Friday, August 28, 2009

Mendesak & Terdesak

Bismillah....
Dah seminggu kita puasa kan..tak sedar pun.Ell mcm biasa je.Dh masuk 5 bulan pegnen ni makin dahsyat pulak kerenahnya.Awal2 pegnen tak pulak cenggini.Semenjak Ell demam aritu,selera Ell dh putus terus,tayanglh makanan apa pun depan mata,dh takde nafsu langsung.Kat pale otak ni,tk trfikir pun mknnn apa yg best2 n sedap2.U'ols leh imagine berat badan Ell ni lebih ringan dr sblm pegnan.nasi sikit pun Ell tk sentuh,sbb rasa nk muntah.Kalau mkn roti sekeping tu,amik masa 45minit baru nk abis..kemain lama.serius..Ell pulak bukanlah jenis yg suka mkn asam2 nih.
Ok,2-3 hari ni,Ell rasa selera Ell mcm nk pulih sket.Tp 1st thing yg trlintas is buah jambu bol.Dlm minggu ni gigih jugak lah mak ngan hsbn Ell carik jambu bol nih.Tanya kat Pasar Tani,umah sedara2,umah kwn2 dn yg sedih tu,rupanya jambu bol ni baru je habis musim bulan 6-7 aritu.Yang mak Ell plak,tk de jambu bol,asal namanya jambu mesti hantar kat Ell.Tak kiralah,jambu batu,jambu air,jambu madu,rojak jambu semua bg sini.Sian mak,susah payah plak dier..
So,Ell mintaklah jasa baik u'ols dibulan puasa ni kalau2 kat tempat u'ols masih ada lg musim jambu bol nih.Mungkin dapatlah kiranya balik kan semula selera Ell yg dh hilang nih.Sian kat baby..(ish! salahkan baby plak,tekak maknye yg ngengade..)
Kalau tak dpt yg merah,yg kaler pink dekat2 nk masak tu pun ok...dh kepingin sgt nih.
Punyalah terdesak sgt Ell nk jambu bol ni,Ell pergi google mana2 blog or website yg tayang buah jambu ni n tanpa segan silu Ell mintak tolong pos kat Ell.Yg sedihnya,tk bnyk org yg tahu.Keluar2 gambar,buah jambu bol ni kat Indon.
Mcm ni la eh,if u'ols senang nk dpt jambu bol ni,boleh tk u'ols kirim kat Ell sket sebiji 2 (org ngidam ni bukan bnyk na yg nk dimkn..asal lepas gian je).And,kalau u'ols takde or tak tau pun jambu ni,takyah lh susah2 carikan utk Ell yer..
Mekasih...
*gambar ihsan dr yahoo,google & MSN
*pegnen kali ni mmg teruk,tk mcm sebelum ni.

Mendesak & Terdesak

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum...
Syukur Ramadhan dtg lagi disaat kita masih dipanjangkan usia.Dapatlah kiranya menambah amal ibadah dan pahala mana yg berkurang sepanjang perjalanan hidup kita.Sesungguhnya amal ibadah yg dilakukan pd bulan Ramadhan akan digandakan ganjaran dan pahalanya berlipat kali ganda.
Sepanjang seminggu Ell merehatkan diri,segala aktiviti Ell seharian agak terganggu disebabkan kesihatan Ell yg agak kritikal (bkn H1N1) .Mula hari Ahad-Isnin Ell terkena batuk2 ringan,tp tk pulak Ell gi check dokter.Malam Isnin tu batuk semakin melarat sampai terkena serangan asthma yg boleh dikatakan agk serius sampai tk dpt tidur.Satu badan dh rasa lenguh dn sakit dek krn batuk tk henti lebih2 lagi bahagian kepala dn perut.Seksanya Ell tanggung masa tu Allah je yg tahu.Terlentang,trlungkup,tertonggeng,semua serba tk kena.Hsbn Ell time tu tidur asing memandangkan dia pun ada batuk yg agak teruk,so katanya tk nak lah rebakkan virus pd org lain.Hsbn dtg tolong picitkan mana2 tmpt yg lenguh,tp kesakitan tk jugak kurang.Sampai kepagi Ell tk tidur,anak2 Ell gi sekolah d'ols bersiap sendiri.Tp Ell gagahkan jugak sediakan b/fast utk d'ols bawak bekal ke sekolah.
Pagi Selasa, Ell mintak hsbn teman kan gi klinik sbb rasa mcm dh nk trcabut nyawa Ell nih,rasa macam beratnya nk tanggung penyakit ni Ya Allah...Dgn jln trbongkok2,keadaan Ell agak merisaukan staff nurse kat situ memandangkan Ell pregnant so,Ell di beri keutamaan :).Weight,dh sah2 turun sbb Ell langsung tak boleh telan mknn even seteguk air.Temp., 39.7' yg mmg sgt merisaukan.Dh siap amik darah sumer,syukur Ell tk de jangkitan apa2.
2 hari Ell trsadai kat umah tk buat apa2, hari rabu Ell mula rasa lega.Lps subuh kul 6pg Ell call mak tanya kesihatan n mengucapkan "selamat hari jadi" tp malang sungguh tak de sesuatu yg istimewa dr Ell.Ell khabarkan sekali kesihatan Ell yg agak tk menentu (dat time Ell rasa badan berat susah nk gerak).Ell menangis dpn hsbn minta simpati (tp mmg trsgt sakit,bukan pura2).Tambah merisaukan,Marsha pulak mengadu demam.then we'ols amik keputusan bawak sekali gi klinik berbayar yg mmg kebetulan Ell nk scan baby takut2 kalau ada effect apa2.Baby ok n active.(lega..)We'ol balik umah, mak Ell dtg bawak makann (biasalah,adat org berkunjung).Ell mintak mak urutkan satu badan lebih2 lg bhgn kepala, rasa mcm ditimpa sesuat yg amat berat.Mak perahkn limau nipis dn curah minyak cap kapak,kemudian di picit2 keliling kepala.Sampai kehari ni,Ell rasa lega sakit kepala.
Hari Khamis,baru Ell rasa nk buat kerja2 rumah semula,Ell dh mencungap kepenatan dn batuk dtg lg.Kali ni Aryan pulak demam siap dgn kerenahnya yg kadang2 susah nk faham....Ell harap semoga Ell diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa dengan seikhlasnya.Kalau ikutkan hati,mmg rasa tk berdaya dgn keadaan Ell yg agak lemah sbb tk mkn,tk minum ubat pun kadang2 Ell muntahkan semula dgn rasanya yg tah apa2.bibir Ell kering mengelupas sampai berdarah.Tp bila Ell fikir semula,tk de beza pun kalau Ell mcm tu dgn Ell teruskan je puasa..
*Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil..wallahualam.

Buat u'ols semua,Ell mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dn Selamat Berpuasa.Semoga bulan yg penuh barokah ini dpt menyucikan jiwa kita dan berpuasa dgn penuh keikhlasan dan keimanan.Ell nk mohon ampun maaf adai ada kesilapan yg Ell lakukan pd u'ols..Semoga amal ibadah kita diterima oleh NYA.

Sblm Ell trlupa,Ell nk ucap trima kasih pada Dee sbb bg Ell FM dr Sabah ni.Maaf lh Dee Ell lmbt nk update dlm blog.Tp Ell dh imform kat Dee kan...Mekasih bnyk2 ye Dee.Harap2 satu hari nnt dpt brjumpa dgn sipemberinya pulak ye..Semoga persahabatan kita kekal trjalin.




Ramadhan Al-Mubarak

Friday, August 14, 2009

Kejadian Manusia yang Kontroversi~

Friday,August 14,2009

Salam buat semua di hari yang indah, Jumaat penghulu segala hari..Firstly,ell nk mengirim ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Asri Rabbani kerana telah pergi menghadap Ilahi.Ell rasa agak terkejut slps dpt berita kematian beliau pagi semalam di TV,dn rasa sdkt hiba memandangkan beliau pergi dgn 'mudah' hanya sempat melafazkan kalimah ALLAH,beliau rebah dn pengsan.Dihospital pantai KL,beliau disahkan meninggal dunia tepat kul 11pg ttp doktor menganggarkan beliau tlh menghembuskan nafasnya yg trakhir sblm tiba/semasa perjlnn kehospital..
Al-fatihah buat arwah.


~~~~~~~~~~~~


Sesungguhnya manusia itu dijadikn oleh Allah maka kepada Nya jugalah kita dikembalikan.

Telah diriwayatkan penciptaan Adam adalah salah satu ciptaan drpd Allah yg paling kontroversi atau paling disebut2 makhluk Allah yg lain.peristiwa tersebut disebut didlm Al-Quran apabila para malaikat mempersoalkan kejadian manusia sbg khalifah atau pengganti bumi.
Firman Allah; "Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dgb sebaik2 kejadian" (surah Al-Tin:4)

Allah tlh memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi utk mengambil sbhgn tanah sbg bahan utk menjadikan Adam.Walau bagaimanapun,bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dgn nama Allah yg dia tdk rela utk menyerahkannya krn kebimbangannya sprt yg dibimbangkan oleh para Malaikat.
Jibril kembali stlh mnedengar sumpah trsbt lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua2 nya juga tdk berdaya hendak brbuat apa2 akibat sumpah yg dibuat oleh bumi.Maka,Allah memerintahkan Malaikat Izrail utk melakukan tugas trsbt dn menggesa agar tdk brundur walaupun bumi bersumpah krn tugas trsbt dijalankan atas perintah Allah.
Izrail lalu turun kebumi dn mengatakan yg kedatangannya adalah atas perintah Allah dn memberikan amaran kpd bumi utk tdk membantah yg memungkinkan bumi menderhaka kpd Allah.
Menurut Ibnu Abbas,tanah2 dr bumi dn syurga digunakan utk dijadikan bahan mencipta Nabi Adam,bapa keturunan semua manusia.Tanah-tanah tersebut ialah:-
  1. Tanah Baitulmuqaddis - dijadikan kepala sbg tempat kemuliaan utk diletakkan otak dan akal.
  2. Tanah Bukit Tursina (Mesir) -dijadikan telinga sbg tempat mendengar dan menerima nasihat.
  3. Tanah Iraq - dijadikan dahi sbg tempat sujud kpd Allah.
  4. Tanah Aden (Yaman) - dijadikan muka sbg tempat berhias dan cantik.
  5. Tanah telaga Al-Kautsar - dijadikan mata sbg tempat menarik perhatian.
  6. Tanah Al-Kautsar - dijadikan gigi sbg tempat memanis-manis.
  7. Tanah Ka'abah (makkah) - dijadikan tangan kanan sbg tempat mencari nafkah dn bekerjasama.
  8. Tanah Paris (Perancis) - dijadikan tangan kiri sbg anggota utk melakukan istinjak (guna membasuh najis,air kecil atau air besar)
  9. Tanah Khurasan (Iran) - dijadikan perut sbg tempast brlapar dn diisikan makan dan minum sekadarnya.
  10. Tanah Babylon (Iraq) - dijadikan alat kelamin(kemaluan) sbg organ seks dn tempat bernafsu serta tempat yg mudah sekali digoda syaitan.
  11. Tanah Tursina (Mesir) - dijadikan tulang sbg bingkai peneguh diri manusia.
  12. Tanah India - dijadikan kaki sebagai anggota utk berdiri dn berjalan.

  13. Tanah Firdaus (Syurga) - dijadikan hati sbg tempat keyakinan,keimanan dan kemahuan.

  14. Tanah Taif (Arab Saudi) - dijadikan lidah sbg tempat utk mengucapkan syahadah,bersyukur dan berdoa.

Tubuh Adam mempunyai 9 rongga atau liang.7 liang di kepala dan 2 lg dibawah badan iaitu 2 mata, 2 telinga, 2 hidung, 1 mulut, 1 dubur dan 1 uretra.5 pancaindera dilengkapkan dgn anggota tertentu sprt mata utk penglihatan,telinga utk pendengaran,hidung pengesanan bauan, lidah utk merasa dan kulit utk sentuhan.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam,tanah dicampurkan dgn air tawar,masin dan hanyir beserta api dan angin.Kemudian Allah resapkan Nur kedalm tubuh Adam dgn pelbagai sifat.Lalu tubuh Adam digenggam dgn penggenggam Jabarut dn diletakkan di dlm Alam Malakut.Tanah itu dicampurkan lg dgn istilah wangian dn ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dgn "Bahrul Uluhiyah".Kemudian,tubuh trsbt dibenam dlm "Kudral Izzah" iaitu sifat "Jalal dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh trsbt.
Menurut keterangan ulama',tubuh Adam diselubungi dlm tempoh 120 tahun,40 tahun ditanah yg kering,40 tahun ditanah yg basah dan 40 tahun ditanah yg hitam dan berbau.Dari situ,allah ubah tubuh Adam dgn rupa kemuliaan dn trtutuplah dr rupa hakikatnya.Kerana proses kejadian itu yg melalui peringkat 'kotor',tdk hairanlh Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia.Apatah lagi Iblis yang bersumpah akan menyesatkan keturunan anak Adam hingga hari kiamat. (Tak pe,lagi seminggu je umat islam akan berpuasa..maka syaitan2 dn iblis akan dikurung dan dirantai semuanya)
Roh diperintah Allah utk memasuki jasad Adam ttp sprt makhluk lain,roh juga enggan,malas dn segan krn jasad yg sprt batu.Dikatakan roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan Malaikat.Kemudian,Allah memerintah Malaikat Izrail memaksa roh memasuki tubuh trsbt masuk kedlm tubuh Adam.Ia memasukkannya kedlm tubuh dn roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yg mengambil masa 200 tahun.Setelah meresapi ke kepala Adam,maka berfungsilah otak dn trsusunlh urat saraf dgn sempurna.Lalu terjadilah mata dn terus terbuka melihat tubuhnya yg masih kerasd dn Malaikat dilihat disekelilingnya.Telinga mulai brfungsi dn didengarnya kalimah tasbih para Malaikat.Apabila roh tiba ke hidung,lalu ia bersin dn mulutnya juga terbuka.Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yg merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dn Allah sendiri yg membalasnya.
Kemudian,roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan utk bangun padahal tubuhnya yg bawah masih keras membatu.Ketika itu,ditunjukkan sifat manusia yg trburu-buru.Ketika roh sampai diperut,maka organ dalam dn perut trsusun sempurna dan saat itu Adam mula merasa lapar.Akhirnya,roh meresap keseluruh tubuh Adam,tangan dan kaki dan berfungsilah dgn sempurna segala darah daging,tulang,urat saraf dan kulit.Menurut riwayat,kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia kini dan warnanya masih dapat dilihat dikuku sbg peringatan kepada keturunan manusia.
Dengan itu,sempurnalah sudah kejadian manusia pertam dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu bapa manusia.

Kajian sains berkaitan unsur-unsur dalam diri manusia

Kajian sains tlh menunjukkan bahawa unsur kimia pada tubuh manusia trdiri drpd unsur yg terdapat pada tanah.Nisbah unsur yg terdapat didalam badan manusia memberikan kesesuaian dalam sifat dan fungsi anggota setiap bahagian manusia.Antaranya unsur yang didapati adalah:-
  • karbon

  • oksigen

  • hidrogen

  • fosforus

  • sulfur

  • azote

  • kalsium

  • kalium

  • natrium

  • klorat

  • magnesium

  • ferum

  • manganese

  • kuprum

  • iodin

  • klorin

  • kobalt

  • zink
  • silikon
  • aluminium
  • molebdenum
  • boron
  • vanadium
  • selenium
Dua-dua gambar ini menunjukkan cara-cara manusia menghubungkan rohnya dengan alam ghaib.Bagi umat Islam cara solat adalah lebih berkesan dan cara yang amat agung disisi Allah dan mendapat keredhaan -NYA.
Wallahualam...
Kejadian Manusia yang Kontroversi~

Tuesday, August 11, 2009

cute n sweet~

Tuesday,August 11,2009

Salam rindu utk u'ols...:)

Memula sekali nk ucap mekasih bebanyak pd aqsha yg sanggup kirim gift yg saangat cute utk semua pengikut blog dier..apalah sesusah sgt..akak ikhlas apa nk bersahabat ngan zura.thnx anyway ye zura.hargai sesangat.walaupun kecik,tp ada makna kan..:) sampai sekarang masih elok je akak simpan utk koleksi dr blogger.

icecream keychain yg comel beserta lil note sbg tanda ingatan..:)

Then,last friday harijadi English teacher @ guru kelas yg agak special jugaklah buat Marsha..Kononnya nk bg birthday present..tp we'ols tk sempat pun nk gerak kemana2 memandangkan hsbn Ell sibuk ngan urusan badminton nya tu..plus BIL ada balik kg.

Kesian tengok Marsha yg terus desak nk jugak bg sumthing kat teacher nyer..Ahad malam Isnin tu Ell bikin satu kad harijadi buatan tgn bg Marsha senang hati..Maknya ni pun gigih lah buat dgn nyorok2 tk nk bg gempak...bila dh siap baru Ell tunjuk.Wah..senyum meleret Kak Marsha kita u'ols..

Inilah kad nyer yg dh siap dihasilkan...hentam jelah u'ols..guna je apa yg ada :)

Ini sampulnya..Ell guna paper bag yg org bg utk isi bunga telur or jajan waktu kenduri kawen tu..sib baik ada yg size kecik..bleh ubah jadi envelope..:)

Ini adalah hasil kedua2 kad dn sampul tu..Apa yg ada dlm nya tu,tulisan tgn Marsha sendiri..:)

And... pagi Isnin smlm Marsha dh standby bg teacher nyer kad tu.Memula katanya reaksi teacher nyer biasa2 aje..tp bila dh abis kelas tu tak habis2 teacher nyer ucap "thnk you "3x soooo much...Budak2 kan kalau org bg respon lebih brbunga2 lh hatinya..:)

So u'ols...itu jelah n3 Ell hari ni yg tk seberapa n tah hape2..:) Ell dh nk gerak gi jengah umah u'ols nih...tunggu eh.Tp tak pe,kalau u'ols tak de pun Ell tinggalkan pesan je..bulehhh?



cute n sweet~

Monday, August 10, 2009

the game is on..

9

Hi u'ols.Setelah sebulan stgh hsbn Ell sibuk nguruskn segala mcm hal brkenaan bg mnjayakn Kejohanan Badminton Bergu Berpasukan Terbuka Pontian (peringkat kebangsaan) atas anjuran bersama Kelab MBJ dn Persatuan Pemuda Perniagaan Tionghua Pontian ni,finally dptlh kini dia mnjlnkn rutin biasa hariannya spt sblm2 ni.Bkn apa kesian gak Ell tngok dlm sbln stgh-2 bln lepas dia tk reti dok diam..ligat je kesana kesini.Promote nk cri entrylh,masuk paper,tk hbis kt situ,evn brbelas2 facebook n blog team n top2 player negara dprginya.mcm2 lglh..Tp lega skrg,segalanya dh selesai dgn jayanya.
K, pasal game ni spt mana yg dbritau..total entrynya sbnyak 20 team dri dlm n luar negeri Johor.Kebanyakkn team mmbariskn pemain yg prnah mewakili state tk kira dlm sukma,maksak,pelapis negeri dsb.Tk kurang juga player2 yg prnah ke selection BAM, Nusa Mahsuri, ke Sek Bkt Jalil..dsb.



in action> finals: petak kiri is adik kembar roslin n hafiz hashim (kelantan SRC) mlwn adik/abg zakri latiff (main utk segamat brothers A). Mmg meletup team2 ni..very tough to beat.

Setelah 2 hari brlangsung., keputusannya...

wakil dri team Pontian 2 yg brnasib baik mndpt tmpt keempat (hanya ada 1 org state player). 
* rm700,piala2 n beg reket 3 comp x 7pcs.


wakil dri team IS Sports (JB) yg mndpt tmpt ketiga.(bbrapa dikalangannya yg current n ex state players)
* rm800,piala2 n beg reket 3 comp 7pcs.

wakil dri Segamat Brothers A yg mndpt Naib Johan.(wearing white shirt is anak Pak Latiff >adik beradik Zakri Latiff< yg dgr kata org klau tk silap dia duduk di dlm BAM as coach budak2).(keseluruhannya current n ex-state players yg prnah prgi ke selection BAM).
* rm1500,piala2 n reket yg medium range x 7pcs.


n the winner is..Team SRC (Strive Recket Club) Kelantan.
Pengurus team,Ustaz Basit sdg mnjulang hadiah kemenangan dgn di blkgnya disaksikan 4 org anak Pak Hashim yg mnjd tonggak utama kemenangan team SRC diikuti rakan2 yg lain.(all of them are current n ex-state players..selection etc).
* rm 3000,piala2 n reket Fleet yg high range x 7pcs.


lineup team SRC yg dwakili oleh 4 org anak Pak Hashim dn rakan2.


Pihak Pengurusan n Urusetia game tak melepaskn peluang brgmbar dgn pemenang.(Hsbn Ell brada di front row kiri skali,sblh india baju merah)

Setelah 2 hari brkampung di Pontian,mrk brsantai besama hadiah2 kemenangan sblm brangkat pulang.


Bestnya tngok org2 dpt hadiah.In total cash dn barangan RM9100 keseluruhannya.Tp yg sedih skit team hsbn Ell..Pontian 1,sangkut di suku akhir.Apa pn dia rasa senang hati sbb game ni brjln lancar spt mana yg dihrp2kn.Dsamping ramai kenalan baru yg dpt dtambah.

Kenangan..Pengurus team SRC, Ustaz Basit mnghadiahkn sndiri buat hsbn Ell sehelai baju team SRC sbg tnda prsahabatan.

Sblm brundur hsbn Ell nk mengucapkn terima kasih pd para peserta2 dn juga bg mrk2 yg trlibat brsama2 mnjayakn game ini spt FLEET sbg penaja utama, Ah Heng dri PK Sport,trmasuk juga Abg Misbun dn rakan2nya dari Kelab Nusa Mahsuri yg sudi mmpromotekn game ini dlm blog Nusa Mahsuri BC sendiri.Disebabkn itu ia mmberi impak yg besar buat game ini. Juga buat ex national player kita iaitu Yeoh Kay Bin atas response yg baik.Terima kasih bnyak utk semua..


the game is on..

Saturday, August 08, 2009

It's Official..

~STICKY MODE~
PLS SCROLL DOWN FOR NEW N3

Kejohanan Badminton Bergu Berpasukan Terbuka Pontian 2009
________________________________________________________________________________



main sponsor


Click for details
Hi u'ols.Disini Ell ingin mmberi sedikit ruang buat hsbn Ell atas satu kejohanan yg bakal diadakan pd 8-9 Ogos ini, mula jam 2ptg-11mlm.Spt yg dberitahu hsbn Ell,utk makluman semua secara ringkas..kejohanan atau pn game ini dibuka kpd semua pnduduk di Malaysia (bukan hanya dlm Johor).Ia diadakan secara berpasukan 3 regu.Bekas pemain atau pn yg sedang mewakili negara dan BAM adalah tdk dbenarkn brmain. Hadiah yg dtawarkn adalah spt berikut ;
JOHAN - RM3000, Piala & Reket x 7 pcs
N. JOHAN - RM1500, Piala & Reket x 7 pcs
KETIGA & KEEMPAT - RM700, Piala & Beg 3 comp. x 7 pcs (X 2)
*bergantung pd penyertaan, hadiah ditempat ke 3 mngkin dinaikkn ke RM1000. Setiap peserta yg tewas diawal pusingan hngga ke suku akhir akan menerima saguhati.

Utk lebih lanjut sila rujuk syarat2 mudah dll dilampiran atas. Dn bg u'ols, kalau2 ada hsbn yg brmain bdmnton ataupn mngkin mengenali kwn2 lain yg brmain bdmnton..enjoy n do support us dgn mnghantar team. Klau tk pn krjasama u'ols amatlh dhargai dgn bantu menyampaikn sedikit sebanyak cerita akan penganjuran game ini kpd mrk2 yg lain (Players2 esp). Tarikh tutup penyertaan dilanjutkn ke 5 Ogos 09. Sekiranya ingin menginap..tmpat boleh dresrvdkn (rate startng RM90).
K u'ols, utk segala pertanyaan dn keterangan lanjut..hubungi terus hsbn Ell di no. 012-7260403 (Amin)

*this n3 will stay till the 8th August 09

It's Official..

Friday, August 07, 2009

Bayi hilang dalam kandungan?




Salam ilmu utk u'ols hari ni.
U'ols pernah dengar berita atau cerita mengenai bayi yg dikandung tiba2 hilang dr dlm kandungan ibu trutamanya bila kandunga tu dh masuk >7bln? Dengar mcm tk logik dn mengarut je kan.Hakikatnya kejadian begini sering jugak berlaku,malah ada trjadi jugak dikalangan ahli keluarga hsbn Ell sendiri.Dlm akhbar trbitan kosmo 2008 (Ell tk ingat bila) pernah juga memaparkan kejadian seperti ini berlaku.Agak mengejutkan dn mengecewakan si ibu dan ahli keluarga mangsa sebenarnya.tetapi harus redha dgn apa yg dh berlaku.
Pandangan dunia perubatan sains
"Namun begitu, fenomena ini turut berlaku di negara-negara barat yang tidak percayakan kewujudan paranomal sebegini.Dalam dunia sains perubatan, kejadian ini mungkin boleh dikaitkan dengan pseudocyesis atau juga dikenali sebagai kehamilan palsu. Seseorang wanita yang merasakan diri mengandung tetapi sebenarnya tidak secara klinikal boleh diklasifikasikan sebagai pseudocyesis. Fenomena ini sama seperti seseorang yang telah kehilangan anggota tangan atau kaki masih merasakan seolah-olah anggota tersebut masih ada dan berfungsi.
Pseudocyesis biasanya disebabkan oleh faktor mental yang memberi kesan kepada fizikal untuk mempercayainya. Dalam kebanyakan kes, wanita ini mengalami perubahan fizikal dan emosi sama seperti wanita hamil.Ini termasuklah ketiadaan haid, saiz perut yang semakin membesar, merasai pengerakan bayi ( walaupun tiada janin ), payudara yang membesar dan ada sesetengah kes mengeluarkan susu.Ini semua berlaku adalah disebabkan keinginan mendalam yg berkehendakkan adanya bayi ."
~~~~~~~~~~~~~
Pada pendapat Ell lah kan,INI KERJA JIN@SETAN TERKUTUK LAGI TERLAKNAT, Tak kiralah bunian ke apa tambah lagi dia mengaku bragama Islam. Susah nak percaya tapi kisah ni dah banyak kali berlaku.Sokongan ini dikuatkan lg dgn sumpahan syaitan yg berjanji akan mengganggu dan menyesatkan keturunan anak adam sampai akhir zaman.
Ok,Ell ada sedikit panduan sebenarnya yg Ell rasa nk share sgt dgn u'ols.Ini elok diamalkan utk ibu2 yg mengandung bg menjamin keselamatan sepanjang tempoh mengandung.

Buku ni sgt brmanfaat bg ibu yg sdg mengandung.Lama dh Ell beli buku ni,dr awal kawen sampai skrng masih brguna lg buku nih.Isi kandungannya sgt padat dn Ell perasan kebnyakan buku yg baru2 diterbitkan dipasaran kebanyakan merujuk dr buku ini.Buku AMALAN KETIKA MENGANDUNG DAN SETELAH BERSALIN SERTA PANDUAN MENAMAKAN BAYI ini telah disusun oleh ABU AFIQAH dan diterbitkan oleh DARUL NU'MAN (penerbit buku2 ilmiah islam)
Nama2 anak yg didisi dlm buku ni pun menarik.bnyk perkara yg Ell rujuk dalam buku ni kalau ada yg berkaitan dgn kehamilan,dlm pantang dn doa2 semasa hamil.
Seperti yg semua sedia maklum,Ibu2 hamil kan digalakkan bnyk membaca doa2 dn ayat2 Al-Quran antaranya :-
  1. Membaca surah Al-fatihah dan ayat Kursi
  2. Membaca surah Yasin hingga akhir
  3. Membaca surah At-Taubah hingga akhir
  4. Membaca surah Yusuf hingga akhir (agar mmproleh anak sole,sihat,cantik dn sempurna)
  5. Membaca surah Luqman hingga akhir (agar memperoleh anak yg taat)
  6. Membaca surah Maryam hingga akhir(utk memperoleh anak yg sabar dn taat)
  7. membaca surah An-Nahl ayat 78
  8. Membaca surah Al-A'raf ayat 189
Bawah ni Ell sempat scan doa yg patut diamalkan semasa mengandung utk dikongsi dgn u'ols.Doa dibawah ni brtujuan agar anak didalam kandungan dipelihara.
~click utk lebih jelas~


Bawah ni,DOA PELINDUNG DIRI. Bagi ibu hamil disarankan agar membaca dan mengamalkan doa ini slps solat Maghrib.Kerana ianya Insya'Allah akan dpt menghindari dr berbagai penyakit dn gangguan makhluk halus sprt jin,syaitan dan seumpamanya.baik utk diri sendiri mahupun anak yg ada dlm kandungan.
Sebenarnya ada disertakan makna sekali utk memahami isi ayat tu,tp apa yg penting ialah bacaan doa kan.





~click stiap satu utk lebih jelas~


Kalau ikut cara Ell,Ell akan baca doa2 ni slps solat maghrib bermula dr 1,2,7 & 8 kemudian diikuti dg doa2 diatas.Manakala surah2 yg terpaksa dihabiskan satu juzuk tu,trpaksa lh Ell baca sedikit2 mengikut kelapangan masa..Sebenarnya bnyk lg doa2 yg disarankan dlm buku ni,cuma tu semua mengikut kemampuan sendiri lah kan.Ada jugak org2 tua yg nasihatkan supaya bawa benda tajam diselit celah rambut/sanggul seperti paku bila brjalan keluar rumah.kerana dikatakan mahkluk2 halus ni takut dgn benda2 tajam (wallahualam..) Ell tk pernah cuba,sbb takut nk percaya benda2 tahyul nih.


Bagi ibu2 yg sedang hamil,jaga kesihatan dan dpt lh kiranya mengamalkan doa2 yg disarankan utk menjaga keselamatan dr diganggu syaitan..insya'Allah semuanya akan selamat.








*Rujukan dr buku AMALAN KETIKA MENGANDUNG DAN SETELAH BERSALIN SERTA PANDUAN MENAMAKAN BAYI.




Bayi hilang dalam kandungan?

Tuesday, August 04, 2009

wuteva

Tuesday,August 4,2009

Hari ni Ell tak de n3 yg menarik pun..May b ada antara u'ols nnt yg akan kata"alahhai,citer cenggini pun nk publish ke..?" Apa2 lah u'ols..Ell pun kurang skang ni ngan xtvt so,tk de yg intresting pun..semuanya brjln mcm hari2 yg biasa je..



Apa motif gambar atas neh? Takde pape motif pun..jez nk menggambarkan pd u'ols Ell suka sidai baju ikut kaler n size..nmpk cantik n syok.:) (Ell penah jawab dlm tag) Ok,itu jemuran baju yg Ell baru je sidai kul 12.00tgh hari td.Apehal plak baru nk sidai dh tgh2 hari nih ekk.Sebenarnya Ell dh siap basuh awal2 pg tadi,tp Ell kena gi clinic ada routine check up ibu mengandung.Makanya,balik dr clinic la Ell baru jemur baju tu..lagipun cuaca skrng ni terik na..sidai kejap je dh kering.kalau Ell jemur pagi td,dh tentu balik clinic Ell dh boleh angkat kan.
Apa2 je kan?


Kenal buku merah ni? Ini buku rekod ibu mengandung kalau u'ols wat check up kat gov clinic..Ell tk taulah kalau wat kat privt camner.Clinic ngan umah ell dkt je..lebih kurang 80meter.



Usia kandungan Ell dh 14 minggu n harini doc scan .Setakat ni bb ok tp Ell je kurang Hb(kepekatan darah) tengok yg dlm bulatan tu, 10.9gm sahaje.Hb yg baik adalah >13gm . So,Ell disarankan lebihkan mkn kerang,hati n sayuran hijau.Yang dlm kotak tu,Ell nyer weight dh menurun 1.6kg dr tuuttt...(hahaha segan nk ckp).Kena bising ngan staff nurse tuh.Pd Ell takde effect pape pun coz sblm preg pun Ell rasa Ell dh 'over' weight. :D
Apa2 je la..

Nak wat camner u'ols..Ell takde selera langsung nk mkn..cuma haritu (jumaat)Ell trpandang siput masak lemak ngan batang keladi kat tiwi..segera tu gak Ell call mak suruh dia carik siput sedut ngan batang keladi n masak kan yg pedas punyerr...malam tu Ell gi umah mak (dekat je 50meter) sbb nk mkn masakan bonda kesayangan.Fuhh..Ell rasa itulah yg Ell betul2 makan..kalau tidak,sesenduk nasi pun tk abis.

Apa2 la ekk...

>>>>><<<<<

Siput sedut masak lemak cili api dgn batang keladi..

Kalau gi gov clinic ni,mesti dibekalkan ngan 4 jenis ubat ni.Ell rasa kalau amik OBIMIN pun ok,sbb dlm OBOMIN tu semua vitamin ada dlm tuh.Tp Gov clinic ni diberi percuma jd takyah lh keluar modal nk beli tetiap bulan kan.Disebabkan Ell kekurangan Hb,Ell dinasihatkan supaya ambil FERROUS FUMARATE 2biji pagi dan 2biji petang..walaupun pd kebiasaan nya,ubat2 ni sepatutnya diambil sebiji sahaja setiap satu, sehari sekali. kekadang tr miss ingatkan dh amik..sudahnya sampai ke mlm n trtido tk amik ubat nih.

Apa lah Ell nih..

Susu sgt penting utk ibu2 hamil kan u'ols...Utk pembentukan tulang dan gigi yg sihat serta kuat.Kalau kita tk amik kalsium lebih..nnt bb kita yg amik dr kita..sudahnya kita pun kekurangan kalsium.betul tak? Ell lebih suka amik MAMIL MAMA ni dr Anmum or wyeth mama or apa2 je la.. rasanya tak muak n hanyir yg biasanya akan membuatkan tekak rasa mual pastu muntah semula.Abis,mana kalsium yg kita amik tu ye tak? Hai...Ell ni ckp je pandai,diri sendiri pun kekadang miss jugak.Harapkan air soya je mana cukup ekk.

Camner nk tutup n3 ni ekk.Aduhhh...

Apa2 la u'ols...

wuteva
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...