PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label minum petang. Show all posts
Showing posts with label minum petang. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

Baked Mac & Cheese~(resepi)


Bismillahirrohmanirrohim...
Assalamualaikum u'ols.Lama sungguh Ell tak menulis n3 di blog.Tak tahulah kenapa agaknya.Mungkin rasa malas nak membebel2.(padahal bukan bercakap pun,type je). Baiklah,hari ni Ell nak share resepi seperti tajuk diatas ye puan2...hehe

Tapi nak bagitau lah kan,resepi ni inspirasi dari rancangan Diners,Drive-Ins and Dives @Food network. 
Host dia Guy Fiere yang rambut putih,badan besar tu.Ell layan jugak rancangan ni sebab dia pergi restaurant yang best2 utk dia cuba.ala2 jalan2 cari mkn lah gitu...Dan ada satu episod ni Ell tengok tahun lepas pasal cheese ke apa..ntah lupa dah.Pastu dia pergi review kat satu restaurant yang specialty dia baked mac n cheese.Super cheezy u'ols....meleleh!



Ok..resepi ni Ell alter ikut tekak melayu lah ea.Idea ni pun datang dari sister in law yang bagi resepi lasagna...dia kata bubuh sket rempah kari daging.Resepi asal restaurant tu guna cheese sesaje.Pasta sauce ni Ell nye taste ye.Let's cekedaut u'ols...:)

Bahan2:
~200gm macaroni(dicelur sampai lembut)
~130gm butter(separuh saiz butter biasa)
~2sudu mkan tepung gandum
~susu segar 1/2 liter(500ml)
~2biji bawang besar(potong dadu)
~3-4ulas bawang putih (dicincang)
~daging cincang
~cendawan tin 3-4biji dihiris (ikut suka)
~mix herbs atau apa saja perasa yang u'ols suka.seperti oregano,bay leaf,basil dan seumpamanya.
~1/2 tin kecil tomato puree.
~2sudu makan serbuk kari daging.
Seketul kiub pati ayam/daging.
~200gm mozarella/parmesan cheese parut (campur 2-2 pun ok)
~sedikit minyak zaitun untuk menumis.

Cara2:
1.celur macaroni sampai lembut,toskan.



Sos putih cheese
2.Panaskan susu,jgn mendidih.
3.Dalam periuk lain,cairkan butter,sebelum mencair masukkan tepung dan kacau cepat2 dengan hand whisker.Tutup api.
4.Masukkan campuran butter dan tepung tadi kedalam susu hangat dan kacau cepat2 supaya tidak berketul2.Pastikan api dalam keadaan kecil ke sederhana ya.
5.Masukkan separuh kiub pati ayam,kalau suka sedikit lada sulah.Kemudian masukkan segenggam kecil cheese parut.Kacau sentiasa supaya tidak berkerak.Agak2 dah pekat seperti yang dikehendaki,tutup api.Ketepikan.


Sos pasta tomato
6.Panaskan minyak,tumis bawang putih dan bawang besar.Masukkan daging cincang.
7.Lepas tu masukkan serbuk kari dan tumis agak2 garing.
8.Masukkan separuh lagi serbuk pati ayam.Kacau sebati dan masukkan tomato pes/puree serta cendawan.Kalau suka masam boleh bubuh tomato lebih.Perasakan seperti bay leaf atau seumpamanya.
9.Kalau rasa pekat,boleh tambah sedikit air.sket je ya.agak2 sesenduk.Biarkan sehingga daging masak.
10.Boleh masukkan terus macaroni yang dah siap dicelur tadi.Kacau rata2.

Ok,cara nak sediakan.
1.Sediakan bekas aluminium/caserol(pastikan boleh dibakar dlm oven) 2.Tuang sedikit sos cheese kat dasar tak kenang dek untung..eh!.
3.Tuangkan macaroni yang dah bergaul sebati dengan pasta sos tadi.
4.Tuangkan baki sos cheese dilapisan atas.
5.Taburkan dengan parutan cheese.
6.Bakar dalam oven sehingga cheese cair dan keperangan.Lebih kurang 15 minit dgn suhu 170'c(anggaran) .

Ok,siap bakar...TING! oven dah bunyi,makan panas2 mmg mabeles.

Selamat mencuba.






Baked Mac & Cheese~(resepi)

Monday, January 06, 2014

Choc & Cheese Mousse Cake~(Resepi)


Assalamualaikum..
Wah...tetiba je hari ni update belog kan.Excited u'ols...Earning kat Nuffnang ada hasil,walaupun blog ni macam semput je nak gerak.huhuhu..
Oklah,plus nak tunai kan janji-janji manis kat u'ols yang minta share resepi CCMC ni.(wah!kelaszz nama).

Ok,lets cekedaut..:)
dan dia siap ada video untuk u'ols lebih faham.
Tapi kan,kalau dah nama resepi barat ni,dia memang superrr manis u'ols...Ell cadangkan,u'ols amik resepi kat sini and u'ols boleh refer video tu untuk step by steps...

BAHAN2:-
Loyang base petak 8"/Loyang base bulat 9" 

Lapisan Bawah (1)
180gm biskut tiger susu
110gm butter

1.hancurkan biskut tiger,dengan pengisar kering atau masuk dalam plastik u'ols ketuk2 dengan penggelek karipap.
2.Cairkan butter,dan satukan dengan biskut.
3.Tekan padat dalam loyang base,dan masukkan dalam petisejuk sementara nak siapkan lapisan atas.

Lapisan Cheese(2)
250gm creamcheese
120gm gula castor
150gm uht whipping cream
1 sudu besar gelatin (halal)
60ml air panas

1.Pastikan creamcheese lembut pada suhu bilik untuk kerja2 yang lebih lancar dan efisyen.Jangan nanti komplen cheese berketul2.Kata resepi salah.Ok,faham disitu kan..
2.Campurkan gelatin kedalam air panas,kacau sehingga larut dan kembang.Cairkan secara double boiler sehingga tidk berketul2.Sejukkan sebentar.
3.Pukul cream cheese yang dan lembut tadi bersama gula cator hingga kembang denagn kelajuan sederhana hingga laju.
4.Kemudian masukkan whipping cream dan pukul lagi.
5.masukkan pula gelatine dan kacau sehingga sebati.
6.Tuang adunan cheese ini keatas base biskut tadi dan simpan dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam.

Lapisan Chocolat Mousse (3)
300ml whipping cream(guna non dairy whipping cream brand 'rich gold label')
1 sudu besar gelatine(halal)(campurkan dgn 60ml air panas dan cairkan secara double boiler)
50gm serbuk koko*
100gm gula icing* 
1/2 cwn air suam*
*satukan,jadikan pes*
1sudu besar + 1stgh sudu besar air panas(optional)

1.Putar whipping cream hingga softpeak(bertanduk)
2.satukan kesemua bahan dengan kaedah kaup balik.
3.Tuang keatas lapisan cheese tadi dan simpan didalam peti sejuk sehingga keras lebih kurang 1 jam.
4.Bila keras,kita nak tuang ganache k.

Chocolate Ganache (4)
35gm serbuk koko
50gm gula castor
150ml whipping cream
80gm coklat masakan
30gm butter

1.Satukan kesemua bahan,dan masak secara double boiler.
2.Tuang keatas lapisan chocolate mouse yang telah keras.Sejukkan semalaman atau sebaiknya 8 jam untuk mendapatkan adunan seperti kek.

 Kalau nak buat dalam bekas macam gini pun boleh.

Ok,silakan mencuba ya.Kalau tak cuba nanti cikgu cubit boleh?...heheh
U'ols mesti cuba resepi ni sebab superrr senang n dah tak tergambar kesedapannya..  sbb masuk mulut je hilang,masuk mulut je hilang. ;)


SELAMAT MENCUBA!
tata





Choc & Cheese Mousse Cake~(Resepi)

Friday, September 20, 2013

Kek buah-buahan keju~(resepi)


Assalamualaikum....
Hai ols...tengah bz membersihkan lumut2 dan fungus keliling rumah.hehehe.Tu yang muncul lagi nih.Tapi Ell sedar,sahabat blogger masih tak perasan Ell nyer 'come back' nih.haha (macam penting sangat kan).

Ok lah u'ols,berbalik kepada tujuan asal yer.Nak kongsi resepi yang Ell dapat dari sahabat sekolah (HATIJAH) yang dia kongsikan di FB.Dah 2 kali Ell cuba.Cubaan pertama tidaklah gagal...sedap pun ye,cuma ada certain part yang Ell tak puas hati.Permukaan kek agak gelap sedikit.Tapi bukan hangus tau...and terasa kering sedikit.Rasanya tak teruk sangat...yang Ell boleh kata is SEDAPPPP! u'ols should try this recipe.If u'ols peminat kek buah2an kukus,ini antara pilihan yang patut dicuba.

Ini cubaan pertama.Dek kerana kulit luaran nye gelap...ahkak saje je kasik bedak sket,pastu letak buah peach sbg penyeri.Eh,u'ols jgn letak bedak betul ye..ini kiasan je...Ell sprinkle ngan gula icing.Ada kang yang ikut ajaran sesat ahkak buh bedak...haha

Ok,ok...nak cuba?Nah resepi.

BAHAN2:-
250 g cream cheese
250 g butter
200 g Gula pasir
4 biji telur gred A
1biji lemon/ kikis kulit dan ambil airnya

(tak letak,Ell tukar sunquick oren sesudu)
200 tepung gandum•••
1/2 sudu teh baking powder•••
1/2 sudu teh bicarbonet soda•••
210 Buah2an campuran
150 tepung gandum
Secubit garam 


CARA2:-
1.Sebelum itu , ayak bahan yg ada
••• 

2.Gaul rata 150gm
 tepung dgn buah2an, bungkus dgn kertas kuat2 ketepikan.

3.Butter , cheese pukul rata lalu masukkan gula pukul sampai puteh, kemudian masuk telur satu persatu, pukul hingga kembang.


4.Setelah kembang,masukkan air lemon dan kulitnya, pukul lagi baru masukkan tepung gandum yg 3 dot.kacau rata.

5. Masukkan Buah2an,kacau pelahan lahan guna kaedah kaup balik hingga rata.

6.Guna Loyang 7x10.Sapukan dengan sedikir marjerin,kemudian alas kertas minyak sekeliling loyang. 

 *(Loyang 8x8 pun boleh)

7.Bakar selama 1 jam , api atas bawah dengan suhu oven 170'C.Bergantung pada oven masing2.
(Ell bakar 45minit je sbb tak nak dia kering n gelap macm yang sebelumnya)
 

Pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong.Kalau tidak,nanti kek hancur.


 Taraaaa...ni hasilnye selepas pembakaran selama 45 minit.Ok,perfecto!!Sedap dan memuaskan.Oh ya,Ell bagi 2 adunan sebab kali ni guna loyang 4x8inci.


Ok,nak cuba...silakan.Tak nak cuba...tak paksa. ;)

*Terima kasih buat Hatijah atas kesudian beliau berkongsi resepi ni.






Kek buah-buahan keju~(resepi)

Thursday, September 19, 2013

Homemade Ice Cream~(Resepi)

 Taraaaaa...
Wah,dah lama tak update hari ni tetiba je kan.Sharing is loving terus u'ols...Come2..nak share resepi .
Eh jap2...
Assalamualaikum...haha exited semacam u'ols...masuk rumah tak reti nak beri salam.Rumah tinggal2an katakan...ahaks.
Ok, n3 kali ni nak bg resepi aiskrim ekk seperti yang tertera kat tajuk tu kan...Sekali u'ols buat...sekali tu jugak u'ols akan kata...wah....hebat!(kat diri sendiri)hahaha...2 kali buat...u'ols akan kata tak yah dah beli eskrim kat kedai.gitu.


Ell dah 2-3 jugak buat...Resepi yang Ell bg ni dah di alter yer...Kalau ikut resepi asal is superrrrr manis u'ols.Ok,Mari semak resepi.but sorry u'ols Ell terlupa nak snap step by steps.Terlupa boleh bubuh gambar dalam blog.:)

BAHAN:-
1/2 tin susu cair
1/2 cawan whipping cream
1/4 tin susu pekat manis
7-8 sudu makan gula pasir halus
1 sudu teh esen vanilla
sebiji telur
1 sudu makan ovallete
perisa kesukaan
cadangan(strawberry,coklat,milo,oreo atau vanilla)
Buah2an segar (optional)
coklat chip/choc rice (optional)
almond/walnut (optional)

CARA:-
1.Campurkan kesemua bahan kedalam mangkuk mixer kecuali perisa/buah2an/coklat/kekacang.
2.Pukul selama 20minit tanpa henti.Kalau guna mixer tangan tu gelek gerudilah u'ols sampai lenguh...hehehe
3.Simpan adunan kedalam freezer dengan suhu pembekuan yang maxima atau bergantung pada petisejuk memasing selama 1 jam.
4.Selepas sejam,keluarkan dan pukul semula selama 10minit.Kemudian,campurlah bahan2 lain kesekuaan u'ols tu.(perisa strawberry,buah stawberry,almond, walnut dll.)Ala2 'Haagen dazs' gitu kan...Oh ya gaul guna kaedah kaup balik je ye...manja2 gitu. :P
5.Simpan semula dalam freezer selama 4jam(minimum) atau lebih.


 Adunan tu boleh dapat 2 bekas penuh mcm ni ye

Inilah hasilnye u'ols...Vanilla flavour + chunky choc(ikut suka nak letak coklat apa)

Strawberry flavour.


Silakan mencuba!!
Voilahhh...




Homemade Ice Cream~(Resepi)

Monday, June 17, 2013

Bahulu Pecak(resepi)

Bismillah..
 Bahulu pecak teramat lah susahnya nak jumpa melainkan kalau u'ols pergi ke rumah orang2 bugis yang ada 
majlis2 keramaian atau kenduri kendara.Tapi kuih ni adalah bukan kegemaran kanak2.Ell buat ni 4-5 hari baru habis.

Asal usul kuih bahulu pecak ni tidaklah Ell ketahui sebab tak mengkaji.Tapi pecak dalam bahsa bugis tu bermaksud banjir atau lembab atau basah.Ha,gituler kot.Orang2 'lama' memang suka kuih ni.Mak mertua Ell lah.Manis je muka dia bila Ell buat bahulu pecak ni.Semanis kuih ni...ya! amaran keras! kalau ada penyakit kencing manis silalah hindari dari kuih ni.Sebab kuih ni super manis sampai kan besar kemungkinan kencing u'ols pun akan dihurungi semut sebab terlalu manis.hahahah.




Ok,bahannya dan caranya mudah je.Tapi kenapa ekk susah na nak jumpa.keliling rumah Ell ni adalah beberapa jiran bugis,so...mgendenglah resepi ni..Meh Ell share kat sini ye.

Bahan2:-

10 biji putih telur size B
1 cwn beras pulut(disangai dan dikisar halus,kemudian diayak)
1sudu teh baking powder

baca dah bahan2 nya? simple kan?tapi mungkin sebab kuantiti telur n nak mengolah beras pulut tu yg leceh kot.Tu pasal lah org malas nak buat...

Cara2:-

1.Jerang pengukus,dan panaskan acuan yang telah disapu minyak.Seeloknya acuan 4segi.
2.Pukul telur sehingga putih pekat.
3.masukkan baking powder.
4.masukkan tepung pulut yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5.Masukkan adunan kedalm acuan yang telah dipanaskan tadi.Kukus selama 45 minit.

untuk pecak:-
6.masak air gula melaka bersama sedikit air.Sejukkan.
7.Kuih yang sudah dimasak,disejukkan dan dipotong anggaran setengah inci.Kemudian direndam dalam air gula yang dah sejuk.
8.Simpan dalam fridge,Makan sejuk2 untuk kenikmatan yang berganda.

Silalah Mencuba.Bayangkan yang u'ols sedang menghisap madu lebah bersama sarangnye ketika menikmati kuih ini.hehe



Bahulu Pecak(resepi)

Thursday, October 18, 2012

Roti Naik kesukaan ramai(keluarga saya)~resepi


Bismillah...
Hari ni Ell nk kongsi resepi roti naik.Roti yg dari dulu sampailh sekarang memang tak jemu2 dn menjadi kesukaan fmly.Kalau dlm sebulan tu,adalah 4-5x mak mertua Ell membeli.Sebab dia lh yg paling suka cicah kupi. :)  Tapi bila time malas nak membeli, kemain lama baru beli lagi.Bila dh beli,asyik lah memebeli...heheh berbelit2 lidah korang?.Ada sahabat tu kata,roti klasik,mmg sgt sesuai utk bonda mertuaku yg klasik.



Ok,sebenarnya seumur hidup Ell tk pernah menguli doh roti.Hari tu mmg cubaan pertama yg hebat.Dengan takde tepung roti,gigih jugak guna tepung gandum.Orang kata boleh guna tepung gandum,kita buat jugaklh kan...
Nak buat ko tak menyukat dulu...sekali tepung tak cukup daaa...tp tak bnyk kurang,agak2 dlm lagi sesudu tepung tak cukup.Nekad jugaklh nak bikin kan...alang2 dh separuh jln, baik teruskan sampai kesudah.

Bahan2 dan cara nk buat tu senang,tp kene ambil bnyk masa.

BAHAN2:
(A)
1 bungkus yis mauripan 11gm
1/2 cwn air
1 sudu besar gula.


(B)
2 sudu besar marjerin dicairkn.


(C)
1cwn gula
1/2 cwn air panas
-Ell guna fresh milk,jerang atas api,jgn mendidih.Tambah 4 sudu gula.


(D)
3 cwn tepung gandum + 1cwn tepung gandum(utk xtra)

mungkin u'ols boleh tukar tepung roti utk bahan ini.

dan sedikit pewarna kuning.(utk membangkitkan warna)

CARA:-
1.campur bhn (c) dn sejukkn.

2.campur bhn (a) ,kacau dn biarkn seketika hingga brbuih.


3.sediakan mangkuk besar,masukkn tepung dn buat lubang ditgh2.


4.masukkn bhn A,B,C dan pewarna kuning.Gaulkn dn uli sehingga tidak melekit.Kalau melekit,tambah sket2 tepung xtra tadi sehingga tidak melekit.Uli doh dgn tangan sehingga kenyal lebih kurang 45 minit.Kalau ada bread maker senang set je.


5.Tutup doh didlm mangkuk dgn tuala atau cling wrap.Biarkan terperap selama 45minit,sehingga doh naik 2x ganda.


6.Setelah doh naik,tumbuk doh utk membuang udara.Bahagikan doh kpd bulat2(60gm-70gm) kecil yg sama saiz.


7.Susun didlm loyang,jarakkn sedikit.Kemudian tutup semula dgn tuala selama 20 minit.


8.Kemudian bakar roti dlm oven pd suhu 180'c,selama 20 minit.




9.Setelah masak,keluarkn dr oven dan sapukan marjerin ketika roti masih panas.Kemudian taburkn gula.

Itulah hasilnya..Eh tak sempat sejuk roti tu..anak2 dah serbu dulu.Ehem paling kembang bila mak mertua tanya kat anak2 dalam bilik,tapi i terdengar u.."sedap mama buat roti?" anak2 jawab spontan berjemaah sedap...pastu mak mertua makan dua biji.:)




Ok,Selamat mencuba...
*Kegebuan roti brgantung kpd berapa lama kita menguli dn perap.jgn lebih dr sejam.
*Sambil2 tengok tiwi tu boleh buat keje2 menguli.

*Sebenarnya loyang apa nak guna,terpulang kepada u'ols.Kalau loyang bulat biasa,boleh tambah 1-2 bun lagi.





Roti Naik kesukaan ramai(keluarga saya)~resepi

Tuesday, October 02, 2012

Tuna puff pastry pinwheels (resepi)


Assalamualaikum..

Diet,diet jugak..tapi dapur kene jugak berasap.Resepi ni rajin jugak Ell buat untuk anak2 bekal ke sekolah dan untuk minum petang pun sesuai.Rasanya dah pernah publish gambar ni kat FB kan..cuma resepi je belum sempat dikongsi.Untuk sambungan episod diet tu,akan diupdate lagi.Bosan ah asyik citer diet je..Sekali sekala apa salahnya bertukar ke menu kan..



Ok,nak buat ni senang je,
Asal ada stok puff pastry macam gambar bawah ni jadi je.


Bahan2 inti ikut suka u'ols.Untuk kali ni,Ell guna tuna ayam brand macam dalam gambar atas ni.Guna satu dah cukup.
Bahan2 lain,bawang(cincang),tomato(cincang),rempah kari sesudu dan garam secukup rasa atau boleh guna perencah meggi secukup rasa.Untuk menumis.
Mayonaisse untuk apu dipermukaan pastry.

Cara:-


1.Keluarkan puff pastry dari freezer,biarkan dalam suhu bilik lebih kurang 10min,.
2.Sementara menunggu,Tumiskan bawang dengan sedikit minyak.Bila dah naik bau,masukkan bahan2 lain..tomato,tuna,serbuk kari, garam dan serbuk perasa.Boleh tambah sos cili kalau suka.Tapi kalau guna tuna flakes yg spicy tu,tak yah letak pun tak pe.Dah masak,biarkan sejuk sekejap.
3.Ambil sekeping pastry yang dialas dengan plastik dan sapukan mayonaisse rata2 keatasnya.
4.Senduk bahan tumis tadi,kemudian dirata2kan diseluruh permukaan pastry.jangan buat sebaris ya.
5.Gulung pastry dengan menggunakan plastik alas tadi.Macam nak buat swissroll.
6.Kalau agak2 pastry dh lembik/lembut,masukkan sekejap dlm freezer.Bila dah agak2 boleh potong,keluarkan dan potong lebih kurang 1 1/2 inci tebal.Kalau segulung tu dapatlah dalam 12-13 keping kot...
7.Susun didalam loyang pembakar,sapu kuning telur,dan masukkan kan dalam oven,kemudian dibakar dengan suhu 170'c selama 15min.



Tadaaa...inilah hasilnya.Senangkan? boleh buat kudapan diwaktu petang atau bekal anak2 kesekolah.Oh ya,boleh guna bahan lain untuk intinya.Kalau u'ols nak lagi mudah tak nak menumis bagai..boleh guna tuna yang ready to eat punya.

OK,SELAMAT MENCUBA!







Tuna puff pastry pinwheels (resepi)

Wednesday, July 11, 2012

Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)



Bismillah...
Hari ni share resepi jelah.resepi ni pun buat minggu lepas.Kek nya dah habis..tapi gambarnya tak habis2...heheh gambar jelah letak ekk.:) tergerak nak try resepi ni sebab stok apple dlm fridge banyak..en.suami asyik membeli je.makannya tidak.bila tanya kenapa tak makan,dia kata tak best sebab tak rangup.Makanya asyik membeli jelah sebab nak cari yang rangup.
Kebetulan,bila Ell tengok rancangan 'Barefoot Contesa' yang chefnya Ina garten...ada pulak dia buat kek yang macam ini,tapi guna buah plum.Tertarik...terus cari resepi yang guna apple.Banyak versi rupanya untuk buat kek apple karamel ni.tapi Ell try resepi yang ini.Anak-kata sedap,mak mertua pun puji.heheh Tapi en.suami kata buat lah apple pie..maknanya dia tak berkenan resepi ini..:P
Diri sendiri rasa secebis je sebab diet.:( So,untuk rasa betul-betul tu memang tak sampai la....

Marilah semak resepinya:-

BAHAN-BAHAN:-

~Untuk kek~
250gm butter(suhu bilik)
1 1/2 gelas tepung gandum
2 gelas gula perang
4 biji telur gred A
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
50ml susu pekat
apples (berapa biji apple ikut saiz ya termasuk yang dihiris dan didadu anggaran 5-6 biji)

~Untuk apple karamel~
3/4 cawan gula
1/4 cawan butter (lembut)
2 sudu makan madu

CARA-CARA:-

1.panaskan oven suhu 170'c

2.Dalam loyang,masakkan gula,1/4 cwan butter dan madu dengan api sederhana.Kacau perlahan sehingga gula cair.tambah kan 1/4 cawan air dan biarkan ia didih sebentar.Ketepikan

3.Hiris apple agak-agak tebal 1/2inci.Susun apple keliling loyang seperti dalam gambar.

hasilnya seperti ini..


4.dalam bekas lain,pukul butter bersama gula perang hingga kembang dan gebu.Masukkan telur satu persatu,Pukul sebati.kemudian masukkan susu pekat.

5.Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder dan serbuk kayu manis.Pukul sehingga sebati.

6.Masukkan apple yang telah dipotong dadu.gaul guna kaedah kaup balik.Oh ya, Ell ada perah jus oren dalam adunan ni.tapi itu bukan diwajibkan ya.Cuma menambah rasa.sedap.

7.Tuang adunan keatas loyang yang berisi apple dan karamel tadi.Ratakan perlahan-lahan.

8.Sedia untuk dibakar.Bakar selama 1 jam dengan suhu 170'c atau sehingga masak.

9.Setelah masak,sejukkan atas wire rack 5minit.Kemudian baru diterbalikkan


Ok,hasilnya memang best..rasanya sangat sedap.Dapat curi-curi makan secebis tu rasa mengeletek nak lagi.Tapi nak diet ni takmaulah tipu diri sendiri kan...pasrah je la...

Ok,selamat mencuba dan menikmati kek yang kaya dengan apple ni.










Resepi:Kek Apple caramel upside down(step by step)

Wednesday, July 04, 2012

Resepi:Black and White angel food cake(step by step)



Assalamualaikum....
Semalam terajin pulak bikin kek.Padahalnya tengah diet.Macamlah boleh melantak kan...Tapi tak pelah...demi anak2,tambah pulak Marsha tengah ganti puasa.Barulah dia bersemangat kan,tiap kali berbuka ada makanan yang best.:)

Ok,kek ni asalnya dari Ina Garten di channel 706(food network) .Ell dengan cik TV kan sahabat baik..jadi channel 706,memang on sesaje(kalau org lain tak alih).Dari pagi sampai ke petang rancangan masak manjang.Awal pagi tu adalah sket exercise...pastu kalau malam dia dh tukar Li(life inspired) lebih kepada hiasan rumah2.

Resepi ni senang je,tapi kene korbankan banyak kuning telur sebab nak dapatkan putih saje.

BAHAN2:-
2 cawan gula(kisar halus)
1 1/3 cawan tepung kek (not self raising) tepung gandum pun jadi
1 1/2 putih telur suhu bilik(10-12biji telur,bergantung pada saiz)
2 cubit garam

1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan coklat parut.


CARA2:-


1.Panaskan oven 180'c / 350'f
2.Campurkan 1/2 cawan gula bersama tepung,dan ayak 4x.Ketepikan.


3.Didalam bowl,campurkan putih telur,garam dan cream of tartar.


4.Pukul dengan kelajuan tinggi,sehingga menjadi gebu lebih kurang 1minit.
5.Perlahankan kelajuan mixer,tambah lagi 1 1/2 gula yang baki.Pukul dengan kelajuan tinggi untuk beberapa minit,sehingga berkilat.Tambahkan vanilla dan teruskan memukul sehingga 'thick' lebih kurang 1minit.Berhentikan mixer.


6.Dengan menggunakan spatula,tambahkan 1/4 tepung kedalam adunan putih telur dan gaul perlahan dengan cara kaup balik.Campurkan lagi 3/4 lebihan tepung dan terus kaup balikkan dengan perlahan sehingga sebati.


7.Tambahkan coklat parut.

gaul sehingga sekata


8.Tuangkan kedalam loyang tube(lubang tengah) dan bakar ia selama 35-45minit, suhu 180'c.


9.Jangan risau pasal rupa buruk tu ya..hehe.Bila dah masak,tunggu sejuk beberapa minit baru diterbalikkan.

tadaaa.....


10.Untuk coklat glaze,cairkan coklat dan susu secara double boiler.Biarkan seketika.

11.Curahkan atas kek,pastikan menutupi permukaan kek,dan biarkan ia melimpah ketepi hingga bawah.

Maaf gambar agak kurang memuaskan.Ni salah setting lah ni.


Ini gambar ambik lagi sekali yang tinggal seciput je.



It's supposed to look like this.


OK,SELAMAT MENCUBA.





Resepi:Black and White angel food cake(step by step)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...