Sunday, May 16, 2010

Thomas Cup ditangan CHINA~

Agak lewat sedikit untuk Ell post entry ni selepas beberapa jam kemenangan CHINA mengalahkan INDONESIA sekaligus membawa pulang piala THOMAS kenegara mereka buat kesekian kalinya.Nyata kemenagan mereka mengukuhkan lg reputasi China sebagai 'gergasi' dalam sukan badminton.

Jika dilihat mmg pn agak sukar utk mengalahkan China buat mana2 pasukan sekalipun. Tp setidaknya kita harapkn ada sedikit tentangan dri pasukan yg melawannya. Taufik Hidayat sbg contoh. Wlaupn permainannya agak menurun,tdk sangka gamenya begitu mudah 'dibelasah' Lin Dan dengan 21-7 di game yang pertama,sebelum secure di game yang kedua 21-14.Namun double Indonesia 'berentap' hebat untuk membuka peluang menjulang Piala Thomas..

Yang tak best nye tengah2 baru nak panas punggung tengok aksi perlawanan double bertembung,tiba2 black out pulak..Aduih...TNB,time itu ler die nak kaco.Tapi nasib baik tak lama sempat jugak tengok double tu sampai kesudah.Namun agak mengecewakan segala usaha gagal.. double INDONESIA dikalahkan lagi. Perlawanan hebat kedua negara diakhiri single China dengan megahnya..Kalau pengulas sukan ni d'ols kata kemenangan bergaya..:)

Bagi pasukan Malaysia,harus mempersiapkan diri untuk merampas kemenangan pada 2 tahun yang bakal mendatang.Semanagt harus tidak luntur walaupun gagal untuk memperoleh kejuaraan pada kali ini.Sebagai rakyat Malaysia,tentu sekali Ell menyokong padu skuad Malaysia..tapi segalanya begitu menghampakan.Kekalahan demi kekalahan sangat mengecewakan.Malaysia harus memberi perhatian pada pihak lawan tambahan pula malaysia kalah ditangan Jepun bagi perlawanan berkumpulan.Jepun pula mula menampakkan kehebatan.Perkara ni tak patut dipandang ringan.

Walaupun Ell bukan yang selayaknya memberikan komen dan pendapat,tapi dari mata kasar rakyat Malaysia,Pemain lapisan harus diberi perhatian.Yang mana dah senior tu elok lh digantikan dengan anak2 muda yang lebih bertenaga.
Semoga Badminton Maju Untuk Negara...



2 comments:

  1. Hahhh seb baik mase semua perlawanan berlangsung kat uma ade karen. Heheheh mmg amat mengkagumkan laa tengok beregu main... Tapi akhirnya Indonesia terpaksa akur jugak.

    Pasal kekalahan M'sia.. mmg sangat2 aku KECEWA.. ape lagi kekalahan di tangan Jepun. Adohaiiiii.. tp nak buat macam mane.. nasi sudah menjadi bubur. Kite tunggu 2 tahun lagi..

    ReplyDelete
  2. kalah xpe kalo semangat juang tinggi..agak kecewa dgn semangat juang mereka..hmm...

    ReplyDelete

Nak Komen ? Silakan...