Monday, April 23, 2012

Ada sesuatu.....

Bismillahirrahmanirrahim...
n3 pertama dengan modem baru.:)
best,agak memuaskan..kelajuan boleh dikatakan bergerak sangat pantas..
Ok,esok2 Ell citer pasal modem dan sebab musababnya tukar wifi baru ni.

Pagini nak citer pasal sesuatu yang Ell terpandang waktu hantar Aryan nak sekolah pagi tadi jam 8.tak sabar2 rasa nak post kat dalam blog...:)

 Secara kebetulan terpandang kelainan kat pokok ni.

 zoom....dah cam apa benda nya tu..menarik..Ell pun masuk rumah,amik telepon dan dengan sengaja tangkap beberapa keping gambar

sarang burung dengan 2biji telur burung.Ibunya entah kemana,tak pasti burung apa.Tapi selalu nampak kat laman rumah ada beberapa ekor burung merbah.Harap nanti tak terlepas nak tengok anak burung ni.Selalunya berapa lama ya ibu burung ni amik masa untuk eramkan telurnya? 

Oh ya,ni ada lg satu port sarang burung...

Tapi nmpk gayanya dh takde penghuni...Tah bila burung tu mula bersarang,boleh terlepas pandang.

Entah2 banyak pokok2 kat rumah mak mertua ni yang jadi tempat sarang burung.Cuma kalau dah terlalu banyak sangat pokok,mesti tak perasan.


Citer selingan pasal pokok,mak mertua Ell baru menambah koleksi pokok dia.Selalunya en.suamilah yang sangat setia teman maknya pergi nursery bunga.Mestilah setia kan..sebab dialah yang kene angkut pokok,pasu lagi,tanah untuk tanam pokok dan baja jangan lupa katanya..hehe.Tapi kali ni ada sesuatu yang menarik perhatian en.suami...gambar ni di 'bluetooth' kan dr henpon beliau...


"DON'T FOR SALE.." 
kihkihkih..comel je mistake ni.Maka kalau tak mau orang sentuh kene tulis "NOT TOUCH".
hihi..


U'ols...jgn nak sengeh sangat...Kat sini boleh jadi contoh,nak berjaya tak semestinya belajar tinggi..Ada orang kata,pertanian pun satu perniagaan...
Tapi mak mertua ell ni tak jadi perniagaan pun..dia dok semai benih bunga banyak2..pastu bagi kat sapa2 yang berhajat..."Oh sudah2lah mak menambah pokok..kalau mak berkelana kesian pokok mak tak terjaga.nanti cuma akan ada seorang je yang dipersalahkan...huhuhu..."



*Semoga slmt perjalanan ibu mertuaku yg ke Bintan dgn rombongan warga emas Pontian...







Ada sesuatu.....

Thursday, April 05, 2012

Kek Karamel Pelangi


First time buat kek ni.Sibuk dok sana sini cakap sedap,tekak pun tetiba rasa gatal2 je nak terai kan..tapi kedai kek pontian ni takde pulak jumpa kek karemel ni.Aduhai,nampaknya kene bikin sendirik jugak lah ya.Memula rasa nebes..ahaks.beriya sangat nak buat,penimbang takde,main sukat agak2 je.berapa kali baca bismillah ni.pastu tawakal je lah.

Bila dah jadi,Masya'Allah...cantiknya kejadian kek ni.hehe.Anak2 pun berulang2 nak lagi dan lagi dan lagi.Bahaya juga makan kek ni.
Sejak beberapa bulan lepas teringin nak buat kek ni.Puncanya sebab tertengok kat dalam WHI(wanita hari ini) TV3.Dia punya cantik kek tu,sangat menerujakan sekali.dan2 tu juga cari resepi.Ok,ini resepi yang pertama sekali Ell jumpa.memandangkan ini cubaan pertama,makanya ell tak dapat nak tunjuk step by step.Takut tersalah steps..:P


BAHAN-BAHAN:-
Loyang 7x7
Ell punya oven kecik,jadi kalau guna size loyang yg dicadangkan,nanti tentu tak muat loyang besar untuk proses membakar guna water bath tu..So,Ell guna pyrex casserol(gambar atas) yg tak pasti saiz berapa.huhu 

(A)
{bhgn gula hangus}
~2 sudu besar gula
~masak dalam loyang,dgn api sederhana..biar sampai perang dan cair.
~ketepi dan sejukkan


(B)
{bhgn karamel}
1/2 tin susu cair(boleh tambah kalau nak tebal)
70gm gula castor (takde scale,ell guna 21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1/2sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur(kalau tambah susu,tambah juga telur)

(C)
{lapisan kek}
140gm tepung gandum(ell sukat 1cwn)
70gm gula castor(21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1sk baking powder(guna sudu kfc)
45ml minyak masak.

(D)
{Meringue}
6biji putih telur
70gm gula castor (21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1sk cream of tartar(tak letak pun)

See,banyak na yg main sukat sendirik je.Pastu tawakal jelah jadi ke tidak.:)

CARA-CARA MEMBUAT:-


1.Kacau kesemua bahan(B) perlahan2 jangan berbuih.nanti tak jadi karamelnya.
2.Masukkan (B) dalam loyang gula hangus.
3.pukul bahan(C)
4.Pukul bahan(D) sampai kembang dan bila diterbalikkan ia tak jatuh.
5.Campur bahan (D) dalam adunan (C) dan gaul dengan spatula/senduk kayu hingga sebati.
6.bahgikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki dan letak warna kesukaan.
7.Masuk dalam loyang tadi.jangan risau adunan ni takkan tenggelam sebab meringue tu ringan.
8.Bakar secara water bath(loyang kek dimasuk dalam loyang lain yang berisi air panas) selama 1jam, suhu 160'c-180'c bergantung pada oven masing-masing.
9.Bila dah masak,rehatkan 10 minit.Bila nak terbalikkan,potong keliling.
10.masuk dalam fridge 1jam,kemudian makan sejuk2.mantap!


Tips:-
1.Panaskan oven 10minit.
2.45mimit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas bawah.
3.Meringue yang betul,5 minit diperlukan.
4.Susu cair suhu bilik.
5.buat (A),Putar (B),kemudian buat (B) dan (C).
5.Tahan 5 hari,kalau simpan dalam fridge.(tak sempat)haha.




Ok,itulah hasilnya dalam gambar diatas..bila sekejap je dah habis,itu ada tanda akan ada permintaan lagi.hehe semestinya dari anak2lh kan..nekad punya nak buat kek ni main bedal je sukatan.Macam main masak-masak.Tapi kalau tak jadi nangis ooooo..6 biji telur tu guna.kalau buat telur dadar boleh juga makan dengan nasi.


Ok alls,itulah die kek karamel pelangi pertama sayerrrr..hehe.



Sumber inspirasi:-
Kek Karamel Pelangi

Tuesday, April 03, 2012

Buah yang ku tak tahu namanya..

Assalamualaikum..
Ell nak nak tanya u'ols boleh tak? tak de hadiah apa2 lah ya.cuma nak tambah pengetahuan ja..kalau share ilmu kan dapat pahala..:) 

Apa ke namanya buah ni? Rupanya tak de pulak pelik,malahan tidak juga ganjil dan aneh,cuma ni first time tengok n rasa.sekali tengok macam limau madu pun ada.Tapi sizenya kecil sedikit macam buah laici.


Bila kupas kulit pun lebih kurang mcm limau madu,ada selaput..cuma yang bezanya limau ada ulas2,buah ini tidak ada.

Ni limau madu yanga macam selalu u'ols tengok kan..gambar ni pinjam ke google.

Pastu dah basuh bersih,rupa dia memang sebijik macam laici. rasa dia seakan buah mata kucing/longan dn mungkin sedikit rasa laici.Cuma tak berapa manis.


Ok,ini biji nya.boleh ke jadi benih ni?wallahualam..tapi MIL dah terai semai.

Buah ni MIL dapat dari rumah adiknya di Muar.Pokoknya seakan pokok rambutan.So,bila MIL bawak balik buah ini sebagai buah tangan,MIL pun tak dapat pastikan apa namaya.Maka dengan khidmat Mr.Google Ell cari dengan keyword buah rasa macam laici,pokok macam rambutan,kulit macam limau madu,buah laici kulit hijau,buah laici tapi bukan laici dan macam2 cubaan carian ke Mr Google.Tak banyak yang dapat Ell jumpa,cuma ada lah beberapa blog yang review pasal buah ni kata namanya laici malaysia.bila search laici malaysia pun tak banyak yang dijumpa.Ada juga buah yang seakan sama,tapi cuma terdapat di borneo namanya buah kristal.Ell try search juga tapi agak lain sedikit sebab kulitnya keras.

Sekarang ni,masih tak dapat dengan tepat apakah nama buah ni.Buat masa ni,laici malaysia tu boleh diterima lagi.Kalau ada yang tahu,mari2 share dengan Ell kat sini ya.terima kasih..


Buah yang ku tak tahu namanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...