PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday, February 10, 2012

Alahai orang Gaji

 Gambar hiasan


Ini kisah orang gaji Indonesia.Tahun lepas kecoh kononnya Indonesia tak nak hantar rakyat dia ke malaysia sebagai orang gaji.apa kes? Merajuklah sebab rakyat dia yang bekerja sebagai orang gaji didera oleh majikan.Kalau nak ikutkan berapa sangatlah amah ni yang kena dera berbanding amah yang sangat happy dan perangai melebihi majikan.Ramai juga majikan yang terpaksa telan pahit,masam dan kesetanan amah yang bukan saja tak makan saman,malah nak buat kerja ikut kepala dia.

Walaupun ell tak pernah ada amah,tapi pernah berdepan dengan pelbagai cerita amah dan macam-macam perangai terpaksa majikan mereka hadapi.Bukan murah nak dapatkan amah ni.Majikan juga terpaksa menaggung beberapa risiko yang mungkin dihadapi antaranya:-

1.Tak tahu guna mesin basuh/peralatan rumah lain
2.Tahu mengurat suami majikan
3.Cuba menyelinap keluar malam 
dan banyak lagi..itu antara contoh ya.

Dan harganya RM4000++ untuk dibayar kepada agen.Apa boleh buatkan,inilah risikonya yang terpaksa dihadapi kalau terpaksa sangat guna khidmat orang gaji/amah ni.Kalau dapat yang baik dan elok,itu beruntung sekali.

Kadang-kadang rasanya rakyat Malaysia ni baik hati sangat sampai berlambak warga asing datang Malaysia buat macam negara dia.Tambah pulak kerajaan yang murah sangat hati bagi muka kat mereka-mereka dengan PROGRAM PEMUTIHAN.Program ni memberi peluang kepada majikan untuk mengambil pekerja-pekerja asing yang tiada permit kerja/tinggal lebih masa di malaysia untuk bekerja secara sah.diulang TIADA PERMIT. Tengok,bagi muka sangat kan...

Ok ini kes yang Ell nak cerita sangat.Dalam banyak-banyak kes yang Ell dengar dari ipar,kawan dan saudara mara ini yang Ell geram sangat.Kes curi dan cabut lari biasa,malah malas nak buat kerja dan melawan majikan pun biasa kita dengar.

Pengalaman dialami sepupu suami Ell sendiri.Amah ni diambil dari program pemutihan lah ni.Baru 4-5 bulan bekerja.Nampak macam elok perangai,ikut semua suruhan.Sehinggalah satu hari cousin ni balik rumah dengar suara bayi.Cari-cari datang dari bilik air.Terkejut ke tidak u'ols rupanya si amah tu tengah meneran nak lahirkan anak.Habislah satu bilik air tu berlaku pertumpahan darah.Dengan panik cousin ni potongkan tali pusat dia sementara menunggu dokter.Nasib baik tak jadi apa-apa pada anak tu.

Dan yang paling cousin ni geram sangat,dia tak pandang pun anaknya tu.Dia tak nak katanya.Sepanjang perjalanan kehospital dalam ambulan sedikit pun tak menoleh anak dia.Cute bayi tu putih melepak,hidung mancung n rupa ala-ala hindustan.So,boleh agaklah keturunan apa bapak bayi tu kan..dan yang sahihnya tak tahu siapa bapanya.Kesian bayi tu.Time tu cousin rasa nak lempang,nak tumbuk muka si amah tu.Pandai buat,tak nak tanggung.

Sebelum kejadian, mak kepada sepupu tu selalu jugak bertanya yang budak tu lain benar susuk tubuh dia.Selamber giler si amah tu kata keturunan dia memang selalu kene busung.Hotak dia lah kan.Lepas tu bila orang tanya dah solat,dia jawab dia period.Bila dah berlaku macam ni,siapa tak geram.

Now si amah tu dah dihantar balik kampung dia dan bayi tu di adopt oleh sepasang suami isteri yang bekerja di hospital tempat bayi tu dirawat.8 tahun berkahwin,tapi belum ada rezeki menimang anak.Syukur nasib bayi tu terbela.

Orang kata,buat baik dibalas baik.Tapi dalam kes amah yang besar kepala ni dia buat taik kat majikan dia.Lagi satu,buat baik biar berpada-pada.Kadang-kadang orang gaji ni bertuah sungguh bila majikan derang belikan baju raya,kasi duit raya dan beri cuti panjang untuk balik kampung beraya.Last-last tak reti-reti nak balik kerja semula.





5 comments:

Cik Melor said...

saya baca tampalan ini

rasp said...

i pernah ada amah...
sekali jer terus serik...
dan malas nak layan kerenah2 dorang dah....
so now dirumah i am a happy amah hehehehehe...

~ Lady ell ~ said...

melur>>
terima kasih puan melur..

rasp>>
nak kena ada akta yg membela nasib majikan jugak lah kan..lebih-lebih lagi yang kene tipu,kene rompak amah sendiri, mendera anak majikan dn macam2.
psst,sis u bukan amah lah sis..u surimah..haha (suri+rumah)

Huda Ahsin said...

Kat sini, diaorg berjln penuh sopan, taat dan tunduk kat belakang Mak Pak Arab dgn baju uniform amah diaorg yg kelakor tu...
Kalau dgn kita, amboi bukan main lagi... dgn Mak Pak Arab... mana berani!

~ Lady ell ~ said...

huda>>
dengar2 diaorg ni terlatih..tapi yang dihantar ke malaysia kebanyakan nya dr gred D .Yang dihantar ke Arab semua tu dari gred A.Sebab tu kualiti semua beza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...