PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, November 12, 2010

Potty Training :Tips





Seperti yg dah Ell janjikan,Ell nak bg tips cammana nak potty training anak2.Sebenarnya potty train bila rasa anak2 dah ready utk tak pakai diapers bukan ikut umur dia ya.Sebab mengikut perhatian Ell itu sebenarnya akan membuatkan potty train akan mengambil masa yg agak lama.

Sejujurnya,awal tahun 2010 Ell dah cuba utk ajar Aryan pergi ke toilet kalau terasa nak membuang.That means umur Aryan time tu 2thn 2bln.Dan masa tu pulak Ell baru melahirkan Aariz.So,kali pertama mmg agak menghampakan lah.Ell pun terkejar kesana kemari.Kdg2 jadi runsing tak tau nak handle yg mana dulu.Untung sebenarnya Ell duduk ngan mertua ni.boleh jugak memebantu serba sedikit.Tapi mertua Ell ni jenis suka tengok cucu2 dia diasuh dan diajar oleh parents sendiri.Tak sukalah dia nak masuk campur dan memanjakan sgt.Mertua Ell ni suka bantu dr segi masak memasak jelah, itu mmg kesukaan die,yg lelain mmg kene setlle kan sendiri..Yelah diapun ada hobi die sendiri kan..Org tua2 ni apalagi kalau tak dgn pokok2 bunga...Ok dah,terkonar pulak.

Lepas dah gagal utk pertama kali tu,Ell putuskan takyah lh potty train Aryan dulu.Biarlah lama mana pun dia pakai diapers.Tak kisahlah sampai umur 4thn pun...Heheh sampai camtu nye putus asa.

Bila si cousin Aryan yg sebaya,(cuma beza awal 3bln dgn Aryan) ibunya dgn gigih potty trained,terdetik jugak dlm hati nk potty train Aryan.Balik raya haritu dgn bangganya Si Siddiq (cousin nya tu) dah free diapers.Wah..jelesnye..:)

Ok,apa yg Ell cuba buat sekarang nak latih Aryan pulak.

Sebelum start:

#1 Pemerhatian
Ell suruh Aryan tengok kakaks nya camner kalau terasa nak terbuang.(bukan suh tengok dlm toilet ya,tengok caranya)maksudnya kalau terasa nk terbuang kakaks nya akan berlari2 pegi toilet.

#2 Rangsangan
Bgtau dia,org lain yg sebaya dh tak pakai diapers,disbbkn Aryan asyik nk kesekolah Ell ckplh "kalau gi sekolah,tk boleh pakai diapers sbb kat sekolah org tk pakai diepers,nnt kene ketawa."

#3 Underwear kegemaran
Pergi kedai,beli underwear yg mana dirasakn sgt menarik minat dia utk dipakai.Dgn syarat no more diapers.

#4 Potty Chair yg menarik
Belilah potty chair yg menarik,supaya dia rasakan selesa bila duduk kt situ.Bgtau dia, "potty chair tuk yg tak pakai diapers,Tp kalau nk pakai diaper,takyahlh beli potty chair ni." Untuk Aryan Ell tk guna pun potty chair,sbb nmpknya dia dh boleh panjat terus atas toilet bowl tu.

Ok,bila semuanya dh dipersetujui,maknanya semua dia kata "ok",apalagi itulh masa yg sesuai..

n ready,set go!!

#1 Mengatur masa
Ini kerja mmg penat sket.Setiap 15 minit tanya  atau bawak pergi ke toilet.Bg merangsang pembuangan air kecil,basahkn kemaluan dia dgn air atau buat bunyi2an seperti "ssshhhh.."Kalau rasa 15 minit tu singkat,panjangkn sket masa seperti 20-25minit.
Setiap pagi dan sebelum tidur tanyakan samada dia nk ke toilet.Alas plastik atau tikar getah ketika dia tidur. 
-Kalau dia tak buang pun tk mengapa,biasakn membasuh kemaluannya dn membaca doa sebelum masuk dn keluar tandas.

#2 Memberi ganjaran
Secara fitrahnya,budak2 mmg sukakan ganjaran.Menurut kajian,ganjaran yg selalu dipraktikkan diseluruh dunia ialah carta dan sticker bintang.Buat satu jadual warna warni,kemidian ajak dia lekat kalau dia berjaya melakukan potty pd hari itu.Tuliskan"Aryan Barjaya!!" (cnth) pasti dia akan tersenyum bangga melihat kejayaannya. Tentu dia teruja nk kumpul koleksi bintang2 tu.

#3 Rayakan kejayaan
Untuk 1-2 minggu yg pertama dia berjaya menampakkan percubaan tanpa diapers,bawak dia berjln2 ketempat yg selalu dimintanya contoh playground.Kemudian beritahu pd nya yg dia akan selalu bermain kt playground kalau berjaya sepenuhnya tanpa memakai diapers.Bgtahu kwn2 dia atau sesiapa saje bahawa dia dh tak pakai diapers lg.Tentu dia akan bertambah suka..

#4 Motivasi
Sentiasa berikan motivasi kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. 

Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Aryan berjaya!! Sayang anak mama..Mmuaahh” "dia dah besar la..,dh boleh pergi sekolah"

(Sebelum keluar dari rumah) “Aryan akan cakap dengan mama bila terasa nak kencing,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak mama..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Aryan, nanti mama lap. Lain kali, kalau Aryan rasa nak terkencing, Aryan terus pergi ke tandas, tau. Mama rasa Aryan boleh buat. Sayang Aryan..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

#5 Kesabaran 
Nak ajar anak2 ni perlu sabar,kemalangan atau ketidak sengajaan selalunya tak dpt dielakkan terutama bila dia rasa penat.Berikan senyuman,senyuman dan senyuman serta dorongan supaya dia rasa kita yakin pdnya yg dia boleh melakuknnya.Tak perlu nk marah2,tingkatkn iman dlm diri kita krn sabar itu sebhgn iman..cukup sekadar berkata "uh-oh...tk pe,lain kali mesti dpt sampai ke toilet kan"

#6 Konsisten
Konsisten mesti ada,jgn hari ini tak pakai diapers esok pakaikan semula..dgn alasan dh penat tapi tk berjaya.nanti dia keliru samada nak buang dlm diaper atau di toilet.Jgn lupa bgtau pengasuh rutin potty train ank2.


Selain dr tips2 kat atas ni,Ell amalkn
membaca
Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

-30 minit sebelum tidur, pastikan dia tidak minum air.
-Ajak ke tandas  sebelum tidur.
-Ajar dia beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
-pakaian yg simple,tak perlu seluar berzip atau button,lebih2 lg overall.. buat sementara.Seeloknya seluar getah yg boleh dia tanggalkan sendiri.

MIL pulak selalu urutkan bhgn ari2 (antara kemaluan dn pusat)sebelum masuk tidur.Sambil berbual2 dgn dia dan...
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allaahuakbar 33x
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi. InsyaAllah


Biasanya waktu kritikal 3-4hari je..Tp,untuk menambahkn keyakinan dan keupayaan anak,maka berikan peluang selama seminggu.Bg ibu2 yg berkerjaya tu,pilihlh masa ketika cuti panjang dan tdk ada sebarang sbb utk ank keluar rumah sprt majlis kawen,shopping dn sebagainya.Ibu2 pun akan lebih konsisten.




*Semoga perkongsian ini bermanfaat..:)
*Kalau ada salah silap,tolong betulkan.
*Jika ada sebarang cadangan sila kemukakan sbb ini tips yang diambil dan pelaksanaan ikut cara Ell je.







5 comments:

Ena said...

^_^

boleh praktikan utk si irfan ni..

thanks..

Zaidah said...

tips yang bagus n berguna...terima kasih

~ Lady ell ~ said...

Ena>>
rasanya utk boy lebih mudah kot...try la..:)

zaidah>>
mekasih jugak...

qellissa said...

i dun hv a kid yet..but tips yg berguna ni..hihihi

~ Lady ell ~ said...

qellisa>>
jgn lupa refer blog ni tau kalau dh ada kids..heheh..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...