Wednesday, July 29, 2009

Kueh~~Kueh~~



Kueh...kueh...sapa mau beli kueh.(gaya ala2 penjual kueh)
Hahaha..konon je.mana de Ell jual kueh.cuma semalam hari gigih Ell buat kueh utk bekfes anak Ell (sebenarnya maknya ni pun kepingin).Adalah sekali aritu Marsha sebut ngan atok dia suh buat kueh keria..yang atok ni pun carik la keledek kat pasar.Malangnyer ,keledek tu dh terbiar kat dapur hampir seminggu lebih tak menjadi2 kueh keria pun.. (atok nyer tak menyempat jer..) so,yang mak nyer ni kesian la kat anak tu nk sgt mkn kueh keria..carik la resepi nye kat internet.Senang je rupanya.. tp selama ni malas na nak membuat..:)
Dan,dengan semangatnya tgh2 mlm sebelum tu...Ell merebus la 2 biji keledek.Empuk je keledek tu Ell terus lenyek dn uli ngan secawan tepung..dh elok utk digentel2 Ell bulat2 kan uli tu cam donut.Abis je buat tu semua tengok2 jam dh kul 1.45pg.Ell simpan dulu masuk dlm fridge.
Bangun pagi tu awal sket dr biasa..agak2 la sempat siap goreng n sira ngan gula kueh keria tu.Boleh dibanggakan la..cubaan pertama Ell ni menjadi.not bad..
Ok,lagi satu ni Ell nak citer pasal apam balik.Apam balik yang Ell nk tunjuk ni lain sket dr biasa..tp mayb ada antara u'ols yang dh penah jumpa n mkn kot..
(ini gambar apam balik biasa atau kacang >ehsan cik google tp silau skit mata..)
Apam balik yang selalu kita mkn tu intinya gula, sweet corn n kacang.Rasanya sedap n manis...... Ell ske mkn apam balik ni kalau melepasilah tahap piawaian tekak Ell nih.


Ini pulak yg kecik2..apam balik kacang merah..pd rupa bntuk ok tp rasa biasa je..Ell tak teruja sgt pun.kebetulan yg dibeli ni rasanya mmg kureng,liat semacam n tk ssedap ada yg prnah ell rasa sblm ni..kesedapannya tu mengikut kepakaran org yg membuat kulit apam..klau dh kena mana jual yg tk sedap tu..baik beli pau. \


Haa...nilah dier apam balik yang Ell nak tunjuk sgt tuh.Apam balik pulut hitam ngan kelapa perasa pandan.Kaler hijau..menarik kan.Kretip kan d'ols ni..ada je nk cipta resepi baru.Sebelum ni mak Ell beli yang tak de kaler..so,dr luarannya nmpk sama n rasa mcm tk berapa berkenan pun sbb dh biasa.Bila ada org buat kaler hijau ni nmpk lebih menyelerakan tmbahn dgn aroma pandan seolah memanggil2 utk di mkn. :)
Apam balik ni hsbn Ell beli kat Pasar Lambak (pasar yg start kul 2ptg -9mlm) kat area tmpat Ell nih.Dia ada gak buat apam balik yg biasa tu...mmg sedap sampai sejuk pun kulitnya lembut lagi..Ell rasa dia mmg dh expert la buat apam balik nih.Pastu tak lokek letak intinya...kalau apam yg kacang tu..rata kacangnya.,jagungnya serta gulanya..emm...tringat2 rasa n kulitnya yg gebu.
Kalau apam balik pulut hitam ni..pulutnya cukup masak tk mentah,kelapanya fresh lemak n mmg tabur rata.Kulitnya dh tentu2 lembut n wangi...
Sebab sedap sgt lah tu berebut ngan dak kecik Aryan,tinggal sepotong je..Ell nk mensnap gambar,time tu jugak dia nk mkn.. :)


Maaf ye,yg ini keluar topik sket.
U'ols tahu buah kemang? ada org panggil buah binjai kan.tp menurut MIL buah binjai bentuknya bulat2 manakala buah kemang ni bentuknya bujur n lonjong sket.Rasanya pun Ell tak berapa sure.Mayb sama kot..Then,buah kemang ni ada yg jenis manis n ada yg jenis masam..kalau dpt yg manis tu..perrgghh,x hengat punya melantak.whateva is,baunya tetap sama..
Ntah napa hsbn Ell beli buah kemang ni kat Pasar lambak tu.. (teringin sgt agaknya...:) Buah kemang ni baunya allamak...mmg menggoda nafsu la u'ols klau yg tringin nk mkn bnda2 msm..adei,x leh thn..
Disebabkan buah kemang ni msm,biasanya MIL campur dlm sambal belacan,kdg2 klau bnyak MIL juga suka buat jeruk..Ell suka juga yg dbuat jeruk,yg mkn mcm tu n cecah gula pn ell suka..sedap.Tp maaf la u'ols,Ell tak snap pun pic sambal belacan buah kemang tu.Takut menyiksa batin u'ols..berdosa plak Ell nih. :D So,u'ols tengok gambar buah kemang je lah ye...

Monday, July 27, 2009

Birthday Blast~


Hi alls..
Jumaat lepas,we'ols just buat sambutan kecil-kecilan utk meraikan harijadi Marsha.Abah, mak,MIL n Ell anak beranak je.Alah,budak2 kan asal ada family members berbunga-bunga hati dia plus kalau ditambah ngan hadiah.We'ols tak ke mana pun,siap2 kat umah n buat food yang ala kadar je(kuew tiau goreng, mini pizza,wedges,cempedak goreng,some sweets n jajans).Pastu bagi lah jiran2 sket.
Birthday cake simple je..tp rasanya mabeles.:) We'ols anak beranak mmg suka cake yg ada fresh fruits camni brbanding yg berkrim tu.Dalamnya tak kiralah coklat ke apa,but mesti ada lapis fruits atau fruit jam.
Owh,u'ols prasan tak kat choc plate tu ada nama Dina n 2 batang lilin.Dina teringin sangat nak meniup lilin harijadi,tp harijadi dia lama lagi so,menumpang lah senafas..:) 2 batang lilin tu means utk 2 org sbb kalau nk plus 5 ngan 8 bape bnyk nk cacak lilin atas cake tu kan..nnt tak cukup nafas plak. :D

happy birthday

And... this is da prinsess yg berhati mulia membenarkan brother n sista menggodek her birthday cake :)

*Dalam kita gembira,ada juga yang berduka..Takziah utk keluarga Yasmin Ahmad diatas pemergian beliau ke Rahmatullah..Al-Fatihah.
*Ramai betul bloggers yg buat n3 special utk Yasmin Ahmad ni..so,Ell sedekahkan dr jauh je...

Friday, July 24, 2009

8th Birthday


Marsha's Chronology
newborn(2001) ~ Marsha dilahirkan pada 6.52am,weight 3.3kg .
1 year old(2002) ~ weight 9.4kg.Dah boleh brjalan sejak 10bln.masih B/F sepenuhnya n dh makan nasi mcm org besar.
2 years old(2003) ~ weight 12.5kg.Mahir bawak basikal,dah boleh suruh itu ini n tak lama lagi nk dapat adik. :) (Ell tgh pegnen). Marsha mula tido bilik asing(ngan atok)
3 years old(2004) ~ weight 15kg.Mula membaca sket2.sayang ngan adik yang baru lahir(Dina)
4 years old(2005) ~ weight 16.8kg.Exited dgn education programme kat tv lebih2 kalau ada dance n singing.
5 years old(2006) ~weight 18.5kg.Belajar di Sekolah Taski Al-Huda Ayer Baloi.Lancar membaca,dan mula menghafaz surah yasin(belajar di sekolah).Boleh juga membaca jawi.Cemerlang dlm ujian2 sekolah.
6 years old(2007) ~weight 20kg.Masih belajar disekolah yang sama.Tetap jadi kebanggaan, wakil sekolah beberapa kali dengan pertandingan pakaian beragam (tema pakaian arab) dan nasyid utk Prasekolah & Tadika (mndpt johan).Lancar membaca Al-Quran.Dapat adik baru lagi (Aryan).Semakin menunjukkan ciri2 seorang kakak. :)
7 years old(2008) ~weight 23kg.Menunjukkan kemajuan dalam pelajaran.Walaupun tak menduduki tempat pertama dlm kelas..tp boleh lah dibanggakan dengan no2/no3.Mendapat anugerah pelajar Cemerlang dlm bahasa Inggeris utk stndrd 1 bagi Sekolah Kebangsaan.Juga mendapat anugerah pelajar terbaik Al-Quran dan tulisan jawi trcantik bagi sekolah Agama (Sekolah Agama Lebai Mohammad Yakkob)
8 years old(2009) ~ weight 26kg.Pencapaian sedikit menurun tp masih boleh maintain.TV,PC n PS dh start dcontrol mama n babahnya..mngkn sbb mnjd leka.Selalu menunjukkan bakat menyanyi (tapi tak berapa disokong).Kadang-kala agak garang dengan adik2 tp tramat sygkn adik2nya (mungkin sebab naluri rasa bertanggungjawab)..
Pesanan Mama~
menurut kata hikmah khalifah Lukmanul Hakim:-
'Orang akan tetap menjadi ahli ilmu sejati selama ia masih menuntut.Tetapi apabila dia berkata "aku sudah pintar",maka sesungguhnya dia telah menjadi bodoh dengan sendirinya'
Maka,tuntutlah ilmu walau dimanapun berada kerana ilmu itu satu ibadah dan mendapat ganjaran pahala.
Ingat, semua orang sayang kan Marsha.Semoga tetap terus berusaha menjadi anak yang berjaya dan berjasa.dan juga sentiasa gembira dan ceria menempuh hari-hari mendatang.Sedikit pengorbanan memang diperlukan dalam kehidupan,jangan mengeluh tapi tetapkan kekuatan.
*Sure Marsha akan baca ni.coz dia mmg selalu bukak blog mama dia nih :)

Tuesday, July 21, 2009

1st Anniversary ~ life of lady ell


Yeay!! hari ni ulang tahun pertama "life of lady ell" n tanpa tak sedar setahun sudah masa berlalu.Banyak yang telah Ell catatkan dalam blog ni.Saat suka duka dan perkongsian sedikit sebanyak ilmu untuk di share bersama.Disinilah juga tempat tercurahnya sedikit sebanyak cerita dan pengalaman dalam kehidupan Ell sendiri. :)
Asal usul blog ini tak perlu lah ell citer,semuanya biasalah...sebab terpengaruh. :P Syok2 bacer blog org kesana kemari,alih2 ada perasaan nak ada satu blog.So,inilah dia "life of lady ell" (nama asal "Sweet life of Ladyell" dgn tema pink, flowers n candies -yg sweet2).Ell tak bnyak pun menjelajah blog2 orang..Ell lebih selesa stick dgn blog kawan2 yang dh link ngan Ell n lebih mudah utk rasa close.
1st anniversary
Syukur,Ell punya kesempatan lagi untuk menulis didalam blog yang tak seberapa adanya ni walaupun tak sepopuler mana.Ell nak ucapkan berbanyak terima kasih pada u'ols yang sudi me'link'kan dan menjadi followers blog "life of ladyell" ni.Dengan wujudnya blog ini,tak disangka ramai teman dan sahabat yang Ell temui walaupun kita tak pernah bersua muka.Namun ada juga antara u'ols yang Ell rasa teramat rapat.Terima kasih diatas persahabatan yang dihulurkan.
Buat sahabat yang tak kira dimana atau siapa pun u'ols..terima kasih jugak kerana tak henti singgah dan memberikan komen atau umpamanya (just say hi kat shoutbox) yang adakala sangat memberangsangkan fikiran.Thnx for ur support!!




So once again...TQVM n LUV u'ols...

Monday, July 20, 2009

Menghayati Israk Mikraj


(Selamat menghayati hari Israk Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab,( kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

*harap 3 entry megenai Israk Mikraj sebelum ini,akan mendatangkan keinsafan kepada diri kita,disamping berusaha meningkatkan tahap keimanan.
*Sesama kita saling memperingati kerana ada juga terdapat balasan bagi orang-orang yang sering mengingatkan orang lain,sedangkan dirinya sendiri dilupai...Masya'allah..(u'ols pun tolong2 ingatkan Ell ya.sebagai manusia kita memang selalu lupa dan leka)

Sunday, July 19, 2009

Tangga ke Langit 7 (Israk Mikraj)

Israk Mikraj adalah peristiwa yang sangat luarbiasa yang ditempuhi oleh nabi Muhammad SAW.Israk berlaku dari masjidil Haram,Mekah ke Masjidil Aqsa,Palestine.Pelbagai bentuk2 siksaan yang telah ditunjukkan kepada baginda seperti yang telah dicatatkan didalam n3 sebelum-sebelum ini.
Mikraj adalah merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullh S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah "HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: -
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu 50 (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Begitulah istimewanya nabi junjungan kita Rasulullah SAW sehingga ALLAH berkata sedemikian kepada baginda.Beberapa ayat-ayat Al-Quran yang menjadi keutamaan solat fardhu sebagai tunjang dan tunggak umat Rasulullah untuk dijamin akan kesyurga disamping tidak melakukan perkara-perkara yang ditegah agama Islam.
Wallahualam...

Saturday, July 18, 2009

Buat Renungan (hari Israk Mikraj)

Entry ini adalah susulan daripada n3 yang sebelum ini mengisahkan bentuk2 siksaan yang Nabi Muhammmad SAW saksikan ketika di Israk Mikraj kan.Sebenarnya banyak lagi bentuk2 siksaan yang Rasullullah ceritakan dan disandarkan didalam kitab "Al-Israa' wal Mi'raaj" oleh Ibnu Abbaas.

Dengan berlakunya peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad menceritakan pelbagai peristiwa aneh yang diperlihatkan kepada beliau.Antaranya siksaan ke atas umat-umatnya yang pelbagai dimana telah dicatatkan siksaan yang paling banyak diperlihatkan adalah dari golongan wanita.Sehingga kan Baginda menangis kerana tak henti-henti memikirkan nasib golongan wanita yang lemah sifatnya.

Golongan Wanita Yang Disiksa:-
1.Wanita yang berzina dengan lelaki bukan suaminya ~ menangis dukacita sambil merayu.Rayuan mereka itu tidaklah dijawab dan mereka meminta pertolongan malah tidak ada yang mengasihani mereka.
2.Isteri-isteri yang menghina suami mereka dengan mengatakan huduhnya rupa kau!,buruknya perawakan engkau!, busuknya bau engkau!. ~ mereka memakai seluar daripada sejenis besi bewarna kuning yang amat panas manakala di tengkuk mereka terdapat rantai dan belenggu.
3.Isteri-isteri yang meminta cerai daripada suaminya tanpa sebab ~ muka mereka terbakar,sedang lidah mereka terjelir keluar keatas dada mereka.
4.Wanita yang tidak menutup kepala ~ digantungkan dan otak mereka menggelegak seperti gelegaknya minyak atau air dalam kuali sedang mendidih atas api.
5.Isteri-isteri yang menyusukan anak orang lain tanpa minta izin suaminya ~ digantungkan rambut mereka dan dirantaikan buah dada mereka dengan rantai daripada api neraka.
6.Wanita yang buruk pergaulan,tidak mengelokkan wudhuk,berpakaian kotor,tidak mandi hadas dan meringan-ringankan solat. ~ kakinya digantung kepada lidah mereka dan tangan mereka digantungkan kepada ubun-ubun
7.Isteri yang memperoleh anak dari bukan suaminya ~ wanita ini akan dipekak tuli lagi buta kan,berada dalam peti daripada api yang mana otaknya keluar seperti minyak menerusi hidung mereka,sedang badan mereka berbau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
8.Isteri yang gemar mencaci dan menghina suami ~ digantungkan kaki mereka pada dapur yang terdapat api.
9.Wanita yang menjadi perantara(agen dalam perkara haram seperti ibu ayam atau menyimpan pelacur) ~ hitam mukanya dan mereka memakan tali perut(usus) mereka sendiri.
10.Wanita yang mengadu domba dan mencetuskan permusuhan serta membuat fitnah ~ kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai sambil disiksa dengan seribu macam siksaan.
11.Wanita yang membangkitkan perasaan benci membenci antara sesama manusia ~ rupanya seperti anjing,api dimasukkan kedalam mulut dan dikeluarkan melalui dubur.Manakala para malaikat memukul pula kepalanya dengan cemeti daripada besi panas.
12.Wanita yang memakan ubat atau melakukan sesuatu bagi membunuhkan bayi dalam kandungan(sengaja menggugurkan kandungan) ~ digantungkan dengan rambut mereka sendiri pada sepohon pokok zaqqum(yang banyak duri berbisa) keatas diri mereka pula dicurahkan air panas,lalu daging mereka dipukul dengan tongkat besar.
13.Wanita penyanyi yang giat dan gigih tanpa bertaubat ~ dirantaikan dengan rantai-rantai daripada api dan mulut mereka dibukakan lalu menyalalah api keluar daripada perut mereka.
14.Wanita yang mengupah wanita lain melakukan larangan Allah(melacur).Dia gigih melakukan itu tanpa bertaubat ~ ditutupi kepala mereka dengan sejenis besi yang panas,manakala ular-ular bisa yang besar menyengat-nyengat(mematuk dan menggigit) mereka.
15.Wanita yang mengubah bentuk kejadian ciptaan Allah (mewarna rambut,cucuk dagu,hidung dan sebagainya)~ dipanaskan ditempat pemanas sedang tubuh mereka menjadi hitam seperti kepingan besi yang dipanaskan(hitam)
Siksaan terhadap kaum lelaki juga perlu diambil beratkan.Kerana tidak kurang hebatnya siksaan yang maha dahsyat terhadap golongan-golongan yang melanggar perintah dan larangan Allah.
Golongan Lelaki Yang Disiksa:-
1.Lelaki yang mengikut kelakuan nabi Lut (homoseksual) dan meninggalkan wanita yang menjadi pasangan mereka sebenarnya.Mereka tidak mahu berkahwin dengan wanita malah melakukan liwat dengan lelaki ~ berjalan dengan muka terbalik dibawah,sedang diatas belakang mereka terdapat sebuah batu besar daripada api,manakala para malaikat memukul mereka dengan cemeti daripada besi.
2.Lelaki yang bermegah dengan kelebihan yang ada pada diri,keluarga,keturunan,pangkat dan harta mereka.Kemudian melemparkan fitnah dikalangan manusia. ~ melontar cahaya yang memancar daripada api,lalu melantun mengenai mulut dan mata mereka dan keluar menembusi belakang kepala mereka.

Malah Nabi Muhammmad juga diperlihat kan keatas kedua-dua golongan lelaki dan wanita yang tidak terkecuali daripada disiksa tanpa belas kasihan disebabkan oleh dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Golongan Lelaki dan Wanita Yang Disiksa:-
1.Orang yang menyimpan emas dan perak (wang),sedangkan mereka tidak mempergunakannya di jalan Allah atau tidak mengeluarkan zakat ~ mereka diikat dengan pengikat-pengikat daripada api yang mana dahi mereka menjadi hitam,sedangkan didapati ular-ular berlingkar membelit leher-leher mereka sambil menyengat mereka,dipukulkan daging mereka dengan tongkat besar kemudian daging yang rosak itu pulih kembali.
2.Orang yang mempunyai pasangan(suami dan isteri) tetapi meninggalkan nya kerana berminat pada yang haram ~ hadapan mereka terhidang daging yang baik dan terhidang daging yang busuk,sedangkan mereka memilih untuk memakan yang busuk dan meninggalkan yang baik.
3.Orang yang berbangga /sombong ~ mereka dibalikkan bahagian hadapan mereka ke belakang dan sebaliknya bahagian belakang kehadapan,sedang mereka adipukul dengan cemeti dan mereka diheret oleh para malaikat di atas muka-muka mereka ,yanag mana setiap kali mereka dipukul akan menyalalah api pada tubuh mereka.
4.Orang yang memakan harta anak yatim secara aniaya dan menipu anak-anak yatim ~ mereka ini akan dibakar dalam semarakan api yang amat panas membakar dan juga api berada di dalam perut mereka,yang mana api itu memasuki melalui dubur dan keluar menerusi mulut mereka.
5.Orang yang memakan riba' termasuk mereka yang berkaitan dengan riba' ~ mereka diberi minum dengan nanah dan danur,setiap kali dia memasuki perut mereka,lalu terkoyaklah kulit-kulit mereka kemudian sembuh semula.
6.Orang yang mencetuskan pergaduhan dan permusuhan ~ kepala mereka ini dikenakan seksaan dalam neraka Jahannam dan mereka diberi minuman teramat panas mendidih dan minuman teramat sejuk membeku yang mana minuman panas menghanguskan mereka sementara mereka dipukul dengan tongkat yang besar.
Begitulah kisahnya siksaan-siksaan yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammmad SAW dan perlu diingatkan siksaan-siksaan itu dilakukan berulang-ulang sehinggalah mereka sembuh dan dilakukan semula.Itu hanya hukuman bagi setiap satu-satu perbuatan larangan dalam Islam,bagaimana pula jika berbagai-bagai perbuatan dosa yang seseorang umat itu lakukan...Masya'Allah, tak tergambar betapa dahsyatnya siksaan yang terpaksa ditanggung.Malah mungkin tak tertanggung.
*info dipetik dan disunting oleh LadyEll dari senaskah buku "Misteri Aneh dan Ganjil Bukti Keagungan Allah"

Friday, July 17, 2009

Perjalanan Istimewa (Israk Mikraj)

Kisah Israk Mikraj yg trjadi keatas Nabi Muhammad SAW wajib bg kita umat Islam yakin bahawa ia benar-benar berlaku.kejadian Israk mikraj berlaku kepada Baginda SAW ketika beliau sedang tidur di Hijir Ismail dekat Kaabah,bersama-sama saidina Hamzah,bapa saudarnya dan beserta juga Jaafar bin Abi Thalib.
Ketika baginda sedang tidur,datanglah malaikat Jibril dan Mikail beserta malaikat lainnya.kemudian para malaikat itu membawa nabi Muhammad SAW ke telaga Zamzam,kemudian dibelah dadanya dan dekeluarkan hatinya,lalu hati itu dicuci dengan air zamzam.Setelah bersih lalu dimasukkan semula hatinya di tempat asal,kemudian diisi dengan iman dan hikmah.Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah".
Kemudian malaikat Jibril mempersilakan Beliau menaiki kenderaan yg telah trsedia iaitu Buraq.Buraq adalah seekor binatang yang mempunyai kecepatan perjalanan sejauh mata memandang,mungkin lebih dari 18 juta kali kecepatan cahaya.Buraq sejenis binatang yang lain dari yang lain,luarbiasa dan tidak seperti binatang-binatang yang pernah kita lihat atau digambarkan oleh pelukis dalam ilustrasi mereka.Ternyata hanyalah khayalan pelukisnya sahaja,yang berbeza dari kebenaran.Apa yang penting,sebaik-baiknya kita percaya ada dan wujudnya binatang bernama Buraq ini .
Baginda memulakan perjalanan yang amat bersejarah itu dari Mekah ke Thaibah(Madinah) dengan ditemani Jibril.Dikota madinah ini beliau bersama Jibril berhenti bagi menunaikan solat sunat 2 rakaat.Setelah itu perjalanan diteruskan dan sampai pula ke Baitullaham (kota kelahiran Nabi Isa a.s).Juga Baginda diarahkan oleh jibril utk menunaikan solat sunat 2 rakaat.Setelah selesai,perjlanan diteruskan pula sehingga sampai ke Baitul maqdis.
Di Baitul Maqdis didapati telah berkumpul para nabi yang terdahulu menantikan kedatangan beliau.Beliau sempat solat berjemaah bersama para nabi-nabi dan beliau diberi penghormatan sebagai imam solat.
Sepanjang perjalanan Baginda SAW dari Masjidil Haram sampai ke Baitul Maqdis itu banyak sekali kejadian-kejadian aneh yang dialami oleh Nabi SAW. Antara kejadian-kejadian yang banyak diceritakan dalam kitab-kitab adalah seperti berikut:-
1.Dikejar Jin Ifrit
~Baginda diganggu dan dikejar Jin Ifrit dengan membawa obor(api) bermaksud merintangi perjalanan Baginda.Melihatkan itu,jibril segera mengarahkan Nabi SAW membaca doa yang diajarkan untuk keselamatan perjalanan Baginda itu.Setelah Baginda membaca doa tersebut,tersungkurlah Jin Ifrit dan terus hancur binasa.
2.Petani pemurah digandakan keuntungan berlipat ganda
~ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
3.Tercium bau harum Masyitah
~ Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
4.Siksaan ke atas orang yang melengah-lengahkan solat.
~Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
5.Siksaan ke atas orang yang tidak mengeluarkan zakat
~Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
6.siksaan dan azab ke atas orang yang berzina
~Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
7.Siksaan ke atas pemakan riba'
~Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.
8.Siksaan ke atas orang yang tidak menunaikan amanah
~Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
9.Siksaan ke atas orang yang menbuat fitnah
~ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
10.Siksaan ke atas orang yang suka mengumpat
~Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
11.Siksaan ke atas orang yang bercakap besar
~Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
12.Pelbagai siksaan ke atas kaum wanita
~ a.Wanita yang tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki yang ajnabi dengannya.Baginda melihat wanita itu digantungkan dengan rambutnya dalam keadaan menggelegak otak.
~ b.Isteri yang suka menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang kesat.Baginda menyaksikan golongan wanita ini digantung dengan lidahnya dan dicurahkan pula air panas kedala-dalam halkumnya.
~ c.Wanita yang tidak bersuci dirinya dari hadas besar dan bersembahyang secara main-main dan dilakukan pula secara gopoh gapah kerana mengejar waktu dan memikrkan urusan dunia.Baginda melihat golongan yang seperti ini diikat kedua-dua kakinya kepada kedua buah dadanya,manakala kedua tangannya diikat kepada ubunnya.
~ d.Isteri yang tidak mahu melayani suami sebaliknya melayani lelaki lain akan disiksa dengan siksaan digantungkan kedua buah dadanya.
~ e. Wanita yang suka menceritakan hal orang lain kepada orang lain dan juga gemar berdusta.Baginda diperlihatkan golongan wanita ini dengan kepanya seperti kepala babi dan badannya seperti badan keldai.
~ f. Wanita yang suka membangkit-bangkitkan pemberian lagi gemar berhasad dengki dan menderhakai suami.Wanita golongan ini akan disiksa dengan siksaan rupanya seperti anjing,kemudian memasukkan api kedalam tubuh melalui mulutnya dan keluar melaui duburnya.
Kemudian,setibanya Rasulullah S. A. W. di Masjidil Aqsa,baginda terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Tuesday, July 14, 2009

Rindu Kamuuu...





Aduhai...rindu nya Ell ngan u'ols.Lama blog tk update,blog u'ols pun tk berjengah...kesihatan Ell ni agak tk mengizinkan la u'ols...Semenjak disahkan pegnan ni,Ell selalu cramp kaki n tangan plus Ell trkena asthma attack disebabkan trlalu bnyk sgt 'melantak' buah2 brmusim nih.Selagi musim tk habis,selagi tu takkan 100% sembuh.Ni pulak dh menyusur musim pulasan.Godaan mmg tak boleh tahan..dh ada depan mata.Cubaan2..Hope u'ols tolong doakan utk kesihatan Ell yarh. :P




Pertama - nk mengucapkan Happy Birthday utk my laling sista sis rasp yg menyambut hari jadi pd 12th July.Ampun maaf ya sis,Ell lambat wish.kalau Ell tau,tentu pressie u Ell delay n plus barang yg lebih special. :P Alah,tp apalah sgt nk dibandingkan ngan hadiah gi jenjalan tu kan.. :)
Doa Ell,semoga sis terus awet muda,sentiasa ceria disamping keluarga yg bahagia,murah rezeki dn diberikan kemudahan perjalann hidup yg sememngnya layak utk insan yg baik hati dan budi mcm sis.




Kedua - Ell nk mengucapkan Tahniah dn Syabas utk pemenang2 anugerah blogger yoyooh.com yg dh diadakan pd 11th July bertempat di Restoran Nelayan,tasik Titiwangsa.Malangnya Ell tk dpt menghadirkan diri atas sbb2 yg tk dpt nk dielakkn.Award ni Ell pernah citer kt n3 lepas2 yg Ell antara 6 peserta trakhir yg trcalon bg kategori 'Blog Diari Wanita Terbaik'.Utk kategori ini Ell mmg tk mngharap apa2, sbb saingan lain yg bagus2 trmasuk dr REDMUMMY.COM (celebrity blogger) yg mmg dh meletops.Apa yg Ell dpt katakn disini walaupun Ell boleh dkatakn baru dlm arena blog nih..namun Ell rasa amat brbangga krn brpeluang disenaraikan sbg salah seorg calon.ThankYou2 guys..bg yg trlibat serta semua kwn2 yg sudi brsusah-payah mengevote Ell nih dari awal hingga ke final..terima kasih bnyak Ell ucapkn. Khabarnya ASTRO AWANI cover award nih. Harapan Ell semoga dgn adanya anugerah mcm ni, akan memberi lg semangat dn idea utk para2 blogger utk menulis dlm blog.


Ok,Ell chow dulu...mata Ell skrg ni bkn bleh tengok skrin lelama..so till then,take care...
*smooch n hugs*

Tuesday, July 07, 2009

farewell MJ ~

Tuesday,July 7,2009
Hari ni merupakan hari bagi peminat,kwn2 kenalan serta saudara-mara MJ utk mmberi penghormatan terakhir yg brtempat di STAPLES CENTRE dimana tempat terakhir beliau membuat rehearsal utk concert nya yg terakhir.WalaupunEll bukanlh peminat no1 beliau...tp Ell respect dgn apa yg dh dilakukan termasuk memeluk Islam sungguhpun brmcm2 kontroversi yg kita dengar.Kekadang rasa simpati dan kesian.Sungguhpun ke-islam-an nya tk berapa jelas,tp ianya dh disahkan oleh abg nya sendiri dn wasiat yg ditinggalkn meminta beliau disemadikn secara islam.Apa2 pun, semoga Allah mengampuni dosa2 Mikaeel (nama islam) dan menerimanya sebagai seorang muslim.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
There are a few clues that Michael Jackson had perhaps converted to Islam:

* Famous media outlets including Telegraph and NY Post published news confirming that Michael Jackson had converted to Islam last November and had changed his name to Mikaeel.
* Michael Jackson’s brother, Jermaine Jackson has been a muslim for the past 20 years and has publicly spoken of his faith. When announcing his brother’s death, Jermaine commented, “May Allah be with you, Michael, always.”
* In 2005-06, Jackson spent nearly a year living in the Muslim country of Bahrain.


Clip yg Ell sediakan ni,adalah antara lagu MJ yg paling Ell suka.Ell tak tau napa arini Ell boleh menitiskan airmata.Agaknya perasaan org pembawak budak ni lebih emo skrng ni.Harini bila Ell on tv sana sini mengisahkan tentang MJ...tetiba Ell rasa sebak.
Ok,lagu Ben mengisahkan seekor tikus yg menjd best friend of MJ.Mungkin sepanjang hidup kanak2 nya dia merasa sunyi dn sbb tu MJ suka dn sayang sgt dgn kanak2.Ntah lah,Ell agak jer..
Walau apa pn, thanx for all the great songs n music that u've made.
Surely.. w'ols gonna miss you..
~FAREWELL MJ~





Monday, July 06, 2009

SELAMAT......>




1st of alls,Ell nak ucap selamat berangkat (dh terbang pun.. ) kpd niece yg menghabiskan tahun trakhir degree nya di UNIVERSITY OF SOUTH AUSTRALIA ,ADELAIDE.
'Apa2 pun cik Elly tumpang bangga krn kamu salah seorg keponakan (APESAL TETIBA JADIK INDON NIH) yg dpt merasa belajar di perantauan.Sedikit adv utk kamu..(kalau bacalah) jaga diri baik2 n belajar dgn tekun k supaya tak sia2 masa dn tenaga.'
Bubbbye AZHANI MASTURA....
> "Rui,ampun ya..cik Elly dh cilok pic ni dr blog kamu.. :) "<
'Dan utk pengetahuan,atok merasa sedikit ralat dn sedih sbb tak dpt nk mengucapkan selamat jalan n berikan apa2 nasihat yg patut utk dibekalkan sbg ingatan.Maklumlah..atok bz masak utk tempahan kenduri kawen sampaikan masa atok kat rumah sgt trbatas..Utk family yg hantar ke Aussie sampai 2 minggu tu,enjoy !!'
U'ols...pic bawah ni Ell amik fresh dr dlm periuk lps MIL masak.Ini bkn time org kawen,tp tempahan utk 3kilo beras briyani yg MIL dh masak pd hari Khamis (kat umah je).See...betapa bz nya MIL nih.'Tp sowi mak,tk dpt nk tolong...sbb tengah mabuk bau2 rempah nih'.And da next day MIL berebut pulak gi rewang kat umah pengantin .Aduh kesian...


1 set lengkap lunch utk hari khamis.. :)
(Ell tk mkn pun..yg dlm gambar tu utk hsbn)
~TAMMAT~

Thursday, July 02, 2009

Musim sakit tekak !?


Hye alls...
Smlm kan...hsbn Ell free nk mengait buah2 yg ada tanam kat depan umah.Ell tolong lh jugak...menyibuk je. :P Sebenarnya takdelh bnyk mana,adalah sepokok sejenis..tp syukur..puas jugak mkn anak beranak.

Buah yg Ell geram sgt nilah dia..rambutan gading(kuning).Dr putik lg rasa mcm nk petik je.Skrng puaslh hati Ell mkn yg dh masak nih.

Kait jugak rambutan merah yg biasa ni...walaupun nmpk tak merah menyala,yg mcm nilah yg Ell suka.Tp kan,Ell rasa rambutan merah ni ada mcm2 jenis ekk.Species yg MIL tanam ni bentuknya lonjong sket n rasanya manis.Ada jugak yg bulat2 bulunya merah,org kata rambutan gula batu.Ada gak yg namanya rambutan kampung yg masam bentuk kecik2 disamping rambutan yg jenis longkah dgn tak longkah.Ell pun tk reti sgt sebenarnya..tau mkn je lah.kalau rasa sedap ngadap sorang pun Ell boleh :D


Nak jugak buah manggis ni...hsbn amik sebaldi je.Atas pokok bnyk na semut hitam.kesian kat hsbn :P Manggis ni cerewet sket nk memetik nya...kalau jatuh trhempas dh tkleh mkn nnt bergetah atau org panggil lokoh(betul ke nih) So,mmg kena panjatlh..tp tulh dier semut plak mengerjakan.
Kalau dh tiba musim buah ni,Ell mkn mmg takleh tahan2.Ell mmg suka sgt!! Walaupun selalu nya kalau mkn lebih memeritkan takak.Bila dh sakit tekak,hah mulalah batuk.Satu Ell pantang bila batuk ni,Ell takut semput.Ell dulu ada prnah kena semput ni,zaman budak2. Tp tu dulu.Skrg ni Alhamdulillah,dh lebih 7 tahun rasanya lama tk mngalaminya,Tp wlaucmna pun Ell kena careful gak.Buat masa ni Ell ok..tp tekak dh mula rasa perit.Tulah..mkn tk beringat kot!!

Satu lg yg Ell dh takleh thn ngan buah durian nih.Adei..bnyk sgt sampai tk tau dh nk buat apa.Mcm2 dh diperbagaikn.Semua resepi dh buat siap ngan MIL buat lempuk, tempoyak,serawa durian mcm2 lg lh..tp still bnyk lagik mcm tk habis2 sbb ianya dtg tk renti.Setiap 2-3 hari ada je org yg dtg kasi (Pokok derian MIL tak berbuah).Murah tul rezeki MIL tambah plak sedara mara ramai..mana2 yg ada pokok tu walau sepokok dua mesti antar kat umah.Bnda tgh bnyak kn.Klau beli kt pokok dgn org kenal hrganya bru 30 sen je skilo.MMg murahkn.Sbb tgh bnyak.Tp bnyak2 pn tk prnah sebnyak lbih krg 5thn lps.Sampaikn hsbn Ell prnah trjmpa ada satu rumah dkt Pt Semerah, Pontian ada letak papan kt depan rmh dia tulis 'DURIAN PERCUMA'. Sampai mcm tu skali. Just gi ke rumah org tu n ambik je.Mngkin ada niat nk sedekah kot.Tp apa pn mmg murah sangat2 rezeki org tu.Bnyaknya dpt pahala sedekah kt org ramai ni kn.
Durian ni bila dh trlalu bnyak sngat klau tk di kemaskn, nnt 3-4 hri dh tk sedap sngat rasanya..tambah lg dgn baunya yg mnjadi2.Dri terbiar gitu je,mana yg ada...MIL kupas semua derian tu then she simpan dlm tupperware n masukkan dlm freezer.Simpanlah bape lama nk simpan,bila2 rasa teringin boleh mkn sejuk mcm eskrim atau keluarkan siap2 dr awal..n mkn mcm biasa.
Rupanya lama dh MIL dpt idea mcm nih.Semenjak Ell kawen dulu pun dia dh guna cara nih.Ell rasa memudahkan jugak.Amik contoh kalau siblings,uncles,aunties or sesiapa saje sedare mara yg dtg n nak bawak balik,kupas n masukkan je dlm tupperware.Sgt menjimatkan ruang n mengurangkan bau.U'ols pun leh try..sgt praktikal.Tp ada jugak yg tk suka cara tu mcm hsbn Ell.Kalau nk,mesti yg baru kupas dr pangsanya .
Cite psl durian nikn..Ell teringat satu cite yg Ell sndiri alaminya. Lbih krg 4-5 thn lps,ada satu masa waktu Ell sefamily nk ke Kluang masa tu.Lalulh jln Spg Renggam-Kluang.masa tu mmg tgh musim durian.Lalu2 ada je sign board sana sini hrga sekilo brapa.Adalh satu gerai ni, instead of 'durian murah' dia tulis'DULIAT Murah'. Sakit2 smpai perut we'ols ketawa masa tu..yelahkn 'DULIAT' u'ols just bayangkanlhkn.Tah tang mana yg liatnya Ell pn tk tau.Yg peliknya eja murah betul plak.Tp bila difikirkn,tk de ke anak2 org tu nk tlg betulkan.Sabar jelah..
'


K,ni antara cing peliharaan Ell. Dia suka sgt ngan buah derian nih.Namanya Cik Achu.Tengoklah kemain kusyuk lagi dia menikmati ulas2 derian tuh.Pic yg last tu dia mengiau nk mintak lagi... :)

Sekarang duku n langsat dh mula mencelah.Agak2 Ell raya nnt kot baru masak ranum.