PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, March 09, 2011

Pasang background Gambar Sendiri Pada Blogspot (mudah)

Hello u'ols...hari ni nak jadi tutor mengenai background blog.(Huhu ada hati tu nak mengajar...:P) Ok,tentang background ni,ada orang suka simple, ada orang suka crowded,apa pun kesukaan u'ols yang pasti tentu seronok ada identiti sendiri kan.Blogspot kan sekarang dah advance,malah kalau tak tahu coding moding pun u'ols boleh buat template berbeza yang unik.

Untuk menggantinya dengan background u'ols sangatlah mudah,
1. Login ke draft.blogger.com
2. Klik Design>Template Designer 

Ok,ini contoh untuk blog external Ell yang mana Ell tempatkan bloglist sahabat2 Ell.




3.U'ols akan sampai kepage "Blogger Template Designer"
Untuk template,u'ols boleh pilih sendiri template kesukaan.Untuk blog Ell tu,Ell pilih "picture window",dengan gambar pertama.Risau gambar background masih lum tukar,ok langkah seterusnya


4.klik Background,
Untuk menggunakan background dari blogspot,silakan pilih tab background.jika suka,klik 'Done'


5.Untuk menggunakan gambar u'ols sendiri,klik 'upload image' dan edit alignment mengikut kehendak u'ols sendiri,samada mahu ketepi,ketengah,keatas atau kebawah.U'ols boleh bereksperimen diruangan 'background image' ini mengikut kehendak sendiri.Silakan mencuba ya.Boleh sesuaikan juga gambar dengan kaler di 'Main color theme'.
U'ols boleh juga remove dan upload gambar lain yang dirasakan sesuai.


6.Sekarang,bila dah berpuas hati..boleh lah klik 'APPLY TO BLOG'
dan hasilnya...tadaaa...See,easy measy like a cheesy..heheh
Yang simple gini senang,if u'ols nak yang lebih grand,try la eksperimen sendiri...


Ok,picture background ni ala2 sedang membaca n3 di blog u'ols lah.If u'ols nak tambah header,pergi ke 'Page element' Ya..Kat situ u'ols boleh upload gambar header sendiri.ramai dah tahu ni kan...Untuk blog Ell ni Ell tak letakkan header sebab gambar background ni pun dah nampak over.hehe.tengok juga kesesuaian gambar..kalau background gini nak jugak letak header muka sendiri...kang nampak macam super over..Sebenarnya blog ni tak ramai yang singgah kan...untuk keperluan sendiri je supaya blog loading tak berat,so boleh je nak syok sendiri...:)

Eh jap,kalau ada gambar scenery u'ols sendiri yang cantik molek pun boleh je ditukar ganti.Tidak semestinya gambar muka kan...apa2 saja asalkan gambar hasil foto hak u,ols.

Semoga bermanfaat..

Ok,esok tutor nak bercuti ya...jangan nakal2 tau...


Pasang background Gambar Sendiri Pada Blogspot (mudah)

Tuesday, March 08, 2011

20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling ~Tag


Sementara belum sibuk ke Jakarta ni,Ell selesaikan dulu hutang tag yang dah beberapa hari tertangguh.

Tag Dari:

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang.. Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang.. Pastu tag la 5 orang kawan2/sedara mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

5 fakta tentang Ell
1.Seorang anak tunggal...itu hakikatnya.
2.Time kecik2 bila dapat barang baru habis semua bawak tidur,sekarang dah menurun kat anak2.
3.Asyik marah anak main mekap sampai habis,padahal menurun perangai mamanya jugak.:D
4.Tak habis2 dari dulu berangan2 nak bukak sebuah candy shop.
5.Bila time rajin,memang kuat bekerja tak kira masa,time orang tido malam pun masih boleh kemas2 rumah lagi..tapi kalau tengah tak berapa nak rajin....hmmm...

5 fakta tentang suami Ell
1.Seorang yang kuat bekerja.Bijak membagi masa urusan di luar2 rumah termasuk hantar dan ambil sendiri anak2 sekolah. Handal2..
2.Agak taksub dengan badminton.Seminggu 4x,dan 3-4jam sekali, memang dah wajib lah tu.
3.Bakal membuka sebuah kedai sukan (insya'allah).U'ols tolong doa2 kan kejayaan dia.
4.Orang selalu ingat dia masih muda n selalu je kene ngorat(ciss!!!)padahal umur dah 30an.
5.Baik orgnya,pandai buat org ketawa dll. Tp ada masa dia juga agak garang dn tegas (brgantung situasi).

5 fakta tentang ibu mertua Ell
1.Seorang yang pandai memasak,selalu jadi ketua masakan dalam majlis2 kenduri kendara kecil dn besaran (pernah majlis diraja back then).Pernah memasak (botok2 dn beriani gam) untuk Almarhum Sultan Johor sewaktu datang ke daerah Pontian.
2.Sangat rajin berjalan dan melancong tak kira dalam dan luar negara.
3.Berbakat juga menyanyi...boleh tahan hebat! kalau majlis2 family selalunya jadi penyanyi jemputan..hehe
4.Umur dah 70an,tapi still nampak muda.
5.Anak kepada seorang tukang masak (lelaki )yang agak terkenal suatu masa dulu,sampaikan orang2 cina daerah Pontian pun ada yg memanggil masak utk mjlis keramaian.

5 fakta tentang 5 jiran Ell
1.Ell ada jiran yang dulu selalu carik gaduh pasal kucing.Tak boleh terlepas ke rumah dia pun.Sekarang dah sedar kesalahan,2 tahun lepas datang minta maaf sambil menagis2.
2.Juga ada jiran seorang pesara polis yang dah hilang pendengaran,boleh tahan bengis dan garang.Tak berapa dengar org cakap,tapi asyik nak marah je.
3.Ell ada 3 orang jiran yang belum berumahtangga walaupun mereka dah berusia 40an,50an dan 60an.
4.Jiran Ell seorang janda/ibu tunggal yang sudah agak berusia pernah diganggu lelaki phsyco giler seks yang masih muda dan asyik datang kerumahnya.
5.Owh,ada lagi satu jiran yang selalu nak berlawan karaoke ngan rumah kite..kite bukak sket,eh dia pun nak tunjuk handal sama.

Ok,jiran ni memang jiran keliling lah ya.Bukan  seorang jiran je.Fakta yang lain tu Ell rasa tak berapa nak gila,tapi tang jiran2 tu Ell rasa sesuatu yang agak GILA!

Sudah selesai,harap Cik Lieya puas hati ya.Maaf lama sangat peram tag ni.

Tag 5 sahabat
3.Dee



20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling ~Tag

Monday, March 07, 2011

Yuk ke Jakarta!

Minggu depan cuti sekolah..tapi anak2 dah siap mintak cuti awal ngan cikgu  pada hari Khamis&jumaat.Hari jumaat (11/3/11)berterbangan lah we'ols anak beranak ke Jakarta.Nak terbang ngan sayap memang tak lah kan..sebab belum pernah lagi ada species manusia yang bersayap.haha..Dan dah tentulah naik aeroplane kan..

Airlines system ni kalau cuti sekolah mulalah mencanak harga ticket nya..Dah alang2 anak2 ujian pun dah habis,we'ols pun terpaksa memaksa anak2 mencutikan diri untuk penerbangan sebelum cuti sekolah.Banyak save wooo...Bayangkanlah boleh sampai sekali ganda untuk harga ticket bila dah start cuti sekolah.


 mekasih ya bapak google dipinjamin fotonya...:)

Ini flight we'ols..eh bukan lum dipastikan lagi tapi we'ols beli ticket online dengan KLM Royal Dutch Airlines.SIL1 yang suruh beli ticket flight ni sebab dia dah biasa pergi balik Jakarta-KL dengan flight ni.Harga memang berpatutan,kalau nak compare dengan AirAsia yang u'ols rasa murah tu pun banyak juga kita boleh save.Haritu masa survey ticket,untuk 7 orang Ell anak beranak + MIL selisih harga dengan AirAsia lebih kurang RM500++.Jangan compare dengan MAS,giler mahal!!

Flight sehari sekali sahaja,iaitu pada jam 5petang.Kalau balik dari Jakarta -KL jam 8malam.Disebabkan KLM ni Dutch punya,makanya dia singgah sekejap je.

Yuk  kita ke Jakarta!


Yuk ke Jakarta!

Thursday, March 03, 2011

Marsha di perarakan MaulidurRasul~

Assalamualaikum..
Nak update asyik terbengkalai je.Mana dengan anak demam,sibuk jugak dengan kenduri tahlil arwah abang MIL yg meninggal minggu lepas.Ini tambah pulak dengan Marsha yang sibuk nak baju hijau untuk perarakan maulidurrasul Masjid Jamek Ayer Baloi.Sebenarnya ada je baju hijau dia raya 2 tahun lepas,tapi bila suh dia pakai..hallamak...macam sarung nangka daa...Cepat na budak ni membesar.Banyak2 kedai kat Pontian tu selai pun tak berkenanan.Tak naklah beli sebab terdesak kan...susah2 sangat pinjam je baju tokmak die(bonda saye) sbb saiz lebih kurang je.
Bila balik je rumah terus babah die "pling" (timbul idea) bagi marsha pakai baju kebaya lama Ell yang kalau pakai sekarang ala2 sarung nangka yang dah nak getas...hahah..

Haa...tengok dah besar dah anak mama.baju mama pun dah boleh muat. Baju ni Ell masih boleh muat untuk 5 tahun lepas...tapi sekarang.....:P
Cuma untuk Marsha ni Ell alter lah sana sini sinun sket.Malam tu jugak! dah esok pagi2 kul 7 kene berkumpul kat Masjid.

Haa..ni nak story mori lah citer lawak.tak tau lah teruja sangat ke apa si Marsha ni,jam 5.30pg dia dah bangun tidur.Pukul 6 tengah2 azan tu dia sekuat hati ketuk2 pintu sambil panggil"babah,babah,cepat bangun..Marsha dah lambat ni dah pukul 7,nanti cikgu marah" Astaga..maknya ni sambil terkebil2 tengok jam n terdengar azan cakap jam baru kul 6 pagi kan masih gelap..ingatkan lah nakbangun lambat sket sebab tak sekolah biasanya Ell tak buat breakfast...Adoi,gagahkan jugaklah temankan dia yang dah bersiap2 bagai nak rak,rupanya baru kul 6.
Ok dah,kesian die memang bersemangat waja betullah tu.hehe

Ni tempat bermula perarakan,Masjid Jamek Ayer Baloi.

melalui Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi

Marsha yang dah di arrow kan

Kemasnye barisan ni...tersusun je.:)
Ni dah u turn semula selepas 1km..pastu + 1km kedepan lagi.

hey Marsha,kamu nampak macam anak dara lah...:) 
n selalu dah nasihatkan dia supaya tak bersentuh2 dengan kawan2 lelaki walaupun cikgu suruh malah dengan cikgu pun tak boleh sembarangan bersentuhan...harap dia faham apa sebab musababnya...

Ramainya yang pakai hijau...


Marsha ada disitu...cer cari..

Sebarang kemalangan yang berlaku ada ambulans ni backup.Maka selamatlah mereka sampai ke destinasi penyudahnya...

Para2 bapa dan pari2 ibu bolehlah datang ke Masjid jam 9pagi untuk mengikuti acara yang disediakan.Tapi maknya si Marsha ni datang kul 11 pagi.heheh..Maaflah ya,saya ada anak kecik..(alasan)
Tiba je dah acara makan...makan kalau majlis MaulidurRasul kat sini macam biasalah dalam dulang/talam...tapi bukan nasi ambeng ya...semestinya nasi briyani daging.

Seronok dapat sama2 memeriahkan majlis Maulid Nabi ni.Tapi tulah die..tak dapat nak turut serta dari awal...
Marsha di perarakan MaulidurRasul~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...