PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label menu utama. Show all posts
Showing posts with label menu utama. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Claypot Yee Mee (homemade)

Assalamualaikum...

Kalau duk rumah ni banyak bende nak buat pun sampai tak tahu nak buat apa.Perkataan boring tu ada je keluar dari mulut.Padahal ada je keje kalau nak buat..tapi masih dok pikir apa nak buat  kan..Macamlah memasak ni ha.Dah hari2 dok memasak,sampai tak tahu apa nak dimasak.Padahal ada je bende yang boleh dimasak...hahaha 

Ok,ini menu lunch semalam,Claypot Yee Mee.Terpikir nak buat claypot mee ni sebab dok masuk stor mak mertua terjumpa claypot ni ada 3 biji lain2 saiz.Resepi pun ada taruh dalam buku,kebetulan pulak mak mertua balik terengganu haritu kemain banyak borong mee sanggul,apalagi mari bersilat gayung.hahaha..rupa claypot pun dah macam gayung kan...
Bahan2 dia simple je.Tapi mungkin kalau org melayu ni kadang2 susah jugak nak ada sepanjang masa bahan2 ni.Ok,mari cek dapur u'ols ada tak bahan2 ni.Kalau ada,silakan mencuba..


BAHAN-BAHAN:-

~1 keping Yee Mee atau mee telur 

~ bawang putih (crush)

~Kicap cair

~Kicap pekat
~Kicap manis
~Sos tiram

~halia hiris memanjang

~Minyak bijan (sesame oil)

~Isi Ayam (potong kecil, marinate dengan kicap cair)




~5-6 cendawan shitake (fresh) kalau yang kering rendam dalam air panas 10 minit (potong ikut suka)

~1 pokok sawi hongkong (ell tak letak,sbb takde)

~1 biji telur
~1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air)
~Cili kering (potong 1 inci dan rendam dalam air panas 10 minit)
~Air secukupnya

~ sayur2an lain kalau suka karot,kobis dll.


 CARA-CARANYA:-

Oh ya lupa,bahan2 tadi tu untuk hidangan seorang iaitu satu claypot ya.Tapi don't be khuatir..u'ols boleh je masak banyak dalam kuali/wok.Sukatan nya pun kena tambah la.Agak2 eh..kalau tak tahu nak agak,bedal je.hihi



1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga keperangan.

2. Masukkan air 270ml(agak2) , kicap pekat, kicap cair, sos tiram dan kicap manis.

3. Masukkan mee, ayam, cili kering, cendawan,3-4 titik minyak bijan, bancuhan tepung jagung dan tutup periuk. Masak untuk 5 minit.

4. Masukkan telur dan sawi/sayur2an. Tutup dan biarkan lagi lebih kurang 5 minit.
5. Tutup api dan hidangkan. 



Ok.kalau cara Ell,Ell dah siap celur sedikit mee tu.Macam ni..

Pastu kuahnya,Ell siap2 tumis dalam kuali.Bila nak makan,baru Ell bubuh kuahnya dalam claypot,kemudian letak mee,pecahkan telur dan bubuh sayur.Biarkan menggelegak,baru ada feel nak makan dalam claypot.:)






* kalau kuah macam pekat taruk air lagi. kuah kena just cukup2 untuk tenggelamkan mee. that's the right amount of kuah needed. tak payah taruk garam ya... Kalau ada stok ayam boleh juga taruk 1/2 kiub...

**Minyak bijan tu memastikan kesedapan yee mee.kalau tak da, rasa macam kurang.So,pastikan ada.




Selamat Menjamu Selera....





Claypot Yee Mee (homemade)

Tuesday, March 13, 2012

Nasi Himpit (homemade)

Assalamualaikum...
Apa lah bende nak update ekk kalau duk rumah dengan rutin yang sama.Anak-anak cuti sekolah seminggu pun tak tahu nak kemana.Inchek suami busy manjang.Untung juga anak-anak tak mintak nak jalan-jalan.Adoilah..boring seyh.Ada tak de, n3 nak masak nasi ni pun jadilah ea.hehehe

Tapi nasi bukan sebarang nasi,
nasi himpit dipotong dadu,
kalau tak de yang instant kenelah buat sendiri,
Bila dah siap,jadikan lontong, dibuat soto pun bolehlah labu..

hahahaha..
nyaris pantun tak jadi pantun david teoh.haha..spontan ni tau.tah hape2 je..
tulah dia kalau lama sangat terperap dalam rumah.otak pun macam nak sewel.Bila nak carik udara segar ni....

Ok,mari tengok caranya ya.Bahan utama yang kene ada mestilah beras.Tak tahulah pulak kalau nak masak nasi guna bahan lain.Selain itu plastik kecil untuk masukkan beras.Stapler dan staples(ubat stapler).Garpu untuk mencucuk-cucuk mata kasim selamat..eh bukan,untuk cucuk plastik.:D

1.Basuh bersih beras dan toskan


2.Kemudian masukkan kedalam plastik dengan nisbah 3/4.Lebih kurang macam u'ols isi kelongsong ketupat lah tu.Lepas tu,stapler rapat-rapat.


3.Cucuk-cucukkan permukaan plastik dengan garpu.Tak yah banyak-banyak,3 cucuk depan dan 3 cucuk belakang.

4.Pastikan air rebusan dan siap jerang dan menggelegak,baru masukkan bungkusan nasi tadi kedalam air panas tu.
5.Rebus selama 4-5 jam atau kelihatan dah jadi nasi himpit.

6.Apabila dah siap,sejukkan sedikit dibawah air paip yang mengalir,sambil elok-elokkan rupa dia, kalau ada yang penyek.Biarkan sejuk baru dipotong.


inilah hasilnya nasi himpit tu.

Tadaaaa...nasi himpit soto ayam.Bergedil tak de tak pe,yang penting kuah sambal kicap.Barulah ada 'kick' .


Ni dia..kemain banyak buat sambal kicap.Bukannya apa,nanti esok-esok kalau nak makan dengan pisang goreng dah ada siap kan..hehe orang JOHO kan...Eh tapi u'ols kalau buat sambal kicap ni kene goreng sket tau..bukannya apa,utuk elak sakit perut sebab mentah.hahaha..macamlah kalau goreng tu tak boleh sakit perut.:)

Ok lah u'ols..ini saja lah n3 ringkas dari saya.Malu pulak bende senang gini pun nak post dalam blog.huhu.







Nasi Himpit (homemade)

Tuesday, June 01, 2010

Fettucini & Sos Krim ~LadyEll


Salam..
Aduhai..hampir dh nak koma blog Ell ni yer.:)
Takpe,buat permulaan dh tersedar nak update blog ni,Ell post n3 resepi ni dulu.Org kata kalau baru bangun tidur tu selalunya lapaar..:P

Menu ni Ell buat semalam.Ell pun rasa mcm tak berdaya je nak menguruskan hal2 rumahtangga ni,jadi masak pun ala kadar jelah.Kesihatan yg teruk agak banyak menguji kesabaran.Itupun sbb mengenangkan ank2 nak mkn plus anak2 sedara yg Ell n hsbn tengok2kan.Mak ayah d'ols gi umrah.D'ols ni dh besar,tk bnyk kerenah.Harap d'ols pun tak kisahlh bab2 makan nih.


 Bahan2:-

 Bahan utama mesti ada pasta.Tak kiralah pasta jenis apa yg nak diguna.Ell guna fettucini yg mcm dlm gambar ni.


~ 2-3 biji bawang besar cincang
~ 3-4 ulas bawang putih cincang
~ daging cincang atau tidak -ikut suka
~ sosej bape bnyk ikut suka -potong bulat2
~ meatloaf bape keping ikut suka -potong 4


untuk ganti krim:-
~ 50gm butter + 2sudu tepung gandum + air panas
(kacau rata)
~ 1tin susu cair (ganti susu segar)
~ McCormick mix herbs (brand apa pun ikut suka) asal ada
~ cendawan apa2 jenis
~ 1-2 sudu serbuk pati ayam (ganti stok ayam)

Cara2:-


1~Cairkan butter dlm kuali
2~Tumis bawang merah dn bawang putih


3~Dah naik bau,masukkan daging dan mix herbs.Biar daging empuk sekejap
4~Masukkan meatloaf , sosej dan cendawan


5~Tuang setin susu cair,tambah setengah tin air dan serbuk pati ayam
6~Tuangkan krim butter + tepung tadi dan kacau segera
7~Biar mendidih dan tabur sedikit garam ikut suka.

Hidang panas..barulah Voilahhh!!

*Memandangkan bahan2 nya bnyk 'ikut suka' so,Ell olah 'ikut suka'.Tak perlu nak trikat sgt dgn krim n fresh milk.Apa ada kat umah tu leh jadi bhn..asal makan tak masuk hospital sudah..:)





JANGAN LUPA 
KLIK SINI






Fettucini & Sos Krim ~LadyEll

Monday, March 02, 2009

Laksa Johor

Salam Isnin u'ols..
Jumaat lepas Ell nyer BIL yg baru kawen aritu balik kg coz nk attend wedding his wife cousin hari ahad kat Kota Tinggi,Johor.Jauh jugak la dr Pontian nih.So,da newleywed tu tidur la semalam 2 kt kg ni...kisahnya hari sabtu tu my BIL ni ajaklah sedara mara n kerabat his wife dtg singgah mkn tengah hari...ye lah,org tk pernah ke johor..n 1st time dtg johor pn masa antar pengantin perempuan utk majlis menyambut menantu aritu.dan,kisahnya ada yg sampai demam nk mkn masakan johor my MIL nih.ish! dasyat nyer..mcm tu sekali ekk 'penangan' masakan my MIL ni pd d'ols..:P
My MIL punya perangai,kalau ank2 die nak balik even kalau sesiapa je yg nk dtg,dia lh yg sgt sibuk kt dapur.U'ols imagine,hari sabtu nk dtg..die dh ada kt dapur jumaat mlm dh siap2 keluarkn bhn2 utk masak for dat saturday.n kalau ada apa2 bhn yg tk cukup,pepagi sabtu lh dh keluar rumah carik barang.Lps tu kalau boleh la,semua mknn yg die tau n nk masak,dia masak.But last saturday menunya Laksa Johor yg ummppphh plus nasi himpit n serunding plus nasi panas lauknya kari ikan merah n botok2..
Yeah! thumbs up for my MIL.Seronok tengok d'ols mkn brtambah2 n sampai nasi tk cukup.Ada yg sanggup menunggu nasi panas ni dek krn nak menerai botok2 tu. Punyalah 'havoc' suasana dgn tetamu yg seramai lebih kurang 20-25 org plus kanak2.Walaupn belum berapa kenal,tp dh rasa kemesraan coz d'ols pn sgt peramah tambah plak my MIL ni yg sgt sporting kongsi2 resepi.
U'ols,kt sini Ell bg lh resepi laksa johor ni utk u'ols try kt umah eh.


Bahan-Bahan:
Bahan A
200 g spagetti
10 ml minyak masak
1 sd kecil garam halus
1 liter air


Bahan B (isi kuah)
300 g isi ikan tenggiri/makeral
1 liter air


Bahan C (Kuah)
5 ulas bawang merah (tumbuk halus/kisar)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus/kisar)
10 g udang kering (tumbuk halus/kisar)
3 cm halia (tumbuk halus/kisar)
1 batang serai (diketuk/kisar)
2 cm lengkuas (ditumbuk halus/kisar)
3 sudu serbuk kari
1 tangkai kulit kayu manis
1 sudu kerisik
2 biji buah pelaga
2 tangkai bunga lawang
2 cawan santan kelapa
20 ml minyak masak
2 keping asam gelugor
1 liter air
garam secukup rasa
Bahan D (hiasan/ulam)
daun kesum (dihiris halus)
daun selasih (dihiris halus)
timun (dihiris halus)
bawang besar (dihiris halus)
telur rebus (dipotong dua) kalau suka
nenas (dihiris halus)
taugeh


Bahan E (sambal belacan)
5 tangkai cili merah
5 cm belacan (dibakar)
5 biji limau nipis (dipotong dua)



Cara:
~Rebus bahan A sehingga spagetti lembut sepenuhnya, ditoskan airnya dan diketepikan.
~Rebus bahan B sehingga ikan masak dan blender halus isi ikan tersebut. Simpan air rebusan ikan tadi.
~Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, udang kering, halia, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai, lengkuas dan sebuk kari.
Setelah naik bau, masukkan air, air rebusan ikan, isi ikan yang telah diblender dan didihkan. Kemudian masukkan santan, asam gelugor dan kerisik. Kacau di atas api sederhana sehingga kuah mendidih dan pekat.
~Sediakan bahan D dan susun di dalam bekas yang berasingan.
~Tumbuk belacan yang telah dibakar bersama cili merah hingga halus. Letak belacan dan cili tumbuk di dalam bekas bersama-sama limau nipis yang telah dipotong.

Cadangan Hidangan:
Ambil pinggan sederhana besar, letakkan spagetti, tuang kuah laksa, tabur bahan D dan letakkan sesudu sambal belacan serta picit 1 ulas limau nipis di atasnya. Sedia untuk dimakan.


*Semua resepi haritu mendpt pujian n my BIL wife 'dipaksa' utk belajr cara masakan Johor oleh her kaum kerabat.hahaha..
*yg paling mendpt permintaan is serunding udang kering coz boleh dimkn dgn apa2 je.leh buat cucur badak,mkn ngan pulut serawa,pulut panggang n apa2 je lah. dan,'dipaksa' juga belajar sampai LULUS.hehehe..kesian u Shamsiah... Tk pe,ur MIL sedia memberikan tunjuk ajarnya..:)

Laksa Johor

Friday, November 14, 2008

saya belajar memasak (lasagna)

Aritu ada yg request nk resepi lasagna ni kn..makanya,trpaksalh Ell mengadakn kelas memasak.Hehehe..tp harap mahap la eh..tutor ni kurang brpengalaman sket..kalau ada apa2 kesilapan harap maklum je lh..

BAHAN A (utk inti)

Kepingan lasagna (agak2 bekas yg diguna memerlukan bape keping,kalau perlu... ukur dulu *hiks*)

Daging kisar

carrot potong dadu kecik2
salery " " "

boleh tambah mushrooms or franks(ikut suke)

mozzarela cheese
olive oil
bawang putih
bawang merah
prego sauce(ikut ske nk rasa apa)

BAHAN B (utk sos putih)
susu UHT ,evaporated milk pn boleh
tepung gandum
butter
CARA
~Panaskan oven 20mnt sblm inti n sos disediakn.
1.Tuang sket olive oil dlm kuali n tumis bawang putih ,bawang merah.
2.Dh naik bau wangi,masuk daging,carrots n salery atau bhn2 tmbhn lain.
3.Biar agak2 daging sampai empuk.

4.Masukkn prego sauce .Kacau rata,tutp api n ketepikan.

5.Siap kn sos putih.Didihkn susu,masukkn sket2 tepung n tambahkn butter.Kemudian kacau sampai sebati n sket pekat.

6.Sapukn bekas pembakar ngan sket butter.
7.Lapikkn dgn lasagna,tuang sket inti n tuang sket sos putih.

8.Taburkn cheese.
9.Ulang 7 & 8 sampai habis..Agak 2 atau 3 lapis lasagna.

10.Bakar 20 ~ 30mnt pd suhu 160`c

SELAMAT MENCUBA.....




*Sukatan tk reti Ell nk bagi yg tepat,coz Ell pn main agak2 je..





 
saya belajar memasak (lasagna)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...