Thursday, June 26, 2014

JOHO cuti panjaaaang....

Bismillah..
Assalamualaikum semua.Lama tak menulis.Kali terakhir 2bulan yang lalu.Tak tahulah apa nak jadi dengan blog ni.Semangat sang penulis sekejap datang sekejap pergi dan tak nak mari2...hmmm...

Oklah,ini nak khabarkan berita yang relate denagn tajuk diatas.Buat julung2 kalinya Johor aka JDT memegang gelaran juara untuk LIGA SUPER MALAYSIA 2014.Sehubungan itu seluruh negeri Johor telah diumumkan cuti umum pada 26 June 2014(khamis).Untuk penyokong JDT ia adalah sesuatu yang dibanggakan dan tentulah menggembirakan bila diumumkan cuti kan..Walaupun Ell bukan peminat bola sepak...tapi part cuti ni Ell sangat2 sokong yang amat.hehe 

Jumaat dan sabtu u'ols dah sedia maklum memang cuti,tambah lagi cuti hari Ahad sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.Yuhhu...bestkan rakyat JOHO.cuti je manjang..hehe
Eh,tapi apasal yang Ell exited lebih ni...macam orang keje opis eh!?.Bukannya apa..exited ni sebab boleh cuti jadi drebar anak2 ke sekolah...bolehlah rehat sket...dan yang paling penting boleh jugak save petrol...hehu.Pitam oiii sehari dekat rm20 guna petrol.Pastu darab 5 darab 4.Ha..total sendiri berapa,jangan malas nak kira...gerak kan sket sel2 otak korang tu.Benda simple je nih. 
*Apa2 pun mama ikhlas hantar anak2 mama kesekolah k.bukan merungut...cuma mmerlukan sedikit ruang untuk merehatkan diri sendiri..*



Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini,Ell ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dalam penulisan.Kalau ada tak puas hati tolong jangan simpan dalam hati,jangan jaja sana sini...please luahkan je dengan Ell disini.Siapapun u'ols dan dimana pun u'ols.. Ell sentiasa berlapang dada memaafkan dengan seikhlas hati.Ok,di bulan Ramadhan nanti,jangan lupa tingkatkan ibadah,pahala kita cari..
Salam kasih sayang untuk u'ols yang membaca disini.
Terima Kasih.Assalamualaikum...