PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, August 27, 2012

Raya part 1

Assalamualaikum...
Lama dah tak bermesra2 dengan blog.dah terasa jauh sangat.Apa kata sempena bulan baik ni..yang dah jauh tu kita rapat2kan,yang rapat kita mesra2 kan..ecewah siap guna bidalan lama ni ha.hehe.

Ok lah,sebenarnya cerita raya taklah banyak sangat..cuma saja je nak buat part by part ni supaya ada post n3 tetiap hari.:) strategi tu...Oh ya,sebelum tu terima kasih buat sis RASP sebab kirim kad raya ekk.Tapi kan,kad raya tu tiba pada raya ke 4.Jadi tak dapatlah nak gantung kat ranting pokok ekk.hehe.

Raya kali ni kami sekeluarga tak de BBQ seperti tahun2 sebelumnya.Tahun ni ada cadangan untuk ubah sedikit seperti kebiasaan.Kami sekeluarga termasuk ahli2 keluarga yang lain,anak2 ibu mertua yang mana ada akan sama2 mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil dan diikuti dengan takbir raya.Meriah dia rasa lain sangat.

Dibawah ni ada serba sedikit gambar kami dimalam raya.












Ok,itu saje n3 kali ni.Sebelum tu masih belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca blog Ell yang tak seberapa ni.Salah silap harap dimaafkan ya.





Raya part 1

Wednesday, July 11, 2012

Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)



Bismillah...
Hari ni share resepi jelah.resepi ni pun buat minggu lepas.Kek nya dah habis..tapi gambarnya tak habis2...heheh gambar jelah letak ekk.:) tergerak nak try resepi ni sebab stok apple dlm fridge banyak..en.suami asyik membeli je.makannya tidak.bila tanya kenapa tak makan,dia kata tak best sebab tak rangup.Makanya asyik membeli jelah sebab nak cari yang rangup.
Kebetulan,bila Ell tengok rancangan 'Barefoot Contesa' yang chefnya Ina garten...ada pulak dia buat kek yang macam ini,tapi guna buah plum.Tertarik...terus cari resepi yang guna apple.Banyak versi rupanya untuk buat kek apple karamel ni.tapi Ell try resepi yang ini.Anak-kata sedap,mak mertua pun puji.heheh Tapi en.suami kata buat lah apple pie..maknanya dia tak berkenan resepi ini..:P
Diri sendiri rasa secebis je sebab diet.:( So,untuk rasa betul-betul tu memang tak sampai la....

Marilah semak resepinya:-

BAHAN-BAHAN:-

~Untuk kek~
250gm butter(suhu bilik)
1 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
50ml susu pekat
apples (berapa biji apple ikut saiz ya termasuk yang dihiris dan didadu anggaran 5-6 biji)

~Untuk apple karamel~
3/4 cawan gula
1/4 cawan butter (lembut)
2 sudu makan madu

CARA-CARA:-

1.panaskan oven suhu 170'c

2.Dalam loyang,masakkan gula,1/4 cwan butter dan madu dengan api sederhana.Kacau perlahan sehingga gula cair.tambah kan 1/4 cawan air dan biarkan ia didih sebentar.Ketepikan

3.Hiris apple agak-agak tebal 1/2inci.Susun apple keliling loyang seperti dalam gambar.

hasilnya seperti ini..


4.dalam bekas lain,pukul butter bersama gula perang hingga kembang dan gebu.Masukkan telur satu persatu,Pukul sebati.kemudian masukkan susu pekat.

5.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan serbuk kayu manis.Pukul sehingga sebati.

6.Masukkan apple yang telah dipotong dadu.gaul guna kaedah kaup balik.Oh ya, Ell ada perah jus oren dalam adunan ni.tapi itu bukan diwajibkan ya.Cuma menambah rasa.sedap.

7.Tuang adunan keatas loyang yang berisi apple dan karamel tadi.Ratakan perlahan-lahan.

8.Sedia untuk dibakar.Bakar selama 1 jam dengan suhu 170'c atau sehingga masak.

9.Setelah masak,sejukkan atas wire rack 5minit.Kemudian baru diterbalikkan


Ok,hasilnya memang best..rasanya sangat sedap.Dapat curi-curi makan secebis tu rasa mengeletek nak lagi.Tapi nak diet ni takmaulah tipu diri sendiri kan...pasrah je la...

Ok,selamat mencuba dan menikmati kek yang kaya dengan apple ni.










Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)

Wednesday, July 04, 2012

Resepi:Black and White angel food cake(step by step)



Assalamualaikum....
Semalam terajin pulak bikin kek.Padahalnya tengah diet.Macamlah boleh melantak kan...Tapi tak pelah...demi anak2,tambah pulak Marsha tengah ganti puasa.Barulah dia bersemangat kan,tiap kali berbuka ada makanan yang best.:)

Ok,kek ni asalnya dari Ina Garten di channel 706(food network) .Ell dengan cik TV kan sahabat baik..jadi channel 706,memang on sesaje(kalau org lain tak alih).Dari pagi sampai ke petang rancangan masak manjang.Awal pagi tu adalah sket exercise...pastu kalau malam dia dh tukar Li(life inspired) lebih kepada hiasan rumah2.

Resepi ni senang je,tapi kene korbankan banyak kuning telur sebab nak dapatkan putih saje.

BAHAN2:-
2 cawan gula(kisar halus)
1 1/3 cawan tepung kek (not self raising) tepung gandum pun jadi
1 1/2 putih telur suhu bilik(10-12biji telur,bergantung pada saiz)
2 cubit garam

1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat parut.


CARA2:-


1.Panaskan oven 180'c / 350'f
2.Campurkan 1/2 cawan gula bersama tepung,dan ayak 4x.Ketepikan.


3.Didalam bowl,campurkan putih telur,garam dan cream of tartar.


4.Pukul dengan kelajuan tinggi,sehingga menjadi gebu lebih kurang 1minit.
5.Perlahankan kelajuan mixer,tambah lagi 1 1/2 gula yang baki.Pukul dengan kelajuan tinggi untuk beberapa minit,sehingga berkilat.Tambahkan vanilla dan teruskan memukul sehingga 'thick' lebih kurang 1minit.Berhentikan mixer.


6.Dengan menggunakan spatula,tambahkan 1/4 tepung kedalam adunan putih telur dan gaul perlahan dengan cara kaup balik.Campurkan lagi 3/4 lebihan tepung dan terus kaup balikkan dengan perlahan sehingga sebati.


7.Tambahkan coklat parut.

gaul sehingga sekata


8.Tuangkan kedalam loyang tube(lubang tengah) dan bakar ia selama 35-45minit, suhu 180'c.


9.Jangan risau pasal rupa buruk tu ya..hehe.Bila dah masak,tunggu sejuk beberapa minit baru diterbalikkan.

tadaaa.....


10.Untuk coklat glaze,cairkan coklat dan susu secara double boiler.Biarkan seketika.

11.Curahkan atas kek,pastikan menutupi permukaan kek,dan biarkan ia melimpah ketepi hingga bawah.

Maaf gambar agak kurang memuaskan.Ni salah setting lah ni.


Ini gambar ambik lagi sekali yang tinggal seciput je.



It's supposed to look like this.


OK,SELAMAT MENCUBA.





Resepi:Black and White angel food cake(step by step)

Friday, June 29, 2012

Wedding my Nep~

Waaaa......lama sungguh tak post n3 blog.Malas na rasa nak tengok blog ni ha.Sebelum abis bulan pertengahan tahun ni,ada baiknya kalau buat satu n3 terakhir..:P
Itu pun citer dh basi.heheh basi-basi pun masih boleh baca lagi kan..
Oklah,tak nak buang tenaga type banyak-banyak,layan je serba sebanyak gambar yang ada.:) Ini perkahwinan anak sedara yang pertama en.suami.Tapi itu cucu ke2.hehe Maknanya pengantin ni ada seorang abang yang macam takde hati nak cari isteri.

Majlis ni berlangsung pada 9/6/2012 sabtu (hujung minggu terakhir cuti sekolah).We'ols naik KL hari rabu,tapi tak banyak sangat kerja-kerja pun nak buat..maklumlah semua nya dah settled.Cuma hari jumaat tu agak kelam kabut sedikit,barang sampai tengahhari,orang bape kerat je, terus bubuh reben kat kotak 'berkat' sebanyak 1500.Sampai ke malam tak siap..pastu reben pulak tak cukup.So,nasib2 lah sapa yang dapat 'berkat' sempoi tu...huhu....Tapi dah tengah2 malam tu baru start meriah u'ols..keje dah nak abis,baru lah berduyun orang.Mana d'ols tu pergi? merayap ke KL lah u'ols....

Ok2 meh layan gambar.
Kejadian di dewan Seri Melati,Perbadanan Putrajaya,Presint 3.

 Kiri kanan,depan belakang, semua bunga fresh ya u'ols..ahkak tak mampu dek non...habis majlis bunga2 tu terbuang jugak.yang mana bawa balik rumah tu pun tahan seminggu je lahai.Perabis duit bukan main.So,memang my SIL1 sedekah je siapa2 yang nak angkut balik.

3 orang bridesmaid yang cun melecun y'all...kemain lagi bow kat atas kepala.2 dari mereka adik pengantin lelaki,yang sorang ayu bersanggul tu sepupu d'ols(anak my SIL2) 

Kakak biras, SIL4 dan SIL2

wah2..ayu sangat lah tu...ahaks

bujang saya...:) Aryan & Siddiq.Budak Siddinq ni rajin na menahan napas gitu tau..

Oh abang pengantin yang dikatakan tak de hati nak mencari calon isteri itu..Khalis namaya.Sebenarnya dulu ada dah sorang yang setuju nak jadi calon...tapi,Khalis ni buat donno je tau.Kesian that girl lah.Lagipun orang2 tua ni yang dah kenen2 kan..Dia kata takut sapa2 yang suka kat dia,bukan kerana dia..tapi sebab lain.Hah,macammana tu sukatilah ea..

SIL1 dan suaminya.Mak pak pengantin lah ni...

Adik beradik pengantin lelaki.


Mak pak pengantin perempuan.

ini lah mempelai yang diraikan untuk hari itu..Ahmad Zulhusni & Nur Nadirah.Tengok arr simple je pengantin perempuan...memang tak siap sebenarnya dengan takde veil,earing n apa2 lagi hiasan.Mak andam sebat duit orang,tapi buat keje tak siap...



Penyambut tetamu untuk isi guest book.

Aida n Marsha.Dah besar dah anak dara saya...

Kembar ke? eh tak...Dina denagn sepupu dia yang ini(Syahmin) memang kamceng..serba serbi nak sama.Alahai..Dina demam pulak time ni.Kesian...

bujang saya...:) Aryan & Siddiq.Budak Siddinq ni rajin na menahan napas gitu tau..oh ya,yang tergantung kat baju tu,bekas telur berisi coklat2.

Aariz yang demam..melekat dengan mak die je manjang.

Abid macho seyh..


Tapi kesian kene buli.Kak Marsha buat ea..nanti dia kak Marsha ekk.

Joget Lambak..sebelum tu,poco2(kejadian tiada direkodkan)

Cari2 gambar dalam folder,ta de pulak 'berkat' yang we'ols bubuh reben tu.Isi dia bahulu gulung inti jem nenas yang sangat lazat.Memang bahulu gulung yang paling sedap pernah Ell rasa.Tapi gambar atas ni tak de kene mengena pulak dengan bahulu gulung nenas tu.hehe.red velvet cupcakes ni untuk tetamu makan2..


Dibawah ni,adalah lain2 gambar yang berkaitan....

BIL4,MIL,adik biras serta Abid...

sedare mare dan dihujung bertudung pepel itu mak kesayangan sayer..hehe

Sedare mare pengantin lelaki sebelah bapa.Mana ekk sedare mare pengantin lelaki belah mak dier(we'ols lah tu)...aduih..memasing buat apa ni? tak heran langsung nak bergambar.Cameraman pun satu,tak reti nak setting untuk bergambar ke? Bayar kemain mahal...

Anak2 dara sunti.

Ini lah bunga yang dikatakan fresh itu.Imported katanya..ntah..kalau kene tipu sapa pun tak tau..tah2 dr cameron highlands je..huhu.

Mana yang berlegar2 kat pelamin tu,kaut jelah amik gambar...majlis pun dah nak abis..kang tak merasa pulak duk atas pelamin.


We'ols yang keciciran.Erk,ada sorang berlainan size yang dapat dikesan...orang lain slim je.hahahah.Ok2..semangat tengah berterusan nak slim jugak nih.Tengok gambar raya nanti...cewah,cabaran untuk diri sendiri.


Ok,perasan tak baju we'ols cantik2 semua,termasuk baju pengantin perempuan.Itu sepenuhnya ditaja oleh SIL1 ya.Dia beli di Jakarta dengan harga yang sangat murah dengan kualiti yang sangat baik.Bayangkan contoh semeter kain lace u'ols boleh dapat dengan harga RM15.Mana nak dapat murah gitu dek non oiii...Pergi kat Jakel pun kualiti yang lebih kurang sama, makan 2-3ratus jugak.Lepas tu mana yang bersulaman tu,sulamnya halus.Maklumlah..SIL1 kan duk lama kat sana and tailor pun made in Jakarta.Senang katanya berurusan dengan orang yang dah tahu n faham kehendak dia.Mana2 dapat baju yang dah siap tu,pandai2 lah ukur dibadan sendiri.So,marilah berbelanja diJakarta..jangan lupa di Tanah Abang ya...hahaha 


Aduih,kalau duduk atas duit sedap je pergi shopping kan.Tah bila nak sampai lagi.Ni SIL1 dah balik Malaysia agak2 memang tak jejaklah kaki lagi.













Wedding my Nep~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...