PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, November 24, 2011

Sah failed Maths~

Hi alls...Ell nak tanya pernah tak u'ols jumpa dengan pengurus restoran yang sengal atau blur atau otak tak jejak atau apa sajalah istilahnya.Kalau restoren biasa je tak heran k.Tapi ni restoran ternama.




Mula cerita we'ols anak beranak pergi Batu Pahat Mall.Bila dah lapar perut mintak di isilah kan...We'ols decided makan kat Kenny Rogers.Bila sampai je tengok lengang..pekerja pun ada lah dlm 2-3org .We'ols agak akan dpt layanan VIP lah kot....:P We'ols pun melepak agak lama jugak lah..sambil bergurau anak beranak...:) 








 dan..sehingga tiba masa nak bayar..
untuk rujukan we'ols order:

1/2 ala carte RM19.50(with smoked BBQ sauce)

RM15.90
 
RM14.90

RM8.50

plus air F&N strawberry yang boleh refill bape banyak pun korang nak.
RM4.50
Total RM63.30
tax berape % lupa dah(malas nak cek resit)
But lebih kurang total price RM70 kot..

Ok,hsband Ell sangat details orangnya..Sebelum keluar tu makesure duit balance tu kena  betul ya..Dan apa yang dibayar pun tepat..bab2 duit ni jangan main2 beb..kalau tak cukup bayar pun tak berkat jadi darah daging.Bila diteliti...eh2..ini cashier sudah salah kira ni...we'ols order ala carte menu,tapi yang dikira 1/2 meal yang harganya RM26.50..nak halalkan? boleh je..tapi cuma bagi sedar sket kerja tu jangan sambil lewa...RM7 yang nak dihalalkan tu kira lepas jugak belanja sekolah anak.
 
On da spot hsbn jumpa cashier tu semula..cuma nak tunjuk dia salah kira.lepas tu dia lagi nak argue yang kita order 1/2 meal..pang pung pang pung pang....(3-4minit)

then,manager dia keluar .....

Manager KR:Ada masalah bang?
Hsbn:Ni salah kira ni(sambil tunjuk resit)
Manager KR:Siapa yg key-in resit  ni?
Staff KR:**** dah balik.(**** merujuk kepada nama staff lain)
Manager KR:Ok,takpe nanti saya pulangkan balance abang ya(sambil bagi RM80)
Hsbn:Eh,saya ada order jugak yang lain..bukan satu je.
Manager KR:Oh ye ke..apa lagi order tadi?(refer pada staff nya)

pastu staff tu pun sebut apa2 yang we'ol order...Heheh sengal la lu...takkan lah we'ols nak mkn setengah ekor ayam je utk 6 beranak...:D  Hsbn cuma tak puas hati yg half alacarte(RM19.50) tu jadi half meal(RM26.50).


Ok,sebenarnya insiden kat KR Batu Pahat Mall ni dah 2-3 kali jugak.So,lepas ni memang ler we'ols taknak makan kat situ melainkan kalau darurat sangat.haha.Setiap kali we'ols kesitu ada je masalah mengira.Failed betullah!.Kalau kat tempat lain mungkin we'ol terjah.


Sah failed Maths~

Thursday, November 03, 2011

Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis~


Hmmmm..(mengeluh) susah betul jadi manusia kalau tak mengeluh ekk.Tapi Ell ni bukan mengeluh tak cukup makan ke apa.Bukan juga tak bersyukur dengan rezeki yang ada,cuma susah sungguh nak commit dengan blog ni.Lagipun sebagai surirumah sepenuh masa macam Ell ni,tak ada banyak perkara menarik yang nak dikongsi...

Yang ada ini ler die,resepi.Tapi resepi2 biasa takyah lah Ell kongsi ye.U'ols pun rasanya dah tahap master kalau bab2 masak asam pedas ke,kek coklet ke jemput2 ke kan...Yang di posted hanyalah resepi yg jarang dan tak berapa biasa...So,tak berapa banyaklah koleksi 'LadyEll's Recipe' dalam blog ni,Bukanlh pulak blog memasak katanyakan...Ini blog caca marba.:) Apa saje 'bout "Life of LadyEll'..ngeee



Ok,hari ni tayang resepi ibu mertuaku yang simple tapi sedap.Sedaplah pada tekak i'ols ni..:P
Memula dulu rasa macam pelik la,yelah..tak pernah dengar pun sebelumnya.Orang biasa guna bunga kantan ni tuk campur dalam asam pedas ke laksa ke gitu kan.Tapi bila dah pandai makan tu,alamak aiiih,rasa sangat sedap lah pulak.


BAHAN-BAHAN:-

Bunga kantan 3-4kuntum cukup.(dibelah 2atau 3,ikut besar bunga.dihiris kasar sedikit dari bunga rampai)
segenggam ikan bilis
2 labu bawang besar
5 batang lada merah
5-6 batang cili padi
belacan bakar
air asam jawa


CARA-CARA:-

1.Goreng ikan bilis ,ketepikan
2.Panaskan minyak,tumis bawang besar beserta cili dan lada merah.Kemudian masukkan belacan 
3.Apabila bawang mula layu,masukkan bunga kantan.
4.Kacau sebati dan tuangkan air asam jawa.rasakan garam nya .
5.Tutup api dan dihidang bersama ikan bilis tabur diatasnya.Pastikan ikan bilis tabur time nak makan ya,sebab baru sedap rasa ikan bilis rangup.


Ok,u'ols..yang mana suka bau2 n rasa bunga kantan tu boleh lah terai.
selamat menjamu selera...:)



Sambal Bunga Kantan Ikan Bilis~

Thursday, October 20, 2011

Urap Pegaga~


Urap pegaga ni Ell memang suka sangat.Tapi tak reti nak buat.So kali ni takde malu2 request kat mak mertua nak makan urap pegaga.Tapi bahasa cover arr sket kan..cakap lah nak belajar sambil puji urap pegaga mak sedap...:)
Makanya hari ni dah perturun ilmu,Ell nak share ngan u'ols pulak ye.

BAHAN-BAHAN NYA:-

daun pegaga


4-5helai daun cekur yang muda

sehelai daun kunyit

(3bhn ni dibersihkan dan dicuci.pastu tos kasi kering.Kemudian dihiris halus )



1 cawan kelapa parut putih
1 sudu besar cili kering kisar(option)
1 1/2 camca besar udang kering, cuci dan tos*
1 1/2 cawan ikan bilis*
3-4 biji cili padi*
 isi cekur*
 kunyit hidup*
halia*
sebatang serai dihiris* 1 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah*
1/2 inci belacan*
1 camca teh gula*
Sedikit garam*
(*ditumbuk lumat)


CARA-CARA NYA:-


1.Tumis semua bahan tumbuk tadi,termasuk cili kering kisar.
2.Biarkan sejuk sekejap.
3.Gaul dengan kelapa parut dan daun pegaga tadi bila nak hidang.

Perrgghh! tak sedar diri Ell meratah sepinggan sorang.




Urap Pegaga~

Wednesday, October 19, 2011

Sebenarnya saya frust!!






 2 bulan lalu blog ni sepi tanpa berita.Tuan blog buat-buat tak tahu yang blog dia wujud.Cuma disebabkan tersedar yang blog ni pengikat ukhwah dan silaturrahim antara u'ols semua,barulah nak membiasakan diri dengan penulisan blog ni semula.Agak janggal pulak rasanya.heheh iyelah tu.




Sebenarnya Ell kecewa la sebab banyak-banyak gambar yang dah Ell ambik sana sini,Ell simpan dalam external hard disc,ada jugak yang dlm pc, 60% hilang tanpa khabar berita.hahah.Ni semua angkara virus yang durjana.bedebah sungguh!.Mula-mula tu ada,yang gambar bercuti lain,gambar resepi lain, gambar keletah anak-anak,yg siap rekod pun ada.Tapi bila pc dah mula problem,husband gi hantar service,dia format semula...ha! nasib lah kalau ada..mana yang hilang dimata tu redho je ler.dah tu nak buat macammana kan.Pc ok,ahkak yg meroyan.Dengan watermark berbayar yg Ell beli utk blog pun hilang macam tu je.So,i memang frust ok!!


Ell kalau buat n3 blog mesti mau ada gambar.kalau takde,rasa macam tak best.And u'ols pun rasanya tak perasan kot kalau n3 tak bergambar ni.Lagipun gambar tu penyeri.;)


Ok,nak buat pengakuan ikhlas.tak tipu munyer..:) n3 ni sebenarnya dah rangka dari isnin lagi.Iya..ayat yg banyak ini je.haha.Disebabkan penambahan usia dan bijaknya dak kecik Aariz tu(1thn 9bln),maknya pun ada penambahan kerja.


Bayangkan eh u'ols..maknya tengah type2 komputer,dia masuk bilik bukak gobok baju,tarik selai2..habis terburai atas lantai.Stop maknya disitu.Masuk pulak dapur.maknya sibuk2 memasak dia bukak gobok kabinet bawah ngan laci2 sekali sepahkan pulak sudu garpu,pinggan mangkuk.Aduhai,gasak..biorkan dulu.bukak plak die esbok di godaknye pulak cili kisar,bawang kisar yang ada dalam tu.Bagi makan,nak makan sendiri..dibancuhnye pulak dalam cawan,tuang semula dalam pinggan.Huhu..memang kene banyak bersabor.Paling tidak pun dapat settle kan tu semua time die tido ler.Itu pun kejap je.Dia jaga kang die berkemas semula.Memang rajin dak Aariz ni.hehe rajin menyepah.Kalau meninggi suara sket,dia senyum2 je.tapi lg sekali buat ngan muka serius,mesti dia membatu sambil merenung muka kita.jangan tinggi suara kali ketiga..nanti terus melalak sambil teresak2.


Makanya tiap2 hari memang kerja bertambah dari biasa.Tapi apa nak buat kan dah itu tanggungjawab surirumah sepenuh masa macam Ell ni.Nak mengeluh pun nanti jadi dosa.Sekali sekala jalan lah jugak ambik angin luar. Dak Aariz ni pulak kalau bab berjalan dia nye exited lain macam. Suka saja dia.


Tak de bezanya pun dengan Aryan time umur macam Aariz sekarang ni.Cuma bila dah besar sket ni(nak masuk 4thn) pandai dah berdikari sambil tengok tv n  conteng2 buku yg babah dia beli.






Walaupun Ell frust dengan gambar2 yang hilang tu,Ell tak kisah sebab ada si penghibur hati..:)

Sebenarnya saya frust!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...