PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label pantang. Show all posts
Showing posts with label pantang. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Berpantang...





Ell menulis ni melalui dari pemerhatian sekeliling.Bukan nak kata apa,cuma ada juga rupanya ibu2 yg lepas bersalin ni tak mengamalkan pantang.Seminggu pun tidak,apatah lagi 44 hari.U'ols pelik tak?Ell heran tau,padahal org melayu kita penuh dengan adat dan petua2 berpantang,tp ada segelintir yg Ell perhatikan dan diberitahu tidak mengamalkan langsung cara berpantang org melayu.Jgn kata memakan jamu,memakai pilis dan param..ambil ubat2an yg dikomersilkan pun tidak.Pengambilan makanan pun tak seperti org dlm pantang.


Nak kata hidup serba moden,tak jugak.Jgnlah mentang2 badan dh kecik molek,slim dn seksi, amalan berpantang diabaikan.Bukannya apa,nanti kesannya diri sendiri yang merasa bila dah tua.Sekarang memanglah sihat,tp bila umo baru mencecah 40an mulalah sakit sana sini.Itu ke yang dikehendakkan?Kalau berpantang dgn mengambil ubat yg dibekalkan hospital..berapa hari je boleh tahan.Setakat 2-3 hari ubat dh habis,selebihnya ikut suka.Mana boleh macam tu..Sekurang2 nya belilah produk yg dh siap set bersalin yg bnyk kat pasaran sekrang ni.Itukan lebih mudah dr tak mengambil apa2 langsung. Badan nak pakai sampai tua,jadi kenalah jaga.


Kalau nak ikut cara artis dan celebrity barat,tak trikut lah kita.Mereka bnyk peralatan moden yang serba canggih yang boleh membantu mencantikkan tubuh badan dan utk kesihatan.Tak heranlah mereka boleh kelihatan sgt bergetah walau dah berusia 50an.Tp kan,cuba u'ols tengok pelancong2 omputih yang datang melancong ke negara kita,yang tua2 tu semuanya dh melayut2 dan menggelebeh..:)


Apa salahnya kita ikut cara timur adat melayu kita.Kan ke bagus...Contoh pengamal yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengasas 'Mustika Ratu' ibu Mooryati.Walaupun umur beliau dah menjangkau 70an,tp masih lagi solid molid mcm perawan. :)


Ell sendiri pun bukanlah nak mengata sesiapa,diri sendiri pun kadang2 trlepas pandang dlm hal2 mcm nih.Tp tk bolehlah ambil sambil lewa..Bagi Ell nak berpantang senang je..combine kan antara nasihat2 dokter dan amalkan cara2 lama yg boleh diterima.Kita pun boleh fikir sendiri,mana yang dirasakan elok dan betul.


Ok lah u'ols..tu je lah n3 membebel Ell ni ya..sebenarnya Ell kesian kat individu tu.Mak mertua tolong bela dia tak setuju.Penyudahnya buat apa2 pun secara melulu.:)






Berpantang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...