PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, May 28, 2012

2H1M di Seminar SYAHDU~

 Assalamualaiukum dan Bismillahirrohmanirrohim..
Semalam petang selesai dah Marsha berseminar di UTM Skudai.Bengkak mata masih tak susut lagi ni.Hahah..beriya benar we'ols menagis.Sekali sekala memang nak kene hantar anak2 macam ni.Biar kasi cuci sket minda ngan hati.Maklumlah...bila makin besar dan makin bijak,kadang2 dia lebih pandai dari kita kan...Walaupun perangai tidaklah seburuk mana...kesedaran perlu ada selalu.

Ok,Ell dapat tahu pasal seminar ni dari FB page Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood .Mula2 memang sekadar nak bagi pengalaman je...tapi dari sudut lain,banyak kebaikan dan manfaat nya.Marsha pun seminggu sebelum dah seronok nak packing baju.maklum lah,mana dia pernah pergi benda2 macam ni.Apalagi camping.Selalu jugak dia merengek nak nak ikut camping sekolah..tapi we'ols masih tak boleh lah nak lepaskan dia.


 Hari pendaftaran(26 May 2012) tu punyalah semangat wajanya lepas subuh (7pg) lagi we'ols dah keluar rumah.Nak breakfast pun drive thru je kat McD.Padahal dari rumah ke UTM Skudai tu 45minit-1jam je.Pendaftaran start jam 9pg-10pg.Kan dah melangut dalam kete..huhu.

Dah register,dapat fail bagai...we'ols duduk2 sambil nasihat itu ini bla3...

  Sebelum nak tinggalkan Marsha,we'ols suruh dia bergambar ngan adik2 buat kenangan..


 Ok,bye2..selamat berseminar..:(

Yang nyata..bukan senang nak lepaskan anak2 jauh dari kita walaupun setakat satu hari.Balik rumah,tengahari dah mula rindu nak mengarah2 dia.

Hari kedua,we'ols diminta hadir jam 2ptg tanpa bawak anak2 kecik.Ell minta tolong mak datang rumah tengok2 budak2 bertiga tu.Mak mertua dah ke KL.

 Ini je yang sempat curi2 ambil gambar time ustazah Siti Nor Bahyah tengah berceramah.Mula2 dia kat tengah nun,tapi tiba2 bila nak snap dia beralih plak ketepi.huhu.

Slot Duhai Ayah Duhai Ibu tu memang sangat menyentuh kalbu.Kalau tidak menangis teresak2 pun,pasti ada yang nenitiskan airmata.Kalau takde perasaan sebak dan sayu macam tu,semestinya org itu adalah hati kering atau hati batu.Jangan lah perasan hati cekal sangat...bila sentuh bab2 mak ayah ni mesti luluh punyer..oh saya pernah dengar orang kata,kalau nangis tu tandanya memang banyak dosa.Tak kiralah apa pendapat pun...Banyak buat salah kat mak ayah ke,atau baik sangat ke...jasa mak ayah tak kan terbalas.Kita pun sebagai anak yang ada mak ayah kan...mesti tersedu sedan bila menagis tu,lebih2 lagi ada part yang d'ols bawa mayat masuk dalam dewan tu.

Ell ada carik kat Youtube pasal seminar Syahdu ni,tapi tak jumpa satu pun.Mungkin ada sedikit persamaan dengan klip kat bawah ni.

Ok,macam tulah keadan kat dalam dewan tu,sebak, hiba,sayu dan pilu.Ustazah pun sekali menangis kat belakang nun.Sampai sekarang waktu Ell enaip n3 ni,masih tak boleh tertahan nak mengalirkan airmata.Memang sangat terkesan.Ibu bapa pun kene ingat,anak2 adalah amanah.


itu adalah slot terakhir sebelum we'ols dibenarkan bawa anak2 pulang.Sebelum tu,ada sesi bergambar.

Ni,Encik suami saya dengan Ustaz Wan Akasha

Waktu masuk pintu dewan tu,ada jual gambar peserta seminar waktu hari pertama selepas solat.So,we'ols dah siap2 beli takut kehabisan.Apalagi sign autograph lah ustazah kan...

pastu bergambar pulak...haha muka selekeh,bengkak giler menagis tak hengat.Apa tak nya...bila anak menagis datang kat kita peluk2,minta maaf bagai kan..huhu huwaaaa...
Ustazah Siti Norbahyah..best,sporting dan yang penting Slim tau...kecik je pun orangnya.Tak tahu umurnya berapa,yang penting awet muda dan dah bercucu umur 4thn.

Ini gambar kenangan Marsha bersama Ustaz dan Ustazah serta barisan fasilitator.Nampak tak gambar tu dah ada signiture ustaz dan ustazah....?pasni boleh frame.

Ok,kesimpulannya seminar ni bagus!Cuma Ell malas lah nak cerita banyak...kalau nak lebih2 baik buat seminar sendiri..hehehe. Marsha pun kata ok,cuma dia tak berasa selesa dgn bilik yang kecik, kene share 6 0rg,pastu toilet kotor n tempat kediaman jauh dgn dewan...
Apa nih? komplen eh...ni nak kene cuci lagi mind dia ni...supaya bersyukur...:)




2H1M di Seminar SYAHDU~

Saturday, May 26, 2012

Puding Custard Coctail

Dessert pertama anak dara saya!.


Tak sangka boleh pulak suruh anak dara saya ni.selalu tu kalau buat apa2 nak kene repeat peat peat peat peat banyak kali.:D Ini dia yang mintak nak buat.Beriya2 benar tau.


 Nampak time ni dia enjoy mengacau custard tu.Siap nyanyi2 lg ...tapi terpaksa blur eh gambar nya atas sebab2 tertentu...:)
 Orang lain lagi sehari sekolah agama,dia cuti dulu hari khamis tu.:)


Dia yg buat...dia yg bg thumbs up eh.hehe.Ok lah tu...Cubaan pertama mmg selalunya tak menentu rasa.

isi dalam acuan pun ada yang tak penuh..hehe
but not bad la ...

Untuk resepi

BAHAN-BAHAN:-

tepung custard
susu sejat
gula
vanilla essence
air
coctail fruits(dlm tin)
plus apa2 lg buah2 yg u'ols suka.



CARA-CARANYA:-

(untuk puding)
1.Campur 1cwn tepung custard dgn 4cwn air.tambah 1/2cwn gula.masak atas api sederhana besar.

2.Sentiasa kacau sampai pekat dan proses ini mengambil masa lebih kurang 7-10minit.

3.Masukkan dlm acuan ~ikut bentuk kesukaan sendiri.kemudian sejukkan ~kalau nk cpt,masukkan dlm fridge.


(utk kuah)

4.guna susu sejat,kuantiti..ikut suka berapa bnyk nk kuahnya..tambahkn gula dan sedikit tepung custard.Ini pn agak2 la nk pekat or cair kuah tuh.Boleh tambah telur.

Senang kan..Sebab tu anak dara saya pun boleh buat.



Ermmm...ok,time ni,ketika saya tengah menaip n3 ini,saya dah mula rasa rindu nak mengarah dia.Dari pagi tadi sampai esok Marsha ada Seminar Syahdu di UTM Skudai.We'ols sebagai mak bapak ni cuba nak bagi sedikit kebebasan dalam pengawasan.Mudah-mudahan seminar tu nanti bermanfaat.

Oh ya,seminar tu anjuran SNB Kasih yang dimiliki oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah.Penceramah dan pengendali diuruskan oleh ustazah serta suami dan anak-anaknya sendiri.Khabarnya ibu bapa yang hantar anak2 ke seminar ni semua bagi tindakbalas yang baik.Jadi apa salahnya kita hantar juga kan...tak rugi pun.Insya'allah ada banyak kebaikannya. 





Assalamualaikum.


Puding Custard Coctail

Wednesday, May 23, 2012

Roti Cawan Berinti


"Setiap hari dipagi yang hening tatkala anak2 masih nyenyak tidur,kemudian dikejut pula untuk bersiap kesekolah.Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslimah,sang ibu bergegas kedapur menyiapkan juadah pagi demi menunaikan permintaan anak2 saban hari."
hahaha...ape bende melalut nih.tak tahu nak start macammana..tetiba je ter'type' macam ni.

Oklah,mari Ell nak share satu lagi resepi bekal sekolah anak2 Ell.



BAHAN-BAHAN:-
~6-8keping roti
~sosej/daging cincang/isi ayam atau apa saja untuk inti kesukaan.Tuna spread pun boleh,tinggal bakar roti je.
~sayur campur paket
~bawang cincang
~serbuk pati ayam
~cheese parut.


CARA-CARANYA:-

1.Guna cawan,masukkan roti kedalamnya.Kalau guna loyang muffin lagi bagus.Ell takde loyang muffin tu,maka Ell guna cawan.Yang penting tahan panas ya.

2.Bentukkan elok2 macam kelopak bunga.Kalau guna loyang muffin,boleh gunting bahagian atas,jadi dia lebih kemas.

3.Ketepikan sebentar.

4.tumis bahan-bahan inti(bawang,sosej/daging kisar/isi ayam,dan sayur campur.)
5.Tambahkan serbuk pati ayam.

kalau ada serbuk cheese,boleh bancuh.

6.Isikan inti yang dah ditumis tadi kedalam roti cawan.

7.Tuang sedikit serbuk cheese yg dah dibancuh,

8.Tabur cheese parut.
9.Bakar dalam oven selama 10minit dgn suhu 190'c.
10.Bila dah siap,keluarkan dari cawan.

atau..

u'ols boleh bakar roti dulu,kemudian baru isi inti.Cara ni boleh guna kalau takde guna cheese.Sangat sesuai kalau inti tuna.



Ok,Sila mencuba.


Roti Cawan Berinti

Thursday, May 17, 2012

Pokok Mati Hidup Semula

Bismillah..
Pertama kali tengok tumbuhan ni.Sebenarnya mak mertua beli kat pasar lambak.Dia pun tak pernah nampak ada orang jual ni,tapi kelmarin ada pulak.Pokok mati hidup semula ni gelaran je sebab ia boleh hidup tanpa air selama 50tahun atau lebih.Bila direndam direbus ia akan mengeluarkan khasiat2nya.Katanya tumbuhan ni dah hidup semenjak 4000juta tahun dahulu.Ianya adalah tumbuhan yang hidup dikaki gunung berapi.Kasiat herba ini yang paling popular adalah membantu melancarkan perjalan darah.

Namanya genggam fatimah.Ini lain dari akar fatimah dan kacip fatimah ya.Untung betul orang yang nama fatimah ni..namanya selalu diguna pakai,lebih2 lagi kalau yang berkaitan untuk kesihatan perempuan.Sebab musababnya kenapa ya?

Oh ya,dulu Ell ada posted pasal akar fatimah.ini rupanya..

Ini pula kacip fatimah.
Memang berbeza ketiga2 jenis herba ni.

Tapi jangan keliru dengan Akar fatimah dan genggam fatimah tu.Kegunaan dan khasiatnya pun berbeza.Kalau akar fatimah tu gunanya supaya senang bersalin manakala genggam fatimah digunakan untuk merapatkan dan mengcutkan sistem dalaman wanita yang dah kembang.

Mari tengok sekali lagi rupa bentuk genggam fatimah.Ini pandangan dari sisi tepi.bentuknya lebih kepada mencengkam tapi akar fatimah tu rupanya mengerekot.
Bila Ell try search kat google,Ell perasan ada yang keliru dengan 2 benda ni.akar fatimah tu dikatanya genggam fatimah ataupun akar genggam fatimah.Hati2 kalau tersilap ya...Buatnya direndam genggam fatimah dengan tujuan untuk memudahkan proses bersalin....

Ell nak share khasiatnya mengikut dari keterangan sipenjual:


1.Melancarkan pengaliran darah
2.Menghapuskan lemak dalam badan dan 
3.Menyingkirkan sel-sel mati
4.Menghentikan pendarahan dalaman.
5.Masalah kerapuhan tulang/kurang kalsium
6.darah tinggi dan kencing manis.
7.Mengetatkan rahim & menghilangkan parut.
8.Masalah ketika haid
9.Ketumbuhan & Gout.
10.Kegemukan,kelesuan & mengempiskan perut.
11.Menghilangkan rasa kebas dikaki & tangan.
12.Merawat 6666 urat saraf dalam badan.

Cara nak gunakannya:
Rebus sekuntum genggam fatimah sehingga mendidih dan minum airnya suam atau sejuk(tanpa ais).Minum bila rasa dahag.Takde rasa apa2 cuma rasa tawar macam air kosong.Kalau air habis,boleh tambah air dan jerang lagi sehingga hilang warnaya.Sebenarnya air rebusan nya pun kurang warna,tak macam air teh pun,jernih je.

Ada juga disediakn dalam bentuk uncang.Cuma tambahkan air panas dalam secawan dan minum 10minit kemudian.Boleh refill air lagi sampai hilang warna.

Mak mertua Ell beli 8biji genggam fatimah tu dengan 2 kotak yang jenis uncang harganya RM50.Siap bagi satu untuk tanam.

Sejak seminggu Ell minum air genggam fatimah ni yang dapat dikesan...sistem penghadaman jadi lebih lancar.kalau nak ikutkan,Ell ni jenis susah jugak nak ke tandas..:P











Pokok Mati Hidup Semula
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...