Thursday, March 22, 2012

Puding Roti Marble Kukus



Assalamualaikum...
previous n3 dah janji nak tunjuk cara nak menggayakan  lebih roti yang lubang-lubang tu kan..:)
nilah dianyer...
Puding roti marble kukus.Ala2 puding roti karemal lah tu,tapi lain sket.dah macam kuih talam pun ya jugak.
Ni pun buat sebab kesian tengok roti yang lubang-lubang tu..tak mau membazir kan...Tapi kalau u'ols nak buat saja-saja pun boleh je..tapi time kenduri oklah kot...cepat sket habisnya.Ell rasa kalau puding gini 1 talam ni agak banyak jugaklah n lambat sket nak habisnya.Tapi kalau loyang yg sama buat kek cekelat...laju je.hehe
Ok sudah..ini bahan-bahan dan caranya.

BAHAN-BAHAN:-
12 keping roti(disiat-siat)
2 cawan susu sejat
4 sb susu pekat
1/2 cawan gula halus
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb marjerin /butter
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
3 sb serbuk koko (utk corak marble)

CARA-CARA:-

1.Siat-siatkan roti...ni roti lebih buat ice cream goreng tu ya.jangan terkejut pulak..

2.Masukkan dalam blender dan campur semua bahan2 kecuali serbuk koko

3.Kisar bahan2 sampai halus.

4.bahagi 2 bahagian.Kemudian satu bahagian campurkan dengan serbuk koko.kacau rata2.

5.Tuang dalam loyang selang seli.Contoh gambar atas.Maknanya sesenduk warna putih dan sesenduk warna coklat.

6.ulangi proses ini sampai kesemua bahan habis.

7.untuk menjadikan puding roti ni marble,gunakan belakang sudu dan buatkan garisan melintang.Nanti akan jadi seperti gambar atas.Terpulang nak buat corak apa.ini salah satu contoh yang mudah.Kalau taknak marble kan pun boleh aje.Tapi dia jadi pelangi lah kan...

8.Kukus puding selama 30-35minit.Pastikan pengukus dah dipanaskan.

9.Bila dah masak,biarkan puding sejuk,kemudian baru dipotong.


Dah potong,buka mulut masukkan dalam mulut ya.haha.Ok senang kan.rasanya pun ok2 je sesedap rasa, tak manis dan tak tawar..sedang2 elok.Kalau yang suka manis sangat tu bolehlah buat kan sos custard.Pasti akan lebih sedap n konfem kencing u'ols bersemut..haha 
oopss.(sambil tutup mulut)









8 comments:

  1. errmm..nampak sedapp..teringin nk cuba nt

    ReplyDelete
  2. mm.. mabeles..
    blh try wat tuk jamuan opis nnti.. hehehe

    ReplyDelete
  3. tgk gambar dh terasa sedap di tekak...bila la saya nk rajin masak ell??...

    ReplyDelete
  4. simple jer resepi nie...
    leh ler cuba tapi ntah ler bila...
    thanx for sharing sis...

    ReplyDelete
  5. Sekali pandang mmg mcm puding. Boleh sangat kalau nak buat ni...

    ReplyDelete
  6. permata biru>>
    sila2 cuba...

    leily>>
    ha jamuan opis tu sgt elok.laju je habisnye nnt.

    bada>>
    rupa dia mmg menarik bada.buat ni tak amik masa lama pun...cer try.

    @tune>>
    beb....rindunya..mana ko asyik hilang je.bz benau ke.

    rasp>>
    simple kan sis...leh lah buat bila mak mertua ke ipar duai dtg rumah...mesti kene puji...:)

    nafisa>>
    yup,enak buangetttt!! :D

    Huda >>
    huda yg rajin memasak...resepi ni mudah sgt.mesti boleh buat.

    ReplyDelete

Nak Komen ? Silakan...