N3 kali ni Ell nak share fakta dengan u'ols.Ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.:) Bukan rekaan yang sekadar menyedapkan penceritaan juga bukan magic yang menipu penglihatan mata.:) ecewah..
Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji,
Ell pun tertarik untuk melakukan eksperimen.Tp sebenarnya Ell pun tk baca pun lagi buku tu.Just dapat info ni n try buat ujikaji sendiri.Ell rasa menarik juga utk dikongsi,so Ell publish kan kat sini. Eksperimen ni Ell buat minggu lepas dn keputusan diperoleh 2hari lps.
Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti berikut:_
Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu dekat denganmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Hodoh, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "
Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, kemudian pesan pada ahli keluarga yang lain utk membaca setiap kali melihatnya.
Keputusannya: inilah yang terjadi pada nasi tersebut selepas 1 minggu berlalu:
Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.
Sekarang u'ols boleh try sendiri……….
Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.
Pengajaran: Tidak kiralh dgn sesiapa,lebih2 lg dgn anak,isteri,suami mahu pun ahli keluarga yg lain hendaklah kita sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita.Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik.Bayangkanlah kesan hidup mereka2 yg sentiasa diluahkan sepanjang masa kata negatif dsb.Kadang-kala jika direnungkan, kita semua tidak terlapas dari melakukan kesilapan di masa2 lalu..namun ini tidak bermakna kita tidak mampu mengubahnya sekiranya kita mahu.So u'ols,mulakan setiap hari dgn perkataan yang positif lebih2 lagi kpd anak2 dan ahli keluarga semoga ia menjadi rangsangan kearah kebaikan.Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
****Awasi setiap kata-kata yang di luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!
*Hasil ujikaji Ell sendiri..:)
*Para ilmuan mengatakan "setiap kata2 adalah merupakan doa".Ini contoh yg jelas dapat dilihat dlm masa hanya kurang dr seminggu.Tk percaya?u'ols boleh try.
Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~