Friday, April 30, 2010

Tags n Awards~shiela


Hadoi..Cik Puan Shiela mambo ni mmg sgt2 menghargai Ell lh u'ols..Tak jatuh2 dr carta penerima anugerah dan tag.Sekali nama paling atas dgn 2 soklan tag dn 4 biji award hah.So apa kata Ell tunjuk kat u'ols secara berjemaah ya..ahakss

Memula Ell amik tag ya..

about ideal guy?

1. How tall should he be?
medium size-yg sedang2 jer

2. What hair colour should he have?
 hitam keperangan

3. What kind of personality should he have? 
beriman, sopan,
speak only when he need to n respect sesama insan

4. Older or younger?
of coz older than me (beza 3 tawon)

5. What film actor should he most be like? 
-

6. What singer should he most be like?
-

7. Do they need to cook?
certainly
masak air n meggi pun kira pas lh..

8. What is his best body part?
bola matanya yg kecokelatan itu..

9. What car should he drive?
adalah..biasa2 je

10. What one thing completely turns you on?
Appreciates a home cooked meal -by me. lain dari tu sendiri simpan..:)

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
my husband semestinya :)

12. Tag 6 people to do this survey too. 
hoho..yg ni Ell takmo bg 6..Ell nk lebih.U'ols amik eh tag ni.plsss...
*while kneeling


GORGEOUS BLOGGER AWARD


INTERESTING BLOG AWARD

ADORABLE BLOGSPOT


 FRIENDSHIP

Hah hambik 4 sederet tu,tp yg last ni ada tag ya.

1~5 nama samaran kamu
-Elly (most of frens n fmly)
-Ell (in blogsphere)
-mama (my kids)
-cik Elly (hbby nieces n nephews)
 -lily/ili - mcm lily ellen lh plak (ni ada sedare yg tk reti nk menyebut nama 'elly',sampai skrng dok panggil lily,yg paling tk best dengar 'ili' tuh.adoii apeke buruk na kamu panggil ghupe itu..)


2~5 tarikh paling penting dalam hidup kamu
-2/12 (ulangtahun dilahirkan)
-4/11 (hari kejadian mista hubby)
-3/9 (hari diijabkabulkan)
-20/7 (hari pertama bergelar blogger)
-24/7 (pertama kali bergelar ibu)
dan semestinya setiap hari lahir anak2

3~5 perkara yang kamu buat semalam
-buat kerja2 yg sepatutnya suri rumah lakukan (memasak,menyapu,membasuh etc.)
-makan,mandi,tido,tengok tiwi
-blogging,fesbooking,surfing (internet)
-do some craft for my dotter
-check my kids homework n mengaji

4~5 perkara yang buat kamu gembira
- kids n fmly..
-hugs n kisses from them
-music  on yg membuatkan rasa nak berdansa..:)
-dapat turunkan berat badan..:P
-comments kat setiap posting yang Ell publish.

5~5 drama/filem kegemaran kamu
-stardust
-hachiko
-up
-austin powers 1,2,3 n yg akan dtg nnt 4
-lord of the rings 1,2,3

6~5 hobi kegemaran kamu
-masak n makan..
-tengok movie
-surfing internet(blogging trmasuk skali)
-jln2
-membuat craft

7~5 orang yang kamu suker/sayang
-suamiku
-anak2ku
-ibu bapaku
-ibu mertuaku
-kucing2ku :)

8~5 tempat percutian idaman kamu
-disneyland
-dubai
-grand canyon
-new zealand
-egypt

9~5 sebab kenapa kamu jawab soklan2 nie
-saje suka2
-lg pun rasa bertanggungjawab utk menjawab tag ni :P
- nnt rasa bersalah menghantui sbb amik award tp tk jawab tag.
-u'ols mmg suka kan Ell jawab tag
-pasni boleh pass tag ni kat u'ols pulak..

10~10 orang yang kamu nak TAG!!
 -sape2lh u'ols!
-award semua Ell bagi ya.yang aritu tk amik lagi..kecik tau ati..majuk nih.
-tapi kalo u'ols nak award ni,pakej ngan tag ya..hahaha :)


Tags n Awards~shiela

Thursday, April 29, 2010

Memang nak bagi orang menyumpah!


Korang,Ell dah bnyk dah dengar orang dok komplen pasal 'berokband' nih.Hah,meh sini Ell nak maki 'siputmyx' ni pulak..:D Eh tak delah nak memaki hamun,kang kalau memaki hamun semua binatang keluar kang.Ell bukanlh jenis macam tu..:P kalau mengajar anak, pandai pulak kata tak elok.Meh kita marah cara berhemah ya..

Bukannya apa,kesian kat TM nut yag asek lah kena maki hamun,sumpah seranah org malaysia sampai binatang dlm zoo tu sumer kluar.jgn kata binatang zoo,binatang dlm hutan pun org 'panggil' dah..:D

Ell pun dah naik angin ngan streamyx ni.
mcm2 problem die. Bile kite wat report kata masalah kabel lah.Itulah inilah. x senonoh langsung.start dari minggu lepas, line ntah mcm aper?! kejap page error, kejap limited connection, kejap lagi tak bleh connect. aper diorg nie benak sgt ker @ malas giler?!

Dulu Ell surf internet guna Internet Explorer tapi skarng guna Mozila pun macam *@#$@! jugak walaupun laju sket lah dr IE tu..kalau tidak mmglh sakit hati,kalau tidur bangun balik pun loading tak habis lagi.Lebih2 lagi kalau download muvee.


Kat rumah ni we'ol pakai pakej 1MB ,tp bila test speed,korang tengoklh sendiri gambo atas nih.Ada masanya lg lmbat smpai cuma naik sikit je no. speed test tu.


Pastu korang try test speed kat SINI  .Nmpk tak dlm bulat yg ada arrow tu.Macam ape,kita punya rate kat Malaysia ni cuma 2.Agak kita ni duk negara Bangla ke hape..Aih,dh bosanlh dgn menatang nama stremyx nih.Tapi semalam Ell baca posting kat Dee nyer blog, dia dah pasang Unifi Broadband,register ngan telekom.Wah..mcm best je kan.U'ols gi jengah link tu ya.

Kpd yg berkaitan, silalah renung2kan, (muhasabah diri). pikir balik, btul ke perkhidmatan mcm streamyx niebtul2  nak bagi puas hati kat pengguna yg bnyak berhabis duit?! service lembab tapi tiap2 bulan nak sebat duit orang!!! Ada kwn hsbn Ell modem dia kong kena petir sbb tk cabut kabel blkg modem waktu hujan..dh buat report tp dekat 2 mnggu baru dpt modem baru dr TM.Duit nak tp kalau lambat mulalah nk potong.Jadi cepat2 lh sket perluaskan coverage Unifi Broadband ni ya..


p/s: pada yg bleh sabar, sabar je lah….. yg x leh,'basuh' cukup2 walaupun derang bukan pun pedulik sangat kat korang.. 


*sorry if the words a bit harsh
*sekarang ,kalau Ell sempat Ell akan buat n3 time subuh.. sekalilh tu dgn komen semua.Kalau tk abis lg nk mengarang ayat,benti jap uruskan sekolah ank2..pastu sambung balik kalau sempat.:)Dgn line yg selow mellow marsmellow sejak dua menjak ni. 


Memang nak bagi orang menyumpah!

Wednesday, April 28, 2010

Apalah sangat salahnya~

 Salam...
U'ols dengar tk berita semalam yang remaja mati ditembak polis di Shah Alam.Ell geram tau..(pulak tu nama sama ngan laki aku) bnyk dah kes2 yang melibatkan polis 'kurang' bertanggungjawab ni.Dulu masa awal2 penglibatan Ell dengan blog ni,Ell ada gak komplen pasal polis KLIK SINI .Bukan nak menyalak tak tentu pasal,tp ada sebabnya mengapa.Sebabnya nak bagi polis2 ni sedar sket yang tanggung jawab mereka tu mulia kalau dilaksanakan dgn cara yg betul.


Pertama sekali takziah buat keluarga dan Al-Fatihah buat adik Aminul Rashid Amzah, mangsa tembakan PDRM.Susulan ringkasan kisahnya,saksi utama kes tersebut – yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (atas) – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam kelmarin.

Laporan polis rakan adik Aminul Rashid :
*mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
*Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
*Dalam aduannya itu, rakan mangsa itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
*Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
*Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah".


Kenapa polis tembak mereka ni? Tak ada siasat2,main bubuh aje ikut sedap dia. Mcm tak de cara lain yang boleh dibuat..kalau mereka tu menyerang tembak dulu tu mmg sahlah.Ini senjata apa2 pn tk ada.Nak auta cite plak,nk cover linelh tu. Geram tau.Mcm2 citer yg dh dgr  ttg ketidakbetulan perihalaku pak polisi ni.Mmg tk dpt dinafikn n kita paham ttg tugas yg djlnkn  polis utk apa2 dsbnya,tp patut2lh hoi.Jgnlh hentam sebarang aje atau ikut ckp org trtntu bulat2 klau tk betul.Ingat apa.Negara kita ni ada law tau..bknnya rule of the jungle..Gunalh akal yg ada.Dlm hal ni cthnya,pintaslh balik ke keta tu n pastikn dulu btul2 apa dsb atau  kn polis ni dh advance tk mcm dulu..so dlm masa kejar mengejar sambil ceklh no.plate keta dulu tah ada ke tak kesalahan,kes keta hilang ke apa atau yg lain,barulh tengok kesalahan yang lain.Betul2lh.Ikut steplh bedul.Itu pn nk ajar ke.Last2 rupanya mangsa tu budak aje.Haa..mulalh gelabah.

Ada beberapa keraguan dalam kes ini :
1.    1. Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang "didakwa polis".
2.    2. Saksi utama "dipukul" oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa "penjenayah besar" dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa
3.   3. Kenapa polis "menembak mangsa di kepala dari belakang" sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
4.   4. Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam sedangkan dlm hal ini mangsa langsung tidak bersenjata.
5. Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak n bubuh aje..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.Agak2lh..

Jelas jika dicampur keterangan saksi utama, saksi pakar bedah siasat dan juga keterangaan keadaan waktu pembunuhan itu berlaku, ia akan membantu kes ini untuk diselesaikan. Sesiapa yang buat jenayah hatta polis sendiri pun, ia mesti dibawa ke muka keadilan. Kepada pihak pendakwaraya,tolonglah lakukan pendakwaan dengan betul dan jangan biarkan mangsa serta keluarganya dizalimi.mangsa yang kesalahannya hanyalah kecil sahaja..iaitu memandu tanpa lesen..dan yg sepatutnya hukumannya bukannya hukuman bunuh...tapi cuma denda berapa ratus sahaja..

Agak terkilan jugak remaja yang baru berusia 15 tahun mati sia2 kerana kesalahan nya belum dibuktikan lagi.Bayangkanlah kita sebagai ibu bapa yang membesar dan membela anak2 pastu anak mati dengan cara seumpama ni.Kalau Ell memang sedih.. Walau apa pun keadaan kejadian yang berlaku, kenapa polis yang menembaknya hanya di tukar ke tugasan pejabat?

Bandingkan laporan di Berita Harian dan Free Malaysia Today. Laporan yg berbeza sebegini akan mendorong kepada pelbagai jenis cerita, mungkin yang sahih, atau mungkin rekaan. Sangat2 mengharap siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis.
Baca dengan lebih lanjut di blog Best1of4


 *Maaf ya,bukan nak menghina polis,ahli keluarga Ell dan suami pun ada dikalangan polis..tp biasalah'disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga.'





Apalah sangat salahnya~

Tuesday, April 27, 2010

Jus Avocado~


U'ols biasa tak dgn buah avocado ni.Secara jujur Ell mmg tk pernah makan.Ya,mmg Ell jakun..haha..Dan haritu ada jiran ni balik kampung dia kat Indonesia(kat sana melambak buah ni) n dia bg ni kat MIL.MIL pun mcm dh biasa je..terus dia buang kulit n blander jadikan jus.Tambah air, gula sket n jgn lupa susu pekat manis. ice-ice bebeh (kalau suka)

We'ols yg agak kejakunan ni rasa was2 nak cuba.Org yg pertama rasa is Marsha(1st dotter).Dia siap kata "mama,apasal pelik rasa dier".Ell pun dengar mcm tu mmg lh tak nak sentuh...tp yg heran,dia boleh plak menambah2,mcm tk cukup2.Ell pun tak naklh kempunan mcm mak 'si pekan'..kang tk pasal2 di telan dek batu belah,batu bertangkup,Ell try lah..errmmm,sedap lah u'ols..serius,mmg sedap.Menurut MIL lebih sedap kalau ada cincau,mcm sirap bandung tu,kalau tambah cincau kan ke sedap..:)

MIL kata lg,dulu dia minum segelas kemain mahal harga dier..tp ni blander sendiri 3 biji dpt satu jug.Lagipun avocado yg dr Indon ni besar2 u'ols..tk sama mcm kat supermarket tu.Haa..barulh puas.. Ooops..lupa nk ckp, ttg rasanya lbh krg mcm air carrot susu. Tp mmg lbh sedap kalau dletakn ice sikit. Mmg best..boleh sangat dterima tekak sesiapa yg meminumnya n that I gerenti ya.


                                   
Dah alang2 tunjuk buah n jus avocado ni,jom Ell nak share 10 khasiat nya dgn u'ols.Ni pun Ell amik kat internet je.


 1.Pencegahan Barah Prostat
Avokado telah ditunjukkan menghalang pertumbuhan barah prostat.

2.Pertahanan Kanser Mulut
Penyelidikan telah membuktikan sebatian-sebatian tertentu itu dalam avokado dapat untuk mencari pra kanser mulut berkanser dan berkanser sel-sel dan memusnahkan mereka tanpa membahayakan sel-sel yang sihat.

3.Perlindungan Kanser Payudara
Avokado, seperti minyak zaitun, adalah tinggi dalam asid oleik, yang telah ditunjukkan boleh mencegah kanser payudara dalam banyak kajian

4.Kesihatan Mata
Avokado mempunyai lebih lutein karotenoid daripada mana-mana buah. Lutein melindungi terhadap kemerosotan makula dan katarak, juga menghalang penyakit-penyakit mata berkaitan umur

5.Kolesterol Lebih Rendah
Avokado adalah tinggi dalam sitosterol beta, satu sebatian yang telah ditunjukkan untuk kolesterol lebih rendah. Dalam satu kajian, 45 orang sukarelawan mengalami satu kejatuhan sederhana dalam kolesterol 17% selepas memakan avokado untuk sekadar seminggu.

6.Kesihatan Jantung

Secawan avokado mempunyai 23% folate. Kajian menunjukkan seseorang yang berdiet kaya dalam folate mempunyai satu kekerapan lebih rendah penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Vitamin E, lemak monounsaturated, dan glutation dalam avokado juga bagus untuk hati.

7.Pencegahan Strok
Tahap tinggi folate dalam avokado juga mempunyai hanya satu risiko strok lebih rendah daripada mereka yang tidak mengamalkn pengambilan avocado.

8.Penyerapan Zat Lebih Baik
Penyelidikan telah menemui nutrien tertentu itu adalah diserap lebih baik apabila dimakan dengan avokado. Dalam satu kajian, apabila peserta-peserta makan salad mengandungi avokado, mereka diserapkan lima kali jumlah karotenoid (sekumpulan nutrien yang termasuk likopena dan beta karoten) daripada mereka yang tidak memasukkan avokado.

9.Sumber Glutation

Avokado ialah sumber terbaik glutation, satu anti pengoksida penting. Penyelidik-penyelidik berpendapat itu adalah penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10.Penjana Vitamin   E
Avokado sumber vitamin E paling baik,ia merupakan satu vitamin penting yang melindungi terhadap banyak penyakit-penyakit dan bantuan memelihara kesihatan secara keseluruhan.



Sumber rujukan : healthdiaries.com



Jus Avocado~

Monday, April 26, 2010

Pencuri Di Majlis Kahwin~


Salam semua..amacam weekend? Ada gi attend wedding? Weekend Ell biasa2 je n cuma gi majlis kenduri kecik2 mewakili MIL.MIL pulak terpaksa tp rela ke majlis perkahwinan cucu sedare dia.We'ols mmg tk sempat pegi coz hsbn Ell sgt2 bz minggu ni.



Dikisahkan oleh MIL,semasa majlis sanding cucu sedara nya tu ada pulak sipanjang tangan yg mencuri.Time sibuk2 org pakpong2..dia pulak kopakkan duit org.Yg Ell rasa geram bila dengar tu,ank kecik digunakan.Konon2 tumpang bilik,nk menyusukan anak..adik MIL pun siap trserempak n sempat tanya buat apa dlm bilik.

Pakaian cantik,molek,kemas..siap bertudung bagai,yelah mcm org gi majlis kawen tu..rupanya dtg sbg tetamu yg tak diundang..tp dgn muka selamba buat2 mcm kenal.Bila salah sorang adik pengantin trnmpak dia duduk mencangkung,dia rasa curiga n terus tanya buat apa,dia terkejut.Adik pengantin tu mmg tak pernah cam pun ada muka sedare mara yg mcm tu..

Dia kejar perempuan tu dgn 2-3 org lagi tp tk dpt tangkap sbb ada sebuah kereta dh menunggu.Nasib baik dapat nmpk plat number dier.Dan nasib baik jugak yg hilang cuma rm700 je.Nasib baik lagi rantai kawen mak pengantin yg pakai..kalau tk mmg jadi hari nasib tak baik..hihi banyak na 'nasib baik' ekk.

Aih! mc2 lh taktik org nk merompak/mencuri ni.D'ols yg lebih pandai atau kita ni yg selalu pendek akal,leka  n kurang berjaga2."Tp ko jgn ingat ko leh selamat pencurik oiii..plat no ko dh antar kat pak polisi.siaplh ko kena siasat.."(yelah tu polis siasat..tah2 berabuk report ni duk kat balai..)

Ell pun mmg selalu nmpak kalau time majlis kenduri kawen n sedare mare brtandang,beg2 semua dok bersepah2.Org2 yg panjang tangan ni lah selalu amik kesempatan..sukalh dia bila kerja2 dia org tk perasan,pastu buat muka manis depan org ramai,kemudian dia 'say babai...'

So,u'ols..apa motip kisah ni? Haaa..tk lama lg cuti sekolah kan.bnyklh majlis2 kawen mcm ni kan..eloklh u'ols pikir2 kan kat mana tempat selamat nk simpan barang2..jgn main 'lepak' sebarang je..tk kiralah henpon ke,duit ke,apa ke.. kalau tidak alamatnya 'selamat' lh harta benda u'ols..

Lagi satu citer pasal duit ni,(trkeluar tajuk sket) ada pulak kdg2 yg bg duit sumbang dlm sampul tu,sampul kosong je kadang2 dilukisnya gambar duit..Kurang ajar kan..sampai skrng pun masih ada kes2 mcm ni..Tak berkatlh hidup org mcm ni..Kalau tak bnyk,takat 2hengget pun org tk kisah nyer..tp tk perlu lh nak menipu kan..Org pun jemput dgn ikhlas..dh bg mkn minum,siap ngan beg 'berkat' lagi..tp pandai2lh nk balas budi org kan..:)


Pencuri Di Majlis Kahwin~

Sunday, April 25, 2010

Award kitar semula~


Tk agak2 ekk bahasa.Ada ke kata award kitar semula.Org nk bg dh syukur kan..Kang kalau tk bg kata sombong plak ekk.Hahaha..tak de lah u'ols.Ell dpt award ni ha..bukan lh kitar semula ape benda pun..cuma award ni namanya 'award mesra mata' ala2 mesra alam lh gitu ekk.Elok na lh dgn kitar semula ni..kaler pun hijau ni ha.pasni kita kitar kat org lain pulak..tidaklh dpt sensorang kan..tak gitu u'ols..:)


Mekasih bebanyak kat kawan lama Ell nih.dr sekolah menengah  we'ol kenal tp form 4-5 we'ol sekelas n terjumpa semula kat FB then die trjebak ngan blog.Wah..nmpknya semakin gigih dia brblogging..selamat menjadi blogger tegar ya pn shiela rusli latif

Seperti kebiasaannya lah,kalau dpt award kat blog ni kenalah kitar passing kat blogger lain gak kan.So u'ols,Ell takde pilih kasih nyer,semua Ell rasa blog u'ols mmg mesra mata.U'ols jgn tk amik tau..nnt Ell kecik ati tp Ell bangga bila u'ols tepek kt blog,n mention nama Ell yg bg award ni..:P

Award ni tak de nk feeling kat stage derr,tak yah nk berangan nk pakai baju lip lap glamer2 lalu kat red kapet tu ha.U'ols just copy n paste je kat dlm blog u'ols.

Award kitar semula~

Friday, April 23, 2010

Aariz dah 3 bulan~


Semalam gi klinik utk timbang weight Aariz 3bln.Kejap je rasanya.Yang paling best time Ell pegi klinik tengah lengang.Jadi taklh bnyk buang masa kan..

Gambar 1:Pintu masuk klinik ibu dan anak
Gambar 2:ruang timbang
Gambar 3:Aariz tengah lena tido.Tumpang tmpt tu jap.

Sebenarnya tidaklah kosong ghupe itu,cuma orang je yg kurang.Aryan ngan Dina ada gak dekat2 situ.kat blkng Ell tu ada 2-3 bilik yg ada mak2 n ank2 serta staff nurse yg bertugas..Tengah dok ralit mensnap gambor sorang staff nurse yg mmg kenal tegur gurau..heheh siap tanya nk melaporkan kat mana..tp tidak le Ell ckp nk masuk dlm blog kan..kang tk pesal2 femes sekampung,sbb misi yg sorang itu agak pot pet2 sporting jugaklh pe'el dier..:)
Aariz pun kemain lena tidur nya..Ell sempat buat pap smear.Insya'allah tak de pape lh kan...U'ols jgn lupa buat pap smear ni tau..penting utk ma'am2 mcm kita ni..hahah yg tak ma'am pun penting jugak..dgn syarat u'ols berjantina 'perempuan' .


Aariz setakat 3 bulan ni weight dia naik se kg dr 2 bulan aritu.
Maknanya sekarang weight Aariz Arslan 6.5kg.Alhamdulillah..Aariz sehat n tak de apa2 masalah.


Aariz dah 3 bulan~

Thursday, April 22, 2010

Another Reality Show~



The Shot
Ni lg satu rancangan reality show yg Ell suka.Tak de menyanyi2 derr.Idea yg bagus Ell rasa.Bukan jenis rancangan2 reality stereotype yg dh bnyk melambak mcm kat tmpt kita.Tp rasa rugilh kat Malaysia tak pulak ditayangkan.Dan utk pengetahuan,Progrmme ni tlh ditayangkn pd akhir 2007 dan Ell rasa itulh satu2nya 'THE SHOT'.Kan bagus kalau diteruskan utk setiap tahun..N biasalah kalau dh top selalunya tmpt kita pn nak amik jugak kan..atau pn buat sndiri yg seakan2.
Kalau tak ditayang kat tv Malaysia,kat mana pulak Ell tengok ekk?OK,sprt yg semua org maklum,Johor kan berhampiran ngan Singapore,makanya we'ols JOHOREANS ni dpt tengoklh channel2 d'ols.


Show THE SHOT ni menampilkan 10 orang fashion photographers (maybe amateur) merebut gelaran 'the next great fashion photographer'  beserta sejumlah wang tunai yg besar.Setiap minggu pasti ada tunjuk ajar dan cabaran/challange.Mereka diajar teknik baru atau 'creative lesson' dlm photo shoot kemudian diaplikasikan dalam apa yg d'ols panggil fashion-oriented photo campaign.Seperti kebiasaan kebanyakan reality show,'the weakest will be eliminate.' lh kan..

Dan kalau u'ols nak tau,peserta datang dari pelbagai negara sprt  Nebraska,Poland,Australia malah Bosnia pun ada dan LA serta New York.Dlm programme ni,d'ols tlh ditempatkn bersama2 di LA.

Setakat 2 episode yg Ell tengok, rancangan ni mmg bagus.Pd photographers tu boleh tau skills utk photo shoot yg baik dan berkuality.Cuma satu je agak tk berapa bagus, kenapalah rancangan ni ditayangkan tgh2 malam.Setiap malam lepas khamis,Jumaat pd jam 12am.  :) (mlm ni la..) Kalau Ell yg mmg jenis perawan malam ni boleh lh layan,tp susah la utk yg mmg tido on time 10mlm.So,nk request pd pihak pengurusan tv singapore ni,bleh tk tukar ke primetime...ihiks*



Another Reality Show~

Wednesday, April 21, 2010

Frittata Ayam~


BAHAN2

minyak masak/jagung/zaitun
telur 5-6 biji mengikut kuantti bhn
kentang 3-4 biji
bayam 
ayam tanpa tulang
bawang besar
bawang putih
tomato
susu cair/cream (tak yah pun boleh)
pepper
garam
cheese

*bahan sukati nak guna apa.
franks boleh,daging cincang boleh,sayur2 aje pun boleh..aih ikut tekak u'ols lh ya.


(gambar cheese cik gugel)


CARA MEMBUAT

1.Potong kesemua bahan.
2.Panaskan minyak dlm frying pan dan tumis bawang kemudian diikuti dgn kesemua bhn2.paling utama kentang supaya cepat empuk.


3.Biarkan sekejap,dlm bekas lain pecahkan telur beserta sdkt garam,pepper,susu cair/cream dam sdkt cheese.kemudian pukul.

4.Campurkan bahan2 tadi kedlm telur dan masukkan semula dlm pan.biarkan mcm buat telur dadar tu,masak rata.api kecil.

5.Terbalikkan dlm pan lain slps agak2 hampir masak.contoh sprt dlm gambar.(gambar ehsan cik gugel,kalau nk snap gambo sndri camner pulak gayanya nk flip kan..)

6.Biarkan sehingga betul2 masak dan taburkan cheese.

7.Siap dan dihidang beserta sos..

Sangat sesuai utk sarapan pagi n bekal kids gi sekolah.



Tips:
*Kalau boleh,guna sudip besar supaya tak pecah.
*Ada 2 fry pan n ada skill yg bagus utk flip frittata.Kalau tidak pun boleh je masuk dlm oven.

Frittata Ayam~

Tuesday, April 20, 2010

Anda prihatin? hulurkan bantuan~


Tersentuh hati Ell kala membaca kisah ibu tunggal bernama Haryani.

Pn. Haryani Mat Hussien merupakan seorang ibu tunggal kepada 3 orang anak telah mengidapi penyakit saraf (Guillan barre syndrome A.I.D.P Axonal Variant) iaitu lumpuh separuh badan, enemia dan chronic gastritis (usus terlalu nipis) . Beliau telah lumpuh separuh badan dan kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.
Kini Haryani disara oleh ibunya seorang guru yang  uzur juga penghidap penyakit kencing manis. Sepatutnya puan Haryani akan menjalani pembedahan di HUSM pada 18hb Mac 2010 baru2 ni. Namun pembedahan itu akan di dianjakkan..
Program Bantuan Ikhlas Pembedahan Puan Haryani telah dilancarkan di Facebook. Tetapi feedbacknya amat tidak memuaskan. Sehinggakan jumlah wang yang terkumpul untuk pembedahan (RM8++) masih tidak mencukupi.

Diharap sesiapa yang berkemampuan tampil membantu :-
Nama: Haryani Mat Hussin.
No Account RHB Islamic Bank: 1-62139-0006744-7
Maybank: 164034266923
No. Telefon: 014 725 7787

Baru2 ini pn haryani telah membina satu blog agar dapat dia melepaskan segala perasaan & menemani hidupnya sebagai penawar & penderitaan dalam hidupnya. Sekurangnya sebagai peneman setia dalam hidupnya.

selami hatinya.. 

Kisah ni Ell terbaca di laman blog seorang lagi insan yg menderita penyakit vitral valve prolapse (maslah injap jantung berlubang) ,epilepsi & transfer myletis.Akibat drpd penyakitnya beliau tidak digalakkan hamil malah pernah keguguran dan Allah maha pemurah diberikan zuriat buat kali ke-2.Tapi malangnya pelbagai maslah yg menimpa beliau.Beliau terpaksa berdepan dengan serangan sawan dan menyebabkan beliau koma dlm jangkamasa yg panjang dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada INKUBATOR.

Alhamdulillah,sesungguhnya Allah itu maha pengasih.Beliau selamat melahirkan cahayamatanya dan kini sudah hampir berusia 1stgh tahun.



ingin berkongsi suka duka perjalann hidup ibu muda ini...


** Disebabkan itu u'ols jgn lah sesuka hati nak mengeluh tak tentu pasal.ramai lagi insan yg menderita diluar sana.Ini tidak,sakit sket mengeluh (sama je dgn penulis blog ni)..sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil...Ingatlah bahawa ujian seperti ini boleh melanda kepada sesiapa jua.Sama seperti mereka berdua,pada mulanya adalah seorang aktif dan lasak.Namun zuriat yg telah memberikan mereka kekuatan dan semangat.


Anda prihatin? hulurkan bantuan~

Monday, April 19, 2010

~Aryan bikin KECOH



Kejadian 1

Aryan called BIL4 aka Pakcu die tgh2 mlm lebih kurang jam12 lebih.Takde sorang pun tahu sehinggalah BIL4 report kat MIL esoknya.


Telepon ni dekat ngan bilik Ell rumah loteng,sebelah ngan pc.Agaknya lps dia dh dok main game kat pc dgn kakaks dia,ditanggalkan plak sorang sbb mmg time tido,di godek plak tepon ni n tr reply pulak misscalled dr pakcu die...Org lain dok lena tidur,rupanya dia buat keje.Adoiaiii..sib baik pakcu dia boleh layan..
Ni tak tau ketegori cerdik ke hape..nak kata nakal biasalah budak2 kan..tp tidak le pandai sampai buat panggilan telepon.Tadi ni,di picit2 nya no9 bnyk2 kali..buatnya dipicitnya 3 kali je tak ke naya..ish!
Sebenarnya mlm tu Ell dengar dia berbual,uish,mcm org beso dia bual...:) tp ingatkan lh bual2 kosong mcm yg dia slalu main2 tu...rupanya,itulh kesah dia.Dan, telepon tu takde kat tempat asal dia.

*Aryan ni mmg mcm burung antu berjaga malam..dia tk kesah kalau org tutup lampu n bergelap pun dia rela je..kalau dh penat main,dia landing je kat memana dia suka.jgn lh nak suh dia baring kat katil n tido..walaupun umpan ngan susu, tak jalan nyer...
*Mmg pandai bersembang kat telepon..n first word yg dia akan cakap"Ayan ni..."

kejadian 2

Aryan terkunci dalam bilik mandi ni ha...

Biasanya dak Aryan ni mandi tak lah tutup pintu.Dia mmg suka main air.kalau dapat mandi,berjam2 pun boleh..sampai kecut jari2 jadiknya..Dan pada hari kejadian tu,we'ols pun dh fadeup aryan mandi lama sgt tak mau masuk2..(bayangkanlah dr kul 6ptg sampai nak habis maghrib dah) sapa yg tak geram..last2 dia sendiri tutup pintu bilik air tu,konon2 tak maulh we'ols mengacau dia mandi.Bukan takat tu je..dikuncinya lagi...adei,haru biru dibuatnya dak Aryan ni.

Apalagi meraunglh dia sekuat hati.huhu dahsyat dia nanges time tu..mcm kena sebat dgn getah paip lh gamaknya..siap menjerit2 sambil ketuk2 pintu kata "Ayan nanes ni!" hahaha lawak plak rasa..Puas dah ajar supaya tarik kebawah selak pintu tu...tapi tetap dia kata "Ayan tak sampai!" berulang2 kali.Yang pelik,kunci pintu sampai plak..Time ni kesian pun ada,geram pun ada....Lama jugaklah we'ols try pujuk dia jgn panic n rilex,tp tetap jugak menjerit2 lebih kurang 15-20mnt.



Sudahnya apa? Apa lagi kopaklh pintu sket..asal muat kakak dia yg no2 tu terus suruh masuk dalam n buka selak pintu tu..Maka itulh penyudahnya tragedi Aryan terkunci dibilik mandi..:D

*Tu ler..tk padankn baru 2stgh tawon..bnyk na kepandai nyerr...haih,mmg bikin kecoh!! Tapi u'ols jgn ingat Ell biarkan je dia mandi sensorang tu ya..sentiasa didlm pengawasan n Ell dh siapkan dia mandi cuma nak bg dia puas je..dan sekali2 tidak ada tadahan air baldi atau besen,yg ada cuma aliran air shower je.huhu bahaya.. nak carik nahas!




**Ini adalah kisah benar dan hanya ringkasan cerita shj.kalau nak buat full story kat sini alamatnya dr subuh sampai kesubuh semula pun tk habis citer..:P
**Gambar2 kejadian tak dpt dibuktikan..krn dlm keadan yg sgt kecoh,kalau ya pun tak kecoh..NAK MATI sibuk2 amik gambo...


~Aryan bikin KECOH

Saturday, April 17, 2010

Kiwi Madu~


Kia Ora...
Amende pulak lh kia ora ni kan.Kia ora bahasa org maori yg bermaksud HI/HELLO.hehehe..(gugel kamus) Apesal plak Ell mabuk cakap bahasa Maori ni.Agak2 ada tak harapan gi New Zealand kalau dah expert cakap Maori ni.ahaks,verangan je la..Ni lah u'ols,Ell nak citer pasal buah kiwi yg sangat2 manis ni.MIL beli kat pasar lambak je.Katanya kiwi madu,tp tak bertanya pulak dr mana importnye.Tapi buah kiwi kan banyak import dari New Zealand.



See,kaler die pun tak hijau macam buah kiwi yang biasa tu..tapi golden brown macam madu...Nmpk tak ape ke jenamanya tu...boleh la gi carik.
ermmm..manis dan berkhasiat.
U'ols tahu kan khasiat buah kiwi ni.Kalau tak tau tu mintak khidmat incik gugel utk memberi penerangan yg lebih detail lg .heheh.Tp yg paling best buah kiwi mengandungi vitamin E yg dapat membantu melambatkan proses penuaan.Tp itu kalau le dapat makan tiap2 hari...:)




Kiwi Madu~

Friday, April 16, 2010

'Tanda air' yang cun~


U'ols ada tak tanda air ni?Ala,bahasa canggihnya Watermark.Penting tau watermark ni supaya gambar2 hak peribadi u'ols tak di copy suka suki teriyaki..Lagipun watermark ni berfungsi sbg identiti pemilik sesuatu gambar tu.Aih,Ell dh serik la dgn si plagiat yg suka copy paste hak org lain ni,tk kiralh artikel atau gambar..kalau bg kredit tu tak pe..Kalau adalah org yg nak menggunakan gambar hasil kita tu jugak,at least dh ada tanda n secara automatik dh beri kredit pd kita kan..

Haaa..tang ni lh Ell hebah ni...kalau u'ols rasa u'ols ada kemahiran nak buat watermark ni bleh la buat sendiri ye..tp kalau dh try tp tak nak reti jugak,jgn lh buat2 terer ye..buang masa.Nk mudah u'ols beli je watermark yg mmg tramatlh murah secara online kat 

Mcm2 design ada,u'ols tinggal pilih je mana suka.Harga nya paling mahal pun baru rm7 je..Tuan kedai pun bleh je dibawak berunding,boleh lebih kurang..senang berurusan n jgn nk mengada2 u'ols menawar harga ye..dh murah dh tu..kesian wei org perah otak nk buat design se'cun yg boleh..ni kira bayar idea dia je tau..alahai,apalah sgt 5-7 hengget tu...tolong kawan2 apa salahnya..(tuan nya tk cakap mcm ni ya..ell je yg tulis gini) Kalau takat nak buat yg biasa2 yg tak cun tu,bolehlah buat sendiri ye..

Oh ya,skrng tuan kedai tgh murah hati nak bg free watermark ni kalau u'ols viewer yg ke 1250.Pastu u'ols print screen n emel kat tuan kedai ya.So,apalagi..gi lh ushar..:)

Ni gambar bawah yg Ell dah tempek watermark dr kedai watermark Pn Eya tu ya.
watermark kaler hitam
(apesal lak Aryan senyum cenggitu..hihihi)


watermark keler putih

Amacam..cun tak? So..go lah check yg lain.


'Tanda air' yang cun~

Thursday, April 15, 2010

Terkena Virus Tag ~Shiela


Adeh! Ell dah terkena virus..hep me!! Pandai ekk ko PUAN SHIELA.dh kena TAG ni ko palit kat aku sekali.:D
Ok lah u'ols..memandangkan virus ni idak le bahaya bebenor,Ell terima je lah..terpaksa REDHO walaupun pada mulanya nak mengelak,tp terkena jugak..:P Siaplah u'ols pasni tersebar virus ni.

Virusnya ghupe TAG gini..


1. Siapa diri anda di rumah??
seorang isteri dan ibu yang hebat dimata ank2 dan suami.(well terpaksa puji diri sendiri utk memotivasikan diri ya..:P) itu juga salah satu doa kan..

2.Siapa anda dikalangan rakan-rakan??
Ntah..tak berani nak menilai diri sendiri dr pandangan org lain..:P

3.5(lima) benda yang anda inginkan tapi belum tercapai??

-Sebagai seorang Islam mesti punya keinginan pergi ke Mekah,sudah tentunya untuk menunaikan umrah dan mengerjakan haji.(bersama family)

-melancong ke oversea,mana2 pun boleh lah..tp yang ada DISNEYLAND lg bagus..:) (juga bersama family)

-mengembara ke seluruh dunia..(lainkan dgn melancong) ada yg nak sponsor? wink*

-nak renovate rumah ala2 celebrity HOLLYWOOD

-Nak dirikan sebuah CANDY SHOP dgn label LADYELL.Korang ada,takde kan..Ell pun tak de...hahaha.. yg ada verangan je..

4.Nama pasangan anda??
Aminulrashid bin Hj Arshad

5.5(lima) perkara yang anda suka tentang pasangan anda??

-seorang yang sangat mengambil berat hal2 keluarga

-bekerja keras demi keluarga yg tercinta

-tegas mendidik anak2 bukan garang ya..

-suka bersukan(badminton).buktinya ada DISINI juga DISINI,dan yg terbaru DISINI.Orangnya tak besar,tak kecik tp sedang2 je:)

-slalu puji masakan Ell walaupun tak seberapa..berbunga2 hati i u..:) dan paling Ell suka tak pernah sekali2 mkn kat kedai luar melainkan kalau we'ols jenjalan je atau ssekali dgn kwn2 dia lps game dia.Masaklah apa je,telur goreng mata kobau pun dia suka..:)

6.Bila tarikh anda couple??
maksudnya tarikh mula kapel lh kan...mahap ye mmg tk ingat tp yg pasti time Ell form 2 kira2 15-16 thn yg lalu..:) 

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda??
bila mengusulkan cadangan utk kawen diusia muda dgn mak abah Ell dan mendpt sedikit kereguan dr kedua2 belah keluarga,yelah mcm tk pecaya betul ke laluan yg kita org pilih ni. N apa pun akhirnya..inilh kami skrng..Alhamdulillah (cinta mati i tell u..)

8.Lagu tema cinta??
Jawapannya ada DISINI :)

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda??
tidak perlu memerlukan perubahan apa2 sbb Ell terima dirinya seadanya.tp kalau perlu berubah Ell rasa sikap PELUPA dia tu.Part ni yg mmg Ell tk gemar sgt.Sbb kalau suruh dia beli brg wlaupn 2-3 jenis msti disuruh tulis sbb katanya bnyak bnda krja yg nk dingatknnya,tkut nnt lupa. Mmg selalu pn lupa.Tp at least tarikh n klau ada bnda2 pnting lain tu dia tk lupa..;)





10.Tag rakan yang lain 
Haa..tengok gambar ni pun dh tau kan.. KAMU ler semua yg sedang membaca.. ada kapel kan..(jgn tipu..) SILA AMBIL BAHAGIAN ya utk buat ini tag.(ada unsur2 paksaan disitu..)



PENGORBANAN MU DIHARGAI~ihiks*




Terkena Virus Tag ~Shiela
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...