PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

Bercuti-cuti di cuti sekolah (1)

Assalamualaikum...
hehe tajuk kemain lagi.Ok lah tak nak dah banyak2 membebel.Nak update simple je pasal cuti sekolah.Tapi ofkos ye ada gegambar.heheh (hancuss karangan bm.Main belasah je nak bubuh ayat).

Mula-mula we'ols tak de plan pun nak gi kemana-mana memandangkan anak sulong tu asyik lah dengan tusyen die.Alih2 dia kata tusyen minggu pertama je.Minggu kedua memang free sesaje.Kebetulan kawan sepermainan badminton offer we'ols ke pantai,mandi manda sambil berbbq.Wohhoo...memang syok lah kan.dan2 tu jugak i agree u.Imagine eh,nak pergi hari ahad,hari sabtu belah malam baru we'ols rancang.huhu terus jadik je u'olsss.Ell bawak ayam perap utk bbq.D'ols semua bahan2 n menu2 lain yang dah siap dari rumah.Memasing ada bahagian memasing...

Ok,we'ols pergi 4 berkeluarga.Memang seronoklah kalau dah memasing mengangkut anak2 kan.kecoh n riuh rendah dibuatnya.Pantai yang menjadi destinasi we'ols adalah di Desaru,tempat diberi nama Pantai Batu Layar.Ell tak pernah sampai.Agak kejakunan disitu.hahah.Now Ell dah tahu pantai tu agak menarik.Best jugak dijadikan tempat berkelah dan berkhemah.

Lepas subuh we'ols gerak dari rumah.Sepanjang perjalanan agak tenang, kemudian memasing keresahan sebab sinaran mentari memancar terus ke tingkap cermin kereta we'ols.agak memeritkan.

Untuk gegambaran,
let's cekedaut....

Pastikan u'ols jumpa dengan signboard ni ye.

Bila dah sampai ke pantai tu,u'ols boleh la pilih mane kawasan yang u'ols rasa strategik untuk u'ols berpiknik.We'ols sampai pun ramai dah penghuni.Mujur ada tempat yang kosong yang agak terlindung dan ada sedikit privacy.ecewah.:D

Apalagi,mulalah memasang khemah dan bentang tikar.Arang mula dibakar dijadikan bara.

Sementara kanak2 gi mandi(sambil ada dewasa yang memantau) 
Ayam dan sosej haruslah dibakar ye..

 Oh Ikan cencaru jangan dilupa.

Ini dua orang kawan2 i'ols yang memang sangat gonjeng.Senang betul hati d'ols...makan2 sambil menyanyi riang.hahah jangan memain,lagu high note tu.

 Yang ini boleh control lagi,sebab ada baby kecik kan...heheh

Lumrah sejak azali,kalau dah namanya menggodak air,tak kiralah laut ke kolam...bila naik mesti kelaparan...
Menu we'ols yang lelainnya ialah meehoon goreng,baked macaroni n cheese,nasi putih lawan ngan lauk2 panggang,buah2an keropok ikan dan minuman.Walaupun nampaknya alakadar je,tapi we'ols keriangan.:D


See,memang riang kan.D'ols ni sangat sporting!

Ada pulak org menjual eskrim.Yang kekanak apalagi mengoder je le.


Kebasahan sambil menikmati hidangan..

 Antara anak2...

 Ombak die best! Walaupun kecik,tapi sepanjang masa ombak tak berhenti.

 Tapi jangan risau,ini bukan ombak yang ganas punye...die memukul dengan kasih sayang je..heheh siap we'ols yang menghempas badan ke ombak tu.syok habisss! 
Oh ya.sempat jugak we'ols main bola polo dalam air tu.Kepenatan,keletihan...tapi seronoknya tak terucap dah dengan perkataan.

Dak Aariz ni memang tak berapa gemar main air laut.Dia yang bolehnye pool je.

Dari pagi sampai tengahhari we'ols meredah ombak lautan untuk kegembiraan,akhirnya jam 2.30 petang we'ols mula packing barang untuk beransur pulang.Ngam2 habis packing,hujan mula turun berderai...Niat hati nak bersantai lagi..tapi apakandaya...memasing dah kepenatan...nak balik rumah..bersiap pulak ke dewan .badminton katenyer...ok,itu citer lain masa.

Ini antara pemandangan di pantai Batu Layar.Gambar google je.oooppsss soriii...


Itu sahaja dahulu untuk dikesempatan kali ini yang 'simple je'. :D
Ada masa nanti Ell update lagi.Dan mohon maaf andai ada terkasar bahasa serta gambar yang agak kesilauan itu.Itu mungkin faktor cuaca yang sangat terik dek pancaran matahari.


Bercuti-cuti di cuti sekolah (1)

Wednesday, March 07, 2012

Kejutan dari Inchek Posman~

Terkejut seyh kene hon2 dengan van Pos Malaysia.Tengah lena diulit mimpi disiang hari..alih2 mak mertua panggil2...ingat dlm mimpi.Dengan muka sememeh separuh siap terkulat2 keluar rumah ambil barang.

Tapi seingat Ell tak de pulak memesan barang online.Siapa pulak yg mengirim barang...suspen u'ols....Dapat je envelope,terus tengok nama pengirim..jeng3....tau sudah.

hehe kakak ku membuat kejutan ya.tq sis RASP

Cantik purse ni.bikin sendiri ke sis?.tak tunggu masuk rumah ha terus amik gambo atas kerusi, tepi pokok fern mak mertua.:)

beserta 2 biji FM's dr Phnom Penh / Thailand dan kad ucapan kiriman mu sis...:)

tak yah sibuk nk tahu apa sis tulis eh..ni je buleh tengok...kehkehkeh

purse lipat 3.nice kan u'ols...suka sangat2...semestinya Ell simpan elok2 utk kenagan masa2 mendatang.guna?oh tidak..sayang nk guna.bukan tak sudi,cuma nanti cepatlah habisnya.

Terima kasih banyak2 sis Rasp.Tak sangka tahun ni dah hampir 4 tahun kita berkenalan dialam maya.Sayangnya,sekali pun belum pernah berjumpa.Insya'Allah suatu hari nanti ya sis.. Sis Rasp juga antara orang yang terawal membaca blog Ell ni.Terima kasih sekali lagi sis sebab menjadi sahabat antara yg terhebat. 



Kejutan dari Inchek Posman~

Tuesday, October 12, 2010

Berjejak Kasihan di Open House (2)

Bertarikh 2 Oktober 2010 adalah detik2 bersejarah antara Ell dengan teman sepengajian time kanak2.Harus Ell kata bersejarah ae u'ols...plus minus lebih kurang 17 ke18 tahun we'ols tak jumpa.We'ol classmate since standard 3 pastu terpisah lepas dia dimasukkan ke sekolah berasrama ketika form 1.Memang betul2 berjejak kasihan nih.
Macam tak percaya we'ol boleh berjumpa semula disebabkan fesbuk.Tu lah die fesbuk ni,kalo kene gayanya digunakan..elok jadinya kan.Yang sedihnya bila dia kata time kawen dulu takde sorang pun kawan2.Yelah dat time tak tau mana nk kontek all da ex-classmate.Yang ada sedare mara n kenalan rapat je lah.

Memula sampai tak kenal yang mana satu sebab adik beradik die semua serupa je.6 beradik 5org perempuan.Dan akhirnya...kami bertemu...nyaris dia nak panggil Marsha tu Ell.hahaha.Dah katanya mencopy habis muka maknye ni zaman kanak2 kan.Tapi die masih bleh cam muka Ell walaupun Ell dah lain sangat katanya. See bentuk mukanya, comelkan?tengok ar besornya muka Ell tu.And die dari dulu pun mmg cumell n kecik molek kira umpamanya Ell macam Marsha n die macam Dina lah gitu.:)


Masuk jap lah rumah die sebab time tu pun die tengah bergambaran dengan fmly die.Open house die ni meriah la sbb sambut menantu omputih balik coz raya pertama lum tiba malaysia lagi katanya.Adoi mak..nmpak sangat Ell macam org tua dalam gambo ni.


Mariana & Aariz
sementara Ell n hsbn n kids makan2

 Tadaaa...menu of da day.Kambing golek u'olsss.rasanya peliharaan abah die sendiri kot sbb die kata belakang rumah ada kandang kambing.Plus sosej saiz xl.raja besor sosej dier...sedap pulak tu,ayam cheese n daging blackpepper berlada.Adoi..mmg tak bleh tahan.kalo tak balun mmg tak reti nak tos lah air liur nih.:D


 
  Lagi menu yang lazat2.Tapi tak heran dah sbb dah melekat ngan kambing je.:)


Untuk Nana terima kasih yg tak terhingga walaupun aku tak bg pun link blog aku ni kat ko.Harap dapat disampaikan diangin lalu jelah ye.:)

Dan dan dan....ada lagi. Disebabkan fesbuk jugak Nana ni dengan  kazen hsbn is ex-classmate sekolah menegah rupanya. Ada connection lain lah pulak kan.

So,harap2 kita akan terus keep in touch yer.





Berjejak Kasihan di Open House (2)

Monday, October 11, 2010

Berjejak kasihan di Open House

Raya dah habis ekk.tapi nilah die kalo dah lambat,asyik la keciciran.Blog ni pun kejap update kejap tidak.Kalo updatenye sikit,tapi bila tak de mende update lamanya macam ayam mengeram pun dah menetas dah..hahaha
Bukan apa lah u'ols...Aariz sekarang ni banyak na merintah nye..makin membesar,makin banyak pulak akalnye.Nak biarkan sorang memang tak boleh la.Time tido die kita pun dah mengantuk.So.nak buat autopublish pun kirim salam la..Tak pun bila dia tido tu,cepat2lah bereskan kerja2 yg menunda tu.Haa kalo dah setel barulah boleh main2 internet ni tapi kalo dia dah jaga sebelum kerja selesai..alamatnya no chance utk mama die bersantai depan pc

Ah sudah.. terbabas n3 sket.

Tajuk n3 pun berjejak kasihan,dah tentulah dah bertahun2 tak jumpa kan.Ni open house bukan sebarang open house.Open house ni sebenarnya merangkap mini reunion dengan ex-skoolmate SMK Ayer Baloi SPM batch 1998.Nilah die,since kita dah ada kemudahan dengan fesbuk ni,macam2 boleh kita arrange dengan kawan2 lama ni kan. Syukur kan,dapat eratkan lagi persahabatan yang dah lama sangat terputus.

Ok,sebelum tu meh tengok menunya.Ihikss macam lah banyak sangat amik gambo,tapi ini je yang ada.Ikan caru bakar cicah air asam yang super duper mantappp! YaAllah macam tak ber tos ayaq liuq ni.hahaha...Ini antara je u'ols...lain2 menunya 
-laksa johor
-satay
-rendang ayam
ermm apa ekk lagi lupa dah.Sebenarnya Ell makan sikit je..kononya mengikat perut..(haha menipu ler tu).But yang paling teringat2 is punch buah2an yang sangat sedddap..siap ada kiub2 apple merah n hijau n oren n apa tah lagi.masyaallah...sedapnye.Memang syorrrga.

Gambar ni antara baby n kids yang ada.Ok,yg kiri atas ialah hsbn kpd Pn.Rafiza yang kedua2nya merupakan ex-skoolmate Ell.Pn Rafiza ni lah yang dengan sukarela menyediakan punch buah2an tu.Mekasih Fiza...punch ko memang terbaekkk.Tanpa dengan segan silunya hsbn aku tah bape ploh kali di tambahnye dengan tak habis2 memuji:D


Sebelum larut malam,meh la kita bergambar beramai2.All da babies yang ada semua dah membunyikkan siren memasing,so takyah kita membuang masa.Terima kasih untuk tuan rumah yang menganjurkan this open house.Yang depan sekali pakai baju melayu kelabu asap itu lah tuan rumahnye.


Jom sambung balik apa yang belum diselesaikan...Orang kata tak baik buat kerja separuh jalan ni..apa kata habiskan kerja makan2 tu baru minta diri balik.hahaha..kalau dah dasarrr..tengok ar,yg bapak2 perut memasing dah mengelembung,yg ibu2 jugak kira masih maintain :P


Lastly,terima kasih untuk inchek organizer sbb beria2 sangat nak jumpakan we'ols reramai macam ni..Tapi masih ada jugak yang tak dapat join da gathering sebab memasing ada hal sendiri kan.Insya'Allah lain masa dan hari kita buat family day pulak ekk.






Berjejak kasihan di Open House

Friday, May 07, 2010

Happy Birthday~Shiela


This special n3 is for my dear freind ~ Shiela 
( Ok,jom semua tolong sama2 nyanyikan lagu beday ni buat dia..so here goes....)



Happy b'day 2 u 
happy b'day 2 u
happy b'day dear Shiela........... 
happy b'day 2 u 

hope this day become the most memorable day 
of ur life and ur all wishes comes true. 
so enjoy today with joy.

Have a pleasant birthday my friend






Happy Birthday~Shiela

Saturday, May 01, 2010

Mekasih kerana hadiah ~


n3 ni tak panjang.masa ada 15 minit je lg nak kul 12mlm.Org kata jgn tak de.. n3 utk 1 may ni.:)
Ell nak ucap terima kasih utk 2 sahabat blogger yg dh bg adiah utk baby Aariz.U'ol ni susah2 je tau.Apa2 pun Ell hargai sesangat.


Baju yang Aariz pakai ni drpd Finee.Aunty finee mintak snap gambar time Aariz pakai kan..haa,nilh dier.molek tak? :)
Mekasih aunty.apa ekk nak balas utk bby Aleesya tu.:)


Yang ni pakej utk anak beranak ya.Bukan utk Aariz je.cukup sorang satu 4beradik trmasuk maknye.Owh,utk paknya kene beli sendiri lh jawabnya,sbb tak trmasuk dlm pakej.:D Kad tu mesti emerald yg bikin kan..tau dah...:)

Mekasih aunty RASP atas adiah yang cantiks ni.And kalau u'ols nak tahu,Aryan tengah2 hari buta tu lps sampai je parcel tu dier dh tak nmpak hari gelap ke terang.. Sanggup pakai baju tido yg sis bagi tu dgn seluar dua lapis.Taknak bukak dah time tu..



Ni lah dier nye budak yg pakai baju tido siang hari mcm budak tak mandi tu...:)
Sis,mohon mahap ya,walaupun sis tak bg >blog..tp Ell degil jugak.Bukan apa sis,tanda Ell hargai sesangat.:)


Mekasih kalian berdua..peluk cium utk u'ol ya.
-xoxo-




Mekasih kerana hadiah ~

Friday, April 30, 2010

Tags n Awards~shiela


Hadoi..Cik Puan Shiela mambo ni mmg sgt2 menghargai Ell lh u'ols..Tak jatuh2 dr carta penerima anugerah dan tag.Sekali nama paling atas dgn 2 soklan tag dn 4 biji award hah.So apa kata Ell tunjuk kat u'ols secara berjemaah ya..ahakss

Memula Ell amik tag ya..

about ideal guy?

1. How tall should he be?
medium size-yg sedang2 jer

2. What hair colour should he have?
 hitam keperangan

3. What kind of personality should he have? 
beriman, sopan,
speak only when he need to n respect sesama insan

4. Older or younger?
of coz older than me (beza 3 tawon)

5. What film actor should he most be like? 
-

6. What singer should he most be like?
-

7. Do they need to cook?
certainly
masak air n meggi pun kira pas lh..

8. What is his best body part?
bola matanya yg kecokelatan itu..

9. What car should he drive?
adalah..biasa2 je

10. What one thing completely turns you on?
Appreciates a home cooked meal -by me. lain dari tu sendiri simpan..:)

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
my husband semestinya :)

12. Tag 6 people to do this survey too. 
hoho..yg ni Ell takmo bg 6..Ell nk lebih.U'ols amik eh tag ni.plsss...
*while kneeling


GORGEOUS BLOGGER AWARD


INTERESTING BLOG AWARD

ADORABLE BLOGSPOT


 FRIENDSHIP

Hah hambik 4 sederet tu,tp yg last ni ada tag ya.

1~5 nama samaran kamu
-Elly (most of frens n fmly)
-Ell (in blogsphere)
-mama (my kids)
-cik Elly (hbby nieces n nephews)
 -lily/ili - mcm lily ellen lh plak (ni ada sedare yg tk reti nk menyebut nama 'elly',sampai skrng dok panggil lily,yg paling tk best dengar 'ili' tuh.adoii apeke buruk na kamu panggil ghupe itu..)


2~5 tarikh paling penting dalam hidup kamu
-2/12 (ulangtahun dilahirkan)
-4/11 (hari kejadian mista hubby)
-3/9 (hari diijabkabulkan)
-20/7 (hari pertama bergelar blogger)
-24/7 (pertama kali bergelar ibu)
dan semestinya setiap hari lahir anak2

3~5 perkara yang kamu buat semalam
-buat kerja2 yg sepatutnya suri rumah lakukan (memasak,menyapu,membasuh etc.)
-makan,mandi,tido,tengok tiwi
-blogging,fesbooking,surfing (internet)
-do some craft for my dotter
-check my kids homework n mengaji

4~5 perkara yang buat kamu gembira
- kids n fmly..
-hugs n kisses from them
-music  on yg membuatkan rasa nak berdansa..:)
-dapat turunkan berat badan..:P
-comments kat setiap posting yang Ell publish.

5~5 drama/filem kegemaran kamu
-stardust
-hachiko
-up
-austin powers 1,2,3 n yg akan dtg nnt 4
-lord of the rings 1,2,3

6~5 hobi kegemaran kamu
-masak n makan..
-tengok movie
-surfing internet(blogging trmasuk skali)
-jln2
-membuat craft

7~5 orang yang kamu suker/sayang
-suamiku
-anak2ku
-ibu bapaku
-ibu mertuaku
-kucing2ku :)

8~5 tempat percutian idaman kamu
-disneyland
-dubai
-grand canyon
-new zealand
-egypt

9~5 sebab kenapa kamu jawab soklan2 nie
-saje suka2
-lg pun rasa bertanggungjawab utk menjawab tag ni :P
- nnt rasa bersalah menghantui sbb amik award tp tk jawab tag.
-u'ols mmg suka kan Ell jawab tag
-pasni boleh pass tag ni kat u'ols pulak..

10~10 orang yang kamu nak TAG!!
 -sape2lh u'ols!
-award semua Ell bagi ya.yang aritu tk amik lagi..kecik tau ati..majuk nih.
-tapi kalo u'ols nak award ni,pakej ngan tag ya..hahaha :)


Tags n Awards~shiela

Thursday, April 01, 2010

Anugerah Terhormat~




a. Thank & link the person that gave you the award.
b. Pass this award onto 20 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic.

Thanks to Ratna untuk Anugerah Terhormat ni.:)Feeling atas stage ni nak ambik award ni.konon2 lah terhormat kan..:P

Ok,nak claim award ni kena regift ke 20 bloggers kan.So, drumroll please....and the award goes to...

Next,i got the Beautiful Blogger Award!!
How sweet is that?


1- Thank and link the person who gave you the award.
 Thanks to Brilliant Marjan ,Adawiyah is owesome person.And I encourage everyone to go check out her site!
Thank you Darling!! 

2- State 7 things about yourself.
This is 7 things about myself
 -I'm an only child aka anak tunggal
-Married at a very young age 
-Have 4 kids 
-Love craft
-Still watch cartoons..:P
 -I'm addicted > facebook
-Love watching movies,learning chanels,travels etc.
(I wish I could spend my time travelling the world)


3- Pass the award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
 Next up are the 15 nominees for the Beautiful Blogger Award!

  -Intan

 4- Contact said blogs and let them know they've won the award.

Ok,u'ols yang namanya disenarai hitamkan silalah menempel di blog masing2 ya..Mekasih..:)

Anugerah Terhormat~

Friday, March 12, 2010

Blog,Blogger,Blogging~

Friday,March 12,2010

Hi alls..salam jumaat.1st of all Ell nk ucap tahniah pd nephew sbb berjaya mendpt keputusan cemerlang dlm SPM dgn 10A 1B.Tak sia2 usaha kamu selama ni walaupun kekadang terpaksa jaga fishing pond ayah kamu tu..:)


Ok,Ell tepikan dulu pasal nephew tu.Ada pertanyaan utk posting kali ni.U'ols,best sgt ke berblogging ni? n Syok sgt ke jadi blogger? Persoalan ni seeloknya ada pada diri sendiri dan terletak pada hati masing2 sbb apa nk jadi blogger.Adakah sbb nk glemer?tepuk dada tanya selera..

Semenjak dh abis pantang ni Ell ada trfikir samada nk berhenti atau teruskan penulisan dlm blog ni.Bukannya apa,masa yg agak tk menentu membuatkan Ell kdg2 rasa dunia blog ni mcm sket terabai.Ell rasa lebih elok begitu,dr keluarga dn ank2 terabai.:)Tersentap juga hati bila menonton Buletin Utama 7 mac lalu kisah bayi 3bln mati akibat diabaikan oleh ibu bapa yg leka melayan permainan internet.Sehari cuma sebotol susu je yg si ibu beri pd bayinya.kesian kat bayi tu tinggal tulang belulang je.Apa2 pun Ell tetap ambik iktibar diatas kejadian berkenaan.


Sebenarnya penulisan dlm blog ni memerlukan komitmen.kalau hot2 chicken shit (pinjam word sis rasp) susahlah blog nk hidup lama.Alamatnya 'mati' tk berkubur lah jawabnya.Sebab tu ramai bloggers yg tak de komitmen dh give up n blog 'mati' satu persatu.Tambah pulak skrng ramai yg refer kpd Facebook.
Ell tak naklah mcm tu.Honestly blogging ni buatkan Ell rasa puas sbb boleh membuatkan Ell improve Ell punya knowledge n skill.Pd Ell blogging ni sesuatu yg relax n cool.Kiranya mcm versi baru diary lh gitu.nk meluahkan apa2 pun melalui penulisan blog.Boleh menjimatkn penggunaan kertas..:) Ell rasa lah kan,stp org harus mempunyai sekurangnya satu blog.

Hampir 2thn yg lalu sewaktu Ell mula2 trjebak dgn dunia blog ni,Ell bnyk masa trluang.Bermula dgn membaca artikel2 dn n3s blogger berpengalaman.Sehinggakan Ell rasa blogging ni satu kemestian.Kalau tak dpt menulis n3 tk dpt tido nyenyak disebabkan terlalu lama  (padahal 2-3hari je) membiarkan blog bersawang n bersarang tebuan  . :D

Yang paling best sbg blogger ni bila idea dtg bertubi2.Fuhh! time tulah bnyk n3 yg bersusun dlm draft siap buat autopublish lagi.:) tambah bersemangat bila apa yg ditulis dpt bnyk respon,menunjukkan apa yg ditulis menjadi.Tak delah mcm tulis sendiri baca sendiri.Tp Ell tk kisah pun..mcm lagu ramli sarip tu,AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA..:p(so,tujuan utama Ell bknlh nk glamer)

 Saat yg paling tk best sbg blogger ni bila idea tk mari n readers pun lari..:( Setiap apa yg ditulis nampak salah je dimata sendiri.dan masalah jugak bila nk mengarang ayat jadi tersusun rapi.Ell rasa blog Ell ni bersifat general kan u'ols..if ada apa2 info n resepi yg Ell rasa nk share,Ell akn publish kt sini.Kehidupan Ell pun hanya 60% yg boleh diceritakan.:)Ell sebolehnya nk jadikan gaya penulisan yg tk berat sgt dgn meluahkan segalanya secara santai supaya lebih merasa keakraban antara Ell dn readers blog Ell ni.(sambung lagu ramli sarip) DGN SIFAT KASIH,PADA SESAMA INSAN,DAN MENYATAKAN KASIH SAYANGKU..

Apa2 pun u'ols,Ell seronok jadi blogger walupun suam2 kuku je (Ell pun tak lah kemaruk sgt nk carik followers tp hakikatnye jeles ngan bloggers yg punyai ratusan pengikutnya).Walaupun tak daily update mcm dulu2,tp insya'Allah Ell akn cuba usahakan sekurang-kurangnya sekali dlm seminggu mesti ada posting baru dlm blog Ell ni.Jadi tak lh nnt trputus berhubung dgn u'ols.Kalau tak kerana berblogging ni,taklah Ell kenal u'ols kat luar sana tu.Terima kasih bnyk2 u'ols sbb sudi menjalin silaturrahim dgn Ell  ya.

*smooches n hugs*





Blog,Blogger,Blogging~

Thursday, February 04, 2010

Diaper bag~

Thursday,Feb 4,2010


Buat Dee,Ell nak ucapkan terima kasih banyak2 sebab susah payah order diaper bag ni special dr http://norlijamal.blogspot.com/ n terus kirim kat Ell.Dptnya smlm.Ell suka sangat2 sbb specially handmade, kualitinya baik n jahitan nya kemas..:)

Ell tak dapatlah nk type bnyk2,cuma nk memberitahu kegembiraan Ell dgn rezeki yang datang ni n betapa terima kasih bnyak2nya Ell pada Dee.

~Mekasih Dee~
Diaper bag~

Tuesday, December 29, 2009

trek tag tag

Tuesday,Dec 29,2009
Salam alls..
5-6 ari Ell tk update blog ni ada plak yg brtanya Ell dh bersalin ke..? Rilex eh,baby ni masih lum puas duk dlm stomach mama dier nih.Beb,tak yah kecoh..nnt kalau betul2 Ell dh beranak,akan diberitahu ok.:)Buat masa sekarang ni Ell masih lagi boleh melompat2 katak tu.:)tk terberanak nyer..heheheh .masih ada lg >>2minggu.U'ols pun tolonglh doa2 kan Ell ya.
Cuma terlalu bnyk hal2 yg nk diuruskan.Masa asyik tk mencukupi je.Ermm kalau lah dpt Ell tawaf semua blog yg link kan Ell ni...lega sket hati.Tp kan..tgh Ell tawaf menawaf tu,trcium plak bau yg mcm memanggil2 je suruh singgah.Kiranya bau ni lagi kuat la dr bau hajar aswad tuh..:)
Hah! ni lah die panggilan membuat TAG.Sis Ayu,sori eh..Ell amik tag,tp tk bg komen.ampun ya...
A.write five(5) interesting facts about the person who gave you this award.

1.Single :)
2.Pandai mengaji n menghafaz Quran
3.Memahami bahasa arab(baru Ell tau)
4.Ada online bisnis (gi ushar ye) http://ats-shoppe.blogspot.com/
5.Sgt menghargai org2 sekeliling dier..tk mcm sesetengah org kan.. (tringin sgt berjumpa)

B.Jot down ten(10) interesting facts about yourself and your hobbies.
my hobbies:

1.Suka n rajin membuat kraft
2.Suka masak,kadg2 tah hape2..
3.Suka karaoke walaupun suara sumbang mambang..:D
4.Suka baca magazine tentang dekorasi terutama country styles
5.Menonton movies yg hsbn d/load..tp skrng most of time Ell bnyk tido.Apa tak nyer..sekali nk tengok movie hsbn ajak marathon tu..


myself:


1.Anak tunggal

2.Fulltime h/w..:) syiok..

3.Anak nk masuk 4 tp masih muda..30th above bleh pasang bdn..:P
4.Bleh la dikatakan sweet,lembut,pemalu..tp hakikatnya bengis gak..hahaha(gelak syaiton)

5.Haa, ni paling best..tak yah duk berkira2 nk bayar bills or whuteva,semua ditanggung beres oleh incik hsbn.tp kesian kan..hsbn dh bertungkus lumus,berpenat lelah carik rezeki..sbg isteri Ell hargai dgn TIDAK meminta2,cukup apa yg diberi je..kalau ada lebih,syukur..rezeki. makanya,Ell bkn jenis yg suka bershopping segala,but sekali sekala no hal punyer..:)


C.Pick your ten(10) deserving recipients and describe them.
Part ni mmg agak susah sket.Tak tau eh nape.tp kalau nk memilih sapa yg nak di TAG tu mesti pening kepala.
1.Tuya-Cikgu,dh berkahwin n punyai seorng anak lelaki yg duk ngan nenek dier.
2.Finee-Dh brkahwin n tgh pregnat 4 da 2nd baby.
3.Ratna-Seorg ibu yg sweet,mata bundar n ada 2org princesses.
4.Marjan Ibtisam-walaupun masih muda,tp berjiwa besar dn murni:)
5.e-ja-suri rumahtangga sepenuh masa n ada sorang ank lelaki yg smart..
6.Rasp-loving n caring person
7.Azie-chef rumahtangga yg boleh dikatakan hebat juga.:)
8.Syani-tk kenal sgt,baru je link kan blog dier..
9.atune-sempoi n funny girl,baru je menamatkan zaman bujang pd 25 dec 2009.Tahniah!
10.Intan-Seorng ibu dn guru yg sgt berdedikasi.:)
Siap dh tag..sib baik sket je.And kat bawah ni Ell letak gambar ank2 Ell ngan ank2 BIL last wiken aritu.
Marsha with her best buddy yg chubby..:)
Sooo gooooood!
:)
Itu je lah u'ols..tk de mende pun nk update sgt.sib baik ada tag nih..ada gak yg nk di tulis kan..
Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~
trek tag tag

Saturday, December 12, 2009

Hajat tak sampai...



Masa Ell ke KL aritu Ell ada plan utk buat beberapa perkara,tp sayang nya hajat tu tak kesampaian.


Hajat 1:-
Ell sempat mengucapkan ulang tahun kpd teman blogger yg membuatkan Ell terjebak dialam blog ni (tp dia dh dekat setawon tk update blog).Tengah2 malam Ell wish tau,sharp kul 12mlm.Tarikhnya sama ngan Aryan(my son) 26th Nov. Konon2 esoknya naklah berjumpaan kan,alahai..nasib mmg tak menyebelahi kami.Dia kerja lagi rupanya sebelum cuti raya haji.Abis,nak wat camner...memandangkan rumahnya dekat ngan rumah SIL4,sebelum Ell ngan family gerak ke Petrosains tu,Ell sempat bertanyakan alamatnya.Ell terpaksa jugak singgah rumah dia hantar hadiah sempena perkahwinannya yg berlangsung pada hari ini 12/12/09.Dah siap2 dr kampung,takkan nk bawak balik semula ye tak?


Ini kad jemputan nyer...Nice,Ell suka.simple je. Ell plak mcm tau2 je kad nye kaler biru,hitam,putih.hehehe..Hadiahnyer pun lebih kurang sama je...

Inilah dier pengantinyer...


TAHNIAH DITOTT!!
Selamat Pengantin Baru
Selamat menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan semoga dilimpahi rahmat yang berpanjangan agar kekal bahagia selamanya..
AMIN...
(sori ditott Ell amik gambar ni dr blog ditott tak mintak izin pun)

Heheh..nak jugak menempel gambar.Bukannya aper..ni bukti yg Ell mmg dh singgah umah Ditott.Time ni tgh tunggu mama ditott amik invt card dlm umah..Adui..beria2 mama ditott suh dtg hari ni. "Maaf ye Ditott..kalau lah boleh,Ell pun suka nk meraikan pengantin baru apatah lagi kat tempat yg best mcm RESTORAN CERANA tu."


Hajat 2:-
Nak jumpa blogger gak..yg ni konon2 dh plan baik punye..alih2 ada jugak halangan yg dtg.Balik dr Petrosains tu(evening 26th Nov),Ell inform lh ngan sidia ni yg Ell dh beralih rumah di Shah Alam.Dia kata ok,kalau nk meetup..anytime,anywhere..Seharian tu Ell pun dh letih kan..so,Ell putuskan utk berehat jelah mlm tu...Esoknya pulak dah raya,Ell pun sibuk jugak kat dapur..jawabnya terpaksa berdiamlah sampai kerja2 semua selesai..sebelah petangnya pulak we'ols sefamily raikan hari jadi Aryan..Siannya sidia menunggu2 panggilan Ell.
Malam tu,Ell rasa Ell dh free.Ell pun dh sms dia bagitau nk jumpa kat mana.Alih2 hsbn pulak ajak gi MYDIN usj.Ell tanya dia kalau2 dia boleh jumpa kat area situ.Ell pun dh tau dia agak kejauhan sbb dia duk kat Klang.Jawabnya tidak lah berjumpa pd mlm tu..dan 2 hari berikutnya kami sama2 ada programme tertentu yg membuatkan tak dpt dipertemukan..:( (NUR KASIH last episode pun tak dpt tengok..:( )

Atune nilah yg Ell berhajat sgt nk jumpa..dia nk menamatkan zaman bujang dier pada krismas nnt.(25th Dec 09).Adui..sedih rasanya tak dpt dtg ke majlis tu nnt (takut plak terberanak tak cukup bulan..:D )Tulah yg Ell teringin sgt nk kasi dier adiah ikhlas dr hati.Nak jumpa pun tk sempat,apatah lagi nk kasi adiah tu.Makanya Ell terpaksa mengusung balik kekampung semula.. "Tp beb,aku dh pos hari khamis tau.ko tunggu depan umah eh."
"Beb,aku curik satu gambar ko kat photobucket.Sori eh..Aku rasa ni ko punya bakal kan..."
Apa2 pun Ell tolong dokan pada teman yg ini, semoga semuanya berjalan lancar sprt yg dirancang.Harap2 atune bahagia jadik isteri orang.:)

Motip cendawan ni,sbb si Atune ni mengusahakan tanaman cendawan..pulak tu ada plak dia sebut nk kasi cendawan bila nk jumpa tu nnt.Bila tk jumpa tu..teringat plak kat cendawan yg putih mulus ni. "beb.ko takyah susah2 pos kad kawen..ko poskan cendawan udah lah yer.." :D


Hajat 3:-
Adoi yai...yg ni buatkan hati Ell menyirap sket.Ada ke masa arijadi Aryan tu hsbn tak snap gambar langsung.Yang nephews klik sana klik sini pun boleh tak mintak copy gambar tu,bila mintak emelkan gambar..senyap membisu semuanya,sudahnya sampai sekarang Ell tk dpt nk post n3 arijadi Aryan.Takpelah,tak de apa pun..sederhana je.mkan apa yg ada.Hari rya kan..juadahnya juadah raya lah.Tp cake mmg super delicious.Chocolate strawberry cake beli kat secret recipe.



Gambar ni amik je kat www.secretrecipe.com.my
huhuhu..terasa2 plak kat tekak..:)



*1st time nk jumpa ngan ditott..
*3rd time dgn atune..
*tapi.....




Hajat tak sampai...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...