PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Friday, November 12, 2010

Potty Training :Tips





Seperti yg dah Ell janjikan,Ell nak bg tips cammana nak potty training anak2.Sebenarnya potty train bila rasa anak2 dah ready utk tak pakai diapers bukan ikut umur dia ya.Sebab mengikut perhatian Ell itu sebenarnya akan membuatkan potty train akan mengambil masa yg agak lama.

Sejujurnya,awal tahun 2010 Ell dah cuba utk ajar Aryan pergi ke toilet kalau terasa nak membuang.That means umur Aryan time tu 2thn 2bln.Dan masa tu pulak Ell baru melahirkan Aariz.So,kali pertama mmg agak menghampakan lah.Ell pun terkejar kesana kemari.Kdg2 jadi runsing tak tau nak handle yg mana dulu.Untung sebenarnya Ell duduk ngan mertua ni.boleh jugak memebantu serba sedikit.Tapi mertua Ell ni jenis suka tengok cucu2 dia diasuh dan diajar oleh parents sendiri.Tak sukalah dia nak masuk campur dan memanjakan sgt.Mertua Ell ni suka bantu dr segi masak memasak jelah, itu mmg kesukaan die,yg lelain mmg kene setlle kan sendiri..Yelah diapun ada hobi die sendiri kan..Org tua2 ni apalagi kalau tak dgn pokok2 bunga...Ok dah,terkonar pulak.

Lepas dah gagal utk pertama kali tu,Ell putuskan takyah lh potty train Aryan dulu.Biarlah lama mana pun dia pakai diapers.Tak kisahlah sampai umur 4thn pun...Heheh sampai camtu nye putus asa.

Bila si cousin Aryan yg sebaya,(cuma beza awal 3bln dgn Aryan) ibunya dgn gigih potty trained,terdetik jugak dlm hati nk potty train Aryan.Balik raya haritu dgn bangganya Si Siddiq (cousin nya tu) dah free diapers.Wah..jelesnye..:)

Ok,apa yg Ell cuba buat sekarang nak latih Aryan pulak.

Sebelum start:

#1 Pemerhatian
Ell suruh Aryan tengok kakaks nya camner kalau terasa nak terbuang.(bukan suh tengok dlm toilet ya,tengok caranya)maksudnya kalau terasa nk terbuang kakaks nya akan berlari2 pegi toilet.

#2 Rangsangan
Bgtau dia,org lain yg sebaya dh tak pakai diapers,disbbkn Aryan asyik nk kesekolah Ell ckplh "kalau gi sekolah,tk boleh pakai diapers sbb kat sekolah org tk pakai diepers,nnt kene ketawa."

#3 Underwear kegemaran
Pergi kedai,beli underwear yg mana dirasakn sgt menarik minat dia utk dipakai.Dgn syarat no more diapers.

#4 Potty Chair yg menarik
Belilah potty chair yg menarik,supaya dia rasakan selesa bila duduk kt situ.Bgtau dia, "potty chair tuk yg tak pakai diapers,Tp kalau nk pakai diaper,takyahlh beli potty chair ni." Untuk Aryan Ell tk guna pun potty chair,sbb nmpknya dia dh boleh panjat terus atas toilet bowl tu.

Ok,bila semuanya dh dipersetujui,maknanya semua dia kata "ok",apalagi itulh masa yg sesuai..

n ready,set go!!

#1 Mengatur masa
Ini kerja mmg penat sket.Setiap 15 minit tanya  atau bawak pergi ke toilet.Bg merangsang pembuangan air kecil,basahkn kemaluan dia dgn air atau buat bunyi2an seperti "ssshhhh.."Kalau rasa 15 minit tu singkat,panjangkn sket masa seperti 20-25minit.
Setiap pagi dan sebelum tidur tanyakan samada dia nk ke toilet.Alas plastik atau tikar getah ketika dia tidur. 
-Kalau dia tak buang pun tk mengapa,biasakn membasuh kemaluannya dn membaca doa sebelum masuk dn keluar tandas.

#2 Memberi ganjaran
Secara fitrahnya,budak2 mmg sukakan ganjaran.Menurut kajian,ganjaran yg selalu dipraktikkan diseluruh dunia ialah carta dan sticker bintang.Buat satu jadual warna warni,kemidian ajak dia lekat kalau dia berjaya melakukan potty pd hari itu.Tuliskan"Aryan Barjaya!!" (cnth) pasti dia akan tersenyum bangga melihat kejayaannya. Tentu dia teruja nk kumpul koleksi bintang2 tu.

#3 Rayakan kejayaan
Untuk 1-2 minggu yg pertama dia berjaya menampakkan percubaan tanpa diapers,bawak dia berjln2 ketempat yg selalu dimintanya contoh playground.Kemudian beritahu pd nya yg dia akan selalu bermain kt playground kalau berjaya sepenuhnya tanpa memakai diapers.Bgtahu kwn2 dia atau sesiapa saje bahawa dia dh tak pakai diapers lg.Tentu dia akan bertambah suka..

#4 Motivasi
Sentiasa berikan motivasi kepadanya. Samada melalui perbuatan, mahupun percakapan. 

Contoh-contoh ayat;
(Apabila dia berjaya ke tandas) “Yeay, Aryan berjaya!! Sayang anak mama..Mmuaahh” "dia dah besar la..,dh boleh pergi sekolah"

(Sebelum keluar dari rumah) “Aryan akan cakap dengan mama bila terasa nak kencing,kan?”Dia pun mengagguk-anggukkan kepala. “Sayang anak mama..mmmuaaaah!”

(Apabila melihat anak ter-kucil di luar tandas), “Tak apa Aryan, nanti mama lap. Lain kali, kalau Aryan rasa nak terkencing, Aryan terus pergi ke tandas, tau. Mama rasa Aryan boleh buat. Sayang Aryan..mmmuaaah”

**pelukan dan ciuman ibubapa dapat meningkatkan keyakinan anak terhadap dirinya.

#5 Kesabaran 
Nak ajar anak2 ni perlu sabar,kemalangan atau ketidak sengajaan selalunya tak dpt dielakkan terutama bila dia rasa penat.Berikan senyuman,senyuman dan senyuman serta dorongan supaya dia rasa kita yakin pdnya yg dia boleh melakuknnya.Tak perlu nk marah2,tingkatkn iman dlm diri kita krn sabar itu sebhgn iman..cukup sekadar berkata "uh-oh...tk pe,lain kali mesti dpt sampai ke toilet kan"

#6 Konsisten
Konsisten mesti ada,jgn hari ini tak pakai diapers esok pakaikan semula..dgn alasan dh penat tapi tk berjaya.nanti dia keliru samada nak buang dlm diaper atau di toilet.Jgn lupa bgtau pengasuh rutin potty train ank2.


Selain dr tips2 kat atas ni,Ell amalkn
membaca
Robbi yassir wa laa tua’ssir ” (Ya Tuhanku, mudahkanlah dan jangan disusahkan)

-30 minit sebelum tidur, pastikan dia tidak minum air.
-Ajak ke tandas  sebelum tidur.
-Ajar dia beri isyarat atau cakap apabila terasa hendak membuang air.
-pakaian yg simple,tak perlu seluar berzip atau button,lebih2 lg overall.. buat sementara.Seeloknya seluar getah yg boleh dia tanggalkan sendiri.

MIL pulak selalu urutkan bhgn ari2 (antara kemaluan dn pusat)sebelum masuk tidur.Sambil berbual2 dgn dia dan...
Amalkan tasbih fatimah sebelum tidur:
  1. Subhanallah 33x
  2. Alhamdulillah 33x
  3. Allaahuakbar 33x
  4. Laailaahaillallahu wahdahu laa syariika lah. Lahul mulku walahul hamdu, wahua a’la kulli syaiiin qadir 1x
Fadhilatnya; Allah swt akan memberikan bantuan lebih baik daripada mempunyai seorang pembantu.

Teruskan berdoa, usaha, dan berdoa lagi dan lagi. InsyaAllah


Biasanya waktu kritikal 3-4hari je..Tp,untuk menambahkn keyakinan dan keupayaan anak,maka berikan peluang selama seminggu.Bg ibu2 yg berkerjaya tu,pilihlh masa ketika cuti panjang dan tdk ada sebarang sbb utk ank keluar rumah sprt majlis kawen,shopping dn sebagainya.Ibu2 pun akan lebih konsisten.




*Semoga perkongsian ini bermanfaat..:)
*Kalau ada salah silap,tolong betulkan.
*Jika ada sebarang cadangan sila kemukakan sbb ini tips yang diambil dan pelaksanaan ikut cara Ell je.







Potty Training :Tips

Thursday, November 11, 2010

Potty Training dah berjaya!

gambar waktu 2 stgh thn brsama dgn sepupu yg sebaya dgnya

Assalamualaikum...
Senang nye hati Ell sekarang ni bila Aryan sepenuhnya dh tak pakai diapers sebelum 3thn.Alhamdulillah,rasanya tak sampai 30 hari.U'ols tak caya ekk.kalau nak ikutkan,semua ank2 Ell dah latih tak pakai diapers umur 2thn ,cuma agak lama lah baru betul2 berjaya(lebih kurang 2-3bln).Tapi dak Aryan ni terpaksa lambat sket sbb masa takut trkejar2.Takut dia 'ter' je kan atas tikar atau karpet.Tambah pulak kat tempat solat.Kan ke dh menambah kerja pulak.

Ok,utk permulaan Ell dah catit pada 9hb 10 cubaan pertama Aryan tak pakai dieper siang n dia mcm dh terbiasa bila time nak kencing terus je tuju kat toilet bowl n kencing sendiri.Rasa heran jugaklah.Cuma kadg2 dia minta on kan lampu.Sebelah mlm utk berjaga2 terpaksalah pakaikan jugak sbb khuatir dia tak sedar time tidur nak kejutkan sesiapa.Untuk pengetahuan ,Aryan tidur dgn atok die aka MIL Ell lah.

Tapi sejak dah seminggu ni atok die gi Jakarta sekalipun Ell tak pakaikan diapers bila tidur malam...sbb sebelum tu atok die dh notice yg diaper Aryan kering je sepanjang malam.Kalau terasa nak kencing dh pandai kejut.:) Ell bimbang jugak kalau dia tak perasan yg dia 'ter' kan,so Ell alaskn die tikar getah baby yg saiz paling besar (XL kot) 


Ok,utk posting yg mendtg Ell ada tips cammana nak potty trained dgn berjaya.




Potty Training dah berjaya!

Friday, November 05, 2010

Zikir Ya Latiff (Yang Melembutkan)

Sambungan previous n3.

Maaflah u'ols siapa yg dh terbaca n3 semalam tu..Agak mcm tak senonoh sket semalam bila di publish kan.Sebenarnya Ell belum siap lg,Ell tinggalkan sbb trpaksa menghandle bende lain.Tinggal2 sekali tengok dh ada 3 komen..:D Bila tanya sorang kesorang ank2 ni,semua tak mengaku.Mungkin tk perasan.Takpelah takyah gadoh2 Ell sambung je eh.

Zikir Ya Latif ni selalu Ell amalkan time nak tidokan ank2..Tiup kat ubun2.Tapi bila ank2 dah besar ni,masing2 dh tido asing selalu terlupa nak buat.  Sebab tu lah masing2 tunjuk besar kepala.


Cara berzikirnya seperti dalam klip bawah ni.Klip bawah ni ada campur dgn zikir lain,untuk zikir Ya Latiff dr  awal sampai ke 1:13.Zikir yang lain pun baguz untuk amalan.Tambah pulak Ustaz Badrul Amin yang berzikir..Aduh,menyentuh hati.Tah mana agaknya die sekarang..:) Dulu2 zikir2 ustaz Badrul Amin ni banyak yg rekod kat kaset je..tapi habis dh jahanam semua..Sib baik kat YouTube ade..


"Shiela,ko ingat tak lagi time kita sekolah menengah dulu masa dlm perhimpunan..Cikgu Satar mesti suruh kita zikir YaLatiff ni 7 kali kan.Aku rasa zikir ni bagus,sbb tu jadikn amalan untuk ank2 aku."

 Ok,yang Ell tahu zikir YaLatif ni banyak khasiatnye.Salah satunya melembutkan hati anak2lah ni.Antara yg lain umpamanya 
1.klau kita jawap pekse..soklan subjektif ..baca 7x ya latif ni pada setiap kertas yang kita jawap..moga di lembutkan hati pemeriksa yg tanda kertas kita utk bg markah lebeh....tapi jgn lupa usaha jugak..!!!
2. zikir ini boleh juga dibaca pada air utk diberi kepada anak2 dan suami2 yang keras hati..kalau suami nak kawin sorang lagi pun boleh baca gak..hehehe..

3.Zikir ya latif ini sangat mujarrab untuk melembutkan hati kita yang keras..susah menangis takutkan Allah..amalkan selalu ketika bangun malam..insyAllah, Allah akan lembutkan hati kita sehingga kita akan menangis walau melihat semut dipijak..

4.Zikir itu apabila menjadi *wirid maka Allah akan datangkan *warid pada hati kita..jadi selalu amalkan..jgn time nak bagi kertas jawapan je..
5.Zikir ni dapat menyentuh hati kite yg lemah.Kalau benar2 dihayati pasti melembutkn hati kite..Letak kan tangan di bhg dada sambil berzikir dgn penuh ikhlas nanti kite dapat rase kan betapa besar nya Zat Allah yg Maha Lembut lantas hati kite pun akan lembut, mudah mengamalkn kebaikan.
 Zikir ni mudah,boleh baca bila2 masa je kat mana2.Bacalah berapa banyak kali pun,janji kene nombor ganjil.




Note:
Susah kan nak didik ank2 zaman sekarang ni.Mudah2an berkat doa dan zikir ni akan membentuk peribadi ank2 kita."Doa itu senjata mukmin" - "Senjata yang paling mustajab untuk orang2 mukmin ialah berdoa"
amin...
Kamus:
*Wirid:
sesuatu yang dituntut Allah darimu. Segala bentuk macam ibadah baik dlahir dan batin, baik yang wajib maupun yang sunah. semua amal yang solih, yang untuk mengisi semua waktu dan dapat mencegah semua anggota dari perbuatan-perbuatan yang tidak disenangi.
*Warid:
sesuatu yang engkau harapkan dari Allah. Pemberian-pemberian Allah dalam hati hamba yang berupa keterangan hati ( termasuk kema’rifatan tentang Allah), nur cahaya (nur yang membuat dada lapang, dan nur yang membuat hati terang), kesenangan beribadah, taufik dan hidayahnya (pendapat salah satu ulama).


Sumber:
http://el-karanjiy.blogspot.com/2010/01/wirid-dan-warid.html
http://kinokatsu.wordpress.com/2010/03/11/doa-lembutkan-hati-anak/
http://www.youtube.com/
http://lifeofladyell.blogspot.com/2010/11/tangani-anak-nakal-melalui-doa.html


 Maaflh ye,bila satu n3 dh terpotong 2 ni,meleret pulak ekor die.Abes,kepala dh keluar dulu semalam..harini mengarang lebih sket la:)








Zikir Ya Latiff (Yang Melembutkan)

Thursday, November 04, 2010

Tangani Anak Nakal Melalui Doa


Salam ilmu.
Izin kan Ell nak berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa ni.Mudah2an kita dapat menggunakan ia kearah kebaikan.Insya'Allah.


Salinan kertas ni Ell dapat time open day kat sekolah marsha.Sebenarnya ayat2 ni dari marsha baby Ell dh jadikan amalan,tapi yelah..anak2 ni makin besar,makin besar juga kepalanya.
Tangani Anak Nakal Melalui Doa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...