Friday, May 28, 2010

Aku yang Istimewa~(awards)


Wahahaha..huh,tajuk tak agak2.
Sini2 nak tayang award nih.U'ols pun dapat lah...Meh datang amik.

(1).
sunshine award
received from:-YAN


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world." The rules once this award is received are as follows:

 i- nominate 12 more bloggers
ii - put the logo onto ur sidebar or within a post
iii - link the nominees within ur post
iv - let the nominees know the hv received this award by commenting on their respective blogs.
v - share the love and link to the person from whom you have received the award

Part yg nak memilih penerima award seterusnya selalu jadi susah buat Ell.Rasa serba salah n tk kena.Untuk award ni Ell passing pd semua kenalan blogger.U'ols mmg sangat2 memberi inspirasi buat Ell,lebih2 lg bloggers muda skrng ramai yg hebat2 n sangat creative.U'ols sungguh brbakat..sangat kagum ngan u'ols..Dan pada semua yg lain2 tu,u'ols pun memberi inspirasi sebenarnya..kagum dengan u'ols yang berjaya mengupdate blog setiap hari.Itu juga memerlukan creativity.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

(2.)
 friendly blogger award
received from:- SHIELA



1. suka melukis tak?
suka gak lah sket2..

2. bosan bosan suka wat ape?
layan anak2,for sure takkan pernah bosan..

3. kenapa siput babi jalan lambat? haha :DD
ell mana lh tau u'ols,dh soklan ghupe ini ell jawab ikut sedap tangan jer lah yer...
sbbnya siput babi belendir n melekit.u'ols imagine arr kalo kaki terpijak kat lumpur tu..tentu berat nak angkat kaki kan..n jalan pun jadik lambat..

4. cute tak orang yang bagi award nih?
ofcoz cute...jeles ngan size pinggang suar die yg 26-27 itu walopun anak die 2..
uuwaaa..

5 orang yang saye nak tag ialah……….
1.RASP
2.DEE
3.TIHARA
4.NINANENO
5.BSPOTGURL

U'ols mmg sgt friendly,kalau tak masakan u'ols antara 10 pengomen blog Ell ni.
Thanx ya..
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From SHIELA ada lagi satu tag:-
hutang dulu ya beb..:P


(3)
blogwalking award 2010
received from :- SHIELA


U'ols mengaku u'ols antara 130+ org yg telah memollow blog Ell ni? Yes,award yg besar ghupe tapak kaki king kong ni kepunyaan u'ols SEMUA ya.Sila2..jgn malu2....kalo bleh sarung.. u'ols sarung,kalo tidak tempel je kat blog yer..:P
U'ols mmmg rajin blogwalking kan,kalo tak takkan sampai ke blog Ell ni ha..


Ya ampun...azabnya nak siapkan n3 ni.U'ols jangan tak caya dh 4 hari tau asek type save,type save..harini baru publish.Apa taknya,baru type sepatah ada je hal nak kene settle.Itu pun nak pass tag/award ni main pukal je kat semua blogger yg ada dlm bloglist Ell.Yang dh ber'type  nama tu tk sempat nak link kan..mahap ye u'ol...Sudi2kan lah minum air 'sudi' mengambil ya..:)



*air sudi = air tin special sempena memperingati penyanyi sudirman awal tahun 90an.(ingat tak?)





JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)





Monday, May 24, 2010

WiFi syok~


Salam...
Sebelum apa2, Ell nak bg tau yang Ell mungkin agak sibuk beberapa minggu yg bakal mendtg ni.Hari ni MIL dah berada di Subang utk ziarah cucu barunya(KE 33) sebelum berangkat mengerjakan umrah dan melawat Mesir pd 2hb Jun nnt.So,mungkin jugak agak huru hara nak meng'handle mcm2 hal rumahtangga ni.If u'ols punya komen tak berbalas,harap maklum lh ya.Tp,jgn lh majuk nnt tak singgah blog Ell ni yer..Insya'allah..kalau ada kelapangan Ell akan balas semua komen u'ols malah memberi komen jugak kat blog u'ols..:)

Ok3...Memandangkan MIL nak melawat Mesir tu dgn BIL1 n istrinya..so,mereka cadang nak antar their kids to kampung lah. Tak de problemlah,d'ols pun dh besar..semua pun tk bnyk kerenah.Lg pun Ell suka riuh2 kat umah ni.

Dh 3 phase tp tajuk takde kene mengene.hihi...Ini lah,nak tayang kat ank2 sedare ni,kat  sini dh tukar streamyx wi-fi (wireless fidelity).Jadinya,nnt bleh bawak lappy sendiri tau..Bleh connect kat mana2 saje didlm rumah ni..


 YANG INI
dari
YANG INI


Lagi satu yg best,sesapa je dapat berinternet 'tanpa batasan'.Tak yah nak berebut guna pc yg dgn USB modem mcm dulu tu..best tak?..best kan..:) See the gambarajah, signal strength full 24hours..hoho syok habis!!

Oh ya,masih ingat n3 Ell yang DISINI ? Lepas we'ols asyik selalu menunggu mcm buah tak jatuh kalau nak surf internet,lebih2 lg kalau dwnload movies..hsbn cari alternatif lain utk solve kan bende nih.Pegi TM,pong pang2 semua,pastu d'ol syorkn tukar streamyx wireless. 


Pd hrga yg sama, bahkn klau buat panggilan home phone ke home phone seluruh negara is completely free (sama spt pakej sblm ni) + free dect phone (mmg dh dpt sblm ni) + klau cll home phone ke apa2 talian hp is all flat cuma 10sen per mnt (sblm ni 30sen per mnt). Apa lg, isi borang etc,then terus die (org TM)  bg boxnya. Dia kata klau org lain yg masih dlm contract lg nk kena bawak n tukar modem lama dgn yg baru ni.Kita org tk kena sbb Ell pkai streamyx ni dh lebih 5 thn.



Dalam bulatan tu pakej yg we'ol amik.
 
Pendek kata, memang best! n harap2 boleh menang Acer Aspire One tu.Dah ada wi-fi ni boleh lah blog kat mana2 dlm umah ni,even dlm jam**n sekalipun.wahahah...:D


JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)

Friday, May 21, 2010

4 bulan sudah..~


Cepat nye Aariz dah 4 bulan.Dah pandai nak meniarap,dh kurang tido,dh tak boleh tinggal sorang n kalau dapat nak org mengadap muka dia sambil layan tak putus2..Kalau tinggal lama mulalh merengek2 cari perhatian.So far,adalah kakaks n abang dier yg nak melayan.Tapi kalau weekdays tu susah sket lah..sbb Ell trpaksa beri lebih perhatian n masa mmg agak kelam kabut.

Semalam gi klinik utk routine checkup,weight Aariz bertambah lagi 1kg.Alhamdulillah,Aariz sihat n takde masalah apa2.Harap berterusan lh sampai bila2.Untuk 4bln takde immunisation jabs yg perlu diambil di gov clinic.Maknanya peha dak Aariz ni direhatkan utk sebulan,tapi ready utk bulan depan pulak yer..:)


Ni jadual imunisasi.Nmpk tak u'ols,4bln takde kene jab kan..Tapi ni Ell rasa jadual lama lah..Ell lupa nak snap gambar jadual yg kat clinic tu...Sekarang derang dh tak de rangkai2 gitu.1jab je cukup utk semua.Tapi jadual bulanan tu betullah kot.Tak pelah,tak yah pening2 kepala,biar derang je yg urus semua..Kita tau ank2 kita cukup imunisasi n selamat sudah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


JANGAN LUPA
KLIK SINI (GAMBAR)





Thursday, May 20, 2010

New Nephew~

To Azam & Shamsiah,
Congratulations on the birth of ur lil' boy.

NAME: -
D.O.B:18 MAY 2010 @ 4.50pm
WEIGHT: 3.34kg
HOSPITAL PUSRAWI, KL

*Kalau u'ols follow blog Ell ni dr tawon 2008,tentu masih Ingat BIL Ell yang kawen last Dec 2008. Ni lah bby derang.
* Nama untuk dak tecik ni lum decide lagi..Biar mak pak dier puas kan hati pilih nama.So,lps ni Aariz dah ada geng.:)




JANGAN LUPA
KLIK SINI





Wednesday, May 19, 2010

pesen tido~


Sekarang ni dak Aryan mcm2 pesen tidonyer..(u'ols phm ke bahse org Johor ni) Pesen tu maksudnye 'gaya'.Org Johor belah Pontian yg bnyk gune pesen ni,Ayer Baloi khususnyer..:)

Pagi tadi Ell post pasal kontest yang Ell join.Kalau tidak dikenakan syarat tido nyenyak ngan bantal,tentu2 sekali Ell pilih gambo ni.Ell rasa gambo ni sangat mencuit hati.U'ols tengok tu,gaya ala2 org tgh dok brpikir,kepenatan ,keletihan lalu tertido..hihi 'kesian ank mama..' kat mana sempat je dier tido..:) 

Kadang2 tido berdiri kat tepi katil pun die buat..tgh mkn tido pun penah jugak.Jgn tak caya tgh2 mandi, dlm besen yg takde air pun boleh dier tido..hohoho..

Mcm2 ragam lah anak2 nih.U'ols yg lum ada anak,tentu teringin nak tengok keletah dn gelagat anak2.Adik2 yg tgh rancang nak kawen tentu tujuannya nak ada anak..dan anak2 yg tgh sekolah tu dh tentulah mmg anak2..:D 

So u'ols,jagalh anak2 walau apapun mereka.tk kiralh nakal ke,baik ke,apa ke,mereka tetap umpama permata yg sgt membahagiakn kita..:)

Nak jugak wat n3 simple ni..hihi .Walaupun takde pekdahnyer,u'ol layan kn jer..
mmmuahhh!


JANGAN LUPA
KLIK SINI



Contest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse~


Bismillah...
Kata pepatah "Untung sabut timbul,untung batu tenggelam."Mana lah tau ada nasib dak Aryan boleh dapat tilam n set bantal kekabu free.Memula tu mcm malas nak join kontes ni,tapi sejak akhir2 ni bnyk pulak aksi Aryan tidur yg mencuit hati.Ell ingat kontes dh abis,tp bila gi cek semula..kontes dilanjutkan sehingga 31 may 2010.So,apa salahnya mencuba nasib kan..Kalau menang boleh jugak buat baring2 kat depan tiwi..:)

SYARAT2 PENYERTAAN:-
  1. Jadi follower blog InfantiaHouse ...
  2. Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda...
  3. Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link ke..
    http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.html
    terus ke blog InfantiaHouse...
  4. Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun.
  5. Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal.
    ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...)
  6. Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda.
  7. Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti)
  8. Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box DISINI
  9. Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm~~ cepat2 jgn lambat yer....


NAMA: Aryan Iskandar Bin Aminulrashid
UMUR: 2thn 6bln
TARIKH LAHIR: 26 NOVEMBER 2007
WARNA KESUKAAN: Biru dan Ungu


NAMA: Aariz Arslan Bin Aminulrashid 
UMUR: 4bln
TARIKH LAHIR: 21 JANUARI 2010
WARNA KESUKAAN: Biru dan Ungu (maknye yg suker..)


Ok,tulh dier gambo yang mnjadi pilihan Ell.Tuan punya kontes tak tetapkan bape boleh masuk dlm satu n3 kan..so, rasanya kira lulus lah eh penyertaan ni.2org skali Ell terai.



JANGAN LUPA

Tuesday, May 18, 2010

Acer Aspire One ~PERCUMA!




Nak Acer Aspire One PERCUMA..? Bukan 1 malah 2 buah. Jom ikut Ell join contest di b

log DENAI HATI.Mudah saja nak join.U'ols kena ikut 3 step saja yang mudah dah ditetapkan oleh beliau.Sejajar dengan tagline nya,'HIDUP UNTUK MEMBERI' dia mmg sangat bermurah hati untuk memberi kepada sesiapa sahaja yang bergelar blogger di dunia ini,tidak trmasuk forum,komuniti dan website.

syarat2:-
1. Mendaftar untuk menjadi peserta dengan membuat entri bebas tentang contest dan tinggalkan komen penyertaan diruang komen, link penyertaan di CommentLuv dan jangan lupa masukkan ayat saya tahu contest Hidup Untuk Memberi dari blog : contoh saya tahu contest “Hidup Untuk Memberi” dari blog http://amanz.my. (tengah cari sponsor untuk hadiah entri terbaik)

 Itu adalah syarat penyertaan,manakala cara dan proses contest ini berjalan u'ols boleh rujuk DISINI

INGAT!!
Tarikh Tutup Penyertaan 
Pada jam 11.59 pm, 31/12/2010
dan pemenang akan diumum selepas 2minggu tamat contest.

Lama tu,sesiapa saja mempunyai peluang sekiranya mengikut terma yg telah ditetapkan.Pada u'ols yang nak mencuba nasib,apa salahnya.Mana tahu rezeki memihak kepada u'ol untuk memiliki netbook Acer Aspire One dengan PERCUMA.

Saya tahu contest "Hidup Untuk Memberi" dari gengblogger.com dan blog En.BenAshaari





Jemput2 Sukon~


 Ini adalah pokok sukun.Kat kampung2 banyak pokok ni.Ell tak tau kat bandar ada tak jual buah dier.


 Inilh buahnya yang bernama sukun itu.:) Ada sesapa yang tak kenal? mungkin u'ols kenal dengan panggilan breadfruit.Biasa orang buat goreng je isinya kan..mcm pisang goreng tu..tapi jangka hayat buah sukun yg dh jatuh dr pokoknya ni tak lebih dari 4hari.Makanya bila buah sukun ni dah lembik yg kdg2 u'ols ingat nak busuk tu,boleh buat cekodok,cucur atau orang Johor panggil jemput2.


 ~memula u'ols kenalah buangkan kulit dan empulurnya.
~pastu lecek sukun mcm nak buat cekodok/cucur pisang


 ~campurkan 2-3 sudu makan penuh tepung gandum
~2-3 sudu makan rata gula pasir
~sedikit garam
~gaul sebati
~panaskan minyak dan goreng seperti cucur biasa


~siap dihidang panas untuk minum petang.




JANGAN LUPA







Sunday, May 16, 2010

Thomas Cup ditangan CHINA~

Agak lewat sedikit untuk Ell post entry ni selepas beberapa jam kemenangan CHINA mengalahkan INDONESIA sekaligus membawa pulang piala THOMAS kenegara mereka buat kesekian kalinya.Nyata kemenagan mereka mengukuhkan lg reputasi China sebagai 'gergasi' dalam sukan badminton.

Jika dilihat mmg pn agak sukar utk mengalahkan China buat mana2 pasukan sekalipun. Tp setidaknya kita harapkn ada sedikit tentangan dri pasukan yg melawannya. Taufik Hidayat sbg contoh. Wlaupn permainannya agak menurun,tdk sangka gamenya begitu mudah 'dibelasah' Lin Dan dengan 21-7 di game yang pertama,sebelum secure di game yang kedua 21-14.Namun double Indonesia 'berentap' hebat untuk membuka peluang menjulang Piala Thomas..

Yang tak best nye tengah2 baru nak panas punggung tengok aksi perlawanan double bertembung,tiba2 black out pulak..Aduih...TNB,time itu ler die nak kaco.Tapi nasib baik tak lama sempat jugak tengok double tu sampai kesudah.Namun agak mengecewakan segala usaha gagal.. double INDONESIA dikalahkan lagi. Perlawanan hebat kedua negara diakhiri single China dengan megahnya..Kalau pengulas sukan ni d'ols kata kemenangan bergaya..:)

Bagi pasukan Malaysia,harus mempersiapkan diri untuk merampas kemenangan pada 2 tahun yang bakal mendatang.Semanagt harus tidak luntur walaupun gagal untuk memperoleh kejuaraan pada kali ini.Sebagai rakyat Malaysia,tentu sekali Ell menyokong padu skuad Malaysia..tapi segalanya begitu menghampakan.Kekalahan demi kekalahan sangat mengecewakan.Malaysia harus memberi perhatian pada pihak lawan tambahan pula malaysia kalah ditangan Jepun bagi perlawanan berkumpulan.Jepun pula mula menampakkan kehebatan.Perkara ni tak patut dipandang ringan.

Walaupun Ell bukan yang selayaknya memberikan komen dan pendapat,tapi dari mata kasar rakyat Malaysia,Pemain lapisan harus diberi perhatian.Yang mana dah senior tu elok lh digantikan dengan anak2 muda yang lebih bertenaga.
Semoga Badminton Maju Untuk Negara...



Thursday, May 13, 2010

Ada show ape nih? (klip)


Salam alls...
Ingat tak posting Ell pasal Aryan yang bikin kecoh tu..alah,yang terkunci kat bilik mandi tu...Haa..kalau u'ols nak tau apa dier buat kat bilik mandi tu lelama,sampai berejam pun die tahan..inilh pe'el die..
Tengok klip bawah ni..

*pause/stop playlist side bar..

Dengar tu,die buat show nyanyi kat dlm...tah bape org penyanyi die panggil.:)
dan disebabkan klip ini telah ditapis oleh pihak yg bertanggungjawab..maka klip itu tak dapat diteruskan.Tapi,pihak rakaman merayu untuk melancarkan klip tanpa gambar..:D

So u'ols,dengar jelah suara nyanyian penyanyi2 undangan dak Aryan..:) Taylor swift ader,miley cyrus ader,lady gaga pun ader...jgn tak caye..hahaha lady gaga ke lady mama..ape2lah!


Ok,dah2 ler tu..mamanya nak masak.Leka melayan budak2 camni...



*posting rengkas utk hari ni..kata org,jgn takde..:)

Wednesday, May 12, 2010

Tag tapi Contest..?!

SENYUMAN PALING MENAWAN~

Itulah dia nama kontes nyer.Untuk PN SHIELA terima kasih krn telah menge'tag walaupun tanpa rela.Ok,mcm ni..yang Ell fahamlahkan,kontes ni sebenarnya terbuka pada sesiapa saje..tp cara die lain sket.U'ols masuk kontes ni,lps tu u'ols kena tag pulak blogger lain untuk join kontes ni,minimum 4 org.Tapi kalau followers u'ols tak ramai..2org pun kira aci lh tu.Lepas tu,yg dh kena tag tu dgn 'terpaksanya' kena join lh kontes ni..kalau tak akan dikenakan saman...(yg ni tipu kot..) .Sila rujuk rules diblog MISS CHENTA


 banner penganjur kontes mesti letak...(tdk diwajibkan)

Owh,senyuman menawan yang ikhlas adalah diperlukan.Uiih,redho jelah dh kene tag,mana nak cekut gambor senyum menawan nih.Sebenarnya  pemilik blog ni tak suka nak tayang muke lebih2..maklumlah pemalu sikit orgnya.. hahaha


Ini adalah senyuman ikhlas, seikhlasnya dari pemilik blog.

KENAPA SUKA SENYUM?
kerana:-
~senyum itu sedekah,sedekah itu ibadah dan dapat pahala..:)
~senyuman menunjukkan kegembiraan dan kebahgiaan
~senyuman selalu menyejukkan hati.kalau org tengok kita senyum otomatik org pun akan senyum rite?
~senyuman sesuatu yang indah dan mempersona..
~nak amik gambar..mesti senyum..:)

Nak tag sape ekk..Kalau dapat u'ols yg jarang upload gambar muke sendiri..
Aduh,susah nak pilih sapa..takut nnt u'ols mcm trpaksa plak.



Pada u'ols yang tak kena tag tu,tp berminat nak join kontes,sila ke blog MISS CHENTA.untuk maklumat terperinci.Tarikh tutup adalah pada
20 MEI 2010.



Tuesday, May 11, 2010

Disebabkan hari ibu~


Terharu Ell bila ank2 dah besar n susah2 nak wish 'happy mother's day' pastu cuba nak buat some artwork.Yang si Marsha siap buat kad,n Dina bagi flower yg dihadiahkan dr cikgu dier.Lepas tu time bg kad tu suruh mama nyer ni baca then d'ol 3 beradik nyanyikan lagu..something yang Ell rasa 'owh..sooo sweet'.Aryan? ikut kan aje.:)


Alahai...anak2 mama ni sungguh2 nak happy kan mama.Siap sempat bertengkar bila Aryan dah pecah rahsia dgn bagi flower tu kat mama dulu..tersenyum2 Ell time tu,tp masih buat2 tk tau.Memang Marsha dh plan katanya nak bg sama2.Walaupun hasilnya tak seberapa,tp Ell hargailah sgt2 usaha keras d'ol tu nak bg
'sesuatu' kat mamanya ni.

Yg babah dia pulak rupanya mmg dh tau dri awal2. Sbb tu dia tk buat/belikn apa utk kita kaum ibu ni. Wlaupn dia dh tau,tp dia tk tau mana rupa bnda yg anak2 dia buat utk mama n atok dia. Ell tk kisahlh..tp apa yg Ell nmpak rupa2nya lps tu dia lg feeling dri Ell bila dia tengok n baca sndiri apa yg anak2 dia ni buat,trsenyum memanjang tp mata brgelinang.



 U'ols tengok sentence ni bukti d'ol beriya2 nak nyanyi:-
Marsha pegang lyric sambil nyanyi dgn Dina.Aryan pulak buat echo n huming je..biasalh backup singer..:)

♪                 ♫
You are my mom, my only mom
♫  You make me happy everyday
I hope you know mom, how much I love you ♪
So please don't, take my mom away.

(tune:you are my sunshine)

pastu d'ol nyanyi lagi.ingat dah habis..

♫ ♪
happy mother's day to mom ♪
♫ happy mother's day to mom
happy mother's day..happy mother's day to mom ♫

(tune:happy birthday to you)

Kalau lah Ell dapat record time tu....tentu seronok buat kenangan.:) Tp Ell rasa mcm sekelip mata je.Budak2 biasalah kan semuanya nak berebut.:)Apa2 pun anak2 nilah yang buat Ell rasa happy.d'ol antara bahagian hidup Ell yang membuatkn Ell rasa sangatttt..bahagia..:)




*Bunga tu Marsha beli dkt sekolah dia mnggu lps yg djual khas utk hri ibu.
*Wlaupn ayatnya ada yg brsepah,tp niatnya tu sudah cukup utk mmbuatkn kita trsentuh hati.

Monday, May 10, 2010

Kek Biskut Marie+Kacang~

 Hai alls..
Harini sebenarnya Ell nak publish n3 lain..alah,pasal ank Ell nak surprise hari ibu kat Ell..tp takde gambar apa pun yg berkaitan.Nanti Ell amik gambar 'adiah' yg d'ol 3 beradik bagi n post kat sini eh.Walaubagaimanapun..(ewah menggunakan ayat skema bahsa melayu) untuk harini Ell post n3 resepi untuk tidak mengosongkan hari isnin tanpa posting.:P .Ni pun buat sempena hari ibu gak..Ini anak2 lah request nak ni.:)

U'ols biasakan dengan kek batik biskut marie ni.Macam Ell penah kata dulu,nak buat nya tutup sebelah mata pun boleh.Ok,klau Ell masa yang diperlukan 10 minit untuk membuat n plus setengah jam sebelum boleh makan.Simple dan yang pasti sedap..


BAHAN2

300gm biskut marie
250gm butter
200gm coklat masakan
1 cwn kacang tanah siap panggang(optional)
1 tin susu pekat
3-4sb(1/2 cwn) serbuk koko
sepeket kecil ovaltine
1 cwn nestum

 Kek batik Ell ni takde guna telur.


CARA2 NYA


 ~goreng tanpa minyak kacang tanah,ketepikan dn biarkan sejuk.
~patah 4 biskut marie

 ~cairkan butter


 ~bila dh cair,(tp bukan cair sepenuhnya),masukkan coklat masakan dan tuangkan setin susu pekat
~campur sekali ovaltine dan 3-4sb serbuk koko
~Kacau sampai rata dan pekat dengan api yg perlahan.
~Masukkan nestum dan gaul rata.


*Ell suka pakai ovaltine sbb tak berapa manis mcm milo.pastu serbuk koko ikut suka brand apa,kalau dpt vanhoutan lg best!


 ~Tutupkan api dulu,baru masukkan biskut dan kacang.sbb takut nnt biskut kembang.nanti rasanya pun ala2 lemau gitu..


~dah gaul rata,bolehlah masukkan dlm loyang or caserol ke apa ke..ikut suka kemudian tekan2 bagi rata.Tapi sebelum tu pastikan alas dgn plastik supaya senang nak potong.


 ~Kalau ikut cara Ell,masukkan dlm plastik (gambar atas) pastu gulung panjang.bulat2kanlh bg cantik.:)


 ~yang ni dah siap digulung sedia untuk disimpan dlm fridge.nak simpan pun senang,tk bnyk guna ruang.Kalau buat mcm ni dapatlah 3-4 gulung.Pastu bolehlah nak kasik jiran satu,kawan satu, nak pulun adik badik sorang satu pun tak mengape..:)
~Agak2 dah keras,lebih kurang setengah jam bolehlah keluarkan dari fridge,potong,bukak mulut dan makan.


*Bila gulung dalam plastik mcm ni,nak potong pun senang n boleh dapat shape bulat yg cantik.nak potong menyerong pun tak de org marah.lagi org suka ade.:)


 ~SELAMAT MENCUBA~

Sunday, May 09, 2010

Selamat Hari Ibu~

SELAMAT HARI IBU

Istimewa buat u'ols yang bergelar Ibu,kalau bukan ibu pun ucapkan buat insan yang melahirkan u'ols.Juga kakak,adik,sepupu,sahabat yang mempunyai anak.Tentu sekali mereka bergelar ibu.Walaupun dalam islam tiada sambutan 'Hari Ibu' tapi seseorang yang bergelar ibu tinggi martabatnya disisi Allah.U'ols pun tahu kisahnya Baginda Nabi Muhammmad SAW pernah meneyebut pentingnya ibu 3x ganda berbanding sesorang yang bergelar ayah.

Mulianya darjat seorang ibu hinggakan dikatakan 'Syurga Itu Ditelapak Kaki Ibu'.Mengapa begitu? Kerana setiap bait2 kata seorang ibu itu adalah doa baginya.Dan doa seorang ibu itu adalah antara doa yang akan dimakbulkan oleh Allah SWT.Indahnya gelaran seorang Ibu.

Sempena Hari Ibu ini,Ell nak mengucapkan Selamat Hari Ibu dan ingin memanjangkan sejambak mawar putih berserta kad ucapan ikhlas kiriman rakan blogger PN AZIE .Terima Kasih banyak-banyak.:)


Buat Ibuku yang kupanggil 'EMAK'

Nasihatmu memberi kekuatan untukku
menapaki hari-hari penuh liku
 dalam dirimu,kulihat semangat menggelora
terkumpul seluruh daya dunia!
 …semoga semua itu tak akan pernah layu!

SELAMAT HARI IBU!!

*Juga buat ibu mertua




Saturday, May 08, 2010

Award ber-Pakej~




AWARD KE-1
dr KUCING KUYUP (bukn nama sebenar)

Khas utk semua blogger katanya.Ada 2 pilihan n ikut kesesuaian u'ols.Disebabkan Ell ni tamak,Ell amik dua2..:)Apa2 pun mekasih...



AWARD KE-2 & TAG KE-1


Award yang ini bukan saje2 di beri ya.Ada soalan ikut sesedap rasa..(bab makan ler) Kalau award nya dh rupe apron,tentulah soalannya tentang masak memasak ye dok.:)

3 jenis lauk pauk yang suka dimakan..
-gulai asam pedas.tak kiralah apa jenis ikan pun
-daging masak kicap cili padi
-ayam/daging/ikan masak gulai lemak cili padi.(adoi mak aih,leleh ayaq liur nyebut mknn ni)

3 jenis pencuci mulut yang paling best yang penah buat
-puding karamel
-puding koktel
-puding roti bakar

3 jenis biskut time raya
 jujur tak penah buat biskut raya..:) tp kalau yg suka..
-biskut mazola/kacang
-choc chips n wlnut cookies (mcm f.amos tu)
-biskut cornflakes

3 orang kawan lagi...


AWARD KE-3 & TAG KE-2
dr CIK PUAN SHIELA (org yg sama gak..)


Apa yang bermain difikiran korang sekarang??
-Nak masuk jamban! sape nak tengokkan Aariz nih..:D
Nama samaran korang??
-LadyEll
Berikan 3 orang yang anda sayang
-My hsbn dh tentu
-Mak,Abah & Mak(mil)
-Marsha,Dina,Aryan & Aariz (ank2). (Dh brapa ramai dh ni..)

Panggilan untok si dia??
-Abang (standard arr org melayu..)

Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang??
- Apa ekk,ermm dpt hadiah brefcase yg penuh dgn duit. Senanglh Ell nk mnggayakan..

Blog mana yang korang suker follow??
 -Eh,blog yang Ell follow ler..kalau tk ske tak de nye nk follow..

TAG pada 15 blogger yang lain
Ell bg pada 15 followers baru blog Ell ni ya..

-Ladyelle (y la nickname kamu sama dik....)
-Lynn Hamzah
-Leily/ummi Alya Husna
-Sillyloo
-Mytafa
-Zaradegreat
-Fatin Razali
-Mimi@larradanish
-Naim husni
-Ain budak baik
-plain jane
-sekamar rindu
-Jaya jr


 TAG KE-3
dr sapa tah,tak ingat dah..

A-assalamualaikum..
B-buat baik dibalas baik,buat jahat orang tak suker..
C-cincai lah eh nak buat apa
D-dah kena tag tak boleh nak ngelak nye
E-eh,syok jugak buat tag ni ape
F-forget me not lh katanya
G-garang? ya aku mmg garang,kadang2 boleh naik antu jugak ler
H- hahahaha..ketawa penawar duka,bnyk ketawa awet muda.
I-ish! bermadah pujangga pulak gamaknya
J-jalan-jalan hujung minggu ngan keluarga
K-kalau malas lepak kat rumah je ler
L-lama2 terperuk dalam rumah pun wat mende nyer..
M-masak makan,makan tido, itu je lah keje nyer..
N-nak makan cendol atau abc time panas2 camni
O-oh,kalau ada yg sudi nak belanja,sangat berbesar hati..
P-pi lh cepat.tak sabar ni..
Q-queen contrl? oh tidak..'saya seorang isteri misali..':P
R-rasa2 boleh tak mintak up elaun lagi..
S-sayang emak,sayang abah,sayang laki,sayang ank2..sayang mak mertua saaayaannng semuanya.
T-tak tergamak nak melukai hati mereka
U-udah ler tu..tak tau lagi nak jawab aper
V-vavava..vanakem
W-welkem
X-x-tra merapu nmpaknye
Y-yo yo wuzzup
Z-zakat..jgn lupa bayor.

 Tag ni ala2 latok karangan lh gitu eh.Yang berkaitan ngan u'ol dan fmly shaja.U'ols nak ke wat tag nih? hambikkk ler...


Cukup untuk harini...esok buat tag yg lain pulak ye..banyak na pending tag nih.hadoiii... Tapi tu lah dier,org kata hidup berhutang hati tak tenang..jgn risau..akan ku langsaikan hutang tag tu yer..:)

 Oh ya,hampir dah nak terlupa..untuk satu lagi tag dr PN SHIELA tu,sila klik 

 kat situ ada jawapannya..tu dia pn shiela..dh setawon lebih tag nih.tak caya gi lah tengok..:)