PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Raya part 3(Akhir)

Assalamualaikum..
ini bahagian terakhir episode raya kali ni ya.Malas lah nak citer banyak2.
We'ols tak pergi beraya sangat pun.Kalau gerak keluar rumah pun,berayalah rumah saudara mara yang mana tak berapa sihat.Mana yang sihat2 tu kebanyakannya,raya kedua dah tutup pintu sebab pergi melancong.(Melancong ko time2 raya,tak paham betul ekk...) 

Walaupun macam tu..rumah we'ols tetap meriah dengan kunjungan saudara-mara sebelah mertua.memang kecoh!.

Tahun ni en.suami berhabis lagi nak entertain anak2 sedara dan adik beradik dia.Sanggup berhabis ratus2 beli bunga api yang 115shots,48shots dan bunga2api.Rasa macam sambut merdeka kat dataran pulak.:) Walhalnya kat laman rumah je.Uhhh..sangat danger lah u'ols..sbb banyak pokok2.

Tapi sayangnya,Ell dapat record sket je.Rugi betullah,salah teknikal.Apa2 pun memang show malam raya ke2 tu memang best!.
Kebetulan,raya tahun ni ramai yang tak dapat bersama2...Ell suami isteri dedicate satu clip video untuk d'ols.Dalam clip ni ada sket splashing bunga api yang dapat dirakam.Tapi maaf ya,kualiti kurang baik.Maklumlah...amateur katanya..hehehe.Next time kene belajar bikin clip video yg HD.



Ok,salam sayang buat u'ols..






Raya part 3(Akhir)

Thursday, September 13, 2012

Raya part 2

Assalamualaikum...
Dah berapa syawal ni ekk.hehe.agak2 basi tak kalau nak citer raya.dh malas betul lah dengan blog ni.tah kenapa tah.tapi sayang nak tinggalkan.Bila berjauhan tu..rasa rindu je,Bila dah depan mata kelu seribu bahasa.tak tau nak kata apa2.Maksudnya tu,tak reti ah nak menaip untuk posting.

Raya tahun ni keluarga we'ols ramai yang tak dapat bersama..maklumlah ada yang beraya dirumah mertua..ada pula yang jauh diperantauan.Keluarga dalam ayat ni merujuk kepada adik beradik encik suami ell ya.Maklumlah..Ell kan anak tunggal...keluarga terdekat Ell mak ngan abah je.Eh tapi mak abah pun raya sama2 tau.ruamh dekat je..tak sampai 500 meter pun.So,pagi2 raya macam kebiasaan Ell dan suami serta anak2 bawak d'ols datang kerumah.

Walaupun ramai yang tak de,kemeriahan tetap ada..dah namanya hari raya kan...takkan nak bermuram durja.:P.  Budak2 lah paling suka sekali..sbb nak collect duit raya katanya... 


Ini,antara gamba raya we'ols yang paling nampak meriah.photographer ada 3-4 org lg yang tak masuk dalam gambar.


Ibu2 dan bapak2.
(oh shaye yang perlu kuatkan semangat lagi untuk kehilangan separuh badan..eh salah..kehilangan separuh berat 
badan..hehe)

*Gambar2 dibawah.."/" yang pertama merujuk kepada panggilan untuk suami saya .."/" yang kedua panggilan untuk anak2 sedara...manakala"/" yang ke 3 adalah panggilan untuk saya.

Fmly Along/Mak Long /SIL1.Baru sambut menantu..tapi anak dan menantu tidak ada dalam ini foto...Harus beraya sebelah isteri dulu katanya..

 Fmly Ngah Jade/Uncle Jade/BIL1.


Fmly Usu/Mak Usu/SIL4.

Fmly Amin/Pak Min/Saya.:)

Fmly Azam/Pak Chu/BIL3



 Bujang2an Atok


 Anak2 dara Atok...



Acara memotong kek pun ada...meraikan mereka2 yang berulangtahun kelahiran dan perkahwinan..tahun ni Ell ngan suami tak join..sbb anniversary we'ols 3hb 9.Tapi kek tu, semua pun dpt makan..takde halnyer..:)

Ah..banyak sangat gambar2 kenangan hari raya pertama haritu..Tapi Ell bubuh sket2 jelah ye dalam blog ni.

Kesian 2 beradik ni beraya tanpa ibu ayah dn adik beradik lain.Yang baju biru ni pun untung dapat balik sebab cuti semester kat UK.

Inilah kakak ipar Ell yang berada jauh diperantauan,Yuzhno,Sakhalink,Russia.Kebetulan hari pertama raya tu anak d'ols yang bongsu register belajar di Jepun.

 Nilah budak yang duk di Hokkaido,Jepun tu...Muka pun dah macam orang Jepun.Rambut je style justin bieber.heh.

 Ni kakak dia..Amyra Alyssa gerangannya.Salam dari perantauan di Ohio,USA katanya...

Nasib u'ols lah ekk tak dapat beraya kat kampung...nak buat macammana kan..org lain duk makan ketupat ngan rendang,u'ols makan shushi ngan KFC.hehe memandai je aku..

 Yuhhu...sedapnya makan dipagi raya..silalah meleleh...

Tapi sebelum acara makan2 tu,wajib lah pergi solat raya dulu.

(Psst,nampak tak pokok duku yang kering tu..kesian ahkak kene marah mak mertua.Ada ke seminggu sebelum raya pergi buang daun2 kering bawah tu..konon2 tunjuk rajin..buat pulak perun bawah tu...sekali api menjulat..tak tertahan2 dia membakar separuh pokok tu.haha..kan dah hangus....jadi telinga,tadah jelah.:D

Perempuan pun boleh pergi solat raya ya...

Oh ya,tak lupa adik beradik lain yang tak beraya sama2..pada raya pertama.

Abang Oteh/Pok Teh/BIL3 dan keluarganya yang beraya di Narathiwat,Thailand.
2 fmly lagi tak dapat nak kesan gambar lama d'ols.Tapi d'ols masih not over the sea lah..:) Chik/Aunty Chik/SIL3 n fmly beraya di Lumut,Perak.


 Ok,alls..itu saja n3 kali ni.next n3,2 minggu dari sekarang ya...haha.eh tak,tengok bila2 ada kelapangan.

Terima kasih pada yang sudi singgah dan membaca.Sayang u'olss..







Raya part 2

Monday, August 27, 2012

Raya part 1

Assalamualaikum...
Lama dah tak bermesra2 dengan blog.dah terasa jauh sangat.Apa kata sempena bulan baik ni..yang dah jauh tu kita rapat2kan,yang rapat kita mesra2 kan..ecewah siap guna bidalan lama ni ha.hehe.

Ok lah,sebenarnya cerita raya taklah banyak sangat..cuma saja je nak buat part by part ni supaya ada post n3 tetiap hari.:) strategi tu...Oh ya,sebelum tu terima kasih buat sis RASP sebab kirim kad raya ekk.Tapi kan,kad raya tu tiba pada raya ke 4.Jadi tak dapatlah nak gantung kat ranting pokok ekk.hehe.

Raya kali ni kami sekeluarga tak de BBQ seperti tahun2 sebelumnya.Tahun ni ada cadangan untuk ubah sedikit seperti kebiasaan.Kami sekeluarga termasuk ahli2 keluarga yang lain,anak2 ibu mertua yang mana ada akan sama2 mengadakan bacaan Yasin dan Tahlil dan diikuti dengan takbir raya.Meriah dia rasa lain sangat.

Dibawah ni ada serba sedikit gambar kami dimalam raya.












Ok,itu saje n3 kali ni.Sebelum tu masih belum terlambat lagi nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN untuk sesiapa sahaja yang sudi membaca blog Ell yang tak seberapa ni.Salah silap harap dimaafkan ya.





Raya part 1

Wednesday, November 24, 2010

Terkorban di hari Raya~

 Salam...
Di Kg Serai,Hulu Langat, 10 ekor lembu berjaya dikorbankan sempena hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah,Kerajaan Negeri Selangor juga turut menyumbangkan seekor lembu utk tiap2 Masjid di seluruh negeri Selangor (mesti mentionkn sbb tv tk kluar).Kakak ipar Ell dan suaminya beserta 4 orang anknya tidak termasuk yg bongsu (3thn) berkorban untuk tahun ni di Masjid Sg Serai,Hulu Langat.Untuk melengkapkan bilangan 7 org utk seekor lembu,SIL4 masukkan sekali nama bondanya iaitu MIL kepada El.

Ell tak tahu nak citer panjang lebar,sebab detik2 kejadian tidaklah Ell saksikan dengan mata Ell sendiri.Semuanya dah dikisahkan didalam gambar yg hsbn Ell amik ni.


Inilah lembu ke4 yg ditumbangkan milik SIL4 anak beranak.
Satu bahagian nama dari sekor lembu ni dpt 3kg,jadi 7 nama maknanya we'ols dpt 21kg daging tidak termasuk tulang.Yang selebihnya diagihkan kepada penduduk setempat.

Ada antara yg didalam gambar atas ni hsbn SIL4,tp tah yg mana satu susah nak dicamkan.Pakaian d'ols ni sama je sbb ditaja oleh Masjid kg Serai.Setiap sorang dpt sepasang baju dan topi.Itu utk sesiapa yg dh ditugaskan untuk menumbangkn dn melapah daging.

Ni lah orgnya..SIL4 nye hsbn.Juga owner Kolam memancing Tepian Rimba.
Peladang yg boleh dikatakan agak berjaya jugak lah.Kambing ,arnab,ayam,ikan dan udang semua ada dibela.:)

Ok,untuk menu hari raya Ell tak teringat pun nak amik gambar.Antara juadah hari raya we'ols ialah nasi impit,sayur lodeh,sambal goreng,rendang ayam,udang galah goreng,ikan siakap goreng berlado n pd sebelah petangnya pula sebahagian dri daging korban yg dibawa balik we'ols mengerjakanlah ia n selamat di satey gorengkan juga dimasak merahkan.Yang mana bhgn tulang belulang tu,biasalah  di sup kan.:)Seperiuk sederhana besar sup tu utk fmly we'ols semalaman je dah habis.Syukur tak membazir..

 Semoga sumbangan korban kali ni membawa berkat untuk SIL4 sefamily.Dan secara kebiasaannya SIL4 n hsbn akan berkorban setiap 2thn sekali.






Terkorban di hari Raya~

Tuesday, October 12, 2010

Berjejak Kasihan di Open House (2)

Bertarikh 2 Oktober 2010 adalah detik2 bersejarah antara Ell dengan teman sepengajian time kanak2.Harus Ell kata bersejarah ae u'ols...plus minus lebih kurang 17 ke18 tahun we'ols tak jumpa.We'ol classmate since standard 3 pastu terpisah lepas dia dimasukkan ke sekolah berasrama ketika form 1.Memang betul2 berjejak kasihan nih.
Macam tak percaya we'ol boleh berjumpa semula disebabkan fesbuk.Tu lah die fesbuk ni,kalo kene gayanya digunakan..elok jadinya kan.Yang sedihnya bila dia kata time kawen dulu takde sorang pun kawan2.Yelah dat time tak tau mana nk kontek all da ex-classmate.Yang ada sedare mara n kenalan rapat je lah.

Memula sampai tak kenal yang mana satu sebab adik beradik die semua serupa je.6 beradik 5org perempuan.Dan akhirnya...kami bertemu...nyaris dia nak panggil Marsha tu Ell.hahaha.Dah katanya mencopy habis muka maknye ni zaman kanak2 kan.Tapi die masih bleh cam muka Ell walaupun Ell dah lain sangat katanya. See bentuk mukanya, comelkan?tengok ar besornya muka Ell tu.And die dari dulu pun mmg cumell n kecik molek kira umpamanya Ell macam Marsha n die macam Dina lah gitu.:)


Masuk jap lah rumah die sebab time tu pun die tengah bergambaran dengan fmly die.Open house die ni meriah la sbb sambut menantu omputih balik coz raya pertama lum tiba malaysia lagi katanya.Adoi mak..nmpak sangat Ell macam org tua dalam gambo ni.


Mariana & Aariz
sementara Ell n hsbn n kids makan2

 Tadaaa...menu of da day.Kambing golek u'olsss.rasanya peliharaan abah die sendiri kot sbb die kata belakang rumah ada kandang kambing.Plus sosej saiz xl.raja besor sosej dier...sedap pulak tu,ayam cheese n daging blackpepper berlada.Adoi..mmg tak bleh tahan.kalo tak balun mmg tak reti nak tos lah air liur nih.:D


 
  Lagi menu yang lazat2.Tapi tak heran dah sbb dah melekat ngan kambing je.:)


Untuk Nana terima kasih yg tak terhingga walaupun aku tak bg pun link blog aku ni kat ko.Harap dapat disampaikan diangin lalu jelah ye.:)

Dan dan dan....ada lagi. Disebabkan fesbuk jugak Nana ni dengan  kazen hsbn is ex-classmate sekolah menegah rupanya. Ada connection lain lah pulak kan.

So,harap2 kita akan terus keep in touch yer.





Berjejak Kasihan di Open House (2)

Monday, October 11, 2010

Berjejak kasihan di Open House

Raya dah habis ekk.tapi nilah die kalo dah lambat,asyik la keciciran.Blog ni pun kejap update kejap tidak.Kalo updatenye sikit,tapi bila tak de mende update lamanya macam ayam mengeram pun dah menetas dah..hahaha
Bukan apa lah u'ols...Aariz sekarang ni banyak na merintah nye..makin membesar,makin banyak pulak akalnye.Nak biarkan sorang memang tak boleh la.Time tido die kita pun dah mengantuk.So.nak buat autopublish pun kirim salam la..Tak pun bila dia tido tu,cepat2lah bereskan kerja2 yg menunda tu.Haa kalo dah setel barulah boleh main2 internet ni tapi kalo dia dah jaga sebelum kerja selesai..alamatnya no chance utk mama die bersantai depan pc

Ah sudah.. terbabas n3 sket.

Tajuk n3 pun berjejak kasihan,dah tentulah dah bertahun2 tak jumpa kan.Ni open house bukan sebarang open house.Open house ni sebenarnya merangkap mini reunion dengan ex-skoolmate SMK Ayer Baloi SPM batch 1998.Nilah die,since kita dah ada kemudahan dengan fesbuk ni,macam2 boleh kita arrange dengan kawan2 lama ni kan. Syukur kan,dapat eratkan lagi persahabatan yang dah lama sangat terputus.

Ok,sebelum tu meh tengok menunya.Ihikss macam lah banyak sangat amik gambo,tapi ini je yang ada.Ikan caru bakar cicah air asam yang super duper mantappp! YaAllah macam tak ber tos ayaq liuq ni.hahaha...Ini antara je u'ols...lain2 menunya 
-laksa johor
-satay
-rendang ayam
ermm apa ekk lagi lupa dah.Sebenarnya Ell makan sikit je..kononya mengikat perut..(haha menipu ler tu).But yang paling teringat2 is punch buah2an yang sangat sedddap..siap ada kiub2 apple merah n hijau n oren n apa tah lagi.masyaallah...sedapnye.Memang syorrrga.

Gambar ni antara baby n kids yang ada.Ok,yg kiri atas ialah hsbn kpd Pn.Rafiza yang kedua2nya merupakan ex-skoolmate Ell.Pn Rafiza ni lah yang dengan sukarela menyediakan punch buah2an tu.Mekasih Fiza...punch ko memang terbaekkk.Tanpa dengan segan silunya hsbn aku tah bape ploh kali di tambahnye dengan tak habis2 memuji:D


Sebelum larut malam,meh la kita bergambar beramai2.All da babies yang ada semua dah membunyikkan siren memasing,so takyah kita membuang masa.Terima kasih untuk tuan rumah yang menganjurkan this open house.Yang depan sekali pakai baju melayu kelabu asap itu lah tuan rumahnye.


Jom sambung balik apa yang belum diselesaikan...Orang kata tak baik buat kerja separuh jalan ni..apa kata habiskan kerja makan2 tu baru minta diri balik.hahaha..kalau dah dasarrr..tengok ar,yg bapak2 perut memasing dah mengelembung,yg ibu2 jugak kira masih maintain :P


Lastly,terima kasih untuk inchek organizer sbb beria2 sangat nak jumpakan we'ols reramai macam ni..Tapi masih ada jugak yang tak dapat join da gathering sebab memasing ada hal sendiri kan.Insya'Allah lain masa dan hari kita buat family day pulak ekk.






Berjejak kasihan di Open House

Thursday, September 23, 2010

Update raya 3 (Fireworks Sparks)


Hari ni Ell update pasal show bunga api kat umah we'ols eh..Haha Show ditaja oleh Incek suami untuk hiburan ahli keluarga.Tapi kalau dah bunga api tu,satu kampunglh boleh nmpk gamaknyer..Sebenarnya,show telah berlangsung selama 3  malam berturut bermula dari malam raya sehingga malam raya ke-2.Dan setiap satu show tu mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk memainkan nyer..Antaranya pada malam bbq yang we'ols buat tu.Ceh,macam melaporkan kejadian semasa je.:D




 
mengagihkan bunga api dan mestilah ada orang2 dewasa yer. Ada org cakap bakar duit ke,membazir ke..tapi Ell rasa keseronokan lebih terasa dengan bunga api.lagipun we'ols bukan main mercun yang ketegori merbahaya...

Bunga api sekarang ni tak senang nak dapat.Kalau ada pun bleh dapat lubang yang smuggle punyer.Ramai sebenarnya yg jual mercun or bunga api smuggle ni.Hsbn Ell sendiri dapat berapa banyak senarai harga2 tapi bukan untuk jual yer..untuk membeli sahaja.Owh jangan cakap nanti kene lockup...hahah tp pak polisi sendiri pun ada.Lebih2 lagi depan rumah we'ols ni ada balai polis..jgn kata nak warning,dia siap join lagi ada..:D

Ok,meh2 layan klip ni.
Fireworks sparks 1

Fireworks sparks 2

Fireworks sparks 3


Mercun padi yang dh siap2 digantung kat pokok manggis.8 kaki panjangnyer.

Wow! mmg best malam2 raya we'ols...Jangan tak caya,satu rumah keluar sebab nak tengok bunga api 49 das ni.Dah abes,semua masuk rumah sambung kerja semula.:)
Amaran Keras!!
Kanak2 dan remaja dibawah umur hendaklah dibawah pengawasan orang dewasa. 




Update raya 3 (Fireworks Sparks)

Tuesday, September 21, 2010

Update Raya 2 (Wonders of raya-random)

Salam...dah berapa Syawal dh kite?11 hari raya ekk.Sekejapnya lah kan.Abes tu,u'ols bila nk sampai rumah Ell ni?Pintu tak tutup lagi...hehe

Sekarang ni kan,Ell kalau dapat nak update yg ringkas je.Kalau dapatlah kan...kononnya tak nak membebel panjang.So,biar gambar bercakap lh ekk.:P Gambar2 ni Ell pilih secara sukahati Ell lh eh utk kenangan dlm blog ni...

Meh la tengok apa yg ada..

Bikin ketupat..

 Bunga api time...weee

Pengagihan duit raye...

 Fmly picca SIL1,BIL1,BIL2 & SIL4
 ini aje lah yg ada pagi raya..2-3fmly lagi tiba pada petang n malam raya pertama.

 Me fmly...:)oppss ada sorang lain gen..:D


The cucu's..:)  (sebahagian)

1st,2nd & 3rd batch yg dtg slps sembahyang raya.Sampai duk luar rumah .

 Meriahnyer.....


 Aariz..an expressions...


Waduh,banyak lagi gamba ni.Kalau ikut nafsu semua gambar nk upload .Tapi sket2 cukuplh ekk.Pastu kan..Ell ada citer sket pagi raya ni..Alahai,kesian sebenarnya.Macam ni kisahnyer..:) ceh!
Seperti kebiasaan lh kan,lepas sembahyang n menjamu juadah raya tu mestilah ada sesi bermaafan,bergambaran n mengagihklan duit raya ye tak? Punyalah leka n seronok sangat ,sampaikan budak2 yg datang beraya beri salam tah bape ploh kali we'ols tak dengar..last2 dengar, sorang pun tak terlayan...Siap terdengar suara budak tu kata"kami datang nak beraya ni..." mcm dlm drama tu..hahaha lawak.Selang 2 minit lps tu we'ol jengah ke pintu nak jemput masuk...alih2 kazens we'ols yg berduyun2 tiba.Budak2 tadi tu tah mana perginye...merajuk lh tu...kesian ekk.:D (tu ler..nape awal sgt kamu org dtg beraya..kan dh terlepas singgit dua..)





Update Raya 2 (Wonders of raya-random)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...