Tuesday, May 24, 2011

Misteri Pulau tinggal~

Gunkanjima Island~

Ok tak misteri pun..cuma apa yg menarik Ell nak share pasal pulau ni sebab terpandang featured yg dimuatkan dlm History Channel(HD) kat Astro.Ell sebenarnya jarang nak tengok history channel ni,tapi kalau hsbn Ell ada kat rumah..itu antara channel kesukaan dia selain sports,discovery channel,nasional geographics,n animals.Time iklan tu,adalah tunjuk sikit(Life after people)..tapi tak lengkap.Lepas tulah Ell gigih carik info pasal pulau ni.Menarik tau.Jom Ell kongsi.


Gunkanjima Island bermaksud dalam bahasa jepun Gunkan-Kapal perang dan jima(shima)-pulau.Ada yang memanggil Hashima.Oleh itu terciptalah Pulau Kapal Perang (Battleship Island).Sebabnya pulau ni betul2 berbentuk seperti kapal perang.Ia terletak kira-kira 15km dari Nagasaki dan sebab itu pada tahun 2005 ia telah diambil oleh Pentadbir Nagasaki.

(Ell cuba translate ya..leceh jugak nak buat kerja gini,bnyk tempat kene rujuk..takut salah info) Hari ni belajar history sket..:)

r u ready kids!?
ai yai captain!!

Mengikut sejarah,
Pada tahun 1890  Mitsubishi Corporation membeli pulau tersebut dan memulakan projek  untuk mendapatkan batu arang dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Pada tahun 1916 mereka membina bangunan konkrit yang tinggi bertingkat2 dikelilingi tembok bg mengelakkan diserang angin taufan typhoon.

Oleh yg demikian, kaya lah Gunkanjima dengan hasil bumi dan menyebabkan Gunkanjima menjadi kota yang kaya dan padat penduduk. Padahal Gunkanjima ni tak besar pun. 
Jumlah penduduk pulau ini bertambah pada tahun 1959. Kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektare untuk keseluruhan pulau (1.391 per hektare untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia iaitu 10 kali ganda melebihi penduduk Tokyo,ibukota Jepun.Imagine keluasan pulau tu dgn kepadatan penduduknya.


Untuk memberi keselesaan kepada pekerja di situ, 10 kompleks apartment dibangunkan. Sebuah labirin tinggi dihubungkan dengan halaman-halaman, koridor, dan tangga. Pulau ni juga ada sekolah, restoran,supermaket,cinema dan semua kemudahan yg terdapat seperti kota biasa. Tetapi semua dikelilingi oleh tembok pelindung. Disebabkan itu juga Gunkanjima ini dikenali sebagai "Nashi Midori Shima" iaitu pulau tanpa warna hijau. Sudah semestinya tiada tumbuhan di pulau ni.



 staircase...

 Sekolah (kot..)

Pada tahun 1960-an. Oleh kerana batu arang terus di korek hingga ke dasar laut, lama kelamaan ianya habis dan teknologi pada masa itu mula menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Aktiviti tambang batu arang semakin mengalami kemerosotan hingga akhirnya Mitsubishi terpakasa menutup kegiatan eksplorasinya di pulau ini pada tahun 1974.
Para pekerja dan juga penduduk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Menyebabkan, Gunkanjima di tutup.Pulau yang tidak memiliki tumbuhan hijau ini pun lama kelamaan mati. Gunkanjima dibiarkan kosong sehingga ke hari ini. 

Gunkanjima telah didaftarkan sebagai Situs Warisan Dunia Unesco..selepas melakukan sedikit pambaikan dan memastikan pulau itu selamat untuk org awam..ia mula dibuka untuk pelawat pada April 2009.
So, dgn adanya menswastaan keatas pulau ni, Gunkanjima tidak lah terus lenyap.
Tapi setelah berpuluh tahun Gunkanjima ditinggalkan, mesti tempat ni terlalu misteri.menyeramkan....
tak de ke filem pasal cerita pulau ni?. 1st time Ell tahu kewujudan pulau ni,Ell sangat tertarik..interesting.


the technology..

Agak unik sistem kt pulau ni, zaman dulu kala pun perancangan dan juga fasilitis dia org sgt teratur. Tgk lah pada binaan apartmentnya, org dulu-dulu pon dpt berfikir sehebat itu..
siap ade TV,sekolah sume..hebat..tp apa yg nk dipelikkan, Jepun kn..mmg selalu kehadapan dr yg lain pun...lebih2 lagi bab technology.kan kan kan..

Ok,sumber dan maklumat sepenuhnya dari internet dan sedikit dari TV.
Gambar2 keseluruhannya dari google images.tq






5 comments:

  1. woww.. menarik..
    jepun merupakan negara maju dan negara yg cepat membangun.. suka smgt kental yg mereka ada.. :)

    ReplyDelete
  2. uniklah pulau ni babe...serem pun ade...

    ReplyDelete
  3. nampak angker sikit..tapi unik..

    ReplyDelete
  4. owh pulau itu sgt maju dizaman dulu kala kan..nampak mmenakutkan jer..tp teringin plak nk pegi nk rasa cam ne situasi kat c2..

    ReplyDelete
  5. first time juga tau tentang pulau ni...mmg unik dag teratur je...tp kalo tak nampak pokok2 rs cam lemass plak...seb beklah tak musnah dilanda tsunami pulau ni....

    ReplyDelete

Nak Komen ? Silakan...