Monday, March 31, 2014

Shopping @HiShop.my

Yuhhu....u'ols suka shopping produk kecantikan? mari sini Ell nak share online beauty and cosmetics store.Ok,mmg best..offer gila2 punya.Gerenti u'ols tak menyesal n akan selalu dok jengah2 tak menentu masa walaupun takde bende pun yang penting sangat u'ols nak beli.
Servis terbaik i tell u...Order hari ni,esok or lusa dah sampai si abang pos laju depan rumah u'ols.Dan yang paling best,tiada kos penghantaran,free sample(apa2 je produk pilihan yang ada dalam senarai 'free gift').Ok,banyak lagi nak story mori,tapi offer hari ni diskaun 40% untuk sebarang produk.Hari ni sahaja(31 march 14) cepat2 gi terjah 


Oh ya,jangan lupa sign up kemudian masa checkout tu isi kat kotak discount code FAST 



Sorry lambat post n3 ni...esok sambung lagi ea.

Wednesday, March 12, 2014

Baked Mac & Cheese~(resepi)


Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum u'ols.Lama sungguh Ell tak menulis n3 di blog.Tak tahulah kenapa agaknya.Mungkin rasa malas nak membebel2.(padahal bukan bercakap pun,type je). Baiklah,hari ni Ell nak share resepi seperti tajuk diatas ye puan2...hehe

Tapi nak bagitau lah kan,resepi ni inspirasi dari rancangan Diners,Drive-Ins and Dives @Food network. 
Host dia Guy Fiere yang rambut putih,badan besar tu.Ell layan jugak rancangan ni sebab dia pergi restaurant yang best2 utk dia cuba.ala2 jalan2 cari mkn lah gitu...Dan ada satu episod ni Ell tengok tahun lepas pasal cheese ke apa..ntah lupa dah.Pastu dia pergi review kat satu restaurant yang specialty dia baked mac n cheese.Super cheezy u'ols....meleleh!



Ok..resepi ni Ell alter ikut tekak melayu lah ea.Idea ni pun datang dari sister in law yang bagi resepi lasagna...dia kata bubuh sket rempah kari daging.Resepi asal restaurant tu guna cheese sesaje.Pasta sauce ni Ell nye taste ye.Let's cekedaut u'ols...:)

Bahan2:
~200gm macaroni(dicelur sampai lembut)
~130gm butter(separuh saiz butter biasa)
~2sudu mkan tepung gandum
~susu segar 1/2 liter(500ml)
~2biji bawang besar(potong dadu)
~3-4ulas bawang putih (dicincang)
~daging cincang
~cendawan tin 3-4biji dihiris (ikut suka)
~mix herbs atau apa saja perasa yang u'ols suka.seperti oregano,bay leaf,basil dan seumpamanya.
~1/2 tin kecil tomato puree.
~2sudu makan serbuk kari daging.
Seketul kiub pati ayam/daging.
~200gm mozarella/parmesan cheese parut (campur 2-2 pun ok)
~sedikit minyak zaitun untuk menumis.

Cara2:
1.celur macaroni sampai lembut,toskan.



Sos putih cheese
2.Panaskan susu,jgn mendidih.
3.Dalam periuk lain,cairkan butter,sebelum mencair masukkan tepung dan kacau cepat2 dengan hand whisker.Tutup api.
4.Masukkan campuran butter dan tepung tadi kedalam susu hangat dan kacau cepat2 supaya tidak berketul2.Pastikan api dalam keadaan kecil ke sederhana ya.
5.Masukkan separuh kiub pati ayam,kalau suka sedikit lada sulah.Kemudian masukkan segenggam kecil cheese parut.Kacau sentiasa supaya tidak berkerak.Agak2 dah pekat seperti yang dikehendaki,tutup api.Ketepikan.


Sos pasta tomato
6.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar.Masukkan daging cincang.
7.Lepas tu masukkan serbuk kari dan tumis agak2 garing.
8.Masukkan separuh lagi serbuk pati ayam.Kacau sebati dan masukkan tomato pes/puree serta cendawan.Kalau suka masam boleh bubuh tomato lebih.Perasakan seperti bay leaf atau seumpamanya.
9.Kalau rasa pekat,boleh tambah sedikit air.sket je ya.agak2 sesenduk.Biarkan sehingga daging masak.
10.Boleh masukkan terus macaroni yang dah siap dicelur tadi.Kacau rata2.

Ok,cara nak sediakan.
1.Sediakan bekas aluminium/caserol(pastikan boleh dibakar dlm oven) 2.Tuang sedikit sos cheese kat dasar tak kenang dek untung..eh!.
3.Tuangkan macaroni yang dah bergaul sebati dengan pasta sos tadi.
4.Tuangkan baki sos cheese dilapisan atas.
5.Taburkan dengan parutan cheese.
6.Bakar dalam oven sehingga cheese cair dan keperangan.Lebih kurang 15 minit dgn suhu 170'c(anggaran) .

Ok,siap bakar...TING! oven dah bunyi,makan panas2 mmg mabeles.

Selamat mencuba.