Friday, January 29, 2010

One week...Aariz Arslan


Salam semua.
Disbbkn trlalu banyak prtanyaan yg ingin tahu nama n ada juga yg blm melihat gambar Ell's new born baby ni, baik dari kwn2 @fb, blog mahupun akak2 ipar Ell sndiri n anak2 mrk..jd Ell buat entry ni special utk kesemuanya.



Setelah difikirkn trmasuk mengambil kira polls yg ada diantara u'ols tlg hari tu, Ell n hsbn decided utk menamakan dgn nama Aariz Arslan yg mmbawa maksud respectable n brave/bravery/lion. Ada sedikit kelainan dari ejaan n sebutan ttp ia mmbawa makna yg sama. Spelling dia mmg mcm tu..Arabic (double A instead of sngle n Arslan).
Apa pun Ell n hsbn brsyukur yg tramat pd Allah swt krn telah mmberikn kami zuriat yg sempurna sifatnya dn kami berdoa agar dipermudahkan kehidupannya dikemudian hari, InsyaAllah..



One week...Aariz Arslan

Tuesday, January 26, 2010

6th Birthday ~ DINA

Tuesday,January 26,2010



HAPPY BIRTHDAY TO


DINA

Buat anak mama yang manis,mama ucapkan selamat ulangtahun yang ke-6.Walaupun sambutan yang tak seberapa,mama harap Dina gembira dihari yang amat bermakna.
Buatmu anakku,
Semoga terpelihara senantiasa langkahmu..
Semoga jadi anak yang solehah..
Manfaat dunia akhirat..
Ahli harta, ahli ilmu, ahli syurga..
Amin..

6 tahun yang lalu
Maha Suci ALLAH yang menciptakanmu anakku..
Sihat, lengkap jasmani dan rohani..
Alhamdulillaaahh.. tak henti bertahmid padaNYA..

Kini, 6 tahun usiamu anakku..
Semoga ALLAH senantiasa menjaga dan melindungimu..
Sehingga engkau menjadi salah satu perhiasan dunia..
Wanita solehah yang menyejukkan hati..
Dan kelak di hari akhir..
Semoga engkau menjadi bidadari penghuni surgawi..
Kekal abadi dengan iman yang terukir di hati..
Amin.. amin.. ya Rabbal Alamin..
"SELAMAT HARI JADI DINA"

* (sebak pulak hati,tersa semakin meningkat usia ni..:)
6th Birthday ~ DINA

Thursday, January 21, 2010

Alhamdulillah..


Salam semua..
Buat pengumuman.., Ell telah selamat bersalin pd pkl 2.10ptg td. 3kg baby boy. Ell tidak menghadapi apa2 masaalah sewaktu melahirkan. Skrg Ell n Baby berada dlm keadaan baik. InsyAllah esok tgh hari Ell n Baby akan dibenar pulang ke rumah.
Di bwh ni ada disertakn gambar Babynya. Buat kwn di fb yg dh brtanya brhubung nama, emm.. tgh difikir2kn lg..


(ada rupa Marsha..Dina pun ada..tp rasanya bnyak rupa abg dia Aryan)

Disini, saya suami Ell mewakili Ell..ingin mengucapkn brbnyak2 trima kasih pd semua kwn2 Ell @facebook mahupun Blog atas doa n kata2 perangsang yg dihadiahkn buat Ell. Sedikit-sebanyak dptlh juga membantu serta mmpermudahkan lg Ell dalam melalui masa2 hingga selamatnya bersalin hari ini. Sekali lagi Terima Kasih..


Alhamdulillah..

Wednesday, January 20, 2010

Admitted @ Hospital

Wednesday,Jan 20,2010



Biasanya tetiap hari isnin Ell akan post satu n3,tp kelmarin Ell mmg tk sempat langsung coz Ell dh mula risau yg baby dlm perut ni tk berapa nak aktif utk bergerak.Ell mintak hsbn antarkan gi klinik kesihatan kat tempat Ell ni,doc suruh terus gi hospital daerah utk kemasukan kehospital.kalau ada apa2 masalah pun,Ell boleh terus di induce sbb Ell dh 39 minggu.Dr kul 9pg-3ptg baru 2 kali pergerakan kuat itupun masa Ell kat klinik.
Memandangkan keadaan agak merunsingkan jugak,Ell terpaksalah tido kat wad 1 malam..Bila buat CTG(alat utk detect denyut jantung baby) ok,tp katanya baby sleeping pattern (tido).Setiap 4 jam Ell kena wat CTG ni utk memastikan semuanya dlm keadaan ok.Dan,disebabkan 4-5jam sekali kena cek jantung baby,Ell tido pun jadik tk lena asyik kena kejut je..tambah plak tak berapa selesa tido kat hospital.

Sekali sekala berderai airmata teringat kat hsbn n ank2 kat umah..lebih2 lagi dak Aryan.Alahai,sayu je hati Ell ni baru semalaman tk jumpa n peluk derang,hati dh mula rasa rindu...Tapi mujurlah Aryan Ell dh biasakan die dgn susu formula n tido dgn atok masa pertengahn pregnant aritu.Mcm2 yg jadi pertanyaan dlm kotak fikiran Ell ni,mcmmana ank2 bersiap gi skolah,apa sarapan n bekalnye,makan pakainye..aih mcm2lah.Tp nasib Ell mmg baik dgn bantuan MIL yg duk serumah n hsbn yg uruskan semua persiapan ank gi skolah.Maklumlah,semua masih kekok n tk biasa dgn keadaan mcm tu.Dulu masa Ell lahirkan Aryan time tu cuti sekolah..jd semuanya boleh diatur.

Semalam baby movement dh stabil,Ell pun dibenarkan kuar hospital.Kalau dh sakit n kuar tanda,baru Ell ke hospital semula.Ell pun harap sgt kalau masuk hospital tu biarlah terus bersalin sbb tak sanggup ah stay lelama kat hospital.Balik umah Ell terus balun tido sampai ke petang..:)



Admitted @ Hospital

Friday, January 15, 2010

Dracula?~

Friday,Jan 15,2010
jaga..die dh aim tu..:)
Tak de apa nak citer lah u'ols..tp sementara nk tunggu time nak bersalin ni,kena jugaklah update blog ni sekali sekala.Arini Ell nk citer pasal kelawar besar/kluang.Kelawar besar/kluang ni hsbn amik gambar nya tergantung kat pokok mengkudu dirumah kawan dier...tanya watpe amik?die kata kesian kelawar tu patah sayap..saje je amik gambar.Lagipun bukan senang dpt tengok kelawar dekat2 camtu.
Hehehe..Ell pun seram takut2 buatnye kena geget kat tengkuk hsbn leh jadik vampire.Hahaha.
U'ols tau tak dracula the vampire kelawar jadian yang sering dikaitkan dengan makhluk jadian yang sangat terkenal tu.Kononnya ia merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana.
Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia.Ini dlm citer je..
"Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk 'Dracula'.Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai Vlad Si Penyula?Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.
Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan. Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.
Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.
Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tidak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini."
So,takyah lah Ell takut hsbn kena geget ke hape kan...tulah, lebih sgt pengaruh movies nih.:D
Dracula?~

Monday, January 11, 2010

Awas! bila berkata~

N3 kali ni Ell nak share fakta dengan u'ols.Ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.:) Bukan rekaan yang sekadar menyedapkan penceritaan juga bukan magic yang menipu penglihatan mata.:) ecewah..
Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji,


Ell pun tertarik untuk melakukan eksperimen.Tp sebenarnya Ell pun tk baca pun lagi buku tu.Just dapat info ni n try buat ujikaji sendiri.Ell rasa menarik juga utk dikongsi,so Ell publish kan kat sini. Eksperimen ni Ell buat minggu lepas dn keputusan diperoleh 2hari lps.
Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti berikut:_
Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu dekat denganmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Hodoh, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "
Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, kemudian pesan pada ahli keluarga yang lain utk membaca setiap kali melihatnya.
Keputusannya: inilah yang terjadi pada nasi tersebut selepas 1 minggu berlalu:



Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Sekarang u'ols boleh try sendiri……….

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Pengajaran: Tidak kiralh dgn sesiapa,lebih2 lg dgn anak,isteri,suami mahu pun ahli keluarga yg lain hendaklah kita sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita.Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik.Bayangkanlah kesan hidup mereka2 yg sentiasa diluahkan sepanjang masa kata negatif dsb.Kadang-kala jika direnungkan, kita semua tidak terlapas dari melakukan kesilapan di masa2 lalu..namun ini tidak bermakna kita tidak mampu mengubahnya sekiranya kita mahu.So u'ols,mulakan setiap hari dgn perkataan yang positif lebih2 lagi kpd anak2 dan ahli keluarga semoga ia menjadi rangsangan kearah kebaikan.Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.


****Awasi setiap kata-kata yang di luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!





*Hasil ujikaji Ell sendiri..:)
*Para ilmuan mengatakan "setiap kata2 adalah merupakan doa".Ini contoh yg jelas dapat dilihat dlm masa hanya kurang dr seminggu.Tk percaya?u'ols boleh try.
Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~
Awas! bila berkata~

Friday, January 08, 2010

Menjelang Bersalin~

Friday,Jan 8,2010
~gambar ikhsan 'google'~
Kesakitan ketika bersalin juga merupakan nikmat Allah SWT kepada kaum wanita.Kerana kesakitan yang dirasai itu merupakan ujian keimanan seseorang.Melalui rasa sakit yang dialami oleh para ibu akan menambahkan lagi rasa kasih sayang terhadap anak yang dilahirkan.Kerana didalam sebuah hadis ada disebutkan jika kita sabar menempuh kesakitan,disamping itu kita bersyukur dan memuji kebesaran NYA,nescaya segala dosa kita akan diampunkan.Subhanallah,begitu tinggi dan besarnya RAHMAT Allah SWT kepada kaum wanita yang menghadapi penderitaan dan kesakitan di waktu bersalin.
Sebagai seorang islam yang mempunyai pedoman dan pegangan,ibu yang mahu melahirkan digalakkan banyak2 membaca ayat2 Al-Quran.Antara ayat2 yang perlu diamalkan ialah:
1.Surah Al-Anbiyak (ayat 87)

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
2.Ayat kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
3.Surah Al-A'raf (ayat 54)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
4.Surah Al-falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
5.Surah An-Nas
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Amalan2 yang disebutkan diatas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:-
"Apabila Fatimah telah hampir melahirkan,Rasullullah menyuruh Ummu Salamah dan zainab binti jahsy agar datang melihat Fatimah,maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi,surah Al-A'raf ayat 54 disisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas"
(riwayat:Ibnu Sunny)


Sumber dan Rujukan Al-Quran
*Buku 'Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi'
*Quran Explorer (bacaan A-Quran dan terjemahan pelbagai bahasa)




Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~
Menjelang Bersalin~

Monday, January 04, 2010

An Evening @ Mandella

Monday,Jan 4,2010


Penggal persekolahan dah start,makin bz lh nmpk nya parents semua kan..selamat mengajar dan mendidik kpd para cikgu2.Ell beruntung jugak,sbb hal ank2 ni semua hsbn yg uruskan.Ell cuma sediakan pakaian, sarapan n bekal ank2 kesekolah je.Seronok tengok ank2 ni exited nk gi sekolah.Kadang2 parents ni lagi kelam kabut dr ank2..:) Mudah2an hati ank2 kita tenang dan lapang menerima pelajaran.
Ada antara u'ols yg tau, Ell kan berhajat nk mkn seafood..k Ell nk share dgn u'ols, Nak dijadikn cerita kebetulan hari jumaat BIL4 n his wife ada balik kampung,we'ols nk meraikan his 1st wedding anniversary(26th Dec).So,semalam d'ols tunaikan lh hajat Ell ni.Yang ngengada tu pulak tempat yg nk pekena seafood tu adalah satu2nya tempat yg Ell hajatkan.Tak mau dh tempat lain,melainkan restoran ni saje. :D
Walaupun jauh nun diceruk kampung,Ell tak dulik..Ell nak jugak.Bukannya apa,dulu sekali Ell n hsbn pernah mkn kat situ dgn kwn2 badminton team hsbn,so mmg teringat2 je tambah pulak ada sekali time Ell gi klinik, misi kat klinik tu asyik sebut2 je.aish,mana bleh tahan..itu dh menggugat nafsu mkn Ell tu. :D

Lokasi:
Mandella Seafood,Tanjung Bin,Pontian Johor.
On the way ke Kukup kat Tg Bin Area. be aware of Mandela Seafood signboard,kaler kuning,sebelah kiri jalan. Jangan tanya Ell mcmana derang leh came-up dgn nama Mandella ni. Apa pn perjalanan dr main road nk msuk ke restoran boleh dikatakan mencabar especially kalau u'ols datang pada waktu malam.tengok jelah gambar yg Ell tunjuk kat atas ni. Last time Ell dtg sini pd wktu mlm. Masa tu Ell trtnya2 mana jugalh dlm gelap ni nk gi cari mkn jauh2 ceruk kg/hutan.Tp bila sampai je tpt tu...fuh..mmg betul2 tk sia2 dtg dari jauh. Lps tu dgn mknn dia yg tramat lazat mmg tdk mengecewakan sesiapa yg dtg. Serious..
Dah sampai...dlm hati Ell ni,ermmm nk melantak puas2.:)
U'ols boleh amik phone no ni utk membuat sebarang tempahan,coz kalau u'ols plan nk kesini waktu malam..biasanya fully booked.Walaupun we'ols dtg waktu petang,tp dh siap tempah meja awal2.
While waitin'..
Hehehe..muka dak Aryan ngan spec kakak dier.Owh,itu mama2 nyau dh jadik sahabat dak Aryan ye..
Tadaaa..menu pertama yg sampai kemeja we'ols.memandangkan nasi pun lum ada,we'ols meratah dulu cicah ngan sos.krup krap2(sila meleleh ya..)
Sotong goreng tepung (large) : RM18

Sayur kailan goreng belacan:RM8
Their famous dish..TomYam! We'ols order large portion of TomYam udang.Ada mcm2 jenis tomyam tau.Alamak aih..udang dier kemain bnyk..tk hbis2,selak2 ada-selak2 ada. Ell rasa brkilo udang besar agaknya dibubuh dlm tu.Maknanya penuh udang sesaje lh ye. Set nih anggaran utk 7-8 org mkn.
TomYam Udang (Large) : RM30
3 menu ni yg sampai dulu..u'ols tengok la udang dlm tomyam tu...adei,mmg takleh thn. Saiz yg besar tau.. bkn yg biasa. Owh ya,kalau u'ols dtg sini 2-3 org,memadai dgn semangkuk kecik tomyam je,sbb katanyayg kecik shj cukup utk 3org mkn.Dan jgn berangan u'ols dpt habiskan kalau u'ols order yg besar2 gini.(we'ols pn tk hbis)
Ini lah semua menu yg dh terhidang seperti yg diats plus siakap size besar masak stim(sori dlm pic Ell tulis kerapu) n ketam bakau masak lada hitam.Ada pulak tambahan ulam ngan sambal belacan.Siakap saiz besar anggaran lebih kurang 1.1kg sekor.Gila ah..Tk terhabis beb,tambah pulak order 2 ekor.Pastu nyesal plak amik sayur sbb kesian bercuit sket je.Bkn nya apa,lauk pauknya bnyk sgt sampai ketat perut nk habiskan.
Siakap Stim (large) : RM35
Ketam Bakau Lada Hitam (2 ekor gred A) : RM55
(lupa nk snap gambar ketam,tp mmg besar giler dr biasa utk gred A)
Semua menu we'ols order serba 2 set large portion kecuali ketam sbb we'ols order yg size besar 2 ekor (gred A) Selambak tu..Air 2 jug besar jus tembikai n jus limau yg fresh.So,u'ols kena istighfar bnyk2 tengok we'ols order nih.We'ols pun geleng kepala pikir camner nk habiskan.Separuh jalan je semua dh surrender. Sudahnya tapau separuh bawak balik.Bukan tamak ya..cuma tak sangka food yg dihidangkan tu terlalu bnyk.(hahaha..Aryan tgh wat magic)
Alhamdulillah..hajat dh tercapai,perut pun dh kenyang.Kat dlm kete memasing duk tersandar sbb perut dh ketat n sendat.Ell lagi tk dpt pusing kiri kanan sbb nk tolong perabis semua food yg ada (kononnyer..tk nk membazir)
Akhir sekali,Ell cadangkan u'ols pegi waktu malam sbb surrounding area lg happening dgn lampu2 neon yg terang benderang ditengah2 kawasan trsebut.Harganya boleh dikatakan murah berbanding restoran2 seafood yg lain.Harga yg we'ols bayar for all these great dishes is RM270 sahaja utk 15org.Tapi rupa2nya apa yg we'ols order ni cukup utk 22-25org makan.Sepatutnya kalau we'ols order yg large portion cenggini,satu set serba satu pun dh cukup dgn angggaran RM150 shj trmasuk extra satu set lg sotong goreng tepung (superb..).
Lagi satu,kalau u'ols kesini utk 2-3org,set yg u'ols amik yg kecik je pun memadai anggaran harganya RM35-RM40 (tomyam-RM15,Ikan 3 rasa-RM15,nasi dan air)
An Evening @ Mandella
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...