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Lastly,nak ucap terima kasih utk kak Neeza sbb bg 2 award yg special nih.Kak neeza ni baru jer kenal dn bertukar2 link,tp dier baik hati nak bg award ni.Maceh kak Neeza..:)






Dan satu lg award dr kak Gieyana.baaaru sgt kenal dlm blog nih.Minggu lepas rasanya..TQ akak.




Ada diantara u'ols yg lum menerima award ni,pls....amik ! Ell bg dgn seikhlasnya...Terima Kasih sekali lg kak Neeza dn kak Gie.Akak mmg baik hati ...Harap2 nnt kita boleh brtambah mesra ya..






*sprt biasa,Ell simpan elok2 semua awards n gifts kat SINI

Tuesday, April 14, 2009

~Magic Sing~



Let's karaoke with magic sing.yeah,the next generation of karaoke.Pd sesiapa yg suka berkaraoke tu,this is the 1 yg patut u'ols ada dirumah.Malah bkn sahja dirumah tp dibawa kemana2 asalkan ada tv.Itu pn bg u'ols yg rasa berbaloi utk menghabiskan wang ringgit utk benda nih la kan...krn harganya bolehlh tahan juga :)

Bukan Ell yg empunya karaoke system ni..(baik Ell guna utk keperluan family dn ank2 Ell).Our Along iaitu hsbn Ell nyer kakak sulong beli this thing di Jakarta (krn dia menetap disana) .Sejak tiga thn lps, stp kali balik kg tk lupa dia bawa benda ni sama (we'ols leh guna benda sesuka hati mcm hak sendiri :D).Mmg best,puas hati n yg penting kita leh tahu setakat mana tahap kita.Tak perlu CD just cucuk wire n boleh terus pilih lagu di mic ni dn nyanyi..Ye,pilih lagu pd mic...sbb semua lagu dh disimpan dlm cip yg diletak dlm mic.
satu set karaoke system ni ada 2biji mic(1 main mic,memerlukan wire penyambung dimana semua diset didlmnya,dn 1 lg wireless),1 buku senarai lagu, wire utk cucuk, serta beg simpanan.
Ini song list pelbagai lagu melayu,inggris dn cina.Pilih saja lagu kesukaan yg nk dinyanyikan..

Cara membuat song selection,lihat senarai lagu pilihan,ingat da numbers dn tekan number pada mic(stp lagu diletakkn no).Song list ni mengikut isi2 lagu yg dh ditempatkan didlm mic.Ia boleh diisi 500~15000 lagu

Picit number utk lagu pilihan..

Lagu yg trpapar di skrin tv adalah lagu pilihan,(cnth sprt diatas) kemudian tekan 'play' symbol pd mic.Music start n mulakn nyanyian....



This is the best part yg ditunggu2 .score time...Stp kali lps menyanyi,akan diberi markah brdasarkan cara dan ketepatan kita menyanyi.Dibawah markah akan juga diberikan komen.
Berikut adalah contoh komen mengikut score yg diperolehi
bawah 30 ; so bad!
40-59 ; you need more efforts!
60-70 ; good job!
70-80 ; not bad!
dan seterusnya,sprt dlm gambar diatas..:P juga akan trcatat the highest score before... (utk tips, ada lagu yg senang score n ada yg susah)
Benda ni mmg best+syiok ~
1.tk perlu vcd or dvd player
2.simply into tv, sgt compact
3.Boleh control key,echo n volume hanya pd mic.
4.boleh update lagu2 karaoke trbaru(dsetkn n ada djual)
5.spotlight a talent everytime ,every where..
(kalau nk bawak gi vacation pn ok)


Owh ya lupa,mic ni memerlukan kuasa battery 2 x 1.5v alkaline(AA size).So,mmg simple kan.Pendek kata...all-in-one karaoke system la.Tk perlu cd,additional player n PA system utk cntrl suara (tp klau nk lg best..mstilh dgn amp. n speaker box). Sesuai utk semua occasion sprt party,family gathering,lecture n apa2 je lh yg rasa memerlukan microphone..
Ell ada jumpa site yg membolehkan membeli secara online with reasonable price,RM 988 utk pasaran Malaysia.So,penggemar karaoke,u'ols tk trgoda ke dgn kecanggihan karaoke system ni...?
More Info,

*Hari yg banjir sabtu aritu,sempat lg brkaraoke dgn system nih.agaknya pasal tu kot hujan lebat turun..hahahaha



 

Sunday, April 12, 2009

~11 April 2009~




Ada apa dgn tarikh 11April nih?Tarikh ni agak penting jugak utk Ell n family ingati sbb:-

1.Marsha ganti sekolah utk cuti Hari Raya akan dtg..
2.My SIL ada balik kg frm JAKARTA (she n her family menetap disana for almost 5 years now + another 3 before retired working).n tarikh ini adalah hari dia pulang ke rumahnya di CHERAS.
3.Our home sweet home dilanda banjir...:'(

Memandangkan smlm Marsha sekolah pagi dan petang,wiken Ell pn compact jugak.Sib baik Ell tak yah masak,coz SIL n MIL gi mkn seafood kat KUKUP.Dan d'ols tapaukan je utk we'ols yg kt umah nih (Ell tk gi sama sbb Marsha skool).

Elok je stgh jam lepas SIL n her family bertolak balik CHERAS,lebih kurang jam 5ptg AYER BALOI hujan dgn lebat yg teramat sangat (padahal seharian hingga kepetang cuaca sgtlh elok).Hujan yg berserta guruh dan petir sabung menyabung buat Ell rasa ngeri sesangt.Mcm2 benda yg bermain dibenak fikiran.We'ols sefamili duk diam dlm rumah tak buat apa2 melainkan off semua plug dn suis yg ada.
Dlm keadaan yg masih hujan dlm lebih kurang jam 6ptg,hati rasa tak senang coz bila buka pintu nmpak air sket2 mula naik.Ell ngan hsbn kluar rumah tengok kalau ada apa2 benda yg nk dikemaskan esp kasut.Dptlh slmtkn selipar jepun yg hampir hanyut..dn mmg rupanya ada jugak sebelah selipar anak Ell hilang mngkn hanyut dibawa air banjir tu.


Masih ingat pandangan ini (backyard jiran sblh) waktu n3 'hujan oh hujan' hari tu..dan ini adalah ketika air dh mula naik.


sedikit gambar menunjukkan paras air di sekeliling rumah.


Backyard jiran sblh kiri

Yang paling kesian..kucing2 Ell dlm tmptnya di belakang rumah. Walau pun dikelilingi air, tp d'ols smua selamat sbb berada ditempat yg tinggi.
K u'ols tengok clip yg Ell dh siapkn ni eh~



We sefamily rasa brsyukur sgt krn kejadian ini taklh seteruk mana dn air banjir tu pun tk masuk ke dlm rumah..Cuma yg dibimbangkan adalah binatang2 lain yg tk diundang sekiranya ada.


*Air yg naik keliling rumah kami ni, nmpk jernih dn tak berlumpur.
*Banjir ni mungkin disebabkan masalah sistem perparitan sbb sblm ni tk pernah berlaku kejadian banjir.
*Smua gambar diambil lbh krg kul 6.30 - 7 ptg.



 

Saturday, April 11, 2009

Awards n gifts from luvly frens..




Bila masuk blog kawan2 yg bnyk update pasal awards,Ell pn teringat bnyk sangat awards yg Ell dh peram.So,Ell pn dengan bangganya nak keluarkan kasi tunjuk sama u'ols Ell's 2009 awards n gifts as in april...:) Bagi u'ols juga merasa kegembiraan yg Ell rasa.:D
Wow,Ell sebenarnya rasa brterima kasih sesangat for all this lovely awards from u'ols my blogger frens.Thank you so much sbb ingatkan Ell disini..:P




Antara pemberi2 award ni :-



Terlalu bnyk sahabat dan kenalan yg Ell jumpa dlm dunia blog nih.Lebih2 lg dgn pemberian awards yg ikhlas ni rasa dihargai sesangat.U'ols semua mmg best.Semoga persahabatan yg dh dijalinkan ni,akan terus kekal sampai bila2 walau kita tk pernah bersua muka.
Ell ikhlas memberikan awards yg ini (bkn followers award) kpd u'ols yg sudi menerima seadanya .Ambik je mana suka...U'ols pn boleh pergi melawat blogger frens link tu supaya tali silaturrahim kita dipanjangkan..please visit n hv fun there!

*Ell simpan semua blog award ni kat http://ladyell-ext.blogspot.com (slide).So,U'ols jgn kecik hati kalau tk nmpak awards u'ols kt sini ya..Jgn plak kata Ell tk sudi..:) Ell simpan elok2 punyer. Ell amat hargai segala pemberian n once again..thanx u'ols.


Thursday, April 09, 2009

Hujan oh Hujan..




U'ols, sekarang kat tmpt Ell ni..asal petang je hujan,petang je hujan.Tp tk tentu jugak la.Kadang2 sehari panas ,3 hari hujan,kdg2 panas atau hujan je memanjang...Pendek kata aktiviti riadah luar rumah petang2 tu asyik la trgendala/trbantut.Kalau redup,berangin syok gak main kejar2 kan..hahaha
Disebabkan semalam hari cuti,n hsbn pn stay kt umah tk kemana. so, we decide nk tengok movies. Dvdrip dwnloads.Puas.. cuma tk sepuas mcm tgk kt panggung.Maka aktiviti sampingan pn brtambah... Apalagi kalau hujan2 ni sedap na makan dn tido.Tp tk mau lh tido,nmpk sgt malasnye depan mak mertua.:P Agaknya lh kan...hari hujan ni kantung makanan pn mengembang ekk :) . Perut rasa kosong je..asyik2 nk kene isi. (alasan):P
Gambar diambil dr balcony rumah loteng.Yg kelihatan tu backyard rumah sblh..

Ok,Ell mulakan dgn menu b/fast eh.Pg smlm Ell buat sandwich.Tp sandwich ni selalu gak Ell buat utk b/fast n bekal ank2 gi skolah.Jd bkn lah perkara luarbiasa :P...

Sandwich telur

Tengahhari we'ols mkn bubur.Ala2 bubur lambuk la..tp tk cukup syarat,rasanya ok gak.Asal dh bubuh rempah tu, mmg sedap la.(Made by MIL)
Bila hujan dh mula turun sebelah petang,mulalah perut minta diisi lg.Salahkan perut ya..asyik nge'rap' tk habis2:) Ell ada 2btg pisang tanduk yg dh masak, n mmg mintak utk di mkn agaknya.Apalagi yg boleh buat ngan pisang tanduk di waktu petang kalau tk menggoreng kan(biasanya).



Pisang tanduk goreng dgn cicah kuah kicap power :P

Sambil orang minum petang,2 beradik(Marsha n Aryan) ni duk kt tepi pintu..ntah apa yg disembangkan.Mcm dh beso je dak Aryan tu.Nmpk sweet sgt brsembang sambil gelak2 . So,Ell amik gambar derang n sempat plak senyum tengok cam.Dina tk join sbb die tido.


Owh,tk habis kt situ ye menu Ell smlm..bila dh full ngan pisang goreng tu..konon2 malas nk mkn malam..sbb nk buat moviethon (tengok movie tanpa henti) lg pn kalau lapo sgt,ulang je mkn bubur tu.Dh siap bg mkn semua ank2..Ell teruskan misi membuat cookies (almond n choc chip) .Bila dh siap,we'ols layanlh movies dgn cookies ni...


Cookies yg ada terang ada gelap ni,sbb tk ikut masa bakar :) maklum ye,ini cubaan pertama mmbuat cookies,hiks
janji sedap!

resepi di ambil disini.tq sis.:)
inilh dier movies yg kami tonton.. :-

1.Passanger - 3 1/2 stars
2.Underworld 3 - 4 1/2 stars
3.X-men origins - 4 stars
4.Balls Out Gary The Tennis Coach - 3 1/2 stars
Rating ni Ell bg mengikut yg Ell rasa patut :)
So,apa masej yg ada dlm n3 ni?Huh! mcm lh brmasej sgt..:D.Takdelh u'ols..ini n3 suka suki dihari cuti..:) Mari habiskan masa ngan menonton muuuveees sambil goyang kaki di depan PC mkn coookies .Hahaha..Owh,masejnya ada ...luangkan masa yg kualiti dgn family.:)



Wednesday, April 08, 2009

Elak sebelum kena, cegah sebelum padah...




Sebelem memulakan cerita,Ell nk mengucapkan selamat brcuti bg rakyat jelata negeri Johor
(mcm kat istana plak) :P Ini adalah disebabkan sambutan hari Keputeraan D.Y.M.M Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Ismail Al-Khalidi.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ell nak citer pasal keselamatan dan jenayah trhdp kanak2.Lately, mcm2 kejadian buruk yg menimpa pd knk2..Ell pn turut sedih tk kira walau apa sebabnye...Bayangkn ank yg kite kandung,lahirkn n jaga pergi or hilang dgn sekelip mate je....(Entry ini adalah susulan dr previous n3 sbb Ell ada mention penjenayah pd last sentence posting tu.)


Hari ni masa nak masak Ell keluarkn lh paper lama. Ell trbaca pulak kisah budak umo 11 thn digilis jentolak. Bnda ni trjadi masa pemandu tu reverse. Disebabkn pemandu tu sangka bunyi yg dia dgr semasa reverse cuma kayu patah dia trus je undur padahal sbnrnya kepala bdk tu dh pecah n hancur dilenyek.
Masya'Allah...dahsyatnye...tp cuba kita renungkn mcmmana bnda2 ni bleh brlaku, atau yg pnting bleh ke ianya dielak dr brlaku dan dimana ibubapa bdk ni smasa kjadian seumpama ni brlaku.
Anak2 Ell mmg Ell jaga n tk benarkn main kt luar rumah sndirian.Apa yg penting we'ols sefamily dh ambik langkah brjaga-jaga utk mngelak sebarang musibah yg kdg2 disebabkn oleh kecuaian sendiri.
Kdg2 Ell heran. Sebagai cth lain cammane org boleh biarkn ank2 d'ols main basikal or brjln kt tepi jlnraya,sedangkan anaknya masih bawah umur 7 thn lg.Disebabkn perkara mcmni, mcm2 boleh berlaku .kene langgar kete ke,kene culik ke,kene itu,kene ini...ish tk dpt nk byngkn mcm2 bende buruk boleh jadik.
Kita kene fikirkn segala kemungkinan, lebih2 lg dgn keadaan skeliling skrg ni yg tk menentu..mcm2 bleh jd. Ank2 Ell,kami suami isteri dh tetapkn guideline yg mesti d'ols ikut.bukan apa. ini smua utk kebaikn we'ols sfamily.. antaranya...


Langkah mengunci semua pintu grill yg ada adalah salah satu langkah yg Ell n family buat.
1.Tk boleh keluar rumah klau tk de we'ols yg dewasa ni ada sama.tp biasanya wiken we'ols jenjalanlh mane2 klau tk de hal lain
2.Jgn main suis/plug or w'ever yg bekenaan letrik.no matter what biar w'ols yg on kn.
3.Jgn main bende bahaya/tajam such as gunting,pisau,fork,spray nyamuk,mancis etc.Lg pn Ell mmg tk lepak sebarang bende2 nih.

4.Masa kt skolah,walau nk ke mana2 msti brteman.ada tmpat yg bleh prgi ada tmpat yg tk bleh prgi spt bangunan lama, stor atau tmpat2 yg jauh dri pandangan org ramai.

5.klau balik sekolah,ank2 ell mesti tunggu kt dlm kaw sekolah. Babah die tk pernah lewat,slalu on time ambik dia...klau ada hal yg mmg tk dpt dielakkn, awal2 lg dh inform, Tok Abah yg akan pick up marsha kt sekolah.tk de org lain yg ambik marsha cuma Babah n Tok Bah je.jgn ikut org lain wlaupn dia ckp sedara ke,kwn babah ke,ckp ayah awak suruh ambikkn ke.krn klau apa2 pn, mama ada back up

6.Klau ada org dtg rmh, cuma org2 yg dikenali je akn dilayan itupn org2 dewasa je yg boleh bukak pintu...Klau tk dikenali must check-up first.pnting tu

7.Smua pintu grill mmg sntiasa brkunci, tp kunci brada kt tmpat yg marsha/dina boleh capai in case apa2. .....(gambar atas tu menunjukkan pintu grill sentiasa berkunci 24 jam sehari melainkan ada tetamu dtg)

8.And...penting jugak kalau babah die buat apa2 kerje berat,msti pastikan d'ols bebudak nih tk de kt area tuh.



Ini antara sbhgn drp langkah brjaga2 yg ell praktikkn utk keslamatan anak2.Itu tk trmasuk steps yg kita ambik masa gi shopping,playground dsb.depends...dn ell rasa ramai juga diantara u'ols yg mngambil steps brjaga2 ni.

Bg w'ols yg dewasa ni pulak.. tklh brmkna smuanya serba bebas.walaupn dh beso ada juga steps bg kita yg kena ambk utk elak segala kemungkinan. Kemalangan atau jenayah bleh brlaku kt mana2 je. Apa yg sedikit bleh kita lakukn cuma beberapa langkah utk cuba mngelaknya atau mncegahnya. Tp apa2 pn kita cuma ikhtiar, yg jelas smuanya dgn kehendak Allah Yg Maha Esa.



*Ingat!! biarkn anak menangis, jgn kite menangis..(mcm dlm iklan tuh)
*Biarlh org nk kata kita mengongkong anak ke hape ke..asal kan kita juga bagi kebebasan utk mereka dlm keadaan yg selamat dn yg penting dgn sedikit pnjelasan n pemahaman,anak2 kita juga tahu apa yg dilakukan ini adalah utk kebaikan mereka.