Friday, June 01, 2012

Ayamas Cafe Tmn University

 Assalamualaikum...

Ell nak komplen pasal Ayamas Cafe kat Taman University,JB.Kalau ada sesiapa yang berkenaan baca ni,sila ambil perhatian.Ceritanya hari yang we'ols hantar Marsha ke Seminar Syahdu tu,we'ols tak terus balik.Encik suami ada sket kerja kat area situ.

Ngam2 time lunch..semua anak-anak dah bunyi kata lapar.Singgah lah kat Ayamas Cafe tu.


1-En.Suami yang order.2 ekor ayam dan 3 nasi sahaja.Mula2 order, pekerja(perempuan) tu dah faham dah.Tiba2 datang pekerja lain(lelaki) potong ayam lain masuk dalam bekas nasi.En Suami terangkan lagi yang dia dh order 2 ekor ayam ngan nasi asing2.Ok,settle nampak macam faham.Tah tak tahu sebab apa servis punya lambat sampai kene tunggu setengah jam.Ok kami faham...mungkin ayam baru panggang.


2-Pengurus Cafe tu budget bagus sangat ke sampai nak tengking2 n marah2 staff dia kat depan customer?Cakap lembab lah,itulah,inilah.Kesiann...Sapa yang tak malu.Kot ye pun nak marah,tunggulah time takde customer atau kalau tak tahan nak marah sangat gi dalam bilik.


3.Yang ini, Ayamas kene study sket ya.Janganlah letak ayam tu dalam kotak yang macam kotak pizza tu.Alamak aiii....putuslah selera bila bukak2 kotak je tengok kotak tu berlemuih semacam.Kering dah juicy  ngan moist ayam tu serap kat kertas kotak tu.

 Rasa ayam ni dah sedap dah...

 Tengok arr...tak boleh nak angkat langsung..sah2 bolos.Plastik dia jgn cakaplah....berminyak,berlendir semua ada.

 Ni nasi dia.kalau ayam nya diletak dalam bekas macam ni jugak kan ke bagus...tak pun bekas yang banyak compartment tu.Sebelah nasi,sebelah ayam sebelah sos.Pastu kuahnya bungkus dalam plastik macam beli kat pasar lambak je.Adeiii...lemah betullah

Ha tengok! koyak dah.

Gambar ni semua ambik bila dah balik rumah.Konon2 nak makan dalam kereta je,sambil2 en suami ada kerja tu.Tapi kalau dah gini rupanya...mana nak selesa kan...selera pun putus.Tapi sebab anak2 dah lapar,kasi jugaklah seketul 2.Dina habis lah dengan sebekas nasi tu.


Sempat tangkap gambar ni sebelum blah dari tempat tu..huhu.





3 comments:

  1. Hai Ell, apa khabar? :)

    Awak dah duduk dekat Taman Universiti ke?

    ReplyDelete
  2. Alammakkkk apsal teruk mcm tu sekali... aiskkkkkk.. opss lama tak menyinggah ke sini...

    ReplyDelete
  3. memang x patutkan kak.. klu sy pun hangin jugak.. klu dekat leh la terus gi komplen.. seb baik akak jauh..

    ReplyDelete

Nak Komen ? Silakan...