Wednesday, September 29, 2010

N3 berCampur baur


Hai u'ols..abes dah update pasal raya eh.Kalo nak update dari hari pertama raya sampai ke 18 ni mmg tk terupdate la gamaknyer...Pengakuan ikhlas,Ell mmg beraya sakan.Dan tak habis2 ngan makan2..apa tidaknye sana open house,sini jemputan kawen,sana kenduri Aqiqah,sini marhaban...adei,sampai tak terbawak dek badan.Kilogram tak yah nak tanya...memang dah diduga, pertambahan berberapa kilo secara mendadak. malu nak kata.hahah.

Raya we'ols tersangatlah meriah tak terhingga..tambah pulak MIL ni salah seorang mak sedare yg jadik tumpuan ank2 sedare time hari raya yg mana mak2 dah takde.Even adik beradik MIL yg masih ada pun raya pertama dah tiba sekali ngan ank, cucu,cicit dn oneng-oneng (kalo ada).Kira macam rumah MIL ni pusat pertemuan la gitu..Lorong rumah ni susah nak cakap,1-3 raya parking FULL sesaje,kereta berderet sampai ke tepi jalan.Elok sangat lh kalo tawon depan datang sewa bas je.:D 
Sebenarnya tetiap tahun pun macam tu,cuma tahun ni xtra meriah.Yelah,bg family we'ols,we'ols meraikan macam2 perkara.Tak perlu ekk Ell list kan satu persatu , kalo rajin baca updated n3 kat blog Ell ni tentu dapat mengagak apa die.Tp kn Ell rasa kt mana2 pn meriah ye tk uol's..

Ok lah,bersesuaian dengan tajuk n3 Ell ni..dah tentu2 lah cerita campur2 kan.Meh kita gaul2 bagi mesra ekk.:) Abes dah serba sikit kisah raya,walaupun tak dapat update pasal marhaban kat rumah we'ols raya ke3..


Gambar atas ni GA dr Russia yg Ell menang haritu.Sekeping poskad dan sebiji FM yg dah selamat ditempel di muka fridge.Seikhlasnya saya tidak menilai harganya.terima kasih Keyri & Atiqa.( http://kamiterritory.blogspot.com ).Bukan senang nak dapat ni..


Ini Aariz yang dah 8 bulan pada 21 Sept.Berat die gitulah jugak 8kg.Pasal apa tak naik,sbb time 7bln haritu die kerap sangat demam.Orang tua2 kata nak 'ambik upah'.Upahnya apa? 8 bulan ni die tumbuh gigi,start bercakap bahasa baby, riuh mulut dak Aariz ni.Merangkak belum lagi..agaknya nak terus berjalan kot sbb bila dirikan die kat tepi meja tu insya'allah akan bertahan lebih kurang dlm 6-7 saat.

Lastly,Ell teringin sangat nak melompat2 ke blog u'ols.Tapi belum berkesempatan lagi.U'ols yang mengomen kat blog Ell ni , mekasih.Nanti Ell balas komen u'ols malah kat blog u'ols sekali...Til then, see ya.


Thursday, September 23, 2010

Update raya 3 (Fireworks Sparks)


Hari ni Ell update pasal show bunga api kat umah we'ols eh..Haha Show ditaja oleh Incek suami untuk hiburan ahli keluarga.Tapi kalau dah bunga api tu,satu kampunglh boleh nmpk gamaknyer..Sebenarnya,show telah berlangsung selama 3  malam berturut bermula dari malam raya sehingga malam raya ke-2.Dan setiap satu show tu mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memainkan nyer..Antaranya pada malam bbq yang we'ols buat tu.Ceh,macam melaporkan kejadian semasa je.:D




 
mengagihkan bunga api dan mestilah ada orang2 dewasa yer. Ada org cakap bakar duit ke,membazir ke..tapi Ell rasa keseronokan lebih terasa dengan bunga api.lagipun we'ols bukan main mercun yang ketegori merbahaya...

Bunga api sekarang ni tak senang nak dapat.Kalau ada pun bleh dapat lubang yang smuggle punyer.Ramai sebenarnya yg jual mercun or bunga api smuggle ni.Hsbn Ell sendiri dapat berapa banyak senarai harga2 tapi bukan untuk jual yer..untuk membeli sahaja.Owh jangan cakap nanti kene lockup...hahah tp pak polisi sendiri pun ada.Lebih2 lagi depan rumah we'ols ni ada balai polis..jgn kata nak warning,dia siap join lagi ada..:D

Ok,meh2 layan klip ni.
Fireworks sparks 1

Fireworks sparks 2

Fireworks sparks 3


Mercun padi yang dh siap2 digantung kat pokok manggis.8 kaki panjangnyer.

Wow! mmg best malam2 raya we'ols...Jangan tak caya,satu rumah keluar sebab nak tengok bunga api 49 das ni.Dah abes,semua masuk rumah sambung kerja semula.:)
Amaran Keras!!
Kanak2 dan remaja dibawah umur hendaklah dibawah pengawasan orang dewasa. 




Tuesday, September 21, 2010

Update Raya 2 (Wonders of raya-random)

Salam...dah berapa Syawal dh kite?11 hari raya ekk.Sekejapnya lah kan.Abes tu,u'ols bila nk sampai rumah Ell ni?Pintu tak tutup lagi...hehe

Sekarang ni kan,Ell kalau dapat nak update yg ringkas je.Kalau dapatlah kan...kononnya tak nak membebel panjang.So,biar gambar bercakap lh ekk.:P Gambar2 ni Ell pilih secara sukahati Ell lh eh utk kenangan dlm blog ni...

Meh la tengok apa yg ada..

Bikin ketupat..

 Bunga api time...weee

Pengagihan duit raye...

 Fmly picca SIL1,BIL1,BIL2 & SIL4
 ini aje lah yg ada pagi raya..2-3fmly lagi tiba pada petang n malam raya pertama.

 Me fmly...:)oppss ada sorang lain gen..:D


The cucu's..:)  (sebahagian)

1st,2nd & 3rd batch yg dtg slps sembahyang raya.Sampai duk luar rumah .

 Meriahnyer.....


 Aariz..an expressions...


Waduh,banyak lagi gamba ni.Kalau ikut nafsu semua gambar nk upload .Tapi sket2 cukuplh ekk.Pastu kan..Ell ada citer sket pagi raya ni..Alahai,kesian sebenarnya.Macam ni kisahnyer..:) ceh!
Seperti kebiasaan lh kan,lepas sembahyang n menjamu juadah raya tu mestilah ada sesi bermaafan,bergambaran n mengagihklan duit raya ye tak? Punyalah leka n seronok sangat ,sampaikan budak2 yg datang beraya beri salam tah bape ploh kali we'ols tak dengar..last2 dengar, sorang pun tak terlayan...Siap terdengar suara budak tu kata"kami datang nak beraya ni..." mcm dlm drama tu..hahaha lawak.Selang 2 minit lps tu we'ol jengah ke pintu nak jemput masuk...alih2 kazens we'ols yg berduyun2 tiba.Budak2 tadi tu tah mana perginye...merajuk lh tu...kesian ekk.:D (tu ler..nape awal sgt kamu org dtg beraya..kan dh terlepas singgit dua..)





Monday, September 20, 2010

Update Raya 1 (bbq)

Assalamualaikum....datang nak beraya ni..hehehe..

Amboi,tuan rumah sakan beraya u'olss.Katup abes semua pintu n tingkap bulan raya ni.Sampai nak buat ucapan raya pun tak sempat.:) Sebelum tu Ell nak ucap terima kasih banyak2 pada u'ols yg sudi wish ulangtahun perkahwinan Ell dan suami.Semoga u'ols diberi ganjaran yg sewajarnya.Dan masih tak terlewat lagi Ell nak mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri'.Mohon maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran yg menyentap dihati u'ols.

Ramai yang dah update blog memasing dengan gambaran raya kan..Ell jugak yang terhegeh2 masih keciciran.Ok tak pe..pelan2 ekk.
Memandangkan bulan Sept ni family members ramai yg meraikan hari special, so Ell n hsbn cadang we'ols adakan bbq pada mlm raya.Sekali lah tu meraikan habis berpuasa,esok nak raya...Anniversary kami yang ke 10..Anniversaray BIL1 n wife yg ke 20,Anniversary SIL1 n hsbn yg ke 30 ,Birthday BIL3 yg ke 30..& Birthday niece yang ke 6 .Wah...tu semua dlm bulan Sept.

Meh menjamu mata..

smookey!! bbq old style..ayam sebesen besar tp sekejap je dah tinggal separuh..

bday! bday!

 nieces & nephews

Aryan & Siddiq

gambar candid terbaik!!


Sebenarnya we'ols buat 2round pada hari raya ke-2 sebab malam raya tu rasa macam tak puas...2nd round tu lebih sket sbb takut ada tetamu datang kan...So,sapa yg datang raya ke2 tu mmg langkah kanan.

Friday, September 03, 2010

10th anniversary~


"Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bahagia dipanjangkan jodoh kami selama ini.Mudah2an jodoh kami akan berkekalan hingga kesyurga.Andai itu dengan izinmu Ya Allah."

Kawan2,Ell mohon agar u'ols semua turut doakan Ell dan suami ya.doakan segala yang baik2 belaka.Insya'Allah berkat doa serba sedikit itu mudah2an akan dimakbulkan.Sebelum itu Ell nak mengucapkan berbanyak terima kasih.
Semoga kalian akan mendapat ganjaran yang sewajarnya diatas doa2 semua..Amin..

Buat suamiku,inilah hasilnya kita yang duk siang ke malam depan pc.Kekadang duk melangut pikir2 camner nak susun gambar,lagu apa nak pilih..Lebih malang lagi tah bape ploh kali buat klip ni tapi tak menjadi. Tp akhirnya inilah hasilnya..
(mcm biasalah,tekan pause playlist sebelah utk lebih menghayati) 



Terima kasih sayang~
Terima kasih kerana...
mempercayaiku,menyayangiku
setulus hatimu

Terima kasih kerana...
membuatku merasa gembira
sekalipun adakalanya
kau membuatkan hatiku terluka
tapi tiada yang terbuku didalam dada

Terima kasih kerana..
sudi menjadi peneman tidurku
dikala kulena
tatkala ku bangkit dari tidur
dengan kepala bersandar didada
dan hari ini
dengan bisikan mesra, ucapan manja
'Happy Anniversary'
kau hembuskan ditelinga.

Terima kasih sayang~
Terima kasih atas segalanya,
 Biar susah,biar senang,
Kita harungi bersama.

 AKU CINTA KAMU SAMPAI MATI!!!!
 ♥♥♥

~Elly~

Adeii,feel feel..rasa nak menitik air mata.