Mohon maaf n3 ini bukan nak menduga iman didada,cuma sekadar perkongsian yang tak seberapa untuk u'ols mengisi masa yang terluang,jika ada.SELAMAT BERPUASA.:)
U'ols pernah makan coklat peanut butter tk? Ok,kali ni ell nak share resepi je.Rasanya saling tak tumpah mcm Reese's.paling tidak pun iras2.
Sebelum tu nak warning,kalau ikut resepi asal bulat2,memang superrr manis.Maklum je lah ye...resepi mat salleh ni tak mengagak manisnye.If u'ols suka manis,boleh ikut resepi ni.Kalau takut kencing dihurung semut,silalah kurangkan gulanya.Ell ni 1st time buat,memang sibijik sejibon la ikut resepi.Sekali...ha hambikkk! manis bedengung!! Tapi rasanya memang sama dengan coklat reeese's tu.Serious...tak tipu punye.U'ols boleh try.
Ok,ini resepinya.Mudah je.
BAHAN:-
2 cawan graham cracker/digestive biscuits (dikisar halus)
2 cawan gula halus(kurangkan jadi 1 1/2cwn)
1 Cawan butter (dicairkan)
1 cawan + 4 sudu peanut butter (creamy/chunky)
1 Cawan semi sweet choc chip
CARA:-
1.Campurkan butter cair,graham cracker/digestive biscuits,gula halus dan 1 cawan peanut butter.Gaul sehingga kesemua bahan sebati.
2.Alas dulang pembakar berukuran 9x13 dengan kertas minyak supaya senang mengeluarkannya.Ell guna dulang size 8x8 dan hasilnya agak tebal sedikit.Pastikan sapukan sedikit butter keatas dulang pembakar dan atas kertas minyak.
3.Tuangkan adunan yang telah digaul tadi dan tekan padat kedalam dulang pembakar.Ketepikan.
4.Cairkan choc chips secara double boiler.Campurkan dengan 4 sudu peanut butter.Setelah cair dan likat,tuangkan keatas adunan di dalam dulang pembakar tadi.(Ell sengaje tambah taburan dwi colour choc chips kat atas die) Simpan dalam peti sejuk.
5.Bila coklat dah mengeras,potong 4 segi mengikut saiz kesukaan.Memandangkan rasanya yang manis dan berkemungkinan u'ols akan rasa muak...seeeloknya potong dengan potongan yang kecil.Bila2 u'ols rasa nak makan,sebutir je ngap ke mulut.
Simpan dlam botol/bekas bertutup didalam peti sejuk.
Peminat coklat dan peanut butter,resepi ni salah satu resepi yang u'ols mesti cuba.Trust me! takkan mengecewakan n u'ols mesti puas hati.Silalah berkongsi rasa dengan jiran2 u'ols juga.:)
SELAMAT MENCUBA!
*Untuk gambaran langkah demi langkah,sila lawati http://eugeniekitchen.com/no-bake-peanutbutter-digestive-bars/
assalam ell..
ReplyDeletesedap nampak biskut ni.. ringkas gak nak wat.. boleh cuba.. tq ell.. :)
>> biasa la.. resepi pavlova pun kita kena kurangkan gula.. sbb manis yg amat kan.. :D
Kan.mmg ringkas.nak buatnye pun 3-4steps je
DeleteBermanis-manisan Ell. Haritu manisan gaya klasik. Yang ini manisan gaya moden...
ReplyDelete