PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, November 03, 2010

Diet Programme~


Salam ceria..:)
Harap u'ols ceria lah ye.Ell rasa Ell tak berapa nak ceria kot...
Ell sebenarnya kan runsing dengan penambahan berat badan Ell sejak akhir2 ni.Ell rasa lagi berat dr time pregnant haritu Seriously,ngeri n terkejut sesapa tengok.Ell rasa dalam pantang hari tu ok je..masih nampak normal dan lepas 3 bulan lps bersalin terus meningkat secara mendadak tak reti nak turun2 lagi.tambah tension bila time raya aritu ramai yg menegur tentang shape Ell yg dh lari tune ni..Nampak gayanya Ell terpaksa lah amalkan diet yg pernah Ell buat dulu.Ell pun nak share dgn u'ols Kira ni macam cabaran diet la.ekk.Sesapa yg nak ikut,bleh lah sama2 kita ambik cabaran nak?pastu u'ols show u'ols punyer result kat dlm blog.yang penting jarum kat scale tu mesti tunjuk sebelum dan selepas sbg bukti.Jom kita buat nak..? Tapi tak de ganjaran lah yg Ell nak bg.Hasilnye u'ols yg rasa sendiri..
Oh ya,diet programme ni diberi oleh sorang dokter Ell lupa sape.Dari tv ke dr majalah pun tk ingat.Tapi lama dah lebih kurang 5thn yg dulu.Dulu Ell buat mmg berjaya la.Ell nak tengok keberkesanan nya sekarang.Ok,lets start!!

High Protien Diet

Sarapan
-Susu
-telur rebus/sosej(steam)
-air putih

Makan Tengahhari
-salad/
-sup sayur/
-yong taufo/
-sup fishballs
-air putih


Makan Malam
-sup sayur/
-ikan(bakar)/
ayam(bakar)/
-sup daging
-air putih

NO!!!!
1.Sugar (cake/carbonat drink/fruits)
2.Oily foods
3.Carbohidrat (rice/bread/mee/biscuits)
4.Ice/cold water


*Ok,diet atas ni untuk 14 hari sahaja,lepas tu dah boleh ambil karbohidrat.Tapi dengan cara betul.

Low Carbohidrat Diet

Sarapan
-Susu
-roti,oats,biskut
-air putih

Makan Tengahari
-Bubur ayam/
-sup fishballs
-ikan (steam,bakar)
-sup sayur/yongtaufu
-Apple/oren/jambu batu/betik
-air putih

Makan Malam
-setengah senduk nasi/saiz biasa 
-sayur2
-ikan/ayam(steam/bakar)
-sup daging/sup sayur
-Apple/oren/jambu batu/betik



Amacam,ada berani,?meh ambik cabaran ni.Bagi sesape yg nak kurus jelah.yg dah kurus tu watpe nak diet... ok,jumpa lagi bulan depan ye.Eh,maksud Ell n3 diet ni la..Esok lusa ada lagi Ell post n3 lain..:P

 Sebelum terlupa Ell ada jumpa klip ni kat youtube.Ell pun belum try lagi.katanya seriously can lose 20 pounds in a month.1kg sama dengan
2.20462262185 pounds.Lepas dikira dan dicongak,20 pounds tu sama dengan
9.071847400000001atau pun senang kira 10kg.Wow! sangat menerujakan!!
"DO this workout 3-to-5 times a week 1-to-2 times a day preferably in the morning (before breakfast) and again in the evening."



Meh2 kita diet...Aduih bersemangat habis nih.Harap terus berkobar semangat,konsisten dan disiplin sampai dpt shape yg memuaskan hati.Jom la u'ols..tahun baru, body baru..;)



Tips:tulis dn tampal diet programme ni kat fridge.Jadi setiap kali gi dapur mesti nmpak..






Diet Programme~

contest nama untuk anak wa~






syarat syarat:
1.lu buat entry 'NAMA UNTUK ANAK WA' dalam blog lu.

2.lu perlu lengkapkan tempat kosong ni dengan nama RAJA_____________________SHAH.

3.jadi follower wa.dan taruk gambar baby wa suka kat bawah sekali nih.

4.tarikh tutup : SAMPAI ANAK BUAH WA LAHIR TERUS TUTUP TARIKHNYE. 14hb 11 

5.post link entry lu sebagai komen dalam entry ini.

6.tag kawan lu sekurang kurang 3 orang.(pastikan mereka tahu lu tag dorang okeh..)


Hadiah yang bakal dimenangi:

juara

cincin silver 925.original punya.saiz ikut saiz pemenang.


naib juara

 botol susu,hamper dari annakku dan poney,stok susu selama setahun digantikan dengan tudung indon (macam ekin bini mawi pakai tuh bersaiz dan warna ikut suka rasa lu,kain dijamin selesa dan lembut)
@
selendang macam yuna.lu boleh pilih nak kaler apa.siapa menang nanti kita bincang lu nak yang macammana.sekali dengan post wa kasi hadiah.jika pemenang lelaki wa akan kasi topup rm20 
(boleh pilih hadiah tapi satu jer)

tempat ketiga

topup celcom,maxis atau digi selama sekali berharga rm10

ok,nama yg akak cadangkan utk lu adik,kat bawah ni.Nama anak2 akak tidaklah akak cadangkan yer..Susah tau nak carik nama.Yang bawah ni dulu tersenarai dlm list..tp laki akak tidaklah berkenan pulak.Lu ambik lah ni dik bubuh kat anak sedare lu..:)

>>>>>>RAJA IRDIYAN SHAH <<<<<<
>>>>>>RAJA EZAL ISWAN SHAH<<<<<<
>>>>>>RAJA ARSYIL RAHMAN SHAH<<<<<<

Setelah dikaji dan diselidik,gabungan hujung nama shah sangat sesuai nama tengah akhiran nya dgn huruf 'N' atau 'M'. Try arr lu org akhir dgn huruf lain,mcm tk berapa ngam arr...nasib le menang ke tidak..

Tag:








contest nama untuk anak wa~

Tuesday, November 02, 2010

Nak bubuh nama apa ekk?




Hello alls.
Tak habis lg posting pasal nama.:) Ni kira cam sequal utk previous n3  kot.Tapi kali ni Ell nk citer lah sket nama ank2 zaman sekarang ni.Mak pak kasik nama kemain dahsyat lagik.Bukan kata sesapa la..Diri sendiri pun sama.:D Bukan senang tau nak carik nama.Macam2 buku dirujuk,mcm2 website dicarik..bila dh jumpa yg betul2 berkenan dihati barulh pilih utk bakal cahayamata tu nanti.Nama kan nak bawak sampai mati..Seeloknya pilih lah dengan berhati2.Jangan nanti nama dah sedap2,kata org ank tak boleh bawak pulak Datanglh penyakit itu dan ini.Kata org2 alim...tak tau nak percaya ke tak perkara ni.

Ok,kebetulan Ell bukak blog smlm..ada satu kunjungan dr kenalan baru yg just say hai2 gitu.Bila hop blog die,dia ada join satu kontes utk para blogger pilih nama untuk baby baru yg bakal dilahirkan pada 14 november kalau tak salah.Hadiah agak lumayan.U'ols nak join sila keSINI.Ell pun tak tau nak join ke tidak.Nak pilih nama untuk anak sendiri pun susah inikan pulak nak carikkan nama untuk anak orang.tapi kalau u'ols nak cuba nasib bolehlah yer.Manalah tau kot ada simpan lebih nama utk ank2 u'ols kan..Kasiklh die pinjam kejap.Nama bukan nak pakai sorang kan..:)

Ell rasa ell nak join jugak..tp tengoklh kesempatan.Yang penting maknanya mesti elok,jgn macam nama Ell ni,sedih takde makne..:(
Nak bubuh nama apa ekk?

Monday, November 01, 2010

Nama kita sama~



Salam...

Untuk tajuk n3 seperti atas ni,sebenarnya Ell pun rasa 'eh,ramai jugak yer nama sama macam aku'.Ok,terlebih dahulu Ell perkenalkan nama Ell sebenarnya ialah EllyMaswati.Heheh dulu2 Ell perasan la nama Elly ni Ell sorang je yg punyer.Sbb Ell tahu nama Elly ni omputih je.Lebih2 lagi time kecik2 arr.Selalu sangat perasan apa ke lain sangat mak pak aku bg nama ni unik nye...(mcm la budak kecik tau makna 'unik') Sejak dr tadika sampai lah sekolah rendah masih tak de lagi kanak2 lain yg menggunakan nama Elly.Sebenarnya kdg2 terasa jugak bila kwn2 lain nama d'ols ada makna dalam Islam.Kata org nama tu mencermin kan seseorg.So,kalo dah tak de makna apa nk dicerminkan..rasa cemburu dn iri hati tetiba.Tapi tk pe,apa ada pada nama kan..kalau buruk kelaku.Yg penting pandai2lh bawak diri sendiri..

Sampai lah akhir2 sekolah menengah.Barulah Ell dengar nama penyanyi Elly Mazlien,pelakon Elly Suriati,Time tu terasa pulak eh eh,ada jugak org lain nama sama ekk.bila cakap camtu ngan boypren (skrng hsbn) terus die kata alahai...perasan nye,mcm die sorang nama Elly.Time tu tetiba sentap arr.Yelah,selama ni tk penah dengar pun org lain yg bawak nama Elly kan..

Selama berkawan ngan hsbn dulu (sebelum kawen) dia selalu ajak gi rumah die rumah sedara mara die.Pastu ada sorang maid arwah makcik die ni selalu gunakan panggilan Ell utk nama Elly.Time tu rasa,kelas nye maid ni panggil aku.hahaha.Dan time tu Ell dengar pulak penyanyi Ella tu guna nama El utk nama manja dier...Aduhai,ade je yg nk meniru..(perasan lg disitu)

Bila first time nk register sbg blogger dulu,melambak pulak Ell tengok yg guna nama Elly.Maknanya nama Elly ni dh tak unik lagi la.So,dgn tidak dipengaruhi mana2 pihak,Ell decided guna nama Ell.Ya,LadyEll adalah yg terlintas secara tiba2 difikiran.Sebenarnya untuk mengkelaskan nama sendiri yg orang nya pun tak berapa nk kelas..:D

Tapi sejak akhir2  ni,ramai jugak rupanya yg namanya Ell dgn pelbagai spelling.Ell,LadyElle,Elle & El.Tapi yg penting pada Ell bunyi nye tetap sama.Cammana Ekk rasanya panggil org lain dngn nama sendiri..ganjil tau..." hai,Ell,Ell singgah sini membalas kunjungan.."hehehe

Kepada LadyElle,Ell,Elle dn El,mahupun sesiapa saja yg namanya sama dengan Elly ataupun Ell ni slmt berkenalan...Kalau dh ramai nnt boleh kita tubuhkan kelab 'Ell' utk mereka2 yg namanya Ell sesaje.:D

Ok,babai untuk n3 perasan ni.

*Sis Rasp,nama u mmg unik.






Nama kita sama~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...