PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Sarapan dan bekal~


Assalmualaikum...
kesian blog ni.Lama sungguh kena tinggal tuan..:D Sebenarnya ada je setiap hari surf internet segala,cuma tak berapa rajin nak ketik-ketik keyboard post apa-apa.Tapi hari ni agak tergerak hati nak menulis tentang sesuatu.Manalah tahu hari ini sebagai permulaan,dan mungkin esok lusa idea bertalu-talu. 


U'ols atau pun anak-anak, sarapan tak waktu pagi atau nak pergi sekolah.Haa..cek betul-betul rutin harian u'ols ya.Kesian lah tengok adik-adik yang kecik-kecik tu pergi sekolah sakit perut,masuk angin.Pastu nanti muntahlah,peninglah,pitam lah.hai,jangan buat naya.Menyusahkan orang keliling je.Lebih-lebih lagi cikgu,nak mengajar pun jadi tergendala.

U'ols tahu tak otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.(langsing tu tak kukuh lagi)ahakss

 Sebenarnya,pengambilan sarapan pagi tak perlu terlalu berat.Cukup sekadar sekeping roti,segelas susu atau cereal/bijirin.Tetapi,jika memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga,ia mampu menahan rasa lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahhari.Kata pakar,kesan nya amat positif terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan waktu pagi.Mereka lebih fokus dalam pelajaran dan boleh menyelesaikan masalah terhadap pelajaran dengan baik.


Ok,untuk anak-anak Ell sejujurnya sejak dari sekolah tadika Ell dah bekalkan d'ols dengan sarapan dari rumah.Dan sampai sekarang pun Marsha dah darjah 4 masih bawak bekal tanpa malu.Patut Ell berterima kasih dengan cikgu-cikgu sekolah tadika tu jugak sebenarnya.kalau sekolah Tadika Kemas d'ols mesti sediakan makanan untuk murid-murid.Sebab tu Ell ingat lagi orang ramai yang kata Tadika Kemas tu sekolah makan..:)

Mula-mula register Marsha sekolah Tadika Islam tu dulu,agak kecewa sedikitlah sebab pihak sekolah tak sediakan makanan.Murid-murid kena bawak bekal dari rumah.Dan d'ols boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau cikgu di sekolah.Time tu Ell ingat lagi terpaksa bergigih bagun awal-awal pagi nak bikin sarapan yang sedap-sedap.Maklum jelah,memang dah tahu cikgu-cikgu akan rasa juga bekal murid-murid :) Kata orang "alah bisa tegal biasa"kan.Lama-lama dah jadi kebiasaan n tak kisah nak menumbuk cili untuk nasi goreng kampung seawal 6 pagi.(kadang2 dia dh request malam sblm tidur).

Untuk pegetahuan,apa yang dikatakan sarapan ialah pada waktu 7-9pagi.Orang yang mempunyai penyakit seeloknya ambil lebih awal iaitu pukul6.30pg.Sarapan sebelum pukul 7pg adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Sebab itu,Ell pastikan anak-anak Ell ambil sarapan sebelum pergi sekolah dan bekalkan juga dengan sarapan tu.Sekali sekala je bagi duit belanja sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali,kadang-kadang seminggu sekali pun tidak.Nasib d'ols tak de komplen apa-apa.

Ini bekal anak-anak Ell ke sekolah.Yang merah Marsha punya,n yang pink Dina punya.gambar ni ambil sebelum cuti sekolah haritu,sekarang botol air Marsha lagi besar dengan air penuh.Alah,botol nestea yang macam dalam iklan tu...."goncang botollah..bukan badan..." 

Ok sarapan pelbagai ya..tengoklah internet.Dah ada kemudahan kan.Selalu search resepi mat salleh yang simple2 lah.Paling cikai pun nuget or frankfurter n fries.Tu kalau terbangun 'awal' lah.Kalau bangun lagi awal boleh buat murtabak simple,sandwich,mini pizza guna roti,penkek/lempeng,baked bean,lasagna,frittata,murtabak meggi,sosej roll n macam-macam lagilah.Paling terdesak pun roti sapu jem,kalau sempat toast akan di toast.Tapi yang penting roti mesti ada setiap hari kat rumah. 

Salah satu kebaikan bawa bekal makanan dari rumah ni,kebersihan kita yang kawal.Makna nya dijamin bersih.Anak-anak Ell jarang bawak duit saku pergi sekolah.Bukan masalah kewangan,cuma nak biasakan budak-budak ni tak main sangat dengan duit.Melainkan ada keperluan di sekolah yang memerlukan duit.
Citer pasal duit belanja sekolah ni,teringat Ell waktu Marsha darjah 1.Time tu memang terlewat habis nak prepare sarapan.1st time bg dia duit belanja.Bagi 50sen je sebab dah bawak bekal air.Kalau 50sen tu cukuplah sebungkus nasi lemak katanya.Balik sekolah je sebagai mak yang prihatin ni(eceh) tanyalah kat sekolah beli makanan apa?Si anak pun jawab beli tempe goreng(fav dia tu).Ok,tapi yang tak puas hati ada ke dia bayar semua 50sen tu untuk sekeping tempe yang harga 20sen.Dia seboleh2 argue yang makcik kantin kata tempe tu 50sen.tak logik kan,sebab tempe tu kecik je.Lepas tu 2 tahun jugaklah tak bagi dia duit belanja.Bukan takat tu je,siap belanja kawan pun ada,beli pemadam lah,pensel lah...murah hati betul tau.Tapi bagusnya sikitpun dia tak merengek nak minta duit belanja sekolah.Pada dia bawak bekal tu tak de masalah.



Sarapan dan bekal~

Monday, November 16, 2009

Hasil tahun pertama~DINA


2009 adalah tahun pertama Dina (2nd dotter) sekolah di Tadika Al-Huda (Tadika ABIM).Walaupun Dina berusia 5 tahun tp Alhamdulillah boleh serba sedikit menghafal ayat2 Quran antaranya Bacaan Yasin dan Ayatul Qursi.Syukur..tadika ni mmg menekankan aspek keagamaan.
Nak dipendekkan cerita,hari sabtu yang lepas (14 Nov 09) adalah hari majlis Penyampaian Hadiah Kecemerlangan pelajar2 Tadika Al-Huda peringkat daerah Pontian (3 sekolah).Majlis start kul 8.30pg-10.30pg.We'ol sefamily termasuk MIL pergi memberikan sokongan kepada majlis.Utk pelajar 5thn,Cikgu2 tak arrange sebarang persembahan sbb persembahan atau pertunjukan bakat menghafal,nasyid atau sebagainya nya lebih ditumpukan kepada pelajar yg berumur 6thn memandangkan ini adalah tahun terakhir sebelum d'ols menjejakkan kaki ke primary.
*Oh ya,Marsha (1st dotter) tak dapat ikut serta sbb ada acara larian flora & fauna di sekolahnya.
Ell mahupun hsbn tak bnyk amik gambar.So u'ols tengok je lah apa yang ada ni ye..:)
Ini hadiah utk tempat pertama dlm kelas (umur 5thn) bg pertengahan penggal pertama.Siap pakai jubah :)
Hadiah tempat ke-3 dlm kelas bg penggal terakhir persekolahan.
"Tahniah buat DINA!!!Walaupun sedikit merosot,Mama yakin semua org berbangga dgn pencapaian Dina.Perjalan masih jauh..teruskan usaha menuju kecemerlangan.Satu hari nanti,Dina pasti BERJAYA!!"
Selepas selesai majlis dan acara,we'ols debekalkan makanan tengahhari oleh cikgu2.Ngam2 waktu Marsha balik.Terus we'ols mintak diri .(mkn pun dh dpt,apa tunggu lagi.. hehe)
Kat rumah parent Ell (depan sekolah je) Dina tunggu Marsha..tak sabar2 dia nk menunjuk apa yg dia dpt.Nmpk je kelibat kakaknya tu,terus menerkam dan tk habis2 bercerita ini dan itu. :)
Dina dengan 2 hadiahnya kaler GOLD n BRONZE disamping kakaknya yg keletihan...
Alhamdulillah..tahun pertama menyemai benih inilah hasilnya,Walaupn prjalanan masih jauh namun laluannya Alhamdulillah sudah kelihatan dan mudah2an Allah permudahkan segalanya.Semoga tahun mendatang akan melimpah ruah ilmu didada.Insya'Allah.


*Maaf ye u'ols, gambar yang dipaparkan agak kekaburan.Camera salah setting..
Hasil tahun pertama~DINA

Friday, November 14, 2008

Malas ah nk ckp....

Aduh! dh 2 hr dh tk on pc n bloghop,apa lg nk surf internet...mcm tk lengkap je routine seharian...Tambah plak smlm ptg Dina n Aryan mula nk demam sbb trkene hujan sket pg smlm..(tp hr ni dua2 dh ok...)
Owh..cite smlm masa marsha ambik award tu,malas ah nk cite.. geram tau smlm..Ell tk dpt nk snap gambar masa Marsha ambik award...kaedahnye..tk de lh gambar2 masa kejadian ekk.Hukhuk sedey...:(
Ell sibuk melyn si Aryan yg dh pandai merayap kesana kesini..Cam pd Ell,babahnye pn duduk tah kt memane ..susah plak nk pass cam.Camera plak rupanye dh low batt.So,balik rumah ini je lh yg Ell snap sbg kenangan... Itu pn guna cam h/p.Jadilh..dr tk de...

*Apa2 pn semua family member tumpang bangga....
Malas ah nk ckp....

Saturday, November 01, 2008

Hari sukannn....

Kesian tau kt my dotter si Marsha...nk sgt Ell ikut n tengok acara sukan kt skoll die..tp apakn daya....dek kerana sekor ular sawa rancangan pn trgendala....tk pe,next year ada lagi kn...
Disebabkn Ell tk pegi,tk delh pic bnyk mane...yelah,yg rajin mensnap2 gambar ni kn ke blogger ...yg tk blogger tu ala2 kadar ajelh ngambik nye...

Dari dikejauhan...somewhere over there is marsha
u'ols handal? cariklh mane marsha .tunjukkn skill memasing


*Lupa Ell nk snap pic medal die...dpt 4th place je dlm acara sukaneka brkumpulan....
*Bnyk lg acara tp tk dpt upload,dh babah nye ambik itu aje...kata dia leka sbb bnyk ketawa je,yelah mcm2 gelagat bdk2 tu trmasuk yg pra-sek skali.bnyk babak yg kelakar2...




Hari sukannn....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...