Wednesday, May 25, 2011

Hadiah menang Contest~

Assalamualaikum....

Lama sungguh2 ni dapat hadiah kemenangan sleeping Angel Contest.Adalah dlm 5minggu sudah.Tak teringat langsung nk update..maklumlah itu jam gasak mengupdate holiday ke Jakarta tak sudah2..:) Hari ni,bila tengok2 folder gambar dlm PC ni,baru terfikir nk wat n3.

Terima kasih kak Hidayati sebab anjurkan kontes ni n bg kemenangan mutlak pada angel saya Aariz.:)

Ini lah gambar yang membawa tuah.

Ini hadiahnya.1st prize tu...As seen on tv katanya...tp Ell dh berapa lama tak pernah tengok tv yg ala2 smart shop tu.

bakul fabrik dr kualiti yg terbaik.Dengan corak katun sgt sesuai utk bawak keperluan baby.Tak kan nak sebat bawak kepasar pulak kan....

Yang penting ni dia.Kalau tak isi barang boleh lipat je.Pastu selit bawah seat kete.Jimat ruang.


Ok,terima kasih untuk barisan panel juri yg sudi memilih gambar Aariz sbg pemenang utama tanpa sebarang bantahan..:) Semoga terus bermurah hati dan rezeki untuk menganjurkan cnts lagi.




Tuesday, May 24, 2011

Misteri Pulau tinggal~

Gunkanjima Island~

Ok tak misteri pun..cuma apa yg menarik Ell nak share pasal pulau ni sebab terpandang featured yg dimuatkan dlm History Channel(HD) kat Astro.Ell sebenarnya jarang nak tengok history channel ni,tapi kalau hsbn Ell ada kat rumah..itu antara channel kesukaan dia selain sports,discovery channel,nasional geographics,n animals.Time iklan tu,adalah tunjuk sikit(Life after people)..tapi tak lengkap.Lepas tulah Ell gigih carik info pasal pulau ni.Menarik tau.Jom Ell kongsi.


Gunkanjima Island bermaksud dalam bahasa jepun Gunkan-Kapal perang dan jima(shima)-pulau.Ada yang memanggil Hashima.Oleh itu terciptalah Pulau Kapal Perang (Battleship Island).Sebabnya pulau ni betul2 berbentuk seperti kapal perang.Ia terletak kira-kira 15km dari Nagasaki dan sebab itu pada tahun 2005 ia telah diambil oleh Pentadbir Nagasaki.

(Ell cuba translate ya..leceh jugak nak buat kerja gini,bnyk tempat kene rujuk..takut salah info) Hari ni belajar history sket..:)

r u ready kids!?
ai yai captain!!

Mengikut sejarah,
Pada tahun 1890  Mitsubishi Corporation membeli pulau tersebut dan memulakan projek  untuk mendapatkan batu arang dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Pada tahun 1916 mereka membina bangunan konkrit yang tinggi bertingkat2 dikelilingi tembok bg mengelakkan diserang angin taufan typhoon.

Oleh yg demikian, kaya lah Gunkanjima dengan hasil bumi dan menyebabkan Gunkanjima menjadi kota yang kaya dan padat penduduk. Padahal Gunkanjima ni tak besar pun. 
Jumlah penduduk pulau ini bertambah pada tahun 1959. Kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektare untuk keseluruhan pulau (1.391 per hektare untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia iaitu 10 kali ganda melebihi penduduk Tokyo,ibukota Jepun.Imagine keluasan pulau tu dgn kepadatan penduduknya.


Untuk memberi keselesaan kepada pekerja di situ, 10 kompleks apartment dibangunkan. Sebuah labirin tinggi dihubungkan dengan halaman-halaman, koridor, dan tangga. Pulau ni juga ada sekolah, restoran,supermaket,cinema dan semua kemudahan yg terdapat seperti kota biasa. Tetapi semua dikelilingi oleh tembok pelindung. Disebabkan itu juga Gunkanjima ini dikenali sebagai "Nashi Midori Shima" iaitu pulau tanpa warna hijau. Sudah semestinya tiada tumbuhan di pulau ni.



 staircase...

 Sekolah (kot..)

Pada tahun 1960-an. Oleh kerana batu arang terus di korek hingga ke dasar laut, lama kelamaan ianya habis dan teknologi pada masa itu mula menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Aktiviti tambang batu arang semakin mengalami kemerosotan hingga akhirnya Mitsubishi terpakasa menutup kegiatan eksplorasinya di pulau ini pada tahun 1974.
Para pekerja dan juga penduduk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Menyebabkan, Gunkanjima di tutup.Pulau yang tidak memiliki tumbuhan hijau ini pun lama kelamaan mati. Gunkanjima dibiarkan kosong sehingga ke hari ini. 

Gunkanjima telah didaftarkan sebagai Situs Warisan Dunia Unesco..selepas melakukan sedikit pambaikan dan memastikan pulau itu selamat untuk org awam..ia mula dibuka untuk pelawat pada April 2009.
So, dgn adanya menswastaan keatas pulau ni, Gunkanjima tidak lah terus lenyap.
Tapi setelah berpuluh tahun Gunkanjima ditinggalkan, mesti tempat ni terlalu misteri.menyeramkan....
tak de ke filem pasal cerita pulau ni?. 1st time Ell tahu kewujudan pulau ni,Ell sangat tertarik..interesting.


the technology..

Agak unik sistem kt pulau ni, zaman dulu kala pun perancangan dan juga fasilitis dia org sgt teratur. Tgk lah pada binaan apartmentnya, org dulu-dulu pon dpt berfikir sehebat itu..
siap ade TV,sekolah sume..hebat..tp apa yg nk dipelikkan, Jepun kn..mmg selalu kehadapan dr yg lain pun...lebih2 lagi bab technology.kan kan kan..

Ok,sumber dan maklumat sepenuhnya dari internet dan sedikit dari TV.
Gambar2 keseluruhannya dari google images.tq






Thursday, May 19, 2011

Kerabu Kerang Pucuk Paku~

Lama dah tak post n3 resepi masak memasak ni.Maklumlah..zaman sekarang ni ramai dh yg pandai memasak tahap master.Kalau resepi yg ala2 je tu malas ah nak publish..buat segan je.Coklat kek ke,ciskek ke,cupcake ke...Org lain lg dh expert.Tapi resepi hari ni Ell rasa lama dah tak buat..Ramai jugak yg tanya camner nak buat kerabu pucuk paku ngan kerang ni.So,Ell publish kat sini biar d'ols refer ke sini je .Senang kan.

Tu diaa..lebih kerang dr pucuk paku.Pasal tu nama dia kerabu kerang pucuk paku.Kalau kerabu pucuk paku dgn kerang...dh tentu pucuk paku lebih bnyak dr kerang..hahaahah gasak ler,korang paham ke.


1 Ikat pucuk paku perak(mcm dlm gambar yg digoogle ni) 
1 Genggam taugeh
Sebiji limau nipis
4 Sudu besar santan pekat
1/2 Kilo kerang
(rebus sebentar & buang kulit)
3 Sudu besar kerisik
Gula dan garam

DITUMBUK (mcm sambal belacan)
3 Biji cili merah
3-4 Biji cili api
(tambah jika ingin pedas)
4 ulas bawang merah
2 Sudu besar udang kering
(disangai)
atau gantikan dgn belacan

CARA MEMBUAT:-
1. Siang dan Celur pucuk.Begitu juga taugeh, sebentar sahaja.
2. Satukan semua bahan dan perahkan limau. Gaul rata dan hidang


Ok,SELAMAT MENCUBA
Ell meratah mcm tu je...ini jam ai tak layan nasik..heheh


Wednesday, May 18, 2011

BackUp Blog dengan WordPress~

Hello...
Haritu kan blogspot sehari  tak dapat nak eksess kan.Semua blogger yang menggunakan blogspot jadi cuak gila2 punya kan sebab runsing pikir apa jadi dengan n3 yg dah di posted tu kan..(brapa banyak kan daa..) Ell punya last posting pd hari khamis tu pun jadi hilang gara2 masalah dgn blogspot ni.Bila dia dh ok,tengok2 komen pulak sampai ke hari ni masih tak muncul.Tapi tak pe,ai tetap cool..atleast 2-3 n3's je hilang...

Sebenarnya dulu2 pun terjadi perkara2 macam ni dlm blogspot..kalau u'ols dh senior dlm blog ni,mesti perasan benda ni..heh.pastu kecoh kan nak buat backup blog.Tak tahu berapa ramai yg ambik perhatian pd perkara ni.Ell memilih inisiatif mem-backup blog tu.Ada beberapa cara lh yg time tu diberitahu,tapi Ell cari cara nak backup blog yg mudah dn selamat.dan free jugak.:)


Ok,ini ada satu cara bagi pengguna blogspot untuk selamat yang kadang2 kene banned tanpa kompromi dengan boss kita Google.heh.Bayangkan blog yang kita dah bangunkan bertahun2 hilang dn lesap begitu saje.Sedih kan..tambah pulak kalau banyak artikel2 kita yang penting.Caranya ialah dengan meng-import seluruh data dr blogspot ke wordpress.

Caranya sangat senang,sebab di WordPress sendiri terdapat kemudahan untuk mengambil data dari blog lain yang di sebut Import. WordPress men-support import data dari beberapa penyedia blog, antara lain: Blogspot (Blogger), LiveJournal, TypePad dan WordPress itu sendiri.

untuk import dari Blogspot, Wordpress tidak memberikan batasan. Kita boleh mengimport secara keseluruhan, termasuk import posts, comments dan users(kecuali klip/video dr blogspot). Ell akan tunjuk cara import data (memindahkan data) dari Blogspot ke WordPess. Syaratnya u'ols harus memiliki account Google (email) di Blogspot: Perhatikan langkah-langkah di bawah ini 

Berikut ini cara dan panduan Import Blogger ke WordPress :
1. Tentu saja buat dulu account di wordpress

2. Setelah semua di approve masuk ke dashboard,




3. Masuk ke manage > import & pilih blogger

4. Klik Authorize > Grant Access


5. Sekiranya u'ols mempunyai lebih dari satu blog,pilih blog mana yang akan di import ke wordpress
6. Tinggal klik import,di 'The magic Button' tunggu beberapa saat dan bila selesai, lihat wordpress u'ols sekarang.

See,easy measy like a cheesy..:P
 
Tips:Sebaiknya time mengimport dalam keadaan log in di blogspot dan WordPress. 

Lepas ni if u'ols nak bertukar terus ke WP pun ok,tapi untuk yg suka widget2 dr host lain tu mcm playlist,shoutbox dan lain2,Blogspot masih pilihan utama.Cuma makesure u'ols kene update mengimport ke WP seminggu sekali atau sebulan sekali atau setahun sekali.hehe,kalau dh setahun sekali apa hal pulak nk backup kan....


Ok,selamat menerai mem-backup blog ya.Jgn stres2,ceria2 selalu.Kalau tak faham dgn tutor ni boleh dtg balik tanya.Jgn segan, jgn malu...i lap u...heheh.





 

Thursday, May 12, 2011

Al-fatihah untuk mereka~

 Assalamualaikum...
Dalam tempoh kurang 3 bulan Ell kehilangan 4org saudara mara.Walaupun saudara sebelah suami,namun sangat terasa pemergian mereka.Ketika n3 ini ditaip hati menahan sebak didada.Pagi ni Ell tak dapat tidur,sebab memikirkan mcm2 perkara.Sebelum subuh Ell dh bergegas mandi n solat sunat sementara menunggu azan subuh sempat Ell bacakan surah yassin dan doa untuk arwah2.

Pagi ini,(khamis,12 may 11)pada jam 2pagi kami mendapat panggilan telefon memberitahu bahawa adik ANASTASYA AZMI (15thn) telah pulang kerahmatullah pada jam1.40pg.InnalillahiWainnailaihiRojiun..

Ini wajah ceria Tasya ketika waktu sihatnya.

Arwah di dignose menghidap LYMPHOMA CANCER.Gambar ini diambil oleh ibunya ketika 2hari berada di bilik ICU setelah selama sebulan terlantar di wad hospital University KL.

HJ SALLEH SAFAR

2 minggu sebelum kami berangkat bercuti ke Jakarta bulan Mac lalu,kami dikejutkan dengan pemergian abang kepada ibu mertua Ell.Beliau menderita barah PANKREAS.Beliau di khabarkan tidak sihat selepas pulang dari menunaikan haji.Bermula dengan demam yang tidak kebah,berlarut sehingga perutnya membesar sebab tak boleh buang air.Selama 4 bulan menaggung kesakitan,akhirnya pada 25 FEB 11 beliau menghembuskan nafasnya.


FAIRUZ (maaf tak tahu nama penuh arwah)

Selepas pulangnya kami dari bercuti ke Jakarta,29 MARCH 11 kami dikejutkan lagi dengan pemergian FAIRUZ iaitu suami kepada sepupu hubby.Berita kematiannya betul2 mengejutkan,sebab 2hari sebelum pemergiannya,arwah dan keluarga ada bertandang kerumah kami dgn keadaan yg sihat walafiat.Dia seperti biasa,ramah dan rancak bercerita.Pada hari kejadian,Beliau diceritakan menghantar bapa mertuanya(pakcik hubby sebelah ayah) ke hentian bas,beliau mendapat panggilan telefon dari kawannya,lalu sedang berbual2 beliau rebah serta merta.Ketika dihantar kehospital arwah disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.Yang pelik beliau tidak ada sejarah sakit jantung.Mungkin kerana beliau terlalu penat.Namun,itulh kehendak-NYA.Bila2 masa akan dipanggil.

MOHD ZAIN

Pada 24 April 11,suami kepada adik ibu mertua Ell pula disahkan meninggal dunia selepas beberapa minggu dirawat dan terlantar dihospital University iaitu sama ditempatkan dengan Adik Tasya.Tapi berlainan blok dan tingkat.Ell kurang pasti kematian arwah disebabkan apa, cuma yang Ell tahu ada juga kaitan dengan paru2.

ANASTASYA AZMI

Hari ini,tiba giliran adik Tasya pula.Teringat Ell zaman dia kecik2 dulu.Setiap kali org bagi duit,mesti dia nak kasik kat Tok Abah dia.Katanya "Tok Abah lebih banyak nak guna duit,sebab Tok Abah bawak kereta pergi sana sini..boleh isi  minyak".Tasya juga merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya.Dulu time dia nak ambik UPSR dia juga pernah ditahan diwad berminggu2 malah hingga berbulan,namun dia lulus peperiksaan itu dgn cemerlang.Dia juga dikhabarkan oleh tok mummy dia sangat disayangi cikgu2 disekolah.Mungkin sebab dia sakit,maka dia diberi perhatian lebih.Untuk pengetahuan,Tasya ni cucu kepada adik ibu mertua Ell.Dan keluarga kami boleh dikatakan akrab sebab mereka selalu berkunjung kesini.Jenazah arwah akan disemadikan di 
Muar.


Pada mereka yang pergi mari kita sedekahkan Al-Fatihah.Sebagai tanda ingatan dan kesedihan,doa dipanjatkan supaya roh2 mereka ditempatkan dikalangan para soleh dan solehah.Kita yang masih hayat ni,hanya menunggu giliran menemui-NYA.




Wednesday, May 04, 2011

Ini kes berat!







Hye alls...dh makan.Ell mkn sup sayur je..nak diet..:)

Dah beberapa hari ni rasa macam dunia ni tak de matahari menyinar lagi.Hidup rasa macam tak bermaya.Arrrgghhh! tensi.Beberapa hari lepas Ell cuba berdiri diatas penimbang berat,dan jarum penimbang tu buat hati rasa luluh nak jatuh.Ternyata Ell dah melepasi 67kg.Patut rasa lain macam je tengok gambar2 terbaru ni.ini kes serius,ini kes berat!!.ya,mmg berat!!

Macam mana boleh jadi macam ni,sedangkan diet programme yg Ell ikut hujung tahun lepas berjaya menurunkan 5kg dlm masa sebulan.Tapi itu buat 2-3bln je dan sekarang mendadak naik semula.Sememangnya diet memerlukan disiplin yg kuat.Cakap berdegar2 je tak guna.Setiap kemahuan mesti ada perancangan.Ell mesti lakukan sesuatu..jgn sampai berat badan naik lagi.Semestinya Ell rindukan berat bdn unggul zaman sekolah dulu..iaitu 46-48kg.Buat masa sekarang ni,mustahil akan capai berat badan unggul seperti dulu..tapi ya,sekurang2 nya 50kg untuk ketinggian yg tidak berapa tinggi macam Ell ni.

Argh,tekanan macam ni.Turun 2kg naik 3kg...ini tak boleh jadi..harus bagaimana ini...ermm,setelah mengkaji itu dan ini,Ell rasa Ell patut menjauhi nasi.Paling tidak pun meminimakan pengambilan.Sekarang ni Ell umpama pekerja bandaran yang membersihkan dan menghabiskan sisa2 makn ank2...Kalau dulu Aariz lum mkn nasi lagi..maka diet Ell itu berjaya.Ell pernah terbaca yang diet cara Normala Samsudin hanya mkn sesudu nasi sehari.wah..boleh ke Ell ni.Paling Ell kagum dengan mek yang berlakon 'Salam Pantai Timur' tu..Selama 2 tahun tak ambil nasi.Wah...sangat kagum dia berjaya menurunkan berat badan dr 100++kg sehingga 45kg.

Penelitian dan perancangan perlu seiring.Setiap makanan  yang Ell ambil harus diteliti kandungan kalori dan lemak barulah rancangan berjaya!.Internet harus dilungsuri untuk mencari info tentang berat badan dan diet ni.Haa...tetiba semangat kembali meresap dlm jiwa.