Friday, November 27, 2009

Salam AidilAdha


SALAM AIDILADHA
Mari gandakan pahala dengan melakukan amalan sunnah ibadah Qurban..
Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
"Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu."
(Riwayat al-Tarmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)


~SELAMAT BERKORBAN~
*AUTOPUBLISH*


Salam AidilAdha

Thursday, November 26, 2009

2ND BIRTHDAY



Happy Birthday


HAPPY BIRTHDAY ARYAN!

I cannot believe you are 2 years old now!
Happy birthday dear from us all...








2ND BIRTHDAY

Monday, November 23, 2009

Nak pergi....




Jumaat ni Raya kan u'ols...We'ols ada perancangan nak beraya kat Shah Alam.Kalau takde apa2 halangan,hari Rabu(25 nov) we'ols naiklah KL.Tp hari pertama tu we'ol akan bermalan di umah SIL4 kat Hulu Langat.Sebelah petang hari khamis(birthday Aryan) tu baru gerak ke Shah Alam.
Sebenarnya kat Shah Alam tu ada 2 umah ipar Ell (BIL1 & SIL2)..rumah nya pun berhadapan je.Rasanya kat situ we'ols akan menghabiskan masa beberapa hari jugak lh.Paling sekejap pun sampai hari ahad(29 Nov),tp tengok keadaan..
So u'ols,agak2 sesiapa yg berdekatan dn berhampiran..kalau u'ols ada buat kenduri korban or w/ever,jgn malu2 jemput Ell sekali ya.:D Ell pun tak malu nk dtg kalau tak de apa2 yg menghalang..:)
Nak pergi....

Friday, November 20, 2009

::Coklat Marshmallows::


Hari ni hari terakhir sekolah kan u'ols..Esok dah start cuti panjang.Sebelum terlupa,Ell nk mengucapkan TAHNIAH! pada u'ols yg anaknya mendapat keputusan CEMERLANG dlm UPSR.Berkat doa u'ols,tak sia2 usaha keras anak2 selama ni.SYABAS!
Apa programme cuti sekolah u'ols? Ell tk plan pun lg cuti sekolah ni nk kemana..lagipun pun dh sarat birat cenggini,rasa tk larat lh nk mengusung kehulur kehilir perut nih.Rasa mcm nk terkeluar sgt dh budak yg dlm perut nih.:D

Ok,u'ols biasa kan ngan kek batik biskut marie?Alah,senang je nk buatnyer..Pejam mata sebelah pun leh jadik kan.Haa..aktiviti buat kek batik ni bleh gak kita ajak anak2 buat sama.Orang kata kids friendly lah gitu..Ell ada satu lg versi yg saaangat simple tp rasa wallah! lebih senang lah dr nk buat kek batik biasa tu.Kalau buat kek batik biskut marie tu u'ols leh pejam mata sebelah..buat yang ni tak yah bukak mata pun tak pe..hahahah


Bahan2 :
1.2 block milk coklat (patah2kan) brand sukahati


2.Kacang dipanggang (ikut suka) almond/walnut/hazelnut
3.Marshmallows putih/pink (dlm packet) nak yg kalerful leh gak..

cincang camni


4.Biskut marie(hancur kan sket/patah 4)



Cara2 :
1.Cairkan coklat
2.Gaulkan dgn kesemua bahan2 yg lain.
3.Tuangkan adunan kedalam bekas.
4.Simpan dlm fridge.



Dah beku,bolehlah potong dan sprinkle dgn icing sugar..(kalau suka)Tp nk cantik apa salahnya..takkan tuannya aje yg nk berbedak bagai kan...food pun nk mekup gak..:D
Senang kan,kan,kan...kiranya mcm homemade coklat la..Yg paling best suruh anak2 je buat..kita just cairkan coklat n cincang kekacang(takut trcincang pulak tgn anak tu kalau suruh dia yg buat),then proses mencampur bhn2 tu bagi kat derang.Anak2 mesti suka buat menda2 gini.Sangat mudah dn senang dgn 4 bhn DLM 4 langkah. :) Try laa,Ell pasti u'ols takkan kecewa..
If u'ols nk buat cara biasa buat kek batik tu kan..(guna milo n susu bagai) boleh2 aja dong.tambah kan je kekacang n marshmallows.Tp marsmallow n biskut marie tu bubuh masa coklat dh dekat2 nk sejuk sbb kalau tak nnt marshmallow tu cair n biskut tu kembang.Ell dh buat eksperimen dgn versi ni beberapa kali.Biasalah,cubaan pertama selalunya tk berapa menjadi.Oh ya,sukatan kekacang n marshmallow nya jgn ditanya ya..Ell main bedal je.:).Biskut pun agak2..
Akhir sekali,buat cikgu dan cikgi,

SELAMAT BERCUTI!!



::Coklat Marshmallows::

Wednesday, November 18, 2009

Anugerah buat MARSHA


Tempat:Sek Keb Ayer Baloi
Acara:Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan 2009
Tarikh:17 November 2009
Masa:9.00pg-11.30pg
Intro nya pun u'ols dh tau kan Ell nk citer mengenai apa.Semalam 17Nov sprt yang tercatat kat atas tu,Ell dgn hsbn diundang ke majlis yg meraikan anak2 cemerlang dlm akedemik dan Ko-korikulum Sek Keb Ayer Baloi.
Al-kisahnya Marsha pun ada tersenarai antara salah seorang pelajar2 tu.Bagi tahap satu,darjah 2 Marsha dianugerahkan PELAJAR TERBAIK MATEMATIK.Kalau diikutkan,sebenarnya prestasi Marsha agak sket menurun sbb dia tak dpt menguasai kedudukan dalam kelas Tempat pertama,ke-2,mahupun ke-3 sprt penggal pertama persekolahan.Mungkin pelajar lain berusaha lebih gigih kali ini.Walaupun kedudukan nya no-4,Ell bersyukur jugak lah sekurang2nya ada yang boleh dibanggakan.Apa2 pun haruslah dihargai segala usaha supaya Marsha akan lebih bersemanagt utk terus berusaha sehingga berjaya.Buat Marsha dn kami sekeluarga.. kisah ini ditulis dn simpankan disini sebagai kenang2an kita di hari depan.:)
Buat kakaks or abangs yang anak2 nya menduduki peperiksaan besar SPM,hrap bertenang ya.Ell faham kerisauan sebagai ibu bapa.Apa pun kita berdoa dn InsyaAllah mudah2an..dgn harapan mereka semua dpt laluinya penuh tenang dn BERJAYA.
Anugerah buat MARSHA

Monday, November 16, 2009

Hasil tahun pertama~DINA


2009 adalah tahun pertama Dina (2nd dotter) sekolah di Tadika Al-Huda (Tadika ABIM).Walaupun Dina berusia 5 tahun tp Alhamdulillah boleh serba sedikit menghafal ayat2 Quran antaranya Bacaan Yasin dan Ayatul Qursi.Syukur..tadika ni mmg menekankan aspek keagamaan.
Nak dipendekkan cerita,hari sabtu yang lepas (14 Nov 09) adalah hari majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan pelajar2 Tadika Al-Huda peringkat daerah Pontian (3 sekolah).Majlis start kul 8.30pg-10.30pg.We'ol sefamily termasuk MIL pergi memberikan sokongan kepada majlis.Utk pelajar 5thn,Cikgu2 tak arrange sebarang persembahan sbb persembahan atau pertunjukan bakat menghafal,nasyid atau sebagainya nya lebih ditumpukan kepada pelajar yg berumur 6thn memandangkan ini adalah tahun terakhir sebelum d'ols menjejakkan kaki ke primary.
*Oh ya,Marsha (1st dotter) tak dapat ikut serta sbb ada acara larian flora & fauna di sekolahnya.
Ell mahupun hsbn tak bnyk amik gambar.So u'ols tengok je lah apa yang ada ni ye..:)
Ini hadiah utk tempat pertama dlm kelas (umur 5thn) bg pertengahan penggal pertama.Siap pakai jubah :)
Hadiah tempat ke-3 dlm kelas bg penggal terakhir persekolahan.
"Tahniah buat DINA!!!Walaupun sedikit merosot,Mama yakin semua org berbangga dgn pencapaian Dina.Perjalan masih jauh..teruskan usaha menuju kecemerlangan.Satu hari nanti,Dina pasti BERJAYA!!"
Selepas selesai majlis dan acara,we'ols debekalkan makanan tengahhari oleh cikgu2.Ngam2 waktu Marsha balik.Terus we'ols mintak diri .(mkn pun dh dpt,apa tunggu lagi.. hehe)
Kat rumah parent Ell (depan sekolah je) Dina tunggu Marsha..tak sabar2 dia nk menunjuk apa yg dia dpt.Nmpk je kelibat kakaknya tu,terus menerkam dan tk habis2 bercerita ini dan itu. :)
Dina dengan 2 hadiahnya kaler GOLD n BRONZE disamping kakaknya yg keletihan...
Alhamdulillah..tahun pertama menyemai benih inilah hasilnya,Walaupn prjalanan masih jauh namun laluannya Alhamdulillah sudah kelihatan dan mudah2an Allah permudahkan segalanya.Semoga tahun mendatang akan melimpah ruah ilmu didada.Insya'Allah.


*Maaf ye u'ols, gambar yang dipaparkan agak kekaburan.Camera salah setting..
Hasil tahun pertama~DINA

Thursday, November 12, 2009

Puding Roti & Jus Roselle





Puding Roti Bakar
Bahan2:-
6-8 keping roti putih
200ml susu segar/susu cair
butter/margerine
2 biji telur
Gula
Kismis
esen vanila
choc rice/choc chips

Cara2 penyediaan:-

1.Potong 4 setiap roti dan sapukan butter/margerine depan belakang.
2.Susun roti dlm bekas pembakar dan tabur kismis serta choc rice/choc chips setiap lapisan.
3.Bekas lain,pukul telur, 2 sudu gula, susu dan esen vanila.
4.Curahkan keatas roti dan biarkan terendam selama 1/2 jam.
5.Tabur sedikit gula (sesudu) atas roti.
6.Bakar dengan suhu 200'c selama 20minit.

Puding Roti sebelum bakar

Sos Custard:-
1 tin susu cair
2 sudu gula
2-3 sudu tepung custard
Caranya:-
~Kacau semua bahan atas api
~Curahkan atas puding sebelum makan/hidang.

Jemput makan...


~Gambar bawah bunga rozel ya.Bunga rozel ni MIL beli kat pasar.Murah je, yg dlm gambar ni lebih kurang 2hinggit dan kos keseluruhan dlm 4hinggit. Puas lah minum kalau buat kordial tu.Kalau beli sebotol kat supermarket harganya dlm lingkungan RM8++ . Rasanya sedap sket dr ribena :). Dan disebabkan buat sendiri,kualiti kebersihan dijamin 100% dan disahkan tanpa bahan pengawet. :D



Nak buat senang je.Cuci bersih semua bunga2 ni,kemudian masak dgn air sampai keluar kaler warna merah pekat.Masukkan gula bape bnyk ikut suka.Pastu tapis utk dapatkan patinya saje.Kalau manis,bancuh dgn air bila rasa nk minum.Minum sejuk2 mmg sedap.Pati nya tu boleh simpan dlm fridge .Untuk kuantiti rozel yg sebanyak ini,akan menghasilkan lebih kurang 1botol setengah pati pekat rozel.So,mmg untung kan.



Katanya kalau kita amalkan jus rozel bnyk kebaikan .Antara khasiat jus rozel
1. Anti Penuan
2. Pencegah penyakit Cardiovaskular
3. Anti-cancer.
4. Demam panas/selesema.
5. Resdung (alergi) dan Asma.
6. Stress atau Sukar tidur (Insomnia).
Ia kaya Vitamin c , bersifat antioksida, beta carotene, vitamin B1, B2 and B6.
So u'ols, silakan...





Puding Roti & Jus Roselle

Tuesday, November 10, 2009

Berpantang...





Ell menulis ni melalui dari pemerhatian sekeliling.Bukan nak kata apa,cuma ada juga rupanya ibu2 yg lepas bersalin ni tak mengamalkan pantang.Seminggu pun tidak,apatah lagi 44 hari.U'ols pelik tak?Ell heran tau,padahal org melayu kita penuh dengan adat dan petua2 berpantang,tp ada segelintir yg Ell perhatikan dan diberitahu tidak mengamalkan langsung cara berpantang org melayu.Jgn kata memakan jamu,memakai pilis dan param..ambil ubat2an yg dikomersilkan pun tidak.Pengambilan makanan pun tak seperti org dlm pantang.


Nak kata hidup serba moden,tak jugak.Jgnlah mentang2 badan dh kecik molek,slim dn seksi, amalan berpantang diabaikan.Bukannya apa,nanti kesannya diri sendiri yang merasa bila dah tua.Sekarang memanglah sihat,tp bila umo baru mencecah 40an mulalah sakit sana sini.Itu ke yang dikehendakkan?Kalau berpantang dgn mengambil ubat yg dibekalkan hospital..berapa hari je boleh tahan.Setakat 2-3 hari ubat dh habis,selebihnya ikut suka.Mana boleh macam tu..Sekurang2 nya belilah produk yg dh siap set bersalin yg bnyk kat pasaran sekrang ni.Itukan lebih mudah dr tak mengambil apa2 langsung. Badan nak pakai sampai tua,jadi kenalah jaga.


Kalau nak ikut cara artis dan celebrity barat,tak trikut lah kita.Mereka bnyk peralatan moden yang serba canggih yang boleh membantu mencantikkan tubuh badan dan utk kesihatan.Tak heranlah mereka boleh kelihatan sgt bergetah walau dah berusia 50an.Tp kan,cuba u'ols tengok pelancong2 omputih yang datang melancong ke negara kita,yang tua2 tu semuanya dh melayut2 dan menggelebeh..:)


Apa salahnya kita ikut cara timur adat melayu kita.Kan ke bagus...Contoh pengamal yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengasas 'Mustika Ratu' ibu Mooryati.Walaupun umur beliau dah menjangkau 70an,tp masih lagi solid molid mcm perawan. :)


Ell sendiri pun bukanlah nak mengata sesiapa,diri sendiri pun kadang2 trlepas pandang dlm hal2 mcm nih.Tp tk bolehlah ambil sambil lewa..Bagi Ell nak berpantang senang je..combine kan antara nasihat2 dokter dan amalkan cara2 lama yg boleh diterima.Kita pun boleh fikir sendiri,mana yang dirasakan elok dan betul.


Ok lah u'ols..tu je lah n3 membebel Ell ni ya..sebenarnya Ell kesian kat individu tu.Mak mertua tolong bela dia tak setuju.Penyudahnya buat apa2 pun secara melulu.:)






Berpantang...

Monday, November 09, 2009

Ish! geram


Tak faham dengan orang yang suka meng copy paste hak org dr blog org lain.Ell terdetik nak buat n3 ni sbb salah sorang blogger yg Ell follow ~Link~ telah dicopy hasil buah fikirannya.But she dah maafkan org tu atas sbb2 hentaman yg bertubi2 keatas si plagiat tu (baik ko dik).Si pencuri tu pun,nmpaknya dh private or block blog dia dr sembarangan org..Ell pun pernah buat posting yg seumpama..U'ols ingat kan..:)

Sebenarnya,Ell pun nak melepaskan rasa ketidak puasan hati kerana si pencuri idea tu sampai sekarang tak timbul lagi menunjukkan muka meminta maaf."Harap kamu dah insaf lah ye dr buat keje2 mcm ni.Kalau kamu masih buat benda mcm ni,jgn ingat org akan respect kamu sedangkan kamu punya tulisan yang kononnya hebat tu adalah hasil curian".Ish! geramlah dgn org species mcm nih.Dah lah dtg tak beri salam,pastu ambik hak org lain.Aih,malulah sket..pulak tu pampang muka sebesar2 alam dlm blog yg setengahnya hasil curian.
Utk jadi blogger yg BAGUS,u'ols boleh pergi ke SINI.Harap dpt memberi manfaat.
Buat semua..semoga hari dan minggu ini menjadi hari2 yg terBAIK dlm hidup u'ols.


Ish! geram

Friday, November 06, 2009

Dalam Kandungan...




Ell ni sebenarnya dinasihatkan supaya bnyak berehat.Tp org kalau tk reti diam mmg tk senang duduk tengok kerja2 yg trbengkalai.Kenapa Ell ckp mcm ni,sbbnya semalam Ell gi klinik utk routine check up,sekarang dh masuk 7 bln..Ell kena gi klinik 2 minggu sekali.Semuanya berkeadaan baik dr semua aspek termasuklah tekanan darah Ell yg aritu agak rendah,sekarang dh ok.Ell jugak dh mula mengira pergerakan baby dr 9pg -9mlm.Kepala baby posisinya dh kat bawah,so Ell terpaksa kurangkan buat kerja2 berat takut kalau2 nnt Ell trberanak awal.Patutlah lately Ell asyik rasa sengal2 kat bahgn bawah.
Ell ni pulak jenis tak sabar,bayangkanlah tong gas yg berat tah bape kilo dgn isipadu 14kg tu..Ell angkat sendiri.Yang lain2 kosi meja ke,gobok ke..mmg Ell angkat sendiri nak alih kesana kesini , lebih2 lagi sebakul baju yg baru siap basuh tu (imagine baju sebanyak 2-3 hari utk 6org)So,Ell ni mmg degillah kan. Leceh nk mintak tolong hsbn buatkan itu ini.Apa2 pun alhamdulillah..Ell n baby sihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
U'ols,Ell nak share clip ni ngan u'ols..U'ols pertimbangkan sendiri tentang kebenarannya..ataupun kalau u'ols nak kaji sendiri pun boleh.Klip ni menunjukkan reaksi bayi dalam kandungan yg dialunkan ayat suci Al-Quran berbanding sebelum diperdengarkan apa2 bunyian.
Selalunya kita disarankan utk mendengarkan lagu2 muzik mozart yang katanya bnyk membantu perkembangan dan kecerdasan otak bayi dari dlm kandungan,sehingga apabila dilahirkan pertumbuhan bayi akan lebih terangsang ke arah kecerdikan dan kecerdasan berbanding bayi yang tidak didengarkan muzik mozart.Sebenarnya Mmg ada kebenarannya.Tp bila difikirkan dan diteliti semula,ada juga yang berpendapat mengapa kita mesti dengarkan bayi kita alunan2 muzik sebegitu sedangkan kita sebagai umat Islam kan lebih elok jika didengarkan alunan ayat2 suci Al-quran lebih2 lagi ayat2 yang disarankan ketika kita hamil.
Bagi Ell,kita harus seimbang dlm semua aspek.Dlm perkara ni,Ell ambil sebagai elok kedua2 nya dan Ell amalkan mengikut cara yang Ell rasa baik.Apa pun kita teliti dahulu klip ini,lebih2 lg tindak balas serta perilaku bayi di pertengahan klip juga di penghujung klip yg dikatakan seakan2 bersujud di penghujungnya.Wallahualam..


Allah Maha Besar
Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang BENAR




Dalam Kandungan...

Wednesday, November 04, 2009

Happy Birthday Dear

birthday
What a wonderful husband you are!
I love you in every way.
Just look how we've gotten this far,
and getting better every day.
You mean the world to me
and yet so much more.
Here's hoping your birthday
will be one you'll adore.
HAPPY 31st BIRTHDAY
MY DEAR HUSBAND
Happy Birthday Dear

Monday, November 02, 2009

at 9 o'clock..



Tajuk n3 takde kena mengena ngan citer hari ni, cuma utk posting ni Ell start type kul 9 (sharp).
~Mula sekali,nak ucap happy 1st anniversary untuk http://deekuntum.blogspot.com/ (Dee).Terima kasih banyak2 sebab bagi award yang sweet ni untuk pembaca blog Dee.Walau baru setahun,tapi blog Cik Dee tu kemain hangat lagi.Followers pun boleh tahan gak..kira mcm fames gak arr..:)Buat Cik Dee,semoga terus bersemangat untuk menulis didalam arena bloggin'.So nice to know you in this blogsphere... cuma belum berkesempatan je lagi untuk bersua muka.

~Ke 2,Ell nak ucap terima kasih jugak buat CT lavender sbb sudi jemput ke majlis hari jadi anaknya Aidil yang ke-2 di rumah mertuanya.Maaf lah CT,biasa2 je akak bagi untuk Aidil.And da food sangatlah sedap lebih2 lagi nasi ayam madu.Mee bandung pun ok.1 more thing,bubur merah n putih (org jawa sinonim ngan bubur ni kan) Mekasih.. siap tapau lagi nasi ayam ngan mee bandung tu.Psst!! CT,ayam madu tu dh habis eh..sedap arr..
Aidil n CT tengah potong kek
bubur merah putih
~Akhir sekali,buat u'ols semua..HAPPY MONDAY !
at 9 o'clock..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...