PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday, April 29, 2009

~Regular Caller~

2009


Ell ada nk citer sket pasal regular caller atau lebih tepat lagi caller tv/radio paling populer.U'ols pernah trperasan tk or kenal dgn org2 yg rajin call tv/radio nih.Ell ada perasaan beberapa org pendengar/penonton ni kerap sgt buat panggilan tv/radio.Yg heran tu,senang pulak derang ni menembusi talian.Ell saspek derang ni buat freelance kot koling2 radio/tv ni..tu pasal semua stesen radio/tv derang ada.hahaha ..
tk pn keje kat TELEKOM.Tp apa pun yg paling utama Ell rasa derang nih nak cari nama,supaya org 2 trtntu ataupun org ramai kenal dia.Nk popular lah tu..nnt bila org trtntu tnya..'hei you that one yg...', rply 'yup,thats me..'

Lagi satu,dulu2 dlm game show yg on air tawar hadiah yg kira oklah.Ada sesetghnya caller tu mnpak sngat call dari studio dia jgk(dh setting org sndiri).Kdg2 tu org yg sama atau biasa dgr tp cuba diubah tone/slang dia,nmpak sngat.Mngkin nk cver hadiah game tu yg sbnarnya tk seberapa.kalau bab soklan mmg tk boleh tahan,skema, trsusun rapi n sampai tahap meluat.Kira mcm soklan tu tahap media lah.Mcm dh diatur.Bknnya apa,cuma bg la chance kat org laen..asyik2 org yg sama,mana2 stesen tv/radio ada jer..kadang2 pagi Ell tengok MHI ada dia call,alih RTM ada gak call,tgh hari tengok Apa2 Aje ada call..pendek kata RTM,Media Prima n kadang2 ASTRO pn dia call.Derang ni tak de benda lain nk buat ke..Kalau radio,dulu2 Ell mmg cam suara yg sama ,tk sangka plak lps berbelas2 tahun boleh dengar suara ni semula kt tv.Ini pn boleh dikatakn mana2 stesen radio..Adei..kemaruk sgt ke nk populer..atau mngkin jgk nk tunjuk pandai, serba tahu itu dn ini.

Tp sebenarnya Ell tk kisah pn pasal derang ni,bil tepon derang yg bayar sendiri..cuma nk jadikan isu je dlm blog sendiri...:)Agak2nya kontot tk jari derang ni sbb siang mlm asyik nerai call radio/tv.hahaha


Teori Ell derang ni:-

1.nak cari nama (popular)
2.tinggi pengetahuan/educated (mngkin tk berapa tp mcm serba tahu itu dn ini)
3.dh disusun utk buat panggilan /freelance/org sndiri
4.trlalu fanatik dgn rancangan2 trtntu (boleh luahkn yg serba tahu tu)
5..keja kat TELEKOM?


Lps ni,ABPBH boleh lah adakan kategori pemanggil radio/tv paling popular.hahaha :D :LOL:
*Ell ada kenal sorang yg duk kampung sebelah mmg rajin buat panggialn kat tv RTM/Media prima.kat radio tak taulah..sbb dh lama tk dengar radio..:P
*Teringat plak Ell pd 'Masrifah Idayu' yg mmg top kat stesen2 radio zaman2 Ell skolah dulu.yg xleh thn bila time dia menyampaikan puisi or sajak...Kalau ada yg tahu tntng kewujudan dia ni mesti ingat betapa 'seksinya' suara dia..:D kalau tk tau tu,jgn ditanya siapakah gerangannya.Mana agaknya dia yer...

VOTE MY BLOG
~Regular Caller~

Monday, April 27, 2009

Isu Hospital Kerajaan



Mungkin kita dh bosan disua dengan isu kecuaian hospital-hospital kerajaan di Malaysia ini. Saban tahun atau bulan ada aja isu kelemahan pengurusan hospital didedahkan. Kadang-kadang muncul perasaan bimbang dengan perkhidamatan yang disediakan.Sebab brkemungkinan akan menambah penyakit bg yg nk mengurangkan sakit.

Pagi ni,Ell tonton MHI dgn isu yg dikemukakan adalah brkaitan dgn perkhidmatan hospital kerajaan.Dah 2x isu ni diutarakan dr minggu lps.Mcm2 keluh kesah pemanggil yg melepaskan perasaan geram dan marah.Yg paling tk boleh nk elak,setiap pemanggil mesti mention nama hospital tanpa brselindung..baguslah,sekurang2nya hospital brkenaan boleh pertingkatkan perkhidmatan yg cemerlang kpd pesakit2nya.
Mcm2 kes dh yg kita pernah dengar brkaitan hospital kerajaan ni,bkn nya nk perlekeh..cuma sekadar memberi sedikit kesedaran kpd kakitangan hospital kerajaan ni apa yg sewajarnya diperlakukan kpd pesakit.Akhbar Berita Harian harini kes trtangkap 2 org dokter yg 'curi tulang'.Hah padan muka..dh tentu ramai pesakit dtg nk mendptkan rawatan ,dia senang lenang baca surat khabar n buat krja sndiri..halo ni bnyak pesakit tnggu tau.*tuuuttttt*punyer dokter.apa yg dia belajar dulu hah!
Ok,uo'ls..bkn Ell sesaje nk bising2 kat sini.Ell pn ada pengalaman dgn hospital kerajaan ni.Tp mungkin tak lh seteruk sesetengah kes.Kisahnya 9thn lps masa Ell nk melahirkan puteri sulong Ell, Marsha.Hari kejadian pagi,Ell gi rutin check up kat klinik tmpt Ell,baby didapati dh kurang movement dlm perut, tkut je hape2 jd kan..Ell diminta pergi ke hospital Pontian utk membuat pemeriksaan selanjutnya.Time tu Ell belum rasa sakit nk bersalin ,seminggu awal dr tarikh due..

Bila sampai kat hospital punyalh lama nk menunggu giliran...(yelah,fhm hospital kerajaan mmg ramai pesakit,mcm tk cukup kakitangan).Takpe,Ell ngan suami tunggu dgn penuh kesabaraan..maklumlah..sakit lum datang..tp kalau dh mula sakit tu,mmg hilang sabarlh jawabnya..Tambah pulak,bila dh sampai giliran...2-3 kali Ell keluar masuk bilik dia kata tunggu baby gerak.Wey,org dtg nk check kenapa baby tk gerak..Adei,segal betul.Kali ke3 baru doc tu kata baby sleeping pattern lps di periksa dgn alat apa tah yg utk dengar degup jantung baby tu..So,Ell ditempatkan diward utk 1mlm (katanya)bg membuat pemantauan trhdp baby.Kalau ok,esok boleh balik.

Dgn kuasa Allah,mlm tu jugak Ell dh mula rasa sakit nk brsalin..hsbn Ell yg setia menunggu dan meneman dr siang tu balik lh rumah utk mengambil segala keperluan Ell dan bb (time tu tk siap2 bawak beg sbb tk tau kena tahan)abis,1st time.Tp sblm tu,Ell dh diperiksa bukaan jalan,tp masih 1cm.Jadi nurse pn menganggarkan paling cepat pun esok tgh hari baru Ell brsalin.Nurse tu pn mmberitahu yg si suami boleh balik,sekiranya ada apa2 dia akan beritahu.So bila dh dekat mlm hsbn Ell pn berkira2 utk dtg pd keesokan pgnya,tu pun Ell yg suruh sbb time tuh Ell rasa ok.

Lebih kurang kul 1-4pg Ell dh mula resah tk tentu arah..kejap2 keluar masuk bilik air sbb rasa mcm nk 'buang air besar' .Akak sebelah katil Ell pn dh risau,dia kesian siap ckp kat nurse tu suruh tengok kn Ell.Katanya pernah ada kes yg 'trberanak' atas katil.Wah..punyalah hangen nurse2 yg time tu tgh mkn kuaci, smbl tengok tv n dengar radio nk check Ell nih."Haih lambat lagi " katanya dgn nada rungut.Agaknya apa perasaan dia ekk. Ell pn nk geram takde lah..sbb masa tu dh ingat nk menahan saket jer..2-3 kali gak Ell pergi jumpa dia suruh tengokkan 'jalan' atau pn susah2 Ell dh brsedia nk masuk labour room tu.Amboi..tambah bising lg dier.."belum lg la...esok baru awak brsalin nih.tido dulu..menyusahkan betul" cait setan nye nurse...

Punyalah tk thn Ell time tu,Ell sampai nekad biarlh Ell bersalin je atas katil tu..biar dia nengok Ell betul2 dh brtarung ngan nyawa..bergolek kekiri,brgolek kekanan..tk sape pn nk tolong..kakak2 yg sebelah menyebelah katil semua pn menahan sakit n ada yg tido..Keluar masuk bilik air sambil mengerang2..tp semua nurse buat2 tk dengar..dan tiba thp yg Ell takleh thn sampai trmuntah tepi katil sbb Ell rasa mual yg melampau...Bila dia dengar Ell muntah tu,baru nk tunjuk muka...tp bkn dgn perasaan kesian...makin 'menyetan' lg dia.Ada ke dia leh ckp "Adoi....!muntah pulak dia..knpa tk pegi toilet...tk habis2.." apa yg tk habis2?nk kata meyusahkan...

Jam masa kul 4.30pg(lebih kurang).Dan dia tk de pilihan,terus check bukaan laluan Ell.Mak aii..trkejut nurse2 tu u'ols..dh 8cm.Ell pn dihantar ke labour room..sambil bertarung nyawa dn tk hingat apa...tanpa peneman,dan sokongan..Ell slmt melahirkan bayi comel nama Marsha pd pukul 6.52pg (24/7/2001).

Yang ralat sekali Ell tk diteman kan suami Ell yg trcinta ..dn lebih sedih lg semua family members tk dimaklumkan dgn kelahiran bb Ell tu...Alih2 pagi tu hsbn dtg dgn abah Ell bawa bekal sarapan utk Ell mkn,tengok Ell takde kat katil baru lh hsbn diberitahu yg Ell ada dlm labour room tp dia ingatkn setakat check je.Dia pn tunggu,mana lh tau dpt tengok isteri sendiri melahirkan bayi nnt...tungu punya tunggu,Ell keluar dgn wheel chair sambil pegang baby..yg klakar,ada ke hsbn ingat Ell practice pegang baby cina.Utk kepastian,hsbn tnya.anak siapa?Eh,anak kita lh Ell jawab...masa tu brjurai air mata dia sbb happy tp ada sedikit ralat..

Pengalamn ni mmg tk kn Ell lupa.Walau apa pun Ell n hsbn amat bersyukur krn semuanya selamat.Cuma tk trbayang kalau sebaliknya brlaku,siapa yg harus dipersalahkn. Banyak kelemahan kakitangan hospital harus diambil kira. Nasib baik tk de apa2 buruk trjd..klau tk hsbn Ell cari nurse yg kata "apa2 hal dia call".Tp tu pun hsbn Ell hntar surat complain pasal cara n layanan nurse2 disitu.Rupa2nya u'olls,sblm ni mmg dh bnyak org complain bnda2 ni tp tk de tndakan yg dibuat.Ell sedar,tk boleh nk mengharapkan 100% yg trbaik dr mereka kakitanngan hospital tu..cuma jaga sket hati dn perasaan pesakit2 yg nk kn rawatan..sekurang2nya bg lh sedikit senyuman yg manis.Mngkin pd dia org bnda2 ni bnda yg biasa krn brdepan hari2,tp ingatlh org2 yg bukan selalu mnghadapi situasi begini.Bertarung nyawa ni tau..

Walaupun berhadapan dgn segala kesakitan,menimang cahaya mata merupakan perkara yg gembira n satu pengalaman buat pasangan suami isteri. Jd bagi nurse2/jururawat2..jgnlh membuatkn ini satu pengalaman yg menyiksakan atau menakutkan bg pasangan yg mnghadapinya.

Sbnrnya kerja meraka ni murni sbb jaga pesakit atau yg memerlukan dn membantu menyelamatkan nyawa..tp itu pn harus kena dgn gayanya...



*Kejadian2 sprt diatas dn seumpamanya tidak mewakili keseluruhan pusat kesihatan/hosp krjaan.
*Syukur cuma sekali pengalaman buruk ni brlaku.mungkin ramai lg yg menderita disebabkan kerenah kakitangan hospital kerajaan nih.
*Apapn,nmpaknya hospital pontian dh pertingkatkan kualiti perkhidmatannya..sbb dh takde lg rungutan2 yg Ell dengar sprt yg sebelum2nya.Lg pun bnyak nurse2 baru.Mngkin dia org dh prbetulkn kelemahan dn kesalahan yg ada,setelah bertubi2 dpt complain dr org ramai.Apa pun,layanan yg Ell dpt semasa anak ke 2 n 3 amat baik sekali.







VOTE MY BLOG






Isu Hospital Kerajaan

Friday, April 24, 2009

Kebenaran Al-Quran




AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w selain kitab wahyu terakhir yang masih kekal terpelihara sehingga kini.Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah dan sentiasa relevan dengan setiap perubahan zaman, malahan ilmu yang terdapat di dalamnya melampaui zaman ia diturunkan.Ini kerana pada zaman al-Quran diturunkan iaitu pada abad keenam, masih belum ada kajian sains mengenai alam semula jadi yang dilakukan menyebabkan masyarakat belum mengetahui mengenai ilmu sains dan teknologi.Kajian mengenai pelbagai rahsia alam hanya bermula kira-kira abad ke-19 dan ketika itu didapati bahawa segala fakta sains yang ditemui adalah selaras dengan maklumat asas daripada al-Quran.

Pelbagai penemuan baru sains dan teknologi pada masa kini yang berasaskan kepada ayat al-Quran adalah bukti bahawa setiap ayat dalam kitab asmawi terakhir ini bukan rekaan manusia.
Sebaliknya, penemuan ini seharusnya menambahkan keimanan umat Islam.

Yang paling baru ditemui kejadian runtuhan bangunan pencakar langit, World Trade Center (WTC), New York, Amerika Syarikat pada 11September 2001 dikatakan seolah-olah sudah digambarkan dalam al-Quran.Kajian yang dijalankan seorang ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, mendapati bahawa ayat ke-110 dari surah at-Taubah seperti memberi isyarat awal mengenai kejadian ini.



Ayat Al-Quran surah 9 (At-taubah) ayat 110 yg bermaksud; "(keruntuhan) yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak keluh kesah (lebih drpd yg sedia ada)dalam hati mereka ,(dan tidak akan habis)kecuali (apabila)hati mereka hancur luluh (dlm tanah).Dan (ingatlah) Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana."
Fakta tragedi tersebut

Ketinggian bangunan WTC : 110 tingkat
Tarikh kejadian : 11 haribulan
Bulan : 9
Tahun : 2001

Apakah persamaan nya dgn ayat Al-Quran surah At-Taubah ini?Mari sama2 kita lihat dan renungkan.Ayat berkenaan ialah ayat 110 (WTC 110 tingkat).Juzuk ke 11 (tarikh kejadian pada 11 haribulan).Surah ke 9 ( kejadian berlaku dalam bulan 9).Sementara huruf terakhir surah itu ialah huruf yang ke 2001( kejadian berlaku dlm tahun 2001).
Ini adalah persamaan yg boleh dianggap tepat.Tetapi sejauh mana maksud Allah SWT didlm ayat ini tidaklah diketahui.Cuma oleh kerana ada persamaan fakta dan makna ayat,maka boleh kita jadikan ikhtibar.Namun apa yg terjadi dan berlaku semuanya didalam ilmu Allah yang sangat dalam,Allah lebih mengetahuinya.Allah akan memberitahu rahsianya kpd sesiapa yg dikehendaki .Sesiapa yg rajin mencari,maka ia akan bertemu.

Misteri yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran ini membuktikan kitab berkenaan bukan rekaan seorang manusia melainkan ia dihasilkan oleh suatu kuasa yang mentadbir seluruh alam ini yakni Allah s.w.t.Bnyak lagi bukti keagungan Allah yg telah dinyatakan didalam Al-Quran,malah perkara2 yg bakal berlaku juga tlh dinyatakan.Maka sebab itu boleh lah dikatakan ilmu Al-Quran itu melampaui zaman...
Ini lagi satu kejadian yg Ell rasa nak tunjuk. Kalimah Allah .Mungkin ada yang dah mengetahui..tapi apa salahnya kita brkongsi..Kalau nak tengok lebih bnyak gambar mengenai kalimah2 Allah ,sila ke laman ini www.miraclesofislam.com



Gambar ini diambil di Gunung Lembu,Langkawi,Indonesia


Subhanallah,maha suci Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah!
Sungguh benarlah firmanmu;

"Kami(Allah)akan memperlihat kan tanda tanda kekuasaan kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri ,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar."
Surah Al fushilat ayat 53



*Mungkin ada yg dh tau tentang perkara2 sebegini..
*Semoga menimbulkan keinsafan kepada kita bahawasanya Allah SWT berkuasa diatas segala-galanya.
*Sumber dipetik dari sebuah buku yang bertajuk MISTERI ANEH DAN GANJL BUKTI KEAGUNGAN ALLAH dan laman web
www.miraclesofislam.com




VOTE MY BLOG


Kebenaran Al-Quran

Wednesday, April 22, 2009

Dah buat ke belum?

009






Salam..



U'ols yg bergelar wanita,sudahkah anda membuat ujian PAP SMEAR? Ell baru balik lps buat test ni utk kali yg ke 3 dlm tempoh 5 tahun. Apa itu pap smear dan keperluannya u'ols boleh surf sendiri internet dan membaca serta ambil tau serba sedikit mengnainya..Tolong jgn abaikan ujian ini krn ia sgt penting utk u'ols mengesan tanda2 awal kanser serviks.perubahan sel2 pangkal rahim akan dpt dikesan dan mungkin akan dpt diubati sblm ianya merebak menjadi sel kanser.
Apa yg Ell nk kongsikan disini,ialah proses ujian ini dijalankan.Tidak merasa sebarang kesakitan malah wanita seharusnya lebih rileks dan tenang.Jangan takut pls..utk kebaikan jugak.

Prosesnya adalah membuka dan menahan dinding vagina supaya tetap terbuka, sehingga pangkal rahim kelihatan dgn jelas (alat sprt dlm gambar). Sel-sel leher rahim kemudian diambil dengan cara mengusap leher rahim menggunakan alat yang disebut spatula kemudian sel dioleskan pada object glass, dan dikirim ke makmal patologi untuk pemeriksaan yang lebih teliti. Sekiranya ada tanda2 yg luarbiasa,pemeriksaan akan dilakukan sekali lg utk mendpt kepastian.
Cuba usahakan melakukan pap smear test ini 1 atau 2 minggu setelah masa haid. Jika sudah menopause pap smear dapat dilakukan bila2 saja. Kalau u'ols dh pernah melakukan ujian ini,tentunya dh ditetapkan tarikh temujanji ujian..Seelok2nya setahun sekali dan jika sudah melepasi 3thn berturut2 masih dlm keadaan elok,ujian susulan haruslh dilakukan 3thn sekali.(apa yg diterngkan pd Ell)



Siapa yg perlu melakukan ujian ni? Setiap wanita yg berumur 20-75 thn,yg kerap melakukan hubungan seksual.Maknanya yg sudah bernikah la..ada ke yg belum menikah tp kerap melakukan hubungan seks..owh jgn jawab disini..jawab sendiri dan simpan dlm hati.:)



Owh ya,boleh buat test ni kat klinik or hospital kerajaan jer..FOC

*lakukan sekarang krn mungkin boleh menjauhi diri anda dr menderita kanser serviks.
(konon2 cam pesanan khidmat masyarakat..)




VOTE MY BLOG
Dah buat ke belum?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...