Friday, January 15, 2010

Dracula?~

Friday,Jan 15,2010
jaga..die dh aim tu..:)
Tak de apa nak citer lah u'ols..tp sementara nk tunggu time nak bersalin ni,kena jugaklah update blog ni sekali sekala.Arini Ell nk citer pasal kelawar besar/kluang.Kelawar besar/kluang ni hsbn amik gambar nya tergantung kat pokok mengkudu dirumah kawan dier...tanya watpe amik?die kata kesian kelawar tu patah sayap..saje je amik gambar.Lagipun bukan senang dpt tengok kelawar dekat2 camtu.
Hehehe..Ell pun seram takut2 buatnye kena geget kat tengkuk hsbn leh jadik vampire.Hahaha.
U'ols tau tak dracula the vampire kelawar jadian yang sering dikaitkan dengan makhluk jadian yang sangat terkenal tu.Kononnya ia merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana.
Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia.Ini dlm citer je..
"Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk 'Dracula'.Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai Vlad Si Penyula?Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.
Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan. Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.
Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.
Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tidak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini."
So,takyah lah Ell takut hsbn kena geget ke hape kan...tulah, lebih sgt pengaruh movies nih.:D

4 comments:

  1. salam kak..
    tak de kena mengena kan kak,dracula ngan kelawar tu..cuma figure tu sama kot..hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. hehehe..gitu rupanya kelawar eh..slalu tgk dlm gelap n terbang laju2..dkt2 tgk scary gak..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Menarik juga cerita sejarah kelawar ni..

    Memang ada kaler oren perang kt kelawar ae?Saya penah tgk yang hitam penuh je..

    ~rasa ngeri la pulak..

    ReplyDelete
  4. uiks gitu kelawar..
    tak pernah tengok pn...
    uiks sekali tengok mcm takut gak..
    2x tengok da tak takut sb dalam gambar je...

    ReplyDelete

Nak Komen ? Silakan...