PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, April 16, 2010

'Tanda air' yang cun~


U'ols ada tak tanda air ni?Ala,bahasa canggihnya Watermark.Penting tau watermark ni supaya gambar2 hak peribadi u'ols tak di copy suka suki teriyaki..Lagipun watermark ni berfungsi sbg identiti pemilik sesuatu gambar tu.Aih,Ell dh serik la dgn si plagiat yg suka copy paste hak org lain ni,tk kiralh artikel atau gambar..kalau bg kredit tu tak pe..Kalau adalah org yg nak menggunakan gambar hasil kita tu jugak,at least dh ada tanda n secara automatik dh beri kredit pd kita kan..

Haaa..tang ni lh Ell hebah ni...kalau u'ols rasa u'ols ada kemahiran nak buat watermark ni bleh la buat sendiri ye..tp kalau dh try tp tak nak reti jugak,jgn lh buat2 terer ye..buang masa.Nk mudah u'ols beli je watermark yg mmg tramatlh murah secara online kat 

Mcm2 design ada,u'ols tinggal pilih je mana suka.Harga nya paling mahal pun baru rm7 je..Tuan kedai pun bleh je dibawak berunding,boleh lebih kurang..senang berurusan n jgn nk mengada2 u'ols menawar harga ye..dh murah dh tu..kesian wei org perah otak nk buat design se'cun yg boleh..ni kira bayar idea dia je tau..alahai,apalah sgt 5-7 hengget tu...tolong kawan2 apa salahnya..(tuan nya tk cakap mcm ni ya..ell je yg tulis gini) Kalau takat nak buat yg biasa2 yg tak cun tu,bolehlah buat sendiri ye..

Oh ya,skrng tuan kedai tgh murah hati nak bg free watermark ni kalau u'ols viewer yg ke 1250.Pastu u'ols print screen n emel kat tuan kedai ya.So,apalagi..gi lh ushar..:)

Ni gambar bawah yg Ell dah tempek watermark dr kedai watermark Pn Eya tu ya.
watermark kaler hitam
(apesal lak Aryan senyum cenggitu..hihihi)


watermark keler putih

Amacam..cun tak? So..go lah check yg lain.


'Tanda air' yang cun~

Thursday, April 15, 2010

Terkena Virus Tag ~Shiela


Adeh! Ell dah terkena virus..hep me!! Pandai ekk ko PUAN SHIELA.dh kena TAG ni ko palit kat aku sekali.:D
Ok lah u'ols..memandangkan virus ni idak le bahaya bebenor,Ell terima je lah..terpaksa REDHO walaupun pada mulanya nak mengelak,tp terkena jugak..:P Siaplah u'ols pasni tersebar virus ni.

Virusnya ghupe TAG gini..


1. Siapa diri anda di rumah??
seorang isteri dan ibu yang hebat dimata ank2 dan suami.(well terpaksa puji diri sendiri utk memotivasikan diri ya..:P) itu juga salah satu doa kan..

2.Siapa anda dikalangan rakan-rakan??
Ntah..tak berani nak menilai diri sendiri dr pandangan org lain..:P

3.5(lima) benda yang anda inginkan tapi belum tercapai??

-Sebagai seorang Islam mesti punya keinginan pergi ke Mekah,sudah tentunya untuk menunaikan umrah dan mengerjakan haji.(bersama family)

-melancong ke oversea,mana2 pun boleh lah..tp yang ada DISNEYLAND lg bagus..:) (juga bersama family)

-mengembara ke seluruh dunia..(lainkan dgn melancong) ada yg nak sponsor? wink*

-nak renovate rumah ala2 celebrity HOLLYWOOD

-Nak dirikan sebuah CANDY SHOP dgn label LADYELL.Korang ada,takde kan..Ell pun tak de...hahaha.. yg ada verangan je..

4.Nama pasangan anda??
Aminulrashid bin Hj Arshad

5.5(lima) perkara yang anda suka tentang pasangan anda??

-seorang yang sangat mengambil berat hal2 keluarga

-bekerja keras demi keluarga yg tercinta

-tegas mendidik anak2 bukan garang ya..

-suka bersukan(badminton).buktinya ada DISINI juga DISINI,dan yg terbaru DISINI.Orangnya tak besar,tak kecik tp sedang2 je:)

-slalu puji masakan Ell walaupun tak seberapa..berbunga2 hati i u..:) dan paling Ell suka tak pernah sekali2 mkn kat kedai luar melainkan kalau we'ols jenjalan je atau ssekali dgn kwn2 dia lps game dia.Masaklah apa je,telur goreng mata kobau pun dia suka..:)

6.Bila tarikh anda couple??
maksudnya tarikh mula kapel lh kan...mahap ye mmg tk ingat tp yg pasti time Ell form 2 kira2 15-16 thn yg lalu..:) 

7.Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda??
bila mengusulkan cadangan utk kawen diusia muda dgn mak abah Ell dan mendpt sedikit kereguan dr kedua2 belah keluarga,yelah mcm tk pecaya betul ke laluan yg kita org pilih ni. N apa pun akhirnya..inilh kami skrng..Alhamdulillah (cinta mati i tell u..)

8.Lagu tema cinta??
Jawapannya ada DISINI :)

9. Apa perubahan yang anda ingin lihat pada pasangan anda??
tidak perlu memerlukan perubahan apa2 sbb Ell terima dirinya seadanya.tp kalau perlu berubah Ell rasa sikap PELUPA dia tu.Part ni yg mmg Ell tk gemar sgt.Sbb kalau suruh dia beli brg wlaupn 2-3 jenis msti disuruh tulis sbb katanya bnyak bnda krja yg nk dingatknnya,tkut nnt lupa. Mmg selalu pn lupa.Tp at least tarikh n klau ada bnda2 pnting lain tu dia tk lupa..;)





10.Tag rakan yang lain 
Haa..tengok gambar ni pun dh tau kan.. KAMU ler semua yg sedang membaca.. ada kapel kan..(jgn tipu..) SILA AMBIL BAHAGIAN ya utk buat ini tag.(ada unsur2 paksaan disitu..)



PENGORBANAN MU DIHARGAI~ihiks*




Terkena Virus Tag ~Shiela

Wednesday, April 14, 2010

macamana nak join GB



Ok,n3 ni khas tuk u'ols yg nak join Geng Blogger(GB).Diberi pengkhususan buat rini.Tp pastikan u'ols ada akaun di facebook ya.Kalau tak de Ell tak tau mcmmana nak connect.

Memula masuk ke site GB http://www.gengblogger.com 
Kemudian akan terpacul muka utama GB seperti dibawah ini


U'ols klik kat simbol connect ke FB sprt dlm gambar yg tlh ditunjukkan


Siap utk kongsikan n3 menarik u'ols?.PING saja mengikut anak panah tu siap dgn kategori yg dh disenaraikan.U'ols tinggal pilih je kategori apa n3 u'ols tu.
Kotak yg bhgn atas yg dah Ell tandakan tu,boleh lihat terus ke profile u'ols.Kat profile,u'ols boleh nmpk n3 apa yg u'ols dh PING didlm GB.


Ok,ini adalah contoh profile Ell kat GB.
Ada apa2 lg kemusykilan puan rini?  :)




*Maaf ya,Ell sengaja menggunakan font besar supaya lebih jelas.




macamana nak join GB

Sagun Kelapa~


Hai alls...
U'ols pernah tak makan sagun.Arini tak de mende Ell nak citer,kita citer pasal sagun lah eh.Sebenarnya Ell tak de lah suka sangat ngan makanan yang namanya sagun kelapa ni..buat tersedak je kalau salah hemat.Tapi nape tah time kecik2 dulu suka na ngan bende nih.Agaknya sebab rasanya yang lemak2 manis tu kot.Maklumlah kelapa kisar bakar kan.Tambah pulak ngan gula n tepung beras tu.Owh,lagi satu Ell rasa mungkin kalernye yang menarik sangat yg rasa macam memanggil-manggil je kita suh makan..:) Yang pasti,kalau makan sagun ni tolong lh jgn bnyk sangat bercakap.kang tak pasal2 tersembur...

Ni ha ,sagun ni adik MIL beli dr Muo(muar).Cantik pulak die susun berkaler2 cenggitu dlm plastik eskrim malaysia.

Yang ni we'ol beli masa gi Terengganu aritu.balutnye lain pesen pulak.Die gulung je dlm kertas A4  then die lilit ngan kertas kaler2 tu pulak.

Sebenarnya senang je resepi mende ni ekk.Cuma tak koser je nak membuatnye,lagipun tak mengenyangkan pun...:)
Ni Ell mintak resepi kat mak Ell.Dier pun reti jugak buat rupenyer. 

  
Bahan yang mesti ada 
kelapa parut putih
tepung beras
Gula halus/kastor (ikut suka manisnya)
garam 
daun pandan(untuk bau)
pewarna(kalau suka)

Cara membuatnya: 
1. Kacau kelapa parut dlm kuali atas api perlahan sampai pucat kaler dier
2. Masukkan tepung beras, daun pandan dan kacau 15-20 min lagi sampai campuran jadi kering, wangi, peroi dan rangup. Bubuh pewarna dan gaul sampai rata
3.Tuang ke dalam mangkuk dan biar sejuk.
4. Boleh digaul terus dengan gula dan disajikan.


Ok u'ols kalau ada sesapa yang serius sangat nak buat sagun ni sukatannya main bedal je ekk.Agak2lh ikut piawaian tekak sendiri...:)






Sagun Kelapa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...