Tuesday, March 20, 2012

Ice Cream Goreng~




Cubaan pertama membuat ice cream goreng.Keputusannya....BERJAYA!! Dah lama bertahun target nak buat resepi ni.Tapi bila cakap dengan en.Suami, dia kata takyah mengarut lah nak goreng ice cream.So.hasrat terpendam untuk sekian lamanya..Sehinggalah 2 orang anak dara tu merengek nak beli ice cream goreng kat sekolah agama d'ols.
Ok,yang si maknya pun offer lah kan.."Mama tau buat,tapi now stock ice cream takde,suh babah beli lah ye" terus anak dara tu menjawab,"ish,betul ke mama boleh buat?" macam tak konfiden je kan..mak terus sentap k.Siap argue n describe bagai.bla bla bla bla....yey! mama menang n siapkan je bahan,taulah mama nak gayakan.
Sekali 2 kotak en.suami beli eskrim ko..(ait,perli nampak...)


Bahan2 utama yang mesti ada ialah ice cream perisa ikut suka dan se'bundle' roti gardenia.Tak kisahlah roti jenama apapun..yang penting halal ekk.Berapa banyak roti tu ikut juga berapa orang nak makan.Kalau nak buat 4 biji ice cream u'ols memerlukan 8 keping roti.
Bahan2 lain kuali dan minyak untuk menggoreng.Freezer untuk proses pembekuan...hehe


Dan 
Cara2nya seperti dibawah:-

1.Memula letakkan satu scoop ice cream atas sekeping roti.

2.Kemudian tangkupkan sekeping lagi roti diatas roti yang ada ice cream tadi.

3.Ambil cawan plastik saiz bulat dan tekankan diatas roti tadi sampai terputus.Kalau dapat, muka cawan tu besar muat2 roti lagi cantik..taklah banyak roti tu terbuang.

4.Alihkan keliling roti yang tak digunakan tadi.

5.picit2 keliling roti supaya melekat dan ice cream tak mudah terkeluar bila nak menggoreng.Keputusannya ice cream tu akan rupa macam sedikit UFO lah kot...hahah

6.Ok,cepat2 masukkan dalam bekas tupperware atau plastik dan simpan dalam freezer ya sebab nanti ice cream cair.Langsung tak jadi n nanti u'ols rasa frust n terus giveup serta fedup.Kalau dapat,buat sebiji simpan,buat sebiji simpan sampai berapa biji yang dikehendaki.

7.Simpan dalam freezer selama sekurang-kurangnya 3 jam.Lebih lama dan keras lagi bagus.


8.Pastikan minyak betul2 panas ya.Kemudian terus masukkan ice cream dan goreng.


Goreng lebih kurang 8 saat depan belakang.Ok terus angkat dan makan segera lah ea.Kalau tidak roti tu tak garing,ice cream dalam pun cair..pastu rasa tak syok sangat.

Inilah dia rupa ice cream goreng yang anak dara 2 orang tu paw tok abah dia belikan kat sekolah.Mentang2 tok Abah dia amik kat sekolah,bolehlah dia paw..kalau tidak,jangan harap eh.

Ini hasil tangan mama d'ols lah...cantik sket kot...hahaha.siap touchup dgn jem lagik.Yang d'ols beli tu bawa balik rumah dh lembik...pasal ice cream dh cair lah tu...

This is what it's supposed to look like.See,ice cream tak cair lagi.

Ok,ini bukan buat hari yang sama dengan d'ols beli tu ya.Ell buat dulu pastu alahai,rasa tak berbaloi ah buat sendiri,banyak na roti terbuang..kalau buat sekali sekala bolehlah kot.Imagine lah nak buat 8biji kene guna 16 keping roti..pastu apa kes dengan roti yang berlubang2 tu?

Tapi Ell ada resepi nak gayakan roti yang berlubang2 tu.tunggu next n3 ya...
Assalamualaikum..




11 comments:

Gieyana said...

Menarik nie..sure sedap..:)

Dee said...

menarik sgt dan nampak sedap..yg lebih2 tu boleh buat puding roti gak kan..

kazmyra afkar said...

sodapnya!!!

rasp said...

i tak pernah makan ekrem goreng tau sis...
eermmmm nak tanya skit...
roti tu goreng gitu jer ek?
tak yah salut telur ke apa2 yg sewaktu dgnnya?
dia tak serap minyak ke?
(soklan dari org tak pandai masak, jgn marah ye)

leh try gak one day nanti....

* sis, i tak tersinggung lansung k wif your entri sblum nie...i tau u stress on "jew" tu :D no harm done...smooochesss!

~ Lady ell ~ said...

Gieyana>>
sedap kak Gie..makan time lepas goreng tu rangup pastu dalam sejuk

Dee>>
betul3...lebih boleh buat puding roti.

Kazmyra>>
memang sodap..:)

Rasp>>
ell pun 1st time sis..

roti tu goreng gitu jelah..takyah buh apa2.sebab dia keras kan,kuar2 freezer je terus goreng takdelah dia serap minyak.lebih kurang 4saat depan,4 saat belakng.terus angkat.

ct rahani said...

sori kak, lama x menjengah rumah akak nih.. dh berubah dah.. makin cantik n kemas.. :)

sy x penah mkn eskem goreng.. sellau dok dengar org cerita jer.. next time leh la cuba resepi akak nih.. roti yg lebih tuh leh je wat puding roti kak.. sedap gak.. hehe..

dZana said...

wah ell.. pas ni boleh lawan icecream grg kt kantin sekolah .. fav anak2 akk ni..

~ Lady ell ~ said...

terima kasih ct..ni blog berangan nama die...bukannya apa,nak amik mood berblog balik lah ct.

silakan mencuba ct..kalau beli yg paling cikai pun seringgit..kalau kat kedai makan/restoran yg ada jual ni,mau 3 ringgit..buat sendiri sket2 puas hati.nak2 bila kita buat menjadi..puas dia lain macam tau.


Dzana>>
alah akak dh master kan...

shidah said...

wah..seda tue kak..nak cuba wat gak la kak...

Neeza.Areef said...

aih senang je pkai roti..ley try tq ell

~ Lady ell ~ said...

shidah>>
ha..pembawak budak kene terai..kalo tak ngences..hehehe

neeza>>
sam2 kak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...