Friday, April 29, 2011

Syukur Atas rezeki Mu YaAllah~

Assalamualaikum...
semoga kita semua diberkati dipenghulu segala hari ini.

~Ok dah tak de dah citer holiday jakarta lagi ya.Hari sabtu 19/3/11 we'ols balik tu pun tak de dah snap2 gambar segala.Badan dh letih yg amat.Tak larat dah.Hsbn sakit kepala,perut pulak tak berapa selesa,mungkin dek kerana terlebih sangat makan strawberry n wildberry dr Bandung tu.Wallahualam..Pagi2 sebelum we'ols berangkat balik ke Malaysia tu pun sempat lagi pergi belanja sket n massage kaki dan kepala.Petang kul 2 we'ols gerak ke airport sebab takut terkandas dlm jem n flight we'ols kul 5ptg.sampai kat airport  hujan turun tetiba lebat tp sekejap. 

Dah siap check in semua barang yang gila2 banyak kilo nya(imagine we'ols ada 7org,setiap sorang boleh bawa muatan 23kg) Itu tak termasuk hand luggages lg.We'ols gi minum2 sket kat KFC.Dan siap2 call org KL untuk amik we'ols kat KLIA.Dijangka tiba kul 10-10.30mlm.
Sampai pulak kat rumah SIL4 diHulu Langat,we'ols habis punggah semua barang untuk tujuan pengagihan...Adei,malam tu we'ols tidur kul 3pg.Kalau ikut hati tak mau tidur lagi..tapi ikut mata,mata suruh tidur..:) Esoknya hari Ahad gerak balik kampung,Hari isnin anak2 start sekolah.hui...pengsan! 

Aduhai,kenangn tu semua ..tah bila nak jejak kaki lagi ke Jakarta.Tapi walaupun penat,letih..semuanya berbaloi.Hati puas! Syukur kepada Allah SWT berikan rezeki kepada keluarga kami.Kalau tidak,tentu tak merasa semua ni.

~Bercakap pasal rezeki ni,Syukur yang teramat sebenarnya Allah sentiasa luaskan pintu rezeki keluarga kami.Minggu lepas tercapai sudah hajat suami Ell yang selama ni nak buka kedai sukan.Ya Allah..terharu Ell tengok suami gembira sangat.Katanya itu memang cita2 dia dari zaman sekolah.Bayangkan dah berapa lama baru sekarang hajat besar dia tercapai.

Rasulullah s.a.w bersabda “Janganlah kamu merasa bahawa rezekimu terlambat datangnya, kerana sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).
Rasulullah s.a.w. juga bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T
Apabila cukup dan sempurna kadar rezeki yang telah ditetapkan Allah, maka akan dihantar malaikat untuk mencabut nyawa manusia. Malaikat yang ditugaskan untuk mencabut nyawa ialah Malaikal Maut dan Malaikat Izrail adalah menteri kepada ‘mereka’ yang ditugaskan mencabut nyawa. 

Harapnya ini bukanlah rezeki kami yang terakhir.Semoga kami sekeluarga terus mencari rezeki yang halal dan diredhai disisi Allah.hajat besar kami nak menjejakkan kaki di Tanah Suci.Insya'Allah..tah bila masanya,Allah tentukan. 

Bawah ni ada serba sedikit gambar yang sempat diambil.Terima kasih kepada yang sudi datang dan saudara mara,sahabat handai,yang memberikan sokongan dan galakkan.Yang turut mendoakan kejayaan juga kami ucapkan terima kasih.

Warga Pontian boleh mendapatkan peralatan sukan di kedai ini ya.Blok berdepan stadium futsal,kedai no4.Hsband Ell dalam perancangan untuk menjual barang sukan ni secara online.Tapi tengok tahap kebizian die.Kerja sebelum ni pun masih tak berhenti.Kedai ni kwn hsbn yang tengok2kan memandangkan dia adalah rakan kongsi.Ell tak ganggu pun kedai ni.Ell macam biasa, ma'am besar kat rumah n fulltime home minister....:D


Selepas dirasmikan,takde potong ribbon segala tu ya.Cuma doa selamat sket.Tapi punyalah bz layan Aariz yang banyak merintah,doa selamat tak dapat nak join..Yang penting mmg semuanya selamat.:)

 Ha kan senang tidur dier.barulah selesa mamanya nak menjamu selera..:)
macam2 menu ada.Briyani ada,lontong ada,rendang,serunding dan yang penting org Johor ni laksa .yang pasti laksa Johor lah kan...Air pun boleh je pilih yg mana suker..Air mata kucing,air teh bunga n air kathira.

Alhamdulilah...tetamu ramai sangat yang dtg bagi sokongan.Hsbn Ell pun ceria sangat.Puas lah tu hati dia pembukaan hari pertama dah boleh buat bayar sewa.:) 


Ini sahabat lama Ell shiela dari zaman sekolah dulu dah hampir 12 thn tak jumpa inilah kali pertama.Malu seyh dgn dia yg maintain slim river.Thnx babe sbb sudi dtg ke majlis yg tak seberapa tu..yang lelain dh ajak pun tak tahu kenapa malu2 nak dtg.Rugi ah korang mknn banyak disediakan tapi tak merasa.Ada pulak sorang ni dia boleh gi mkn kat kedai depan kedai hsbn ni..adoi,kalo singgah dh sah2 dpt mkn free.Tak delah dilaburkan kat makcik kedai tu.

 macam2 peralatan sukan boleh didapatkan disini.:)Kalau takde akan diadakan..buat je permintaan ,akan ditunaikan..Yang penting bagi sokongan.macam mana nak bg sokongan?belilah barang,buat tempahan,dtg selalu,ajak kwn2...baru nanti org boleh kenal.

 Ok,disebabkan hsbn Ell ni  expert  dgn badminton..peralatan keperluan badminton adalah diutamakan.Namun begitu,(ceh ayat surat khabar) bola sepak,futsal,tennis,table tennis,hockey dll semestinya ada juga disediakan.Kalau tidak masakan namanya kedai sukan kan.

 Mudah2an dengan izin Nya,perniagaan hsbn Ell akan terus maju dan berkembang dengan jayanya.Insya'Allah.









Thursday, April 28, 2011

Day 8~Jakarta


Adeh,apehal n3 holiday ni tak habis2...segan seyh nak tunjuk lagi,ada kwn tegur..ni baru pergi seminggu,n3 dekat sebulan tak habis2 lagi..kalau pergi sebulan mau setahun n3 pasal Jakarta je.Silap2 org ingat i'ols duk Jakarta.:D
Ok kali ni takmo type panjang2..gambo n sedikit ulasan saje...

Jumaat(18/3/11) 

Yuk muter2 sekitar Jakarta.macam biasa..seawal 8.30pg.
 
Tempat pertama mesti pergi MONAS (Monumen Nasional)Indonesia.Kira mercu tanda Jakarta.Tinggi tak berapa pasti tapi yang penting puncak MONAS (obor)tu disalut emas seberat 35kg.Tapi we'ols cuma snap2 gmbar kat2 pintu pagar je.

Bangunan depan MONAS

Posing anak2..:)

Cantik merak tu...:)

Kemudian we'ols bergerak ke destinasi yang tak berapa jauh dari MONAS ni.

Masjid Istiqlal,masjid terbesar di Asia tenggara katanya.Memang besar u'ols...tah berapa tingkat masjid ni pastu siap dengan madrasah yang juga sgt besar.

Gereja Katedral,betul2 bertentangan dengan Masjid Istiqlal.Gereja yang tertua di Jakarta.We'ols tak ke gereja tu pun...masih dalam kawasan masjid,cuma berpaling kebelakang je untuk background church tu.

 Kemudian we'ols terus puter dan puter..Ada satu benda yang agak menarik perhatian..Sistem transportasi bas die.
Bas punyalah panjang,n pintu pun tinggi.cammana plak org nak melangkah naik kan..

Rupanya d'ols kene naik bas dari pondok ni.d'ols panggil halte busway

Ini laluan macam jejantas terus masuk kedalam pondok halte tu.So,takdelah u'ols akan jumpa manusia berterabur nak naik bas.

Maka bila bus dah nak sampai d'ols akan beratur sampai ke hujung pintu halte tu

See,ramai dh menunggu nak ke destinasi.rasanya bas2 tu semua ada nombor kot.Senang d'ols nak cam bas die.Bila pintu bas tiba betul2 depan muka pintu halte tu,barulah d'ols masuk.Pintu bas tu sama tinggilh dgn pintu halte tu.Bagus kan..teratur je.

Ok,next destination is Asemgor.tempat ni tak top sangat..buruk semacam bangunannya.tengok pun ngeri n seram mcm nk roboh.katanya bangunan tak siap n tak dpt kelulusan..tapi d'ols selamba je berniaga kat dlm bangunan tu.Asemgor tu tempatnya dekat dengan kawasan ala2 china town.ramai peniaga cina disitu.

We'ols target perfume yg imitate ni.Tapi kata along(SIL1)baunya lebih kurang je n yg klakar katanya kira boleh juga tahan sepanjang hari.Harganya murah gila2,lebih kurang belasan ringgit malaysia utk 100ml.Bentuk botol n kotak sebijik mcm asli.Apalagi we'ols merembat 5 botol tak hengat.Kenzo 2 botol,burberrys,Hugo boss n apa tah lagi satu hsbn punya.

dah dpt target,we'ols jalan sket2 ke kedai lain.We'ols masuk ground floor je..malas ke tingkat2 yg lain.Kat sini macam2 barang  u'ols boleh jumpa.dan Ell rasa sangat senang kita carik barang untuk goodie bag party, atau wedding,utk buat gifts dsb.
Rambang mata dibuatnya..tapi tak tau kan beli banyak2 nak buat apa..so.cuci jelah mata.Sebab d'ol kebanyakannya jual secara pukal.Ada yg sikit, ada juga yg 50-100pcs untuk satu2 jenis brg.Kalau nak jugak beli satu2,tinggi sikitlah hrganya dri yg pukal.

 Kedai accesories yg we'ols singgah.Beli 2 pasang jam.

Haa...nilah dia bangunan buruk tu.Mcm menakutkn je kan.Pastu kat tepi2 jalan tu pun ramai yg berniaga brg2 dr dlm bangunan tu.


Ok,putar dan putar lagi..Apa nama bangunan ni tak tau..Time ni Ell tido kot dlm kete.Hsbn je yang turun.Buat kenang2an..Yang menariknya ada basikal untuk disewa,siap dengan topi lagi.Tetiba rasa macam kat vietnam plak..(mcm pernah g vietnam..huhu) Yelah,basikal dgn topi tu gayanya mcm org vietnam..

Nampak tak,panjang berderet basikal.Berapa ekk ongkosnya nak sewa.Lupa dah..:)


Grand Indonesia Shopping Town.Haritu Ell ada review pasal mall ni .Nak rasa ke'best'an nya,ada DISINI

Ok,itu tak pergi dah...we'ols lalu je.Snap gambo ni dari dlm kereta.
Memandangkan dah nak tengahhari,dah nak dekat solat jumaat..we'ols terus ke Tanah Abang..lg?.Jangan terperanjat ya untuk kali ke-3nya.hahah kata SIL's pecah rekod!.Orang lain dapat pergi sekali tinggi2 dua kali je,we'ols sampai 3x.Jeles seyh d'ols..hahah

Owh,ini yg satu lagi tak de di Malaysia.

Bajai.kalau pergi Thailand d'ols panggil tut tut rite?


Ok,tak de dah gambar kat Tanah Abang ni lagi..we'ols jalan2 carik langsir,telekung n hsbn Ell puaskan hati meround ikut kaki.:)
 Kalau nak tengok bangunan n kisah we'ols,sila KESINI

Habis solat we'ol nak pergi beli kerepek2 dan emping yang tak de kat Malaysia.Tapi bila tunggu supir kat pintu bangunan Tanah Abang tu,hampir 1jam setengah baru nampak batang hidung.Apa tidaknya,solat kat tingkat 13,kenderaan banyak,berpusu2 pulak nak turun.Katanya,kebiasaan hari jumaat memang begitu,kadang2 sampai 2jam menunggu.

Pasar apa tah tak tahu plak.Gambar ni hsbn yg ambilkan..Ell tak turun kete..cuaca sgt panas terik.So,Ell tak tahu keadaan n suasana dlm pasar tu.

Emping malinjo pedas yg rangup,kacang telur,emping pisang salai bertepung dan emping malinjo mentah(untuk digoreng)Setiap satu2 jenis tu SIL1 belikan 10kg.

Pastu we'ols ke Pondok Indah Mall.

mall ni dekat je dengan rumah SIL1.Jangan orang kata tak pergi kan...Macam pepatah
"Semut yang jauh nampak jelas, gajah yang dekat buat2 tak nampak" hehe berpepatah bagai..
 
 yelah,we'ols asyik lah pergi mall2 yang best2 yang jauh2..tapi mall depan rumah pun tak nak singgah.

Ada pulak patung Ben10 ni ha...suka je aryan nak bergambo.:)
Lama jugak we'ol merayap kat dalam mall ni.Best jugak sebenarnya.Ada 2 cabang Pondok Indah Mall ni.Satu disebelah kanan jalan,dan satu lagi dikiri jalan.

Anak2 suka naik ketapi ni,tapi we'ols tak naik pun.. kalau rasa tak larat nak jalan bolehlah naik ketapi ni

Disebabkan ada mall kiri dan kanan jalan,maka disediakan jambatan untuk menyeberang.Kat jambatan tu pun ada kedai2..ala2 hentian rehat Ayer Keroh le tu.

Pukul berapa tah we'ols habis meround,lupa dah.maklumlah...sebulan yang lalu kan..heheh.  Pastu we'ols terus lah balik rumah n makan dn tido.Esoknya nak balik Malaysia dah..






Monday, April 25, 2011

Bandung (part 2)

sambungan..

Adeh,penat + letih + ngantuk = cramp.Last wiken sampai la ni badan dah lembik semacam.Dah charge pun masih rasa nak melepek je.Tahniah untuk suami Ell yang akhirnya cita2 dia nak bukak kedai sukan berjaya juga.Ok,Ell terpaksa tangguhkan dulu citer kedai sukan Mista hubby tu sebab terpaksa langsaikan hutang n3 yang asyik tertunda je.

Maaflah pada sesape yang rasa dah muak nak baca citer holiday yang tak sudah2 ni.

3.15 ptg~

Ok,dari Lembang we'ols terus  menuju ke sasaran  bandar bandung.Memula we'ols attack 'Rumah Mode':D

Dalam perjalanan nak menuju ke bandar tu,we'ols sempat singgah ke gerai buah2an dan sayur2an.Buah2an nya buah2an tempatan je tapi nampak menarik...

masya'allah...memang geram tengok buah2an yg segar tu.Tujuan we'ols tu sebenarnya nak beli buah alpukat(avokado) untuk dibawa balik ke Malaysia.konon2 nak buat jus sendiri lah kan..heheh.banyak jugaklah we'ols memborong.Beli lagi buah strawberry yang we'ols katakan sedapmanis tu...Pastu geram pulak nak merasa buah limau die tu.labu plak lain sket rupa dari labu Malaysia.Lekuk2 die sket je macam labu kat negeri omputih..heheh
 
Ermmm apa lg ekk we'ols beli.Oh ya,juga tomato n pokok salary.

 masih guna lagi penimbang ni... 

Dah  habis semua buah n sayur we'ols beli,we'ols pun ke destinasi..

 mana lagi kalau bukan disini...
Katanya tempat paling best n wajib kalau ke Bandung.kalau tak,rugi....tidur malam termimpi2..haha.

 memula sampai we'ols rehat2 jap...ambik udara segar. Agak sejuk jugak udara time tu.Mungkin disebabkan hujan renyai2..Sementara buat giliran mengerjakan solat.

 Yuk shopping!! SIL1 budget masa 1jam -1jam setengah je.Sebab nak gi ke FO(factory outlet) yang lain.

 cantik kan lanskap dier...

 tenang je tengok ikan2 ni..

Ada satu bende Ell nak citer,time ni punyalah ramai manusia...yang bestnya yang ramai tu tourist dari Malaysia.Duduk punya nak hilangkan penat,sembang plak ngan torist yang jugak dr Malaysia..jangan kata orang senegeri sekampung pun boleh jumpa.Bual punya bual...salah sorang tu besannya sekampung dgn we'ols..alahai..bulat kan dunia ni..pusing2 kemana pun jumpa gak orang sekampung...lagi satu kan..orang2 Indonesia dah boleh hafal time2 cuti n holiday orang malaysia tau..hehe

 sebelum balik mesti mau gambar kenangan kan...Inilah buktinya..:)


dan lagi di cafe Rumah Mode

from another angle..



 Mista hubby yang sempoi..sport man mmg begitu gamaknye..hehe

 D gals..

 sista sista

 3 of them

 With my precious gems

5.15ptg~

we'ols gerak menuju ke FO2 yang lain.tak sangka kemain banyak ekk.So,memanglah kene select mana nak pergi.Kalau tak sampai kemalam kesiang ke malam semula pun tak habis mata cuci..hehe.. 

Tak teringat pun nak ambik sebarang gambar kat FO yang lelain tu.Tapi antara FO yang lain we'ols pergi is 'Blossom' , 'episod' , 'the secret' , 'heritage' dan banyak lagi.Kos untuk baju untuk anak2 je yang banyak we'ols laburkan..

 kedai kek 'Amanda' 
Katanya kalau ke Bandung ni,tak lengkap kalau tak menerai brownies Bandung.SIL1 bawa we'ols ke kedai 'Amanda' yang sangat ngetop ni.Antara kedai yang menual brownies yang top lagi satu namaya 'Kartika Sari'.Jangan lupa cari kalau ke Bandung ya..:) rasanya super duper trooper muper mabeles!! heheh

 Asyik lah meround satu Bandung tu,minyak kereta mesti diisi kan..
Dan ini satu2nya 'Petronas' yang boleh dijumpai di Bandung.U'ols tengoklah,takde manusia pun kecuali tukang pam minyak n kasir(cashier).Di Indonesia 'PERTAMINA' sangat memonopoly.Pesaing lain tak bleh hidup.


8.00mlm~

Sebelum balik ke Jakarta,we'ols isi minyak gak..heheh
Tangki dah kosong,bunyi dah nyaring semacam...Apalagi carik tempat mkn,dn akhirnya we'ols singgah KFC.Sori takde gambar sebab dh letih.Sejujurnya,KFC die tak setanding kat Malaysia.Original pun rasanya dah lari.taste sangat out.Tapi kat mana2 pun senang nak dapat nasi.even kat KFC n A&W.We'ols pun makan lelaju asal jgn tercekik sudah...

8.30mlm~

Zoom terus ke Jakarta!.....


11.30mlm~

tiba rumah kemas2 barang lebih kurang,cuci badan, minum2 sket,n sambung pengembaraan ke alam yang lebih best..:)






 Lex eh..lg 2 hari habis lah citer holiday ni...Tunggu...