PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, August 28, 2009

Mendesak & Terdesak

Bismillah....
Dah seminggu kita puasa kan..tak sedar pun.Ell mcm biasa je.Dh masuk 5 bulan pegnen ni makin dahsyat pulak kerenahnya.Awal2 pegnen tak pulak cenggini.Semenjak Ell demam aritu,selera Ell dh putus terus,tayanglh makanan apa pun depan mata,dh takde nafsu langsung.Kat pale otak ni,tk trfikir pun mknnn apa yg best2 n sedap2.U'ols leh imagine berat badan Ell ni lebih ringan dr sblm pegnan.nasi sikit pun Ell tk sentuh,sbb rasa nk muntah.Kalau mkn roti sekeping tu,amik masa 45minit baru nk abis..kemain lama.serius..Ell pulak bukanlah jenis yg suka mkn asam2 nih.
Ok,2-3 hari ni,Ell rasa selera Ell mcm nk pulih sket.Tp 1st thing yg trlintas is buah jambu bol.Dlm minggu ni gigih jugak lah mak ngan hsbn Ell carik jambu bol nih.Tanya kat Pasar Tani,umah sedara2,umah kwn2 dn yg sedih tu,rupanya jambu bol ni baru je habis musim bulan 6-7 aritu.Yang mak Ell plak,tk de jambu bol,asal namanya jambu mesti hantar kat Ell.Tak kiralah,jambu batu,jambu air,jambu madu,rojak jambu semua bg sini.Sian mak,susah payah plak dier..
So,Ell mintaklah jasa baik u'ols dibulan puasa ni kalau2 kat tempat u'ols masih ada lg musim jambu bol nih.Mungkin dapatlah kiranya balik kan semula selera Ell yg dh hilang nih.Sian kat baby..(ish! salahkan baby plak,tekak maknye yg ngengade..)
Kalau tak dpt yg merah,yg kaler pink dekat2 nk masak tu pun ok...dh kepingin sgt nih.
Punyalah terdesak sgt Ell nk jambu bol ni,Ell pergi google mana2 blog or website yg tayang buah jambu ni n tanpa segan silu Ell mintak tolong pos kat Ell.Yg sedihnya,tk bnyk org yg tahu.Keluar2 gambar,buah jambu bol ni kat Indon.
Mcm ni la eh,if u'ols senang nk dpt jambu bol ni,boleh tk u'ols kirim kat Ell sket sebiji 2 (org ngidam ni bukan bnyk na yg nk dimkn..asal lepas gian je).And,kalau u'ols takde or tak tau pun jambu ni,takyah lh susah2 carikan utk Ell yer..
Mekasih...
*gambar ihsan dr yahoo,google & MSN
*pegnen kali ni mmg teruk,tk mcm sebelum ni.

Mendesak & Terdesak

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum...
Syukur Ramadhan dtg lagi disaat kita masih dipanjangkan usia.Dapatlah kiranya menambah amal ibadah dan pahala mana yg berkurang sepanjang perjalanan hidup kita.Sesungguhnya amal ibadah yg dilakukan pd bulan Ramadhan akan digandakan ganjaran dan pahalanya berlipat kali ganda.
Sepanjang seminggu Ell merehatkan diri,segala aktiviti Ell seharian agak terganggu disebabkan kesihatan Ell yg agak kritikal (bkn H1N1) .Mula hari Ahad-Isnin Ell terkena batuk2 ringan,tp tk pulak Ell gi check dokter.Malam Isnin tu batuk semakin melarat sampai terkena serangan asthma yg boleh dikatakan agk serius sampai tk dpt tidur.Satu badan dh rasa lenguh dn sakit dek krn batuk tk henti lebih2 lagi bahagian kepala dn perut.Seksanya Ell tanggung masa tu Allah je yg tahu.Terlentang,trlungkup,tertonggeng,semua serba tk kena.Hsbn Ell time tu tidur asing memandangkan dia pun ada batuk yg agak teruk,so katanya tk nak lah rebakkan virus pd org lain.Hsbn dtg tolong picitkan mana2 tmpt yg lenguh,tp kesakitan tk jugak kurang.Sampai kepagi Ell tk tidur,anak2 Ell gi sekolah d'ols bersiap sendiri.Tp Ell gagahkan jugak sediakan b/fast utk d'ols bawak bekal ke sekolah.
Pagi Selasa, Ell mintak hsbn teman kan gi klinik sbb rasa mcm dh nk trcabut nyawa Ell nih,rasa macam beratnya nk tanggung penyakit ni Ya Allah...Dgn jln trbongkok2,keadaan Ell agak merisaukan staff nurse kat situ memandangkan Ell pregnant so,Ell di beri keutamaan :).Weight,dh sah2 turun sbb Ell langsung tak boleh telan mknn even seteguk air.Temp., 39.7' yg mmg sgt merisaukan.Dh siap amik darah sumer,syukur Ell tk de jangkitan apa2.
2 hari Ell trsadai kat umah tk buat apa2, hari rabu Ell mula rasa lega.Lps subuh kul 6pg Ell call mak tanya kesihatan n mengucapkan "selamat hari jadi" tp malang sungguh tak de sesuatu yg istimewa dr Ell.Ell khabarkan sekali kesihatan Ell yg agak tk menentu (dat time Ell rasa badan berat susah nk gerak).Ell menangis dpn hsbn minta simpati (tp mmg trsgt sakit,bukan pura2).Tambah merisaukan,Marsha pulak mengadu demam.then we'ols amik keputusan bawak sekali gi klinik berbayar yg mmg kebetulan Ell nk scan baby takut2 kalau ada effect apa2.Baby ok n active.(lega..)We'ol balik umah, mak Ell dtg bawak makann (biasalah,adat org berkunjung).Ell mintak mak urutkan satu badan lebih2 lg bhgn kepala, rasa mcm ditimpa sesuat yg amat berat.Mak perahkn limau nipis dn curah minyak cap kapak,kemudian di picit2 keliling kepala.Sampai kehari ni,Ell rasa lega sakit kepala.
Hari Khamis,baru Ell rasa nk buat kerja2 rumah semula,Ell dh mencungap kepenatan dn batuk dtg lg.Kali ni Aryan pulak demam siap dgn kerenahnya yg kadang2 susah nk faham....Ell harap semoga Ell diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa dengan seikhlasnya.Kalau ikutkan hati,mmg rasa tk berdaya dgn keadaan Ell yg agak lemah sbb tk mkn,tk minum ubat pun kadang2 Ell muntahkan semula dgn rasanya yg tah apa2.bibir Ell kering mengelupas sampai berdarah.Tp bila Ell fikir semula,tk de beza pun kalau Ell mcm tu dgn Ell teruskan je puasa..
*Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa2 kecil..wallahualam.

Buat u'ols semua,Ell mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dn Selamat Berpuasa.Semoga bulan yg penuh barokah ini dpt menyucikan jiwa kita dan berpuasa dgn penuh keikhlasan dan keimanan.Ell nk mohon ampun maaf adai ada kesilapan yg Ell lakukan pd u'ols..Semoga amal ibadah kita diterima oleh NYA.

Sblm Ell trlupa,Ell nk ucap trima kasih pada Dee sbb bg Ell FM dr Sabah ni.Maaf lh Dee Ell lmbt nk update dlm blog.Tp Ell dh imform kat Dee kan...Mekasih bnyk2 ye Dee.Harap2 satu hari nnt dpt brjumpa dgn sipemberinya pulak ye..Semoga persahabatan kita kekal trjalin.




Ramadhan Al-Mubarak

Friday, August 14, 2009

Kejadian Manusia yang Kontroversi~

Friday,August 14,2009

Salam buat semua di hari yang indah, Jumaat penghulu segala hari..Firstly,ell nk mengirim ucapan takziah kepada keluarga Ustaz Asri Rabbani kerana telah pergi menghadap Ilahi.Ell rasa agak terkejut slps dpt berita kematian beliau pagi semalam di TV,dn rasa sdkt hiba memandangkan beliau pergi dgn 'mudah' hanya sempat melafazkan kalimah ALLAH,beliau rebah dn pengsan.Dihospital pantai KL,beliau disahkan meninggal dunia tepat kul 11pg ttp doktor menganggarkan beliau tlh menghembuskan nafasnya yg trakhir sblm tiba/semasa perjlnn kehospital..
Al-fatihah buat arwah.


~~~~~~~~~~~~


Sesungguhnya manusia itu dijadikn oleh Allah maka kepada Nya jugalah kita dikembalikan.

Telah diriwayatkan penciptaan Adam adalah salah satu ciptaan drpd Allah yg paling kontroversi atau paling disebut2 makhluk Allah yg lain.peristiwa tersebut disebut didlm Al-Quran apabila para malaikat mempersoalkan kejadian manusia sbg khalifah atau pengganti bumi.
Firman Allah; "Sesungguhnya Kami jadikan manusia ialah dgb sebaik2 kejadian" (surah Al-Tin:4)

Allah tlh memerintahkan Malaikat Jibril turun ke bumi utk mengambil sbhgn tanah sbg bahan utk menjadikan Adam.Walau bagaimanapun,bumi enggan membenarkan tanahnya diambil malah bersumpah dgn nama Allah yg dia tdk rela utk menyerahkannya krn kebimbangannya sprt yg dibimbangkan oleh para Malaikat.
Jibril kembali stlh mnedengar sumpah trsbt lalu Allah mengutuskan pula Malaikat Mikail dan kemudiannya Malaikat Israfil tetapi kedua2 nya juga tdk berdaya hendak brbuat apa2 akibat sumpah yg dibuat oleh bumi.Maka,Allah memerintahkan Malaikat Izrail utk melakukan tugas trsbt dn menggesa agar tdk brundur walaupun bumi bersumpah krn tugas trsbt dijalankan atas perintah Allah.
Izrail lalu turun kebumi dn mengatakan yg kedatangannya adalah atas perintah Allah dn memberikan amaran kpd bumi utk tdk membantah yg memungkinkan bumi menderhaka kpd Allah.
Menurut Ibnu Abbas,tanah2 dr bumi dn syurga digunakan utk dijadikan bahan mencipta Nabi Adam,bapa keturunan semua manusia.Tanah-tanah tersebut ialah:-
  1. Tanah Baitulmuqaddis - dijadikan kepala sbg tempat kemuliaan utk diletakkan otak dan akal.
  2. Tanah Bukit Tursina (Mesir) -dijadikan telinga sbg tempat mendengar dan menerima nasihat.
  3. Tanah Iraq - dijadikan dahi sbg tempat sujud kpd Allah.
  4. Tanah Aden (Yaman) - dijadikan muka sbg tempat berhias dan cantik.
  5. Tanah telaga Al-Kautsar - dijadikan mata sbg tempat menarik perhatian.
  6. Tanah Al-Kautsar - dijadikan gigi sbg tempat memanis-manis.
  7. Tanah Ka'abah (makkah) - dijadikan tangan kanan sbg tempat mencari nafkah dn bekerjasama.
  8. Tanah Paris (Perancis) - dijadikan tangan kiri sbg anggota utk melakukan istinjak (guna membasuh najis,air kecil atau air besar)
  9. Tanah Khurasan (Iran) - dijadikan perut sbg tempast brlapar dn diisikan makan dan minum sekadarnya.
  10. Tanah Babylon (Iraq) - dijadikan alat kelamin(kemaluan) sbg organ seks dn tempat bernafsu serta tempat yg mudah sekali digoda syaitan.
  11. Tanah Tursina (Mesir) - dijadikan tulang sbg bingkai peneguh diri manusia.
  12. Tanah India - dijadikan kaki sebagai anggota utk berdiri dn berjalan.

  13. Tanah Firdaus (Syurga) - dijadikan hati sbg tempat keyakinan,keimanan dan kemahuan.

  14. Tanah Taif (Arab Saudi) - dijadikan lidah sbg tempat utk mengucapkan syahadah,bersyukur dan berdoa.

Tubuh Adam mempunyai 9 rongga atau liang.7 liang di kepala dan 2 lg dibawah badan iaitu 2 mata, 2 telinga, 2 hidung, 1 mulut, 1 dubur dan 1 uretra.5 pancaindera dilengkapkan dgn anggota tertentu sprt mata utk penglihatan,telinga utk pendengaran,hidung pengesanan bauan, lidah utk merasa dan kulit utk sentuhan.
Ketika Allah menjadikan tubuh Adam,tanah dicampurkan dgn air tawar,masin dan hanyir beserta api dan angin.Kemudian Allah resapkan Nur kedalm tubuh Adam dgn pelbagai sifat.Lalu tubuh Adam digenggam dgn penggenggam Jabarut dn diletakkan di dlm Alam Malakut.Tanah itu dicampurkan lg dgn istilah wangian dn ramuan dari Nur-Sifat Allah dan dirasmi dgn "Bahrul Uluhiyah".Kemudian,tubuh trsbt dibenam dlm "Kudral Izzah" iaitu sifat "Jalal dan Jammal" lalu disempurnakan tubuh trsbt.
Menurut keterangan ulama',tubuh Adam diselubungi dlm tempoh 120 tahun,40 tahun ditanah yg kering,40 tahun ditanah yg basah dan 40 tahun ditanah yg hitam dan berbau.Dari situ,allah ubah tubuh Adam dgn rupa kemuliaan dn trtutuplah dr rupa hakikatnya.Kerana proses kejadian itu yg melalui peringkat 'kotor',tdk hairanlh Malaikat dan Iblis memandang rendah akan kejadian manusia.Apatah lagi Iblis yang bersumpah akan menyesatkan keturunan anak Adam hingga hari kiamat. (Tak pe,lagi seminggu je umat islam akan berpuasa..maka syaitan2 dn iblis akan dikurung dan dirantai semuanya)
Roh diperintah Allah utk memasuki jasad Adam ttp sprt makhluk lain,roh juga enggan,malas dn segan krn jasad yg sprt batu.Dikatakan roh berlegar-legar mengelilingi jasad Adam sambil disaksikan Malaikat.Kemudian,Allah memerintah Malaikat Izrail memaksa roh memasuki tubuh trsbt masuk kedlm tubuh Adam.Ia memasukkannya kedlm tubuh dn roh secara perlahan-lahan masuk hingga ke kepalanya yg mengambil masa 200 tahun.Setelah meresapi ke kepala Adam,maka berfungsilah otak dn trsusunlh urat saraf dgn sempurna.Lalu terjadilah mata dn terus terbuka melihat tubuhnya yg masih kerasd dn Malaikat dilihat disekelilingnya.Telinga mulai brfungsi dn didengarnya kalimah tasbih para Malaikat.Apabila roh tiba ke hidung,lalu ia bersin dn mulutnya juga terbuka.Allah mengajarkan kalimah "Alhamdulillah" yg merupakan kalimah pertama diucapkan Adam dn Allah sendiri yg membalasnya.
Kemudian,roh tiba ke dadanya lalu Adam berkeinginan utk bangun padahal tubuhnya yg bawah masih keras membatu.Ketika itu,ditunjukkan sifat manusia yg trburu-buru.Ketika roh sampai diperut,maka organ dalam dn perut trsusun sempurna dan saat itu Adam mula merasa lapar.Akhirnya,roh meresap keseluruh tubuh Adam,tangan dan kaki dan berfungsilah dgn sempurna segala darah daging,tulang,urat saraf dan kulit.Menurut riwayat,kulit Adam amat baik ketika itu berbanding kulit manusia kini dan warnanya masih dapat dilihat dikuku sbg peringatan kepada keturunan manusia.
Dengan itu,sempurnalah sudah kejadian manusia pertam dan Adam digelar sebagai "Abul Basyar" iaitu bapa manusia.

Kajian sains berkaitan unsur-unsur dalam diri manusia

Kajian sains tlh menunjukkan bahawa unsur kimia pada tubuh manusia trdiri drpd unsur yg terdapat pada tanah.Nisbah unsur yg terdapat didalam badan manusia memberikan kesesuaian dalam sifat dan fungsi anggota setiap bahagian manusia.Antaranya unsur yang didapati adalah:-
  • karbon

  • oksigen

  • hidrogen

  • fosforus

  • sulfur

  • azote

  • kalsium

  • kalium

  • natrium

  • klorat

  • magnesium

  • ferum

  • manganese

  • kuprum

  • iodin

  • klorin

  • kobalt

  • zink
  • silikon
  • aluminium
  • molebdenum
  • boron
  • vanadium
  • selenium
Dua-dua gambar ini menunjukkan cara-cara manusia menghubungkan rohnya dengan alam ghaib.Bagi umat Islam cara solat adalah lebih berkesan dan cara yang amat agung disisi Allah dan mendapat keredhaan -NYA.
Wallahualam...
Kejadian Manusia yang Kontroversi~

Tuesday, August 11, 2009

cute n sweet~

Tuesday,August 11,2009

Salam rindu utk u'ols...:)

Memula sekali nk ucap mekasih bebanyak pd aqsha yg sanggup kirim gift yg saangat cute utk semua pengikut blog dier..apalah sesusah sgt..akak ikhlas apa nk bersahabat ngan zura.thnx anyway ye zura.hargai sesangat.walaupun kecik,tp ada makna kan..:) sampai sekarang masih elok je akak simpan utk koleksi dr blogger.

icecream keychain yg comel beserta lil note sbg tanda ingatan..:)

Then,last friday harijadi English teacher @ guru kelas yg agak special jugaklah buat Marsha..Kononnya nk bg birthday present..tp we'ols tk sempat pun nk gerak kemana2 memandangkan hsbn Ell sibuk ngan urusan badminton nya tu..plus BIL ada balik kg.

Kesian tengok Marsha yg terus desak nk jugak bg sumthing kat teacher nyer..Ahad malam Isnin tu Ell bikin satu kad harijadi buatan tgn bg Marsha senang hati..Maknya ni pun gigih lah buat dgn nyorok2 tk nk bg gempak...bila dh siap baru Ell tunjuk.Wah..senyum meleret Kak Marsha kita u'ols..

Inilah kad nyer yg dh siap dihasilkan...hentam jelah u'ols..guna je apa yg ada :)

Ini sampulnya..Ell guna paper bag yg org bg utk isi bunga telur or jajan waktu kenduri kawen tu..sib baik ada yg size kecik..bleh ubah jadi envelope..:)

Ini adalah hasil kedua2 kad dn sampul tu..Apa yg ada dlm nya tu,tulisan tgn Marsha sendiri..:)

And... pagi Isnin smlm Marsha dh standby bg teacher nyer kad tu.Memula katanya reaksi teacher nyer biasa2 aje..tp bila dh abis kelas tu tak habis2 teacher nyer ucap "thnk you "3x soooo much...Budak2 kan kalau org bg respon lebih brbunga2 lh hatinya..:)

So u'ols...itu jelah n3 Ell hari ni yg tk seberapa n tah hape2..:) Ell dh nk gerak gi jengah umah u'ols nih...tunggu eh.Tp tak pe,kalau u'ols tak de pun Ell tinggalkan pesan je..bulehhh?



cute n sweet~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...