PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Tuesday, March 08, 2011

20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling ~Tag


Sementara belum sibuk ke Jakarta ni,Ell selesaikan dulu hutang tag yang dah beberapa hari tertangguh.

Tag Dari:

Tag ni senang je, korang buat entry pasal 20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling korang.. Hmm..banyak sangat? Tak banyak la…Sebab korang hanya buat fakta ni untuk 4 orang n divide kepada 20 fakta, baru 5 fakta untuk tiap seorang..Hehehe~ Sooo…Korang kena buat 5 fakta tentang diri korang, 5 fakta tentang ibu/bapa korang, 5 fakta tentang sahabat karib/best frenz/buddy/BFF korang, n 5 fakta tentang pakwe/makwe/suami/isteri korang.. Pastu tag la 5 orang kawan2/sedara mare/sahabat blogger korang..Senang kan?

5 fakta tentang Ell
1.Seorang anak tunggal...itu hakikatnya.
2.Time kecik2 bila dapat barang baru habis semua bawak tidur,sekarang dah menurun kat anak2.
3.Asyik marah anak main mekap sampai habis,padahal menurun perangai mamanya jugak.:D
4.Tak habis2 dari dulu berangan2 nak bukak sebuah candy shop.
5.Bila time rajin,memang kuat bekerja tak kira masa,time orang tido malam pun masih boleh kemas2 rumah lagi..tapi kalau tengah tak berapa nak rajin....hmmm...

5 fakta tentang suami Ell
1.Seorang yang kuat bekerja.Bijak membagi masa urusan di luar2 rumah termasuk hantar dan ambil sendiri anak2 sekolah. Handal2..
2.Agak taksub dengan badminton.Seminggu 4x,dan 3-4jam sekali, memang dah wajib lah tu.
3.Bakal membuka sebuah kedai sukan (insya'allah).U'ols tolong doa2 kan kejayaan dia.
4.Orang selalu ingat dia masih muda n selalu je kene ngorat(ciss!!!)padahal umur dah 30an.
5.Baik orgnya,pandai buat org ketawa dll. Tp ada masa dia juga agak garang dn tegas (brgantung situasi).

5 fakta tentang ibu mertua Ell
1.Seorang yang pandai memasak,selalu jadi ketua masakan dalam majlis2 kenduri kendara kecil dn besaran (pernah majlis diraja back then).Pernah memasak (botok2 dn beriani gam) untuk Almarhum Sultan Johor sewaktu datang ke daerah Pontian.
2.Sangat rajin berjalan dan melancong tak kira dalam dan luar negara.
3.Berbakat juga menyanyi...boleh tahan hebat! kalau majlis2 family selalunya jadi penyanyi jemputan..hehe
4.Umur dah 70an,tapi still nampak muda.
5.Anak kepada seorang tukang masak (lelaki )yang agak terkenal suatu masa dulu,sampaikan orang2 cina daerah Pontian pun ada yg memanggil masak utk mjlis keramaian.

5 fakta tentang 5 jiran Ell
1.Ell ada jiran yang dulu selalu carik gaduh pasal kucing.Tak boleh terlepas ke rumah dia pun.Sekarang dah sedar kesalahan,2 tahun lepas datang minta maaf sambil menagis2.
2.Juga ada jiran seorang pesara polis yang dah hilang pendengaran,boleh tahan bengis dan garang.Tak berapa dengar org cakap,tapi asyik nak marah je.
3.Ell ada 3 orang jiran yang belum berumahtangga walaupun mereka dah berusia 40an,50an dan 60an.
4.Jiran Ell seorang janda/ibu tunggal yang sudah agak berusia pernah diganggu lelaki phsyco giler seks yang masih muda dan asyik datang kerumahnya.
5.Owh,ada lagi satu jiran yang selalu nak berlawan karaoke ngan rumah kite..kite bukak sket,eh dia pun nak tunjuk handal sama.

Ok,jiran ni memang jiran keliling lah ya.Bukan  seorang jiran je.Fakta yang lain tu Ell rasa tak berapa nak gila,tapi tang jiran2 tu Ell rasa sesuatu yang agak GILA!

Sudah selesai,harap Cik Lieya puas hati ya.Maaf lama sangat peram tag ni.

Tag 5 sahabat
3.Dee



20 Fakta Gile tentang orang2 di sekeliling ~Tag

Thursday, March 03, 2011

Marsha di perarakan MaulidurRasul~

Assalamualaikum..
Nak update asyik terbengkalai je.Mana dengan anak demam,sibuk jugak dengan kenduri tahlil arwah abang MIL yg meninggal minggu lepas.Ini tambah pulak dengan Marsha yang sibuk nak baju hijau untuk perarakan maulidurrasul Masjid Jamek Ayer Baloi.Sebenarnya ada je baju hijau dia raya 2 tahun lepas,tapi bila suh dia pakai..hallamak...macam sarung nangka daa...Cepat na budak ni membesar.Banyak2 kedai kat Pontian tu selai pun tak berkenanan.Tak naklah beli sebab terdesak kan...susah2 sangat pinjam je baju tokmak die(bonda saye) sbb saiz lebih kurang je.
Bila balik je rumah terus babah die "pling" (timbul idea) bagi marsha pakai baju kebaya lama Ell yang kalau pakai sekarang ala2 sarung nangka yang dah nak getas...hahah..

Haa...tengok dah besar dah anak mama.baju mama pun dah boleh muat. Baju ni Ell masih boleh muat untuk 5 tahun lepas...tapi sekarang.....:P
Cuma untuk Marsha ni Ell alter lah sana sini sinun sket.Malam tu jugak! dah esok pagi2 kul 7 kene berkumpul kat Masjid.

Haa..ni nak story mori lah citer lawak.tak tau lah teruja sangat ke apa si Marsha ni,jam 5.30pg dia dah bangun tidur.Pukul 6 tengah2 azan tu dia sekuat hati ketuk2 pintu sambil panggil"babah,babah,cepat bangun..Marsha dah lambat ni dah pukul 7,nanti cikgu marah" Astaga..maknya ni sambil terkebil2 tengok jam n terdengar azan cakap jam baru kul 6 pagi kan masih gelap..ingatkan lah nakbangun lambat sket sebab tak sekolah biasanya Ell tak buat breakfast...Adoi,gagahkan jugaklah temankan dia yang dah bersiap2 bagai nak rak,rupanya baru kul 6.
Ok dah,kesian die memang bersemangat waja betullah tu.hehe

Ni tempat bermula perarakan,Masjid Jamek Ayer Baloi.

melalui Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi

Marsha yang dah di arrow kan

Kemasnye barisan ni...tersusun je.:)
Ni dah u turn semula selepas 1km..pastu + 1km kedepan lagi.

hey Marsha,kamu nampak macam anak dara lah...:) 
n selalu dah nasihatkan dia supaya tak bersentuh2 dengan kawan2 lelaki walaupun cikgu suruh malah dengan cikgu pun tak boleh sembarangan bersentuhan...harap dia faham apa sebab musababnya...

Ramainya yang pakai hijau...


Marsha ada disitu...cer cari..

Sebarang kemalangan yang berlaku ada ambulans ni backup.Maka selamatlah mereka sampai ke destinasi penyudahnya...

Para2 bapa dan pari2 ibu bolehlah datang ke Masjid jam 9pagi untuk mengikuti acara yang disediakan.Tapi maknya si Marsha ni datang kul 11 pagi.heheh..Maaflah ya,saya ada anak kecik..(alasan)
Tiba je dah acara makan...makan kalau majlis MaulidurRasul kat sini macam biasalah dalam dulang/talam...tapi bukan nasi ambeng ya...semestinya nasi briyani daging.

Seronok dapat sama2 memeriahkan majlis Maulid Nabi ni.Tapi tulah die..tak dapat nak turut serta dari awal...
Marsha di perarakan MaulidurRasul~

Thursday, February 24, 2011

Bergelap 3 pagi..




Awal crita,dlm kul 1 pagi Aryan dgn Aariz baru trsedar dri tidur yg kebetulan trtidur awal td. So mngkin rasa kurang ngantuk,diaorg pun mcm brpakat masing2 brtahan mata main tu ni. Yg kita ni plak tk tahanlh nk layan diaorg tu,so tidurlah ayam2. Tiba2 dlm kul 2.30 senyap je dua beradik tu,Ell pn celiklh mata lepas Aryan kata " Ma..gelap Ma". Laa...blackout rupanya atau kata org kmpung tk de karen. Bila Ell cek diaorg..yg si Aryan tengah baring2 try nk lelapkn mata,yg Aariz plak sblh Ell trkebil2 mata dia cuba cari cahaya dlm gelap tu. Nk ketawa je Ell nengok kelaku budak2 ni.Pandai plak diaorg ni senyap bila tiba2 gelap ni,klau tk th brapa lama tahan mata dia. So lps hsbn Ell cek fius utama menendang ke tak (semuanya ok) Ell pn pasanglh bbrapa lilin n lps tu semua smbung tidur.

Tp dugaan betul harini bila jaga pg kul 5.50 dlm suasana sunyi dan gelap lg.Apa tidaknya,nak solat,siapkan anak2 pergi sekolah,buat breakfast n bekal bagai..huhu memang agak teraba2 bila buat kerja hanya dengan bertemankan cahaya lilin.

Anak2 pulak komplen air super sejuk.Nak masak kan air mandi?heh,tak yah manjakan sangat..biar dia sesekali rasa mandi air sejuk betul.Maknya pulak dah biasa masak air ngan electric kettle harini menggelabah cari kettle biasa..bila dah tak jumpa, masak air dengan periuk lah jawabnya.

Sejug air teh,secawan susu dan milo,untuk breakfast bikin burger simple untuk bekal anak2 juga.Siap pakai makan semua,ready lah nak pergi sekolah.Yang tak tahan cantik je timing,anak2 tengah pakai kasut,jam 6.50 pagi 'pling' lampu menyala...huhu apa rasa? tah ler...sabo je ler..yang penting boleh putar mesin ,basuh baju.

Tu ler kita ni asek lah merungut je.Bayangkan lah eh orang dulu2 yang hidup tiap2 hari dengan lampu minyak tanah,mandi air perigi,masak guna dapur kayu.Boleh je hidup.U'ols pernah rasa tak hidup macam tu?Ell pernah tapi zaman tu Ell belum sekolah,atok nenek Ell orang kampung pedalaman jugak lah...sekali sekala balik kampung mesti rasa saat2 nak pasang lampu minyak tanah tu,tapi tak lama rasa hidup macam tu.Lama2 hidup ni berubah...Syukur je dengan apa yang ada sekarang.Rezeki Allah bagi,sekali sekala Allah uji.

Bergelap 3 pagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...