Thursday, October 20, 2011

Urap Pegaga~


Urap pegaga ni Ell memang suka sangat.Tapi tak reti nak buat.So kali ni takde malu2 request kat mak mertua nak makan urap pegaga.Tapi bahasa cover arr sket kan..cakap lah nak belajar sambil puji urap pegaga mak sedap...:)
Makanya hari ni dah perturun ilmu,Ell nak share ngan u'ols pulak ye.

BAHAN-BAHAN NYA:-

daun pegaga


4-5helai daun cekur yang muda

sehelai daun kunyit

(3bhn ni dibersihkan dan dicuci.pastu tos kasi kering.Kemudian dihiris halus )



1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar cili kering kisar(option)
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan tos*
1 1/2 cawan ikan bilis*
3-4 biji cili padi*
 isi cekur*
 kunyit hidup*
halia*
sebatang serai dihiris* 1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*
(*ditumbuk lumat)


CARA-CARA NYA:-


1.Tumis semua bahan tumbuk tadi,termasuk cili kering kisar.
2.Biarkan sejuk sekejap.
3.Gaul dengan kelapa parut dan daun pegaga tadi bila nak hidang.

Perrgghh! tak sedar diri Ell meratah sepinggan sorang.




Wednesday, October 19, 2011

Sebenarnya saya frust!!






 2 bulan lalu blog ni sepi tanpa berita.Tuan blog buat-buat tak tahu yang blog dia wujud.Cuma disebabkan tersedar yang blog ni pengikat ukhwah dan silaturrahim antara u'ols semua,barulah nak membiasakan diri dengan penulisan blog ni semula.Agak janggal pulak rasanya.heheh iyelah tu.




Sebenarnya Ell kecewa la sebab banyak-banyak gambar yang dah Ell ambik sana sini,Ell simpan dalam external hard disc,ada jugak yang dlm pc, 60% hilang tanpa khabar berita.hahah.Ni semua angkara virus yang durjana.bedebah sungguh!.Mula-mula tu ada,yang gambar bercuti lain,gambar resepi lain, gambar keletah anak-anak,yg siap rekod pun ada.Tapi bila pc dah mula problem,husband gi hantar service,dia format semula...ha! nasib lah kalau ada..mana yang hilang dimata tu redho je ler.dah tu nak buat macammana kan.Pc ok,ahkak yg meroyan.Dengan watermark berbayar yg Ell beli utk blog pun hilang macam tu je.So,i memang frust ok!!


Ell kalau buat n3 blog mesti mau ada gambar.kalau takde,rasa macam tak best.And u'ols pun rasanya tak perasan kot kalau n3 tak bergambar ni.Lagipun gambar tu penyeri.;)


Ok,nak buat pengakuan ikhlas.tak tipu munyer..:) n3 ni sebenarnya dah rangka dari isnin lagi.Iya..ayat yg banyak ini je.haha.Disebabkan penambahan usia dan bijaknya dak kecik Aariz tu(1thn 9bln),maknya pun ada penambahan kerja.


Bayangkan eh u'ols..maknya tengah type2 komputer,dia masuk bilik bukak gobok baju,tarik selai2..habis terburai atas lantai.Stop maknya disitu.Masuk pulak dapur.maknya sibuk2 memasak dia bukak gobok kabinet bawah ngan laci2 sekali sepahkan pulak sudu garpu,pinggan mangkuk.Aduhai,gasak..biorkan dulu.bukak plak die esbok di godaknye pulak cili kisar,bawang kisar yang ada dalam tu.Bagi makan,nak makan sendiri..dibancuhnye pulak dalam cawan,tuang semula dalam pinggan.Huhu..memang kene banyak bersabor.Paling tidak pun dapat settle kan tu semua time die tido ler.Itu pun kejap je.Dia jaga kang die berkemas semula.Memang rajin dak Aariz ni.hehe rajin menyepah.Kalau meninggi suara sket,dia senyum2 je.tapi lg sekali buat ngan muka serius,mesti dia membatu sambil merenung muka kita.jangan tinggi suara kali ketiga..nanti terus melalak sambil teresak2.


Makanya tiap2 hari memang kerja bertambah dari biasa.Tapi apa nak buat kan dah itu tanggungjawab surirumah sepenuh masa macam Ell ni.Nak mengeluh pun nanti jadi dosa.Sekali sekala jalan lah jugak ambik angin luar. Dak Aariz ni pulak kalau bab berjalan dia nye exited lain macam. Suka saja dia.


Tak de bezanya pun dengan Aryan time umur macam Aariz sekarang ni.Cuma bila dah besar sket ni(nak masuk 4thn) pandai dah berdikari sambil tengok tv n  conteng2 buku yg babah dia beli.






Walaupun Ell frust dengan gambar2 yang hilang tu,Ell tak kisah sebab ada si penghibur hati..:)

Thursday, October 13, 2011

Terima Kasih ole2nya kawan...


Assalamualaikum...
n3 ni ringkas je.Ell nak ucap terima kasih buat Huda Ahsin atas kiriman ole2.Serius,Ell dah lupa nama blognya apa.Maaf ya Huda..nanti saya cari n study balik blog awak yang ada dalam link frenlist saya.


Inilah dia barangnya..sampai susah payah cari cntc no Ell.Ole2 dari 3 negara tu dlm satu pack.Terbaeek... (ala2 Boboiboy sambil bengkok2 ibu jari)

  

FM dr Qatar






Kuih/manisan juga dari Qatar dan lagi satu ialah kurma yg Ell tak zoom.Kuih org arab ni kemain manis lagik.Dan rasanya d'ols panggil kuih2 macam ni halawa kan.Dah maklumlh kan,yg namanya halwa tu manis2 belaka.Kalau selalu mkn gini mau bersemut kencing nih.Berpotensi cepat dapat penyakit kencing manis.:D




Dan inilah rempahnya yang boleh dapat dari Brunei tu.Yang dulu Ell duk memesan.Serba 1 ha Huda bagi.terima kasih banyak2 ya Huda.




Dah namanya orang Johor,duk Batu Pahat lagi tu...rempah soto peserai pun Ell dapat jugak.Bukan satu atau 2,tapi 3 paket.Masaya'Allah,baiknya lahai.Insya'Allah Huda,ada hari nanti Ell balas.Macam kata pantun pepatah tu...

"Ada ubi,ada batas..
Ada hari ,boleh ku balas"

Oh ya,yang ini baru Ell perasan 3x3x3=3.haha Apa tu...hehe 3 ole2 dari Qatar(FM,kuih n kurma),x 3 kotak rempah dari Brunei dan x 3 paket rempah soto dari Batu Pahat = 3 negara.Eh ada motip ke...huhu itu pun nak jadi isu.

Huda,terima kasih banyak2.Semoga Huda dan keluarga diperluaskan rezeki.Insya'Allah.




Friday, October 07, 2011

Rekod!!!

Assalamualaikum...
wah,rekod ni dah dekat 2bulan blog ni sepi.Tah lah ekk,macam dah malas nak ngadap blog ni.Tapi masih sayang kat inchek blog.Lama dah blog terbiar,kesian nengoknye.dah takde sape nak datang menjengah...Sehinggalah semalam tergerak nak menyambung menjaga semula.

Kisahnya,petang smlm tengah Ell duk melayan sinetron kat tiwi,tetiba hsbn Ell kata ada someone call yang dia tak kenal.Guna phne no hsbn Ell lagi tu.Gigih benar nmpaknya dia cari cara nak cntc Ell.Then,bila ditanya dan ditanya,rupanya rakan blogger yang dulu menetap di Brunei kini di Qatar.Jujur Ell tak tahu pun dia dah pindah ke Qatar.Maklumlah,lama dah tak berblog,apatah lagi nak blogwalk.

 Tahun lepas masa dia n fmly nak balik Malaysia Ell ada lah kirim rempah briyani pakistan ke apa yg dikatanya sedap n mudah.Pastu kat malaysia nanti bolehlah jumpa sebab kampung dia kat Batu Pahat(Johor) je.Tapi Ell tak kisah pun kalau takde.Rupanya dia lupa n Ell pun lupa sama sampailah semalam.

Dari Qatar dia tepon sebab nak bgtau ada hadiah untuk Ell yang di kirim dengan ayah dia yang kebetulan malam tadi balik Malaysia.Masya'Allah,apa punya perasaan time tu,malu pun ada terharu pun ada,sebak pun ada.Padahal kan u,ols..dulu we both tak berapa close pun..just Ell tanya rempah tu n dia kata boleh,Ell rasa dia sangat baik.Now Ell rasa rempah tu mungkin tak dapat lah kot,sebab dh lama kan.Then,Ell tanya berseloroh..hehe hadiah ni yg dari Brunei ke dari Qatar.Dia kata dari Brunei ada sket,dr Qatar ada sket dr Batu Pahat pun ada.Aduhai,malunya tak tahu nak balas macammana n bila.Semoga Allah jelah balas budi baik org2 macam ni.

Apa2 pun,dunia blog Ell rasa tak boleh nak tinggalkan.Disebabkan blog nilah Ell kenal ramai org2 baik macam u'ols.Terharu sangat."So Ell,ko jgn lupa daratan sangat,kalau tak dek kerana blog ni,org tak kenal ko pun.ko takkan ada kawan yang baik2 pun" .Tu dia motivasi duk terus menjaga baik blog ni.

Terima kasih u'ols yg bergelar sahabat.