PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday, April 05, 2012

Kek Karamel Pelangi


First time buat kek ni.Sibuk dok sana sini cakap sedap,tekak pun tetiba rasa gatal2 je nak terai kan..tapi kedai kek pontian ni takde pulak jumpa kek karemel ni.Aduhai,nampaknya kene bikin sendirik jugak lah ya.Memula rasa nebes..ahaks.beriya sangat nak buat,penimbang takde,main sukat agak2 je.berapa kali baca bismillah ni.pastu tawakal je lah.

Bila dah jadi,Masya'Allah...cantiknya kejadian kek ni.hehe.Anak2 pun berulang2 nak lagi dan lagi dan lagi.Bahaya juga makan kek ni.
Sejak beberapa bulan lepas teringin nak buat kek ni.Puncanya sebab tertengok kat dalam WHI(wanita hari ini) TV3.Dia punya cantik kek tu,sangat menerujakan sekali.dan2 tu juga cari resepi.Ok,ini resepi yang pertama sekali Ell jumpa.memandangkan ini cubaan pertama,makanya ell tak dapat nak tunjuk step by step.Takut tersalah steps..:P


BAHAN-BAHAN:-
Loyang 7x7
Ell punya oven kecik,jadi kalau guna size loyang yg dicadangkan,nanti tentu tak muat loyang besar untuk proses membakar guna water bath tu..So,Ell guna pyrex casserol(gambar atas) yg tak pasti saiz berapa.huhu 

(A)
{bhgn gula hangus}
~2 sudu besar gula
~masak dalam loyang,dgn api sederhana..biar sampai perang dan cair.
~ketepi dan sejukkan


(B)
{bhgn karamel}
1/2 tin susu cair(boleh tambah kalau nak tebal)
70gm gula castor (takde scale,ell guna 21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1/2sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur(kalau tambah susu,tambah juga telur)

(C)
{lapisan kek}
140gm tepung gandum(ell sukat 1cwn)
70gm gula castor(21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
3 biji kuning telur
135ml air biasa
1sk baking powder(guna sudu kfc)
45ml minyak masak.

(D)
{Meringue}
6biji putih telur
70gm gula castor (21/2 sudu gula pasir,kisar halus)
1sk cream of tartar(tak letak pun)

See,banyak na yg main sukat sendirik je.Pastu tawakal jelah jadi ke tidak.:)

CARA-CARA MEMBUAT:-


1.Kacau kesemua bahan(B) perlahan2 jangan berbuih.nanti tak jadi karamelnya.
2.Masukkan (B) dalam loyang gula hangus.
3.pukul bahan(C)
4.Pukul bahan(D) sampai kembang dan bila diterbalikkan ia tak jatuh.
5.Campur bahan (D) dalam adunan (C) dan gaul dengan spatula/senduk kayu hingga sebati.
6.bahgikan kepada beberapa bahagian yang dikehendaki dan letak warna kesukaan.
7.Masuk dalam loyang tadi.jangan risau adunan ni takkan tenggelam sebab meringue tu ringan.
8.Bakar secara water bath(loyang kek dimasuk dalam loyang lain yang berisi air panas) selama 1jam, suhu 160'c-180'c bergantung pada oven masing-masing.
9.Bila dah masak,rehatkan 10 minit.Bila nak terbalikkan,potong keliling.
10.masuk dalam fridge 1jam,kemudian makan sejuk2.mantap!


Tips:-
1.Panaskan oven 10minit.
2.45mimit pertama bakar guna api bawah sahaja dan 15 minit lagi guna api atas bawah.
3.Meringue yang betul,5 minit diperlukan.
4.Susu cair suhu bilik.
5.buat (A),Putar (B),kemudian buat (B) dan (C).
5.Tahan 5 hari,kalau simpan dalam fridge.(tak sempat)haha.




Ok,itulah hasilnya dalam gambar diatas..bila sekejap je dah habis,itu ada tanda akan ada permintaan lagi.hehe semestinya dari anak2lh kan..nekad punya nak buat kek ni main bedal je sukatan.Macam main masak-masak.Tapi kalau tak jadi nangis ooooo..6 biji telur tu guna.kalau buat telur dadar boleh juga makan dengan nasi.


Ok alls,itulah die kek karamel pelangi pertama sayerrrr..hehe.



Sumber inspirasi:-

9 comments:

Norzie said...

Cantiknya kek karamel pelangi ell...tentu sedap ni.

~ Lady ell ~ said...

norzy hany>>
alhamdulillah...menjadi nmpknya.

[leily.laily] said...

yummeh, sedapnyer.. =)

Rini said...

akak dari sehari ke sehari nak buat, tsk gak buat2 ;P

faeza eighteverlens said...

Waa kemecher lak tgk huyyy mesti sedap nie..

rasp said...

cer fax ker, post ker kat i skit ;)

Unknown said...

sedapnye...

Huda Ahsin said...

Main sukat agak2... tapi menjadi... best la Ell...

@tune® said...

best best best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...