PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Thursday, April 17, 2014

HiShop 15% OFF~(April 2014)




Assalamualaikum...
U'ols HiShop nak bagi offer 15% ni.U'ols guna discount code tu k.Pergi terjah dan dapatkan produk kecantikan dan penjagaan diri kesukaan u'ols dengan harga offer.Dah,tak yah lepak lelama kat sini.Gi sana!! heheh.

Oh ya,jangan risau produk di HiShop dijamin adalah asli dan tulen dari produk2 rangkaian terpilih.Lebih 3000 produk dan lebih dari 150 jenama.Bahagian yang 'BEST' adalah penghantaran percuma dan percuma sample barangan.Apa lagi u'ols tunggu? Dahlah dapat harga offer,pastu kalau u'ols dah pernah berbelanja di HiShop,u'ols dah ada points yang tersimpan.Kalau u'ols baru mendaftar,u'ols dapat 200points.BEST kan?.Ok dah balik dulu...esok datang lagi k.
Saaayang u'ols!!




HiShop 15% OFF~(April 2014)

Tuesday, April 01, 2014

Hasil berbelanja di HiShop.my

Assalam..
Semalam dah posted pasal discount kat HiShop.my kan...sempat shopping ngan offer yang 40% tu tak? Tak sempat ke? alah...kesian u'ols.Tapi jangan khuatir u'ols...HiShop memang akan sentiasa ada offer.U'ols subscribe je..nnt d'ols update thru email.Email u'ols tu siap2 lah install kat phone canggih u'ols tu. ;)
Ok,Ell nak tayang hasil rembatan kat HiShop tu.Eh,tapi jangan salah faham...ini bukan yang offer semalam tu ye.Ini Ell grab masa ada offer15% je dengan discount code(lebih kurang 2 minggu yang lalu).Tanpa discount code,harganya sama je macam u'ols beli kat watson or guardian tu.Tapi kan,Ell guna semua points yang Ell ada sebanyak 800(rm8) plus discount 15% plus no shipping cost memang sangat berbaloi u'ols...

 Ha,inilah die yang Ell duk merengek ngan en.suami mintak tolong dia transfer kan kos produk ni via accnt bank dia.heheh..Mulanya mcm berat hati konon..at last dia kata shopping kat HiShop jelah lain kali.Apa tidaknya..tak yah lah dia bawak ma'am ni gi ke watson or guardian lagi kan...Berbelanja di HiShop minyak FREE,penghantaran FREE(RM50 keatas),masa nak kene FREE,tapi ongkos tak free ye.hehe

 Tadaaaa...FREE gift dari HiShop.Tapi Ell yang pilih, 2 je...x dapat nak lebih. :(

 Best tak? Apalagi start engine.... gi terjah HiShop.Eh tak yah start engine dah...tak perlu kemana2.habiskan je masa duk melangut depan komputer.heheh


Ha...nampak tak total dia tu berapa.Kalau u'ols ke kedai..memang gitulah harga dia.tapi dengan HiShop Ell bayar RM80 sahaja.Berbaloi2 shopping di HiShop...Jimat duit,jimat masa n jimat minyak kereta.Barang pula,dijamin sampai dengan selamat ke tangan u'ols.

*Maaf,Ell malas nak rotate gambar ni.Makanya u'ols kene rotate kepala u'ol sendiri.heheh nampak macam kejam ke?
**Phone number yang tertera disitu dah tak berfungsi lagi...makanya i have no worries.Eh,macam pantun plak.


Ok,ini kata2 terakhir untuk posting kali ni.

100% of HiShop brands are genuine and sourced directly from the brand distributors. 






Hasil berbelanja di HiShop.my

Monday, March 31, 2014

Shopping @HiShop.my

Yuhhu....u'ols suka shopping produk kecantikan? mari sini Ell nak share online beauty and cosmetics store.Ok,mmg best..offer gila2 punya.Gerenti u'ols tak menyesal n akan selalu dok jengah2 tak menentu masa walaupun takde bende pun yang penting sangat u'ols nak beli.
Servis terbaik i tell u...Order hari ni,esok or lusa dah sampai si abang pos laju depan rumah u'ols.Dan yang paling best,tiada kos penghantaran,free sample(apa2 je produk pilihan yang ada dalam senarai 'free gift').Ok,banyak lagi nak story mori,tapi offer hari ni diskaun 40% untuk sebarang produk.Hari ni sahaja(31 march 14) cepat2 gi terjah 


Oh ya,jangan lupa sign up kemudian masa checkout tu isi kat kotak discount code FAST 



Sorry lambat post n3 ni...esok sambung lagi ea.

Shopping @HiShop.my

Monday, April 25, 2011

Bandung (part 2)

sambungan..

Adeh,penat + letih + ngantuk = cramp.Last wiken sampai la ni badan dah lembik semacam.Dah charge pun masih rasa nak melepek je.Tahniah untuk suami Ell yang akhirnya cita2 dia nak bukak kedai sukan berjaya juga.Ok,Ell terpaksa tangguhkan dulu citer kedai sukan Mista hubby tu sebab terpaksa langsaikan hutang n3 yang asyik tertunda je.

Maaflah pada sesape yang rasa dah muak nak baca citer holiday yang tak sudah2 ni.

3.15 ptg~

Ok,dari Lembang we'ols terus  menuju ke sasaran  bandar bandung.Memula we'ols attack 'Rumah Mode':D

Dalam perjalanan nak menuju ke bandar tu,we'ols sempat singgah ke gerai buah2an dan sayur2an.Buah2an nya buah2an tempatan je tapi nampak menarik...

masya'allah...memang geram tengok buah2an yg segar tu.Tujuan we'ols tu sebenarnya nak beli buah alpukat(avokado) untuk dibawa balik ke Malaysia.konon2 nak buat jus sendiri lah kan..heheh.banyak jugaklah we'ols memborong.Beli lagi buah strawberry yang we'ols katakan sedapmanis tu...Pastu geram pulak nak merasa buah limau die tu.labu plak lain sket rupa dari labu Malaysia.Lekuk2 die sket je macam labu kat negeri omputih..heheh
 
Ermmm apa lg ekk we'ols beli.Oh ya,juga tomato n pokok salary.

 masih guna lagi penimbang ni... 

Dah  habis semua buah n sayur we'ols beli,we'ols pun ke destinasi..

 mana lagi kalau bukan disini...
Katanya tempat paling best n wajib kalau ke Bandung.kalau tak,rugi....tidur malam termimpi2..haha.

 memula sampai we'ols rehat2 jap...ambik udara segar. Agak sejuk jugak udara time tu.Mungkin disebabkan hujan renyai2..Sementara buat giliran mengerjakan solat.

 Yuk shopping!! SIL1 budget masa 1jam -1jam setengah je.Sebab nak gi ke FO(factory outlet) yang lain.

 cantik kan lanskap dier...

 tenang je tengok ikan2 ni..

Ada satu bende Ell nak citer,time ni punyalah ramai manusia...yang bestnya yang ramai tu tourist dari Malaysia.Duduk punya nak hilangkan penat,sembang plak ngan torist yang jugak dr Malaysia..jangan kata orang senegeri sekampung pun boleh jumpa.Bual punya bual...salah sorang tu besannya sekampung dgn we'ols..alahai..bulat kan dunia ni..pusing2 kemana pun jumpa gak orang sekampung...lagi satu kan..orang2 Indonesia dah boleh hafal time2 cuti n holiday orang malaysia tau..hehe

 sebelum balik mesti mau gambar kenangan kan...Inilah buktinya..:)


dan lagi di cafe Rumah Mode

from another angle..



 Mista hubby yang sempoi..sport man mmg begitu gamaknye..hehe

 D gals..

 sista sista

 3 of them

 With my precious gems

5.15ptg~

we'ols gerak menuju ke FO2 yang lain.tak sangka kemain banyak ekk.So,memanglah kene select mana nak pergi.Kalau tak sampai kemalam kesiang ke malam semula pun tak habis mata cuci..hehe.. 

Tak teringat pun nak ambik sebarang gambar kat FO yang lelain tu.Tapi antara FO yang lain we'ols pergi is 'Blossom' , 'episod' , 'the secret' , 'heritage' dan banyak lagi.Kos untuk baju untuk anak2 je yang banyak we'ols laburkan..

 kedai kek 'Amanda' 
Katanya kalau ke Bandung ni,tak lengkap kalau tak menerai brownies Bandung.SIL1 bawa we'ols ke kedai 'Amanda' yang sangat ngetop ni.Antara kedai yang menual brownies yang top lagi satu namaya 'Kartika Sari'.Jangan lupa cari kalau ke Bandung ya..:) rasanya super duper trooper muper mabeles!! heheh

 Asyik lah meround satu Bandung tu,minyak kereta mesti diisi kan..
Dan ini satu2nya 'Petronas' yang boleh dijumpai di Bandung.U'ols tengoklah,takde manusia pun kecuali tukang pam minyak n kasir(cashier).Di Indonesia 'PERTAMINA' sangat memonopoly.Pesaing lain tak bleh hidup.


8.00mlm~

Sebelum balik ke Jakarta,we'ols isi minyak gak..heheh
Tangki dah kosong,bunyi dah nyaring semacam...Apalagi carik tempat mkn,dn akhirnya we'ols singgah KFC.Sori takde gambar sebab dh letih.Sejujurnya,KFC die tak setanding kat Malaysia.Original pun rasanya dah lari.taste sangat out.Tapi kat mana2 pun senang nak dapat nasi.even kat KFC n A&W.We'ols pun makan lelaju asal jgn tercekik sudah...

8.30mlm~

Zoom terus ke Jakarta!.....


11.30mlm~

tiba rumah kemas2 barang lebih kurang,cuci badan, minum2 sket,n sambung pengembaraan ke alam yang lebih best..:)






 Lex eh..lg 2 hari habis lah citer holiday ni...Tunggu...




Bandung (part 2)

Tuesday, April 19, 2011

Fountain Show @ Grand Indonesia

Sambungan

7.30mlm - Grand Indonesia shopping Town.

We'ols masuk je terpegun ok.Grand Indonesia memang grand!Ni shopping mall n hotel yang bertaraf 5 bintang.Besar die aduhai..tak larat u'ols nak abiskan even sebahgian mall je.Nak belanja apa2 kat situ memang kirim salam la...barang2 semua import yang mahal2..So,we'ols jalan je sambil menikmati suasana yang agak lengang sebab mungkin didatangi org2 kaya je. 

SIL1 terus ajak we'ols naik lavel3 untuk isi perut.Sementara SIL1 solat isyak,we'ols relax santai sambil mendengar nyanyian satu band ni.Sejujurnya sangat terhibur.Anak2 pun siap ikut sekali nyanyi..

 Boleh request lagu.


  Ni Ell tak tahu kedai ke apa..sebab nampak dr luar mcm tertutup.kalau nak masuk lalu jambatan terus ke pintu die.

some snapshot

nice..sekali terasa macam kat jalan2 di oversea.:)

tengok structure die...menarik kan.

level ni sangat best.Kat mana2 ada tempat duduk,boleh bersantai..n dengar music.Syokkkk!!


 "yeah,i'm free!!".

Bila SIL1 dah siap solat,dia pun join we'ol semula n we'ols tengok fountain show yang kebetulan dah nak start lagi beberapa saat.

Terpegun tak? Gambar2 ni dalam 3 minit yang pertama..untuk lg terpegun,2 minit yng seterusnya meh tengok klip bawah ni.


Terpegun menontonnya..:)

   Ini jadual show


Keterangan:

Hari biasa: 
12tghhari - 3ptg
6ptg - 8mlm

Hujung minggu:
11pg - 1tghhari
3ptg - 5ptg
7mlm - 9mlm

Sejam sekali dan satu2 show tu mengambil masa selama lebih kurang 5 minit. Hanya di west mall-level 3-Entertainment District.

Habis show Ell bawak anak2 gi toilet untuk membuang segala yg terperangkap dlm abdomen.haha
Ok,ni lg satu Ell kagum,toilet die saaaaangat bersih n cleaner dia bertunggu tangga kat dlm tu.Sekali u'ols masuk toilet,die bersihkan,sekali u'ols guna air sink,die bersihkan,even u'ols membuang pad pun die kutip supaya tong sampah tetap kosong.Lepas tu ada tema pulak


Haaa...nampak,male gambo Elvis Presly,female gambo marilyn monroe.Pastu,u'ols masuk je dlm toilet akan kedengaran lagu2 berentak 'broadway'.

tema die mcm dlm train.


  train 70an-80an.tengok lah sink yg kotak2 tu..

Ell tak tau apa motif sign ni...padahal toilet je pun.Kalau u'ols paham boleh lh explain..:)




Katanya tiap2 level tema nya lain2...ada konsep jepun jugak,bnyk buluh2.


Ok time makan,we'ols mkn japanesse food.Tapi bukan yg shusi mushi tu yer...Berdepan je dgn fountain show tu.Yang herannye,tetiba plak rasa macam ramai org...

 Sementara d'ols Q nak order tu,Ell gi carik tempat.Tetiba..nampak kedai yg tepi gambar ni?

Kedai eskrem u'ols....cute sangat.tapi segan plak nak masuk.hehe sbb tak de customer pun..lengang je.

  Tak beli eskrem bergambo depan kedai pun jadiklah...Tapi pelik ah anak2 tak mintak pun nak mkn eskrem...Kedai kat corner,yg nampak belakang tu pintu besar.gambar atas tu pintu kecik je dr tepi.

Ni lh japanesse food yg we'ols mkn tu.



Tah apa2 tah namanya we'ols makan ni.Tapi yang pasti ada nasi n beef.Ayam goreng pun ada..


Marsha duk mengadap ayam goreng...


Habis makan,we'ols cadang terus lah balik rumah.Memasing dh penat,sehari suntuk duk mengukur mall2.


Last picture at grand indonesia..:)








BERSAMBUNG...















Fountain Show @ Grand Indonesia

Monday, April 18, 2011

Day 6~ Jakarta

Ya ya tahu ada yang kata bosan citer jakrta ni tak habis2 lagi.i'ols yang nak menaip pun rasa tak tergamak nak menaip lagi.:D tapi sebab seumur hidup ni ler jejak ke Jakarta,maka tak sampai hati jugak nak bior kenangan tak berabadi...:P


Rabu (16/3/11)

Hari ni plan pusing2 jakarta n singgah mall2 utama je.Macam  biasalah,we'ols ni kalau nak keluar rumah kene lah awal2 pagi.Jakarta macet memang tak bleh nak tolong..gila2 punye.Tapi kan,sikap d'ols yang Ell kagum sangat adalah toleransi.Kalau u'ols rasa nak belok kiri or kanan,angkat je tangan...d'ols akan bg laluan.Kadang2 u'ols tak yah angkat tangan pun,bila d'ols tahu kita dah signal kiri/kanan,d'ols yang tolong angkatkan tangan utk kenderaan lain...Kalau kat malaysia jangan harap ko nak dpat macam tu..even dah bg signal,makin laju die potong Q.sebab tu banyak je kemalangan. Sepanjang Ell Kat sana tak nmpak  pulak kemalangan wlaupun kenderaan dia melampaulh bnyak brbanding tmpat kita trutamanya motorsikal,kalau ada pun mngkin tk trserempak.

Di Jakarta macam2 tugu u'ols boleh jumpa.Ini antaranya di Jakarta selatan iaitu tugu Pizza Man(sebab mcm seorang lelaki sedang menghantar pizza).tapi nama asalnya Tugu Pemuda.


Tugu Kuda Kencana.Katanya kalau waktu malam lebih cantik dengan cahaya lampu dan pancuran air.


8.30pg- ITC Kuningan

Sebenarnya agak susah jugak nak jumpa fridge magnet kat jakarta tu.walaupun dah tanya kat SIL1,awalnya dia tak tahu.Tapi bila try tanya supir die,ke ITC Kuninagn lah tempatnya.We'ols sampai tak banyak lagi pun kedai yang dah bukak.Masuk pintu nampak kedai eksesori,terus singgah hampir sejam.Maklumlah wanita2 seperti ibu mertuaku dan kakak iparku memang begitu ye.
Rambang mata u'ols...murah2 n eksklusif.Bukan macam biasa2 yang kita jumpa kat mall2 tu.Ell tak pilih pun...tak reti sangat arr.Jangan my SIL1 dngan MIL,dah jumpa cincin nak match pulak ngan gelang,carik pulak rantai..mesti sama pulak dengan loketnya...aduish,dahsyat 2 beranak tu..walhal peti harta bukan karun kat rumah tu sampai dah termuntah2 pun..hehe..last2 Ell punya pun SIL1 pilihkan..
Inilah die satu2 nya kedai sovenir(Jakarta/Indonesia) yang boleh dibeli buat cenderahati.Dari fridge magnet,frame,keychain,dan apa2 je lah.Kebanyakannya handicraft yang diperbuat daripada tanah liat.Macam2 boleh pilih,tapi agak mahal sikit dari biasa2 utk hrga tmpatan sana.Ell pun pilih n beli sket je lah.
Nama kedai ni 'Pernakpernikku' yang terletak di tingkat/lantai 2.

Kalau nak citer kat ITC Kuningan ni,memang banyak kedai we'ols singgah.Dari kedai baju kanak2,baju dewasa,handbags,kasut dan kedai komputer.Singgah jelah...beli nye tidak lah semua.Apa tidaknye,setiap kali lalu mana2 kedai pun d'ols dengan ramahnya sapa "singgah mbak,singgah mas" "belanjanya mbak" atau "belanjanya bonda" (panggilan utk my MIL) haa..tu maknanya die melawa lah utk shopping kat kedai die.Dan kalau u'ols tak singgah n beli pun...d'ols akan cakap "makasih"  Budi bahasa memang terbaik..Jangan kata kat ITC Kuningan ni je..kat mana2 pun.

Dah masuk kedai itu dan ini,time lunch jangan dilanggar ye.Perut mesti mau isi.Dan seperti biasalah..SIL1 tau je tempat terbaik dengan harga terbaik..

D'COST seafood

Moden dn canggih.Order pakai iPad u'ols...tapi nak order dalam boleh gak.Katanya if order guna iPad ni,u'ols picit2 pilih menu,duduk sekejap mknn pun sampai.

Sorrounding mmg selesa,best,bersih dan luas.Tu haa...dapur pun boleh nampak.Sebenarnya time we'ols lunch ni ramai jugak tau customer,tp belah dapur ni kurang pulak orangnya.

Wow! foods yang we'ols order memang super cepat dia tiba,tak sampai 10minit kot.As u'ols boleh nampak kat kitchen dier..tukang masak(baju hijau gelap) sangatlah ramai ok.Ni antara yang we'ols order.Banyak lagi,ada sambal,sup ala2 tomyam,ulam2,tempe dn tahu...apa lg ekk,ish mcm2.

Jus alpukat(avokado),jus guava,teh ais,air kelapa n manggo smoothie(takde dlm gambar).Air teh tu boleh refill bape bnyk kali u'ols nak...sampai mabuk pun boleh.. :) (erk,teh boleh mabuk ke?) Nasi pun boleh kalau nak tambah dgn free..

 Tu diaaa..habis licin tinggal tulang je.:)Memang sedap terbaik!! Anak2 Ell pun pandai memuji.:)
Oh ya,D'COST ni restoran franchise,yg u'ols boleh jumpa di kebanyakan tempat2 utama di Indonesia.Boleh jugak u'ols telefon je dari rumah sebab dia menyediakan delivery service.wah..best kan, best kan.Murah gilerr we'ols mkn bnyk2 macam ni cost nye cuma 160,000(lebih kurang) Kalau convert dgn RM baru dalam lebih kurang 56 ringgit.Kalau kat Malaysia  ada murah gitu,mau ratus2 habis..Sesuai dengan slogan die
"it's five-star services with five-digit costs."
 5 digit tu duit die la kan...

Next,we'ols nak ke Thamrin City.Tak sedar rupanya kat luar hujan agak lebat.Tambah lah 3xganda jammed die.




3.30 ptg- Thamrin City mall



Errrmmm apa ya we'ols buat kat situ.(think)Oh ya, My SIL1 belikan ibunya(my MIL) handbag kat ITC Kuningan tu...pastu kat Thamrin City tu plak nak carik kasut yang match.Kali ni tak de apa2 gambar...just jalan2.

Satu bende yang Ell geram kalau jalan2 macam gini ler dengan budak2..asyik penat n nak balik je.yelah,kita pun faham kan..budak2 mana boleh tahan satu hari suntuk berjalan.Mesti ada limit n mau berehat kan.Kul 6 petang SIL1 pergi solat maghrib jap sebelum pergi ke next mall.Huhu ada lagi u'ols...sabo je lah ank2.Aryan dok merengek mintak air.Yang susahnya bila dh jalan asing dgn SIL1 tu tak tahu pulak mana tempat ada jual air.

 Untung ada J.Co Donuts ni.betul2 depan pintu keluar.Tapi tak de pulak air sejuk.huhu Aryan dah tak tahan nak minum..nyaris dia hilang sabar.Air bawak bape botol pun dah habis....beli jugak sket donuts tu diamkan die...habis mkn je mintak semula air.Adush dush dush...susah nak handle.bertentangan J.co tu ada sturbucks coffee,tapi pun sama air panas je yang ada.

Dah alang2 nak keluar tu...pergi je terus kat kete,suruh supir ambilkan air untuk Aryan minum...ish3..senapas je dia habiskan setengah botol...:) 


Ok,bersambung next n3 boleh tak...masa dah cukup untuk Ell bersenggang2 depan komputer.kalau sempat petang ni akan menyusul..kalau tidak,esok ler ye.so,check it out....





 
Day 6~ Jakarta
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...