PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Friday, October 05, 2012

Aku dan Diet~episode 4

Sambungan..

Ok,kalau berdiet ni antara perkara yang penting kita harus ambil perhatian ialah kadar penurunan kita.Tak kiralah berdiet cara apa sekalipun...make sure perhatikan 2 perkara ni.Berat badan kita bertindak dengan 2 cara.
1) BERAT BADAN KITA AKAN TURUN 
2) PROSES SHRINKING..DIMANA UKURLILIT AKAN MENGECIL.

Dan sebab itu,kita kene ambil ukurlilit dan berat kita sebelum kita berdiet.Kadar metabolisma setiap orang kan berbeza2...Ada yang turun berat dulu,ada yang ukurlilit mengecil dulu.


Ini rekod Ell semasa berdiet.Asalnya target nak turun 20kg dari berat 80kg.Walaupun Ell tahu 60kg tu bukan berat ideal,sbb pikiran dah selalu pikir yang nak kurus, susah sangat.So,jadilah setakat weight 60kg.Kat nota ni boleh nmpak minggu pertama berat Ell susut 4kg.Minggu kedua hanya ada penurunan sebanyak 1kg je(total 5kg)..tapi,u'ols tengok ukurlilit pulak ya.Nampak tu...pinggang mengecil dari 41inch susut ke 36inch.Seronok tak, seronok tak? Ok,memang seronok.Rasa nak melompat sampai cecah syiling.hehehe

Bila sebulan setengah Ell berdiet dengan SD2( tarikh kat situ 2bulan sbb tak kira waktu period),Ell dah berjaya menghilangkan lelemak dalam badan sebanyak 14kg! Perggh!! ahkak sendiri terpegun u'ols...senangnya nak kurus.Padahal selama ni diet jugak..tapi 1kg seminggu pun susah nak turun.Untuk 4-5kg sebulan tu mungkinlah kot... 

Dalam bulan puasa,Ell sedar berat Ell tak turun banyak.Kata otai2 SD2 mungkin sistem badan Ell dah immune dgn susu SD2 sebab tu kadar penurunan slow.Tambahan pula,bulan puasa kita memang kurang mengambil makanan dan minum air.Ell dinasihatkan untuk berhenti buat sementara untuk body refresh katanya.Tapi ingat! kurangkan karbo.Boleh ambil,tapi tidak melebehi 35g sehari.Kalau nasi tu,3suap dh cukup.Makan lebih lauk pauk seperti biasa.Makanya, dari lepas raya sampai laa ni Ell stop SD2.

Oleh kerana kita dah diajar dan biasa dengan makanan protien tinggi,nasi tu dh tak heran sangat...Bila stop minum SD2,mee dan pasta selalu Ell kepingin hehe.. Tapi Ell paling tak boleh tahan dengan godaan kuih muih.Tak pe...makan jugak sikit.Ok,sebulan Ell berdiet santai macam biasa tanpa minum SD2.Berat Ell tak naik langsung,malah turun lagi 1kg.

Sekarang my goal is...52kg-56kg.Barulah macam remaja...:P
Boleh ke? Insya'Allah boleh,kita dah usaha kan..yang penting tawakal je.Bila dah dapat berat remaja..:D jangan pulak melantak tak ingat dunia ye tak?

Ok,kalau ada sambungan Ell sambung.Kalau tidak,cukup sampai disini saja.hehe 

Owh ya,mungkin Ell boleh listkan menu diet ya.Tengok nanti kalau ada masa.



Aku dan Diet~episode 4

Monday, October 01, 2012

Aku dan Diet~episode 3

Sambungan...

"(3 minggu kemudian...) Ok,i'm ready! boleh dah belikan susu tu."

Diet bersungguh2 ni,tapi tak de lah bagai nak rak.Diet dengan SD2 boleh makan banyak2 protien sebanyak mana yang kita nak,asalkan elak dari mengambil sebarang jenis karbo seperti nasi,mee,meehoon,kuetiaw,pasta ,roti,gandum atau yang sederajatnya.Jangan sekali2 tahan lapar.Itu pantang larangnya ya.Ambil makanan sekurang2nya 2-3jam sekali.Oh ya,minuman bergas,bergula,kaffien juga kene jauhkan tapi green tea tanpa gula amat digalakkan.Buah2an juga terpaksa elakkan sebb buah2an mengandungi gula yg tinggi.Ok,Ell tak kisah..sebab ayam,daging,ikan dan semua boleh belasah.Sedap tu..Steak,ayam goreng ikan panggang...errmmmm nyum nyum..hehe


Semangat berapi2 nak kurus.Siap buat nota kecik untuk rujukan dah lepas tahap mana.Ok,gambar atas ni menunjukkan tempoh Ell sebelum mengandung sampai cukup bulan nak bersalin.No 1,2,3 dan 4 yang bulat2 tu menunjukkan mengandung anak keberapa.Nampak tak u'ols...walaupun cukup bulan mengandung anak ke4,tapi tak pernah lepas berat 80kg.Tension tau.Stress ahkak.

Sekarang Ell happy sangat sebab berdiet dgn SD2 berkesan buat Ell.Hari ni,berat Ell dah 65kg.Hampir mengurangi berat semasa mula2 mengandung ank ke3.usaha masih diteruskan untuk mencapai berat badan unggul seperti zaman remaja.hehe over ahkak tau.Tapi kalau dah dapat berat 56kg-60kg pun Ell dah suka sangat2.



Bersambung...



Aku dan Diet~episode 3

Monday, September 24, 2012

Aku dan Diet ~episode 2

Sambungan...

produk tu namanya SD2.Kalau berminat,dia boleh terangkan.Pastu Ell buat senyap je..tak reply langsung.....



Dalam Ell senyap2 tu,bukan Ell tak berminat.Tapi cuma nak cari dan kumpul maklumat pasal SD2 ni.Dalam masa yang sama,Ell survey jugak slimming centre,produk2 lain yang semuanya menjanjikan hasil yang nyata.Kalau dah terdesak nak kurus..semua sanggup.Rata2 claim yang dia terbaiklah kan.Tapi tak kurang juga yang tak bersetuju buat treatment kat slimming centre..sebab nipu je lebih.Apa tidaknya,kalau kata 60henggit tu,sekali rawatan je..abestu ko kene buat pulak rawatan susulan..pastu di ayatnya ko utk beli produk dia lagi...alamatnya memang riban lah korang habis..Ok,outlah utk pergi slimming center tu.

Pilihan terakhir terpaksa jugak nekad try ALSD2.tapi masih belum meyakinkan...Ell google testimoni yang dah berjaya menurunkan berat badan.memang banyak testimoni.Boleh dikatakan setiap minggu ada je testimoni terbaru.Cari pulak kat FB..memang dah berlambak ejen2 jualan NEW Image (sykt dia).Korang type je SD2/ALSDII atau yang sederajatnya..berderet keluar.Ell bukak satu ke satu.Baca setiap posting dan komen....tengok pulak respon pengguna2..rata2 memuji tak habis2..pendek kata susah nak jumpa komen yang busuk2.:)

Apabila keterujaan makin menebal..keyakinan datang dengan keazaman...cadangan pun diusulkan pada pegawai kewangan intitusi rumahtangga..hehe.
"Okeh,boleh" kata pegawai tu kan..Ait,apasal takde bantahan ekk.Saja lah tanya lagi..betul ke boleh.Dah memang sah2 orang nak keluarkan duit..ku banyak soal plakkan.Memang tak diragukan...Nama syarikat pun dh meyakinkan dia.Dia kata,zaman sekolah dulu dah ada iklan susu ni kat tiwi singapore.Kalau brtahan lama sampai sekarang ni..maknanya syarikat ni kukuh,mesti produk dia bagus,berkualiti.Cuma syarikat ni dah rebranding dengan tukar nama NEW IMAGE.Tapi logo tetap sama.Ok tak pe,sukahati syarikat tu lah nak buat apa..asal tak de rekod menipu.

Selepas Ell dah survey pasal produk ni,Ell teliti pulak cara diet dia.Kalau diikutkan,cara diet ALSD2 sama persis dengan Atkins diet.Ell pulak amalkan high protien diet.So,tak banyak menyusahkan Ell sebab dah terbiasa dengan diet tu.Sebagai persediaan,Ell disiplinkan diri dengan cara diet ALSD2 tu sebelum memulakan pelaburan yang dijangka akan memberi hasil yang menggembirakan..hehe.Ceh,tahap keyakinan paling tinggi ni.

(3 minggu kemudian...) Ok,i'm ready! boleh dah belikan susu tu.


bersambung....




Aku dan Diet ~episode 2

Monday, September 17, 2012

Aku dan Diet~(episode 1)


Assalamualaikum...

Ok lah,Gambar tu sebenarnya nak tunjukkkan perbezaan antara Raya tahun 2011 dan Raya tahun 2012(dah upload kat FB).Sajelah nak bandingkan untuk membakar lagi semangat,sebab 66kg tu bukanlah berat ideal untuk Ell.Berat ideal untuk orang yang tak berapa tinggi macam Ell ni adalah 52-55kg.Tapi kalau dapat turun sampai 58kg pun dah syukur...sangat.Nampak beza sangat kan..Maklumlah,80kg ke 66kg.Tak percaya?Ye..itulah Ell 80kg pada tahun lepas sehinggalah 3bulan lepas.

Episod penambahan berat badan ni berlaku mendadak lepas Ell mengamalkan pengambilan pil perancang.Katanya setiap individu yang mengambil pil perancang ni kesan dia berbeza2.Kesan yang terjadi pada Ell,gemuk.Haa kau ambik! sekali macam tong drum daaa....malu sey nak keluar rumah.kalau suami ajak pun..tak mau ikut...sebab tak nak malukan dia.melainkan kalau ada sebab2 yang sangat mendesak dan tak boleh di elak.. terpaksa jugak keluar rumah.

Mulanya tak sedar,sebab apa badan boleh membesar dan membesar dan terus membesar.Kalau tengok selera makan pun boleh tahan dahsyat..haha.So,pelan2 ell kurangkan makan dan rajin buat exersice.walaupun kurangkan makan..tapi takde langsung kadar penurunan berlaku.Kalau turun pun..nanti esok lusa dia naik balik.sudah frust disitu.Dengan gigih dan semangat yang kental..Ell google cara-cara yang betul untk berdiet dan yang terbaik untuk kehilangan berat badan yang sihat.Ell pernah amalkan high protien diet,untuk kali ni Ell buat jugak.Buat research betul2 pasal high protien diet.Dapat info,katanya high protien diet sangat berkesan bila kita ambil sekali dengan protien shake.

Ketika sedang berfikir2 nak membeli protien shake tu...tiba2 ada satu advertisement keluar kat tepi2 FB tu dengan tajuk "penurunan 2-5kg seminggu" tertarik tak u'olsss? i tertarik tau.terus klik kat situ.tapi page tu blank je.kata dia kalau nak tahu lebih lanjut..sila PM.Sajelah mesej kan...mana tau kot menipu ke apa..boleh kita report..heheh.Lepas tu,dia respon..katanya produk tu namanya SD2.Kalau berminat,dia boleh terangkan.Pastu Ell buat senyap je..tak reply langsung.....



BERSAMBUNG...



Aku dan Diet~(episode 1)

Wednesday, May 04, 2011

Ini kes berat!







Hye alls...dh makan.Ell mkn sup sayur je..nak diet..:)

Dah beberapa hari ni rasa macam dunia ni tak de matahari menyinar lagi.Hidup rasa macam tak bermaya.Arrrgghhh! tensi.Beberapa hari lepas Ell cuba berdiri diatas penimbang berat,dan jarum penimbang tu buat hati rasa luluh nak jatuh.Ternyata Ell dah melepasi 67kg.Patut rasa lain macam je tengok gambar2 terbaru ni.ini kes serius,ini kes berat!!.ya,mmg berat!!

Macam mana boleh jadi macam ni,sedangkan diet programme yg Ell ikut hujung tahun lepas berjaya menurunkan 5kg dlm masa sebulan.Tapi itu buat 2-3bln je dan sekarang mendadak naik semula.Sememangnya diet memerlukan disiplin yg kuat.Cakap berdegar2 je tak guna.Setiap kemahuan mesti ada perancangan.Ell mesti lakukan sesuatu..jgn sampai berat badan naik lagi.Semestinya Ell rindukan berat bdn unggul zaman sekolah dulu..iaitu 46-48kg.Buat masa sekarang ni,mustahil akan capai berat badan unggul seperti dulu..tapi ya,sekurang2 nya 50kg untuk ketinggian yg tidak berapa tinggi macam Ell ni.

Argh,tekanan macam ni.Turun 2kg naik 3kg...ini tak boleh jadi..harus bagaimana ini...ermm,setelah mengkaji itu dan ini,Ell rasa Ell patut menjauhi nasi.Paling tidak pun meminimakan pengambilan.Sekarang ni Ell umpama pekerja bandaran yang membersihkan dan menghabiskan sisa2 makn ank2...Kalau dulu Aariz lum mkn nasi lagi..maka diet Ell itu berjaya.Ell pernah terbaca yang diet cara Normala Samsudin hanya mkn sesudu nasi sehari.wah..boleh ke Ell ni.Paling Ell kagum dengan mek yang berlakon 'Salam Pantai Timur' tu..Selama 2 tahun tak ambil nasi.Wah...sangat kagum dia berjaya menurunkan berat badan dr 100++kg sehingga 45kg.

Penelitian dan perancangan perlu seiring.Setiap makanan  yang Ell ambil harus diteliti kandungan kalori dan lemak barulah rancangan berjaya!.Internet harus dilungsuri untuk mencari info tentang berat badan dan diet ni.Haa...tetiba semangat kembali meresap dlm jiwa.


Ini kes berat!

Wednesday, December 29, 2010

Diet Programme after 1 month

  Hai alls,
Ingat lg tak posting Ell yg berkobar2 nyer semangat mcm kene bakar pasal diet programme. 
Pastu siap janji nak update kalau dah berjaya kurus..heheh tak de maknanya boleh kurus kalau kejap ikut kejap tidak..Nilah die mcm2 halangan yg x berjaya dilalui,dgn raya korban lagi, kenduri kendara lagi,jamuan itu dan ini,tak kurang jugak menu mak mertua sendiri.Semua tu memerlukan banyak pengorbanan tau..tak sanggup dah nak mengorbankn selera.hahaha
Sebenarnya Ell berjaya lh trim sket.kata org jgn tak berjaya kan..Oh,picture scale yg kengkonon akan menjadi bukti tak pulak Ell capture ya.Tapi, yes ada tapi..untuk tidak mengecewakan, gambar ni boleh kot jadi bukti menunjukkan penurunan sebanyak 5-6kg selama sebulan.Jadiklah...dr tak menjadi.heh.Sebab target asal is 10-12kg dlm masa sebulan...


Picture kanan (kiri u'ols) semasa majlis konvo sekolah tadika Dina pada bulan November (pakai baju kurung sbb tu lebih mnpak berisi).Picture berikutnya taken by Dina beberapa hari lepas dlm bulan Disember.So,mmg tak nmpk banyak berubah,sbb saya main2 ajer tp adalah jugak...heheh.Oh tang muka terpaksa di blur kan sbb saya tak nak publisiti...hahahah 
If u'ols rasa gambar ni kira nmpk ok,kurus
..trima ksih Ell ucapkan.

Harapan nya lepas ni takde dah halangan lagi,bulan depan dah start bz lagi dgn schedule harian utk handle ank2 sekolah n etc.Kalau semangat Ell terus kental,jgn kata 5kg lagi turun..silap2 10 kg terus melidi.ceh! 
(jeles ngan u'ols yg mantain slim,tu motivate utk diri sendiri je..)

                                 Ok dah,full stop!!End session.






                                      
Diet Programme after 1 month

Wednesday, November 03, 2010

Diet Programme~


Salam ceria..:)
Harap u'ols ceria lah ye.Ell rasa Ell tak berapa nak ceria kot...
Ell sebenarnya kan runsing dengan penambahan berat badan Ell sejak akhir2 ni.Ell rasa lagi berat dr time pregnant haritu Seriously,ngeri n terkejut sesapa tengok.Ell rasa dalam pantang hari tu ok je..masih nampak normal dan lepas 3 bulan lps bersalin terus meningkat secara mendadak tak reti nak turun2 lagi.tambah tension bila time raya aritu ramai yg menegur tentang shape Ell yg dh lari tune ni..Nampak gayanya Ell terpaksa lah amalkan diet yg pernah Ell buat dulu.Ell pun nak share dgn u'ols Kira ni macam cabaran diet la.ekk.Sesapa yg nak ikut,bleh lah sama2 kita ambik cabaran nak?pastu u'ols show u'ols punyer result kat dlm blog.yang penting jarum kat scale tu mesti tunjuk sebelum dan selepas sbg bukti.Jom kita buat nak..? Tapi tak de ganjaran lah yg Ell nak bg.Hasilnye u'ols yg rasa sendiri..
Oh ya,diet programme ni diberi oleh sorang dokter Ell lupa sape.Dari tv ke dr majalah pun tk ingat.Tapi lama dah lebih kurang 5thn yg dulu.Dulu Ell buat mmg berjaya la.Ell nak tengok keberkesanan nya sekarang.Ok,lets start!!

High Protien Diet

Sarapan
-Susu
-telur rebus/sosej(steam)
-air putih

Makan Tengahhari
-salad/
-sup sayur/
-yong taufo/
-sup fishballs
-air putih


Makan Malam
-sup sayur/
-ikan(bakar)/
ayam(bakar)/
-sup daging
-air putih

NO!!!!
1.Sugar (cake/carbonat drink/fruits)
2.Oily foods
3.Carbohidrat (rice/bread/mee/biscuits)
4.Ice/cold water


*Ok,diet atas ni untuk 14 hari sahaja,lepas tu dah boleh ambil karbohidrat.Tapi dengan cara betul.

Low Carbohidrat Diet

Sarapan
-Susu
-roti,oats,biskut
-air putih

Makan Tengahari
-Bubur ayam/
-sup fishballs
-ikan (steam,bakar)
-sup sayur/yongtaufu
-Apple/oren/jambu batu/betik
-air putih

Makan Malam
-setengah senduk nasi/saiz biasa 
-sayur2
-ikan/ayam(steam/bakar)
-sup daging/sup sayur
-Apple/oren/jambu batu/betik



Amacam,ada berani,?meh ambik cabaran ni.Bagi sesape yg nak kurus jelah.yg dah kurus tu watpe nak diet... ok,jumpa lagi bulan depan ye.Eh,maksud Ell n3 diet ni la..Esok lusa ada lagi Ell post n3 lain..:P

 Sebelum terlupa Ell ada jumpa klip ni kat youtube.Ell pun belum try lagi.katanya seriously can lose 20 pounds in a month.1kg sama dengan
2.20462262185 pounds.Lepas dikira dan dicongak,20 pounds tu sama dengan
9.071847400000001atau pun senang kira 10kg.Wow! sangat menerujakan!!
"DO this workout 3-to-5 times a week 1-to-2 times a day preferably in the morning (before breakfast) and again in the evening."



Meh2 kita diet...Aduih bersemangat habis nih.Harap terus berkobar semangat,konsisten dan disiplin sampai dpt shape yg memuaskan hati.Jom la u'ols..tahun baru, body baru..;)



Tips:tulis dn tampal diet programme ni kat fridge.Jadi setiap kali gi dapur mesti nmpak..






Diet Programme~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...