PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Monday, February 13, 2012

Sehari di Taman Haiwan~(Singapore Zoo)

Maaf nak bagitau yang lawatan ni sebenarnya dah agak lama lebih kurang sebulan setengah yang lepas.huhu lama gilos baru nak buat n3.Mula-mula memang berkobar bonar nak di blog kan.Tapi lamo-lamo ey jadi lomau.haha apahal plak speaking negori ni ha.Yelah,betullah tu bila baru balik tu bersemangat habis nak cerita itu ini dalam blog.tapi ada je halangan.Lama-lama bila nak story mori pun jadi macam tak syok.Ini jam, roh mengupdate pasal ke Singapore Zoo ni bangkit pasal tengok n3 kawan-kawan yang pergi melancong over the sea.ada perasaan jeles lah kan.Seronok eh tengok orang pergi melancong.

Ok,kiranya ni we'ols pergi time masih cuti sekolah hujung tahun 2011.Lepas itu kemain bz nak uruskan hal sekolah anak-anak.kebetulan pula(bukan kebetulan,memang dah dirancang) BIL n family termasuk bonda mertua dia balik kampung.So,we'ols plan sama-sama ke Singapore Zoo.


Perjalanan dari rumah seawal 9.30pagi.We'ols bajet sampai dalam jam 11pagi gitu kalau tak jam.Alah tak jauh pun,tapi tidaklah jugak dekat.Kalau ke JB tu mau sejam,pastu masuk Singapore tu amiklah masa 15 minit.Makanya we'ols naik kereta sendiri sebijik je cukup.Takut kalau bawa asing-asing,follow memollow kereta hilang jejak susah pulak.

Senang nak tuju ke zoo ni.kalau dah masuk Woodlands tu ambik je lane kiri,belok kiri,pastu akan lalu road nama 'Mandai'.Tu dah nak dekat lah tu.

Dan..akan jumpa ini...setelah merempuh jam yang agak dahsyat di pondok imegresen,tibalah we'ols dalam lebih kurang jam 12tengah hari.

 Yuhhuuuu...we were here...

 mari memotret gambar...
(hehe habis rosak bahasa) 

 babies..

 "SPECIAL DISCOUNTS FOR INDONESIANS"
best arr d'ols kan.

 klik-klik satu pose nakal

 klik satu pose malu-malu meow..


Dia punya Q nak beli ticket memang sangat menduga kesabaran.Tengok lah gambar 1,2 & 3 kat atas ni.Nasib baik ada tempat duduk untuk we'ols makan-makan.We'ols sebenarnya dah siap bekalan dari rumah.Nasi himpit lah,rendang lah apa lagi tah.Kemain banyak.Pulak tu beriya-iya perabih takut tak boleh bawak masuk.hehe..ni nak bg tau u'ols,makanan dibenarkan bawa masuk..sebab kat dalam tu ada banyak tempat untuk picnic.

 Ok,ok dh jom masuk.Oh ya,nak bgtau lagi ni pasal apa yang orang dok ramai sangat datng zoo time ni.Sebenarnya ni time cuti ganti krismas...hari isnin 26 dec.Semua orang baik punya pakat pergi ke zoo ke.hehe..


Lupa pulak nak ambik gambar kat entrance dia.Tapi masuk je we'ols disambut dengan ini.Apa ekk nama dia.Sori eh.Haha Inchek suami punyalah terkejut time tengah tunjuk-tunjuk tu tiba-tiba datang sekor tah dari mana-mana melintas atas tangan dia.ingat dia nak terkam ke apa.Tapi jangan bimbang eh,haiwan yang dia biar berkeliaran macam ni jinak dan mesra alam serta manusia.:)

 tengok ah,dia tengok je ko kat bawah tu.Macam nak berkawan benar..ahaha

 Track dia best..macam bridge ni apa u'ols espek kat bawah die..
(hamboi..kemain lenggang lagi Dina berjalan..macam berkawat pun ada..:))

Tu ha nampak tu sang buaya..dok ternganga je mulut dia.wajib u'ols pegang anak kuat-kuat.tak pun paling selamat tak yah le buat gini.huhu... 

apa ni, apa ni, cer teka..
ini beaver ya anak-anak..

 Dina ye ye je nengok map.
Ini we'ols masih menyusur tepi lagi..Tapi dah cukup menarik suasana dia.

 Oh baby Abid yang sangat smart pergi ke zoo dengan kemeja.hehe..

 Apa tu...tak nampak ekk.ah! kalau dah kamera cikai gini ler kekdahnya.Ini swan dari pandangan jauh..:D

Ini species monyet.Elok sangat we'ols tiba situ betu-betul masa makan. 

Dapatlah we'ols tengok live macammana mereka ni diberi makan..

Nampak tak parit ni..Itu jelah buat pemisah antara pengunjung dengan haiwan-haiwan kat kawasan ni.pulak tu cetek sangat air nya.Kalau seberang ni paras buku lali atas sikit je.

Siap ada ikan-ikan lagi. 

 Persekitaran best


 2 gambar atas ni time white tiger tu makan..belakang kiri kanan we'ols ni sendat dengan manusia.lemas ahkak.Mana yang menolak-nolak tu rasa nak humban je dalam parit rimau tu.hehe

 Bonda mertua Azam,bonda mertua ku,Shamsiah(isteri Azam,adik birasku),Azam(adik iparku) & baby Abid 
heheheeh u'ols faham ke caption macam gini.
oh ya,stroller yang Abid guna tu adalah disewa ya.Kat zoo ni ada rental service.U'ols bolehlah sewa stroller,wheelchair n wagon untuk kids duduk dalam tu.(sorry takde gambar)Sebenarnya masa we'ols datang semua dah habis..but BIL ni pergi semula ke rental service selepas sejam manalah tahu kot ada org yang dah pulangkan..n,lucky him dapat pulak.Tu yang sedap je si Abid tido.Aariz jugak yang terpaksa bertahan menapak.Sekali sekali minta jugak dukung.Nasib baik Aariz banyak bersabar..:)

Ini we'ols tengok show.Show dia menarik,tapi biasa-biasa aje.Tapi manusia punyalah ramai... 

 Orang arab,orang putih,orang itam dan yang paling ramai orang Phillipina.Merata pergi dengar suara d'ols je.

Hamadryas Baboons - Rift Valley of Ethiopia
Banyak tempat boleh explore.Besar zoo ni.berlapis-lapis.If u'ols pusing keliling je macam tak puas sebab lapis tengah ada lagi pelbagai species dan habitat.Yang penting kene rujuk map.Nak lagi cepat dan mudah boleh je naik tramp..tapi we'ols tak naik sebab macam tak adventure ah konon..hehe


2 gambar atas ni di ambil di Australian outback section.Keliling ni banyak kanggaroo..

 oh...i see...

 sheksi muncung dier..ahaks..berani lawan? cucuk botox boleh dapat gini.

Aariz n Hyppo..:)

Baboon

Orang Utan.Mana tah pegi reramai.nampak ada sekor je situ.

Penguins


Salah satu species monkey.Di Singapore Zoo ni terdapat lebih 2,500 haiwan dari lebih 315 species.So,kita kene spent a full day kat sini dengan animals.


Ada tasik keliling zoo.U'ols boleh juga ambil cruise untuk lihat sekeliling zoo.Tapi we'ols tak naik.Kat sini we'ols rehat-rehat jap sambil menikmati pemandangan tasik.Memang seronok.banyak section boleh jumpa,ada juga orchid garden dan satu section ala-ala dusun yang d'ols panggil "TROPICAL CROPS PLANTATION'.Kat situ ada pokok durian,rambutan cermai,petai,sayur terung,pegaga..eh macam-macam lah.Lupa nak tangkap gambar serba sikit.Ish,lupa aje kijenye...

Ada pulak kidz world ni ha..we'ols tak masuk..sebab rasanya ada charge lain kot.


We'ols duduk lagi rehat minum air bagai.Kaki dah kebas kan..harus rehat banyak kali.Kang dah tak berasa nak menapak susah pulak..rasa macam terbang je..haha.

Gambar jap eh sebelum naik merry go round tu.

Tetiba ada horse carriage ride ni lalu.
we'ols tak naik jugak.tah berapa kos pun tak tau.Tapi ni sekali dalam Kidz World tu lah kot.

Thomas has no friends..heheh.tinggal kepala ketapi je ni ha.Thomas kata Aryan.

 Meneruskan lagi perjalan, then terserempak dengan elephant ride ni.We'ols tak naik..busuk ah bau elephant tu.We'ols just tangkap gambar orang yang takde kene mengena dengan we'ols je.
Jadilah ada bukti jugakkan..

Dengan elephant yang ini boleh gambar.Merata-rata elephant ni dengan macam2 corak.

Ok dah puas berjalan,kaki lutut semua dah kendur,we'ols bergegas pula keluar sebab hari dah nak gelap.Imagine lampu semua dah on n jam menunjukkan pukul 6.45 petang.
Wow! we'ols memang seronok lebih-lebih lagi kids.And u'ols mesti jejakkan kaki ke sini sebab Singapore Zoo is 1 of the best in the world katanya.Sure u'ols tak kecewa dan sangat berbaloi dengan harga ticket Singapore dolar 20 untuk dewasa dan 13 untuk kanak-kanak(3-12thn).Bawah 3 tahun semestinya free.Open daily ya,dari jam 8.30pg-6ptg.

Lepas tergesa-gesa keluar tu,maklumlah takut kene halau kan..night safari pulak open...harga ticket mungkin beza kot.we'ols tak masuk sebab BIL terpaksa balik KL malam tu jugak.So,berebut ah we'ols.Cari masjid singgah solat.

Jangan kempunan kata orang nak pergi Universal Studio,we'ols masuk jap Sentosa Island.

Sorry 'bout da picture yg blur macam hape.
We'ols round sentosa lebih kurang 45 minit.macam-macam ada kat situ,bukan takat USS je.Dah teruja sangat anak-anak nak pergi situ.Ok next time eh kids.

Sebelum we'ols say byebye Singapore harus ada gambar dengan Merlion yang sebesar bangunan ni di Sentosa island.bukan yang pancut air tu ya.yang ini besar gilerrr..




11 comments:

attyfir said...

nampak menarik zoonya..
tp napa malaysian x dpt discount..ini tidak adil

rasp said...

mmg menarik zoo s'pore tu...
dah dlm list to visit...
uss pun cuma ntah zaman bila ntah nak gi sana.....
i pun stuju dng atty tu...
naper m'sian no diskaun.....

Lelord said...

bestkan g sini xde bau pun najlaa mmg suka g zoo

shiela latif said...

bestnye ko bercuti babe...suke aku tengok anak4 ko...

Huda Ahsin said...

Singapore Zoo mmg best. Bersih, cantik dan binatangnya sihat-sihat belaka. Cukup makan, cukup jaga... Seronok tengok...

Neeza.Areef said...

akak pn camtu gk..masa wat sesuatu ku kobar2 nk jd kan n3..amik gambo mcm2..tp klu x masuk cpt2 dlm blog..mmg kelemauan la jwbnya..

eh ada special % utk indon?..ape yg sepesel sgt ek diorg..hehe

ramainya umat manusia..klu x sabo2 mau blk x jd masuk..

msti enjoy la klu dah kt dlm tu kan..budak2 la plg meriah..dpt tgk mcm2 haiwan

~ Lady ell ~ said...

Atty>
memang menarik kak ty.kalau ada anak2 sekolah rendah elok sgt bawak kenal2 dgn haiwan2 ni.Ell rasa indonesian ada kelab lah..sebab tu boleh dpt diskaun.

rasp>
kalau ke singapore jgn lupa ke zoo sis..jgn kata USS,kat sentosa island tu tah berapa bnyk attraction dia.kene spend 3-4 hari jugaklh kot.nanti eh sis kalau ada kelapangan.:)oh discnt itu utk members club kot sis..club tu mungkin indonesian punya.

~ Lady ell ~ said...

Lelord>>
ha'ah best kak..kalau budak2 memang suka tengok haiwan2 ni.bersih tempat dia.

shiela>>
alah,satu hari je beb.seronok dapat penat pun dapat arr..:)

~ Lady ell ~ said...

huda>
kan..sebab tu dpt tarikan 1 of the best zoo in da world.:)

neeza>
betul kak..kalau tak sabo mau tak jadi masuk..kesian pulak tengok org yg duk sebelah menyebelah bawak ank yg dok melalak tak tentu arah.mak dia gi beli ticket..ank suh org gaji jaga..

sebenarnya budak2 dah sekolah bolehlah bawak..kalau baby2 tu agak susah kot..tah derang paham tah tidak.

iqbalmyrza said...

bila masa ko g ni..bawak kete sendiri eh..? bleh join ni lepas ni haha

Islamic Traveller said...

Perkongsian yang sangat menarik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...