PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

Tuesday, March 27, 2012

Apa Nak Jadilah Budak2 Hingusan ni

Bismillahhirrohmanirrohim..


Sebelum Ell mula menaip dengan panjang lebar,mohon maaf kalau ada kata2 penulisan ini yang membuatkan u'ols rasa tak selesa.Tapi ini adalah kenyataan dan hakikatnya.Harap jangan ada mana2 pihak yang tersinggung.Cuma nak bagitahu yang kita ni sebagai parents kena sedar dengan perangai anak2 zaman sekarang walaupun masih tahap hingusan.

Masalah sosial kat negara kita ni sangat merisaukan.Tak tau nak cakap dah risau tahap apa.dah la dengan kes culik dan bunuh,buang bayi pun makin menjadi2,tambah pulak dengan kes lari rumah sejak akhir2 ni.Budak2 bawah umur pun dah pandai benda2 lucah ni.Haish,apa nak jadi lah zaman sekarang ni.Takut pulak rasanya jadi mak bapak ni.Takut tak terpikul amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Kalau zaman Ell sekolah dulu budak2 sekolah menegah memang advance bende2 macam ni,tapi zaman makin berubah,jangan kata budak sekolah menegah,budak sekolah rendah pun dah pandai.Ya betul,ini kisah diceritakan sendiri oleh sahabat2 yang bergelar guru.Hebat sungguh cabaran sebagai guru.Mana nak jaga anak2 sendiri,nak handle pulak perangai dan kerenah anak2 murid.Bila cikgu2 ni nanti panggil mak bapak datang sekolah,cikgu jugak dipersalahkan,kata cikgu ada2kan ceritalah,cikgu tak jalankan tanggungjawab  sebagai gurulah..semunya cikgu yang salah.Sebab dimata mak bapak ni anak2 diaorng baik2 sangat.





Masalah sosial biasanya berkait rapat dengan seks. Zaman ICT sekarang, seks bukan bermula dengan berjumpa antara lelaki dan perempuan je. Tapi bermula dengan perkenalan melalui chatting dan laman sosial lagi..Kemajuan dunia digital pun bagi sumbangan besar kat remaja sekarang untuk melakukan gejala tak bermoral. Kalau bukan kat rumah, remaja sekarang boleh habiskan masa kat Cyber Cafe utk mengakses bahan2 lucah.

Lepas dah tengok benda lucah tu, diorang download pulak masuk ke handphone. Video seks pon tersebar dengan cepatnya di kalangan remaja. Sehinggakan budak 11 tahun pun dah pandai menggayakan seks dengan kawan kelasnya sebab perasaan ingin tahu.Siap buat eksperimen tu..waduh....  



Sumber Berita - Murid Perempuan Jadi Bahan Eksperimen Rakan Lelaki.

MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.


Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.

Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.

“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.


--------------------------------------------------------------

Aduhai,ngerilah dengar macam ni.Sebab anak2 Ell sedang membesar dan meningkat remaja.sepatutnya mak bapak ni tak perlu ambil sikap terlalu sporting sangat.Kene keras sedikit,tapi jangan sampai anak2  memberontak.Agak sukar jugak nak mendidik dan membimbing anak2 zaman sekarang.Berat betul cabaran.errmm...entahlah susah nak cakap.




Ok,ini lagi satu kes...nampak gambar atas ni?.Gambar ni di share oleh sahabt FB dan juga seorang blogger. Ini benar ya.Tapi individu2 yang berkait dalam memberikan komen dan juga empunya status ni terpaksa Ell lindungkan atas sebab2 tertentu. Gambar ini di post ke wall FB yang mengatakan seorang muridnya darjah 2 bawa kertas ini kesekolah dan tunjuk pada rakan2nya.
Ini mungkin atas kesilapan ibubapanya yang cuai.Makanya ibu bapa,tolong jangan cuai bab2 macam ni.Silalah buang ditempat yang tak boleh dilihat anak2..lebih memalukan lagi kalau anak2 terjumpa sisa pakai buang anda.Hal2 yang macam nilah buatkan anak2 selalu berfantasy dan bereksperimentasi...hah,dahsyat tak bahasa.


Mereka ni masih anak2 hingusan..takut satu hari nanti anak2 ni cemerlang dalam akedemik,cemerlang juga dalam masalah sosial(dah nampak kan sekarang ni,ramai yang bijak pandai tapi sering dikaitkan dengan masalh sosial).Tapi malang kalau rendah akhlak dan sahsiah keagamaan.(Aduhai..aku ni cakap macam pandai).Mari u'ols..kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita..semoga perjalanan hidup mereka penuh keberkataan dan dalam keredhoan.jauhkan segala nista dunia dan kejahatan.Taat pada ibu bapa,dan suruhan agama.jauhi larangan yang membawa kepada dosa.Amin...


Ibu bapa ni,kenelah cari rezeki yang halal..bila rezeki berlbihan tu jangan lupa bawak2lah berzakat..paling tidak pun bersedekah.insya'allah segala urusan membawa berkat.Kalau nak cerita masalah sosial ni memang takkan habis.
Doa yang berpanjangan itu perlu,selebihnya tawakal pada Allah.




Assalamualaikum...



Apa Nak Jadilah Budak2 Hingusan ni

Monday, March 19, 2012

Perkataan cacat~

"Adoiaiii korunk ni,wat sakit ati jew...mencik taw" 

Ha tu dia perkataan cacat.Inilah contoh perkataan bahasa melayu yang merosakkan bangsa.Banyak lagi contoh lain kalau korang boleh jumpa seperti  'shukew', 'ittew', 'namoo', 'shomel', 'windu', 'niew', 'jewdan macam-macam lagi tapi malas nak tulis..

Korang pernah tengok video yang dibuat oleh Anwar Hadi pasal perkataan 'Ewww' tak?   Sini meh Ell nak share



Ok sudah faham? Ini antara video yang terbaik dari Anwar Hadi untuk 'korunk' yang suka sangat guna perkataan rempit /comel/eww ni.


Ok lah,tak kisahlah kalau korang rasa 'sangat comel' dengan menggunakan perkataan-perkataan baru yang cacat ni,Tapi satu perkataan yang Ell tak boleh kawal emosi sangat ni.dah naik muak dan rasa mual tau tak!? Kenapalah yang asyik nak guna perkataan 'JEW' tu.

JEW tu apa?

JEW tu ganti ejaan 'sahaja', 'aja','je', 'aje', 'jer'?

Kalau nak ganti pun berpada2 la...Jangan asyik ikut trend sampai nampak kamu tu tak berpelajaran.Macam kamu tu tak baca buku langsung.Main fb pandai..boleh pun access internet.Sambil2 blogwalking ke, facebooking ke,bacalah sikit berita2 dunia, artikel2 ilmiah sikit.

Urgghhh!!!
Korang tau tak apa maknanya JEW tu!?
JEW means YAHUDI la weh!

YAHUDI = JEW

Buka kamus, buka online dictionary.Tak pun, Google je.Dalam colum Google tu letak je perkataan "JEW"Lepas tu baca...tak faham English, guna Google Translate.


Adik2 'SYUNK' (sayang), 

JEW tu tak sesuai sangat nak digantikan dengan perkataan asalnya 'sahaja'

Contoh ayat;

1."Pekerjaan saya biasa sahaja"
2."Aku buat keje biasa aja"
3."Alah..keje biasa je"
4."Aq wat kewje biasa jew"

Ayat yang pertama itu adalah perkataan asalnya..kemudian dah dipendekkan ke -2 dan ke-3.Manakala ayat yg -4 itu adalah ayat yg tidak sewajarnya okeh.



Lain kali fikir dulu sebelum tulis,jangan main bubuh je.Mustahil korang tak baca apa yang korang tulis kan.Cuba baca apa yang korang tulis tu,takpun otak korang berfungsi tak nak menyebut perkataan yang korang tulis tu.Berot/senget tak mulut korang.Nak sangat rasanya cari punca siapa yang start bende ni.Azankan kat telinga dia.


Kalau ada yang sentap tu,sahih lah memang kamu guna ayat cacat ni.Siapa makan cili dia terasa pedas kan..kalau makan ubat,cepat sembuh dari sakit.Makanya jangan sebarkan lagi penyakit yang makin merosakkan bangsa melayu ni.Bak kata BellaBell "sudah-sudahlah merosakkan bahasa.dahlah susah nak tengok cerita melayu(termasuk yang menulis) sikit-sikit english,sikit-sikit korea, sikit-sikit sinetron indonesia takpun kadang-kadang telenovela(termasuk juga yg menulis).Takut nanti kalau asyik menggunakan perkataan baru yang cacat ni lama-lama hilang terus perkataan bahasa melayu yang asal..."


So,fikir-fikirkan...





Memang dah lama nak post pasal ni..pergi google search  ada pulak yang pendapatnya sama.


Perkataan cacat~

Friday, February 10, 2012

Alahai orang Gaji

 Gambar hiasan


Ini kisah orang gaji Indonesia.Tahun lepas kecoh kononnya Indonesia tak nak hantar rakyat dia ke malaysia sebagai orang gaji.apa kes? Merajuklah sebab rakyat dia yang bekerja sebagai orang gaji didera oleh majikan.Kalau nak ikutkan berapa sangatlah amah ni yang kena dera berbanding amah yang sangat happy dan perangai melebihi majikan.Ramai juga majikan yang terpaksa telan pahit,masam dan kesetanan amah yang bukan saja tak makan saman,malah nak buat kerja ikut kepala dia.

Walaupun ell tak pernah ada amah,tapi pernah berdepan dengan pelbagai cerita amah dan macam-macam perangai terpaksa majikan mereka hadapi.Bukan murah nak dapatkan amah ni.Majikan juga terpaksa menaggung beberapa risiko yang mungkin dihadapi antaranya:-

1.Tak tahu guna mesin basuh/peralatan rumah lain
2.Tahu mengurat suami majikan
3.Cuba menyelinap keluar malam 
dan banyak lagi..itu antara contoh ya.

Dan harganya RM4000++ untuk dibayar kepada agen.Apa boleh buatkan,inilah risikonya yang terpaksa dihadapi kalau terpaksa sangat guna khidmat orang gaji/amah ni.Kalau dapat yang baik dan elok,itu beruntung sekali.

Kadang-kadang rasanya rakyat Malaysia ni baik hati sangat sampai berlambak warga asing datang Malaysia buat macam negara dia.Tambah pulak kerajaan yang murah sangat hati bagi muka kat mereka-mereka dengan PROGRAM PEMUTIHAN.Program ni memberi peluang kepada majikan untuk mengambil pekerja-pekerja asing yang tiada permit kerja/tinggal lebih masa di malaysia untuk bekerja secara sah.diulang TIADA PERMIT. Tengok,bagi muka sangat kan...

Ok ini kes yang Ell nak cerita sangat.Dalam banyak-banyak kes yang Ell dengar dari ipar,kawan dan saudara mara ini yang Ell geram sangat.Kes curi dan cabut lari biasa,malah malas nak buat kerja dan melawan majikan pun biasa kita dengar.

Pengalaman dialami sepupu suami Ell sendiri.Amah ni diambil dari program pemutihan lah ni.Baru 4-5 bulan bekerja.Nampak macam elok perangai,ikut semua suruhan.Sehinggalah satu hari cousin ni balik rumah dengar suara bayi.Cari-cari datang dari bilik air.Terkejut ke tidak u'ols rupanya si amah tu tengah meneran nak lahirkan anak.Habislah satu bilik air tu berlaku pertumpahan darah.Dengan panik cousin ni potongkan tali pusat dia sementara menunggu dokter.Nasib baik tak jadi apa-apa pada anak tu.

Dan yang paling cousin ni geram sangat,dia tak pandang pun anaknya tu.Dia tak nak katanya.Sepanjang perjalanan kehospital dalam ambulan sedikit pun tak menoleh anak dia.Cute bayi tu putih melepak,hidung mancung n rupa ala-ala hindustan.So,boleh agaklah keturunan apa bapak bayi tu kan..dan yang sahihnya tak tahu siapa bapanya.Kesian bayi tu.Time tu cousin rasa nak lempang,nak tumbuk muka si amah tu.Pandai buat,tak nak tanggung.

Sebelum kejadian, mak kepada sepupu tu selalu jugak bertanya yang budak tu lain benar susuk tubuh dia.Selamber giler si amah tu kata keturunan dia memang selalu kene busung.Hotak dia lah kan.Lepas tu bila orang tanya dah solat,dia jawab dia period.Bila dah berlaku macam ni,siapa tak geram.

Now si amah tu dah dihantar balik kampung dia dan bayi tu di adopt oleh sepasang suami isteri yang bekerja di hospital tempat bayi tu dirawat.8 tahun berkahwin,tapi belum ada rezeki menimang anak.Syukur nasib bayi tu terbela.

Orang kata,buat baik dibalas baik.Tapi dalam kes amah yang besar kepala ni dia buat taik kat majikan dia.Lagi satu,buat baik biar berpada-pada.Kadang-kadang orang gaji ni bertuah sungguh bila majikan derang belikan baju raya,kasi duit raya dan beri cuti panjang untuk balik kampung beraya.Last-last tak reti-reti nak balik kerja semula.





Alahai orang Gaji

Thursday, October 21, 2010

I'm straight okeh!! (buruknye FB)



Hello n hye..
Since Ell dah beberapa kali dirayu di FB ni Ell dh private seprivate nye.Ell akan accept sesape yg Ell rasa kenal je.If ada sesape yg menggunakan nick name,pls bgtau yg korang tu Ell kenal ya.Dulu pernah jugak diganggu sijantan phsyco yg merayu nk jadi kekasih gelap.Choiii! apa ingat Ell ni bangsat sangat ke tak sedar diri yg berstatus isteri dn ibu beranak 4.tolong la...pi jauh2 carik org lain yg boleh ko ajak itu dn ini.Nama macam alim ulamak,tp kelakuan macam $%^&*!.At last senang hati Ell bila dh delete namanya dr senarai kawan dn menyekat terus dr berhubung.


Habis cerita disitu..hati dh senang.Kemudian selang beberapa bulan Ell apprvd sorang awek yg nmpk mcm biasa.Boleh lah menambah kenalan maya..Oh tapi rupanya lagi dahsyat diganggu kaum sejenis ni.Ya Allah..ampunkan aku.Mulanya Ell layan sesaje .yelah ingat mcm adik2 kan..panggillah yang ke,dear ke...tp kelain pulak jadinye.Bila diteliti profile nya,astaga!!!! lesz rupanya berminat dgn wanita shj.Sekali Ell dh accepted,bersusun pulak yg requested nk jadik fren.Itu semua dr link yg sorang tu ler..

Bila dh 2-3 org add, mcm2 lh yg boleh dilihat kat walls dan picture album di profile derang tu.Sangat memalukan!! yang malangnye derang ni semua dr golongan berpendidikan tinggi,berkerjaya hebat,tp macammana  boleh terjebak dgn cinta kaum sejenis pun Ell rasa keliru.bukan calang org,dokter pun ada.tapi kebanyakannya remaja.

Owh pada awalnya Ell ditanya oleh salah sorang yg Ell dh accpt sbg fren,beginilah lebih kurang.
"hye dear,u lesz?" terus teranglh Ell cakap bukan n thats y i ada suami dan 4 org ank.tapi i cuma kagum dengan pompuan2 cantik."oh ye ke" balas die lg."Tapi i teringin gak sesekali nak #@$* dgn hot mom mcm u" "bila boleh dtg KL join ur group?" wadda!!! serius meremang bulu roma.Berani die tanya mcm tu! bukan setakat tu,semua anggota badan yg kita sendiri malu nk sebut depan orang,di bayangkan dn digambarkn tanpa segan silu.Maaf,setelah difikir tanpa ragu Ell terpaksa mendelete dan menyekat terus mereka2 dr golongan itu dr terus mengganggu.

Tujuan n3 ni bukan nk mengaibkn diri sendiri sbb diganggu oleh lesz ni,tp nak share supaya u'ols kawan2 Ell ni turut berhati2 memilih kawan dr FB.Seeloknya org yg kita kenal jelah jadi fren kita tak perlu rakus sgt nk bnyk kenalan tapi asal usul mereka kita tak tau.At least kalau dr kalangan bloggers kita tahu siapa mereka.bukan ke mereka selalu bercerita mengenai life mereke dlm blog mereka.

Satu lagi,mereka ni dr pandangan kasar sukar jugak utk dikenalpastikan.Perwatakan mereka ada yg biasa2 aje ada pulak yg seksi berlebihan seperti nak menggoda,tapi not for guy katanya.Dan yang paling penting,mereka ni kebanyakannya terjebak time belajar kat university.cek ank2 remaja u'ols...jgn ada yg trjebak kedlm gejala cinta sejenis ni..say NO to LESz!!



I'm straight okeh!! (buruknye FB)

Thursday, April 29, 2010

Memang nak bagi orang menyumpah!


Korang,Ell dah bnyk dah dengar orang dok komplen pasal 'berokband' nih.Hah,meh sini Ell nak maki 'siputmyx' ni pulak..:D Eh tak delah nak memaki hamun,kang kalau memaki hamun semua binatang keluar kang.Ell bukanlh jenis macam tu..:P kalau mengajar anak, pandai pulak kata tak elok.Meh kita marah cara berhemah ya..

Bukannya apa,kesian kat TM nut yag asek lah kena maki hamun,sumpah seranah org malaysia sampai binatang dlm zoo tu sumer kluar.jgn kata binatang zoo,binatang dlm hutan pun org 'panggil' dah..:D

Ell pun dah naik angin ngan streamyx ni.
mcm2 problem die. Bile kite wat report kata masalah kabel lah.Itulah inilah. x senonoh langsung.start dari minggu lepas, line ntah mcm aper?! kejap page error, kejap limited connection, kejap lagi tak bleh connect. aper diorg nie benak sgt ker @ malas giler?!

Dulu Ell surf internet guna Internet Explorer tapi skarng guna Mozila pun macam *@#$@! jugak walaupun laju sket lah dr IE tu..kalau tidak mmglh sakit hati,kalau tidur bangun balik pun loading tak habis lagi.Lebih2 lagi kalau download muvee.


Kat rumah ni we'ol pakai pakej 1MB ,tp bila test speed,korang tengoklh sendiri gambo atas nih.Ada masanya lg lmbat smpai cuma naik sikit je no. speed test tu.


Pastu korang try test speed kat SINI  .Nmpk tak dlm bulat yg ada arrow tu.Macam ape,kita punya rate kat Malaysia ni cuma 2.Agak kita ni duk negara Bangla ke hape..Aih,dh bosanlh dgn menatang nama stremyx nih.Tapi semalam Ell baca posting kat Dee nyer blog, dia dah pasang Unifi Broadband,register ngan telekom.Wah..mcm best je kan.U'ols gi jengah link tu ya.

Kpd yg berkaitan, silalah renung2kan, (muhasabah diri). pikir balik, btul ke perkhidmatan mcm streamyx niebtul2  nak bagi puas hati kat pengguna yg bnyak berhabis duit?! service lembab tapi tiap2 bulan nak sebat duit orang!!! Ada kwn hsbn Ell modem dia kong kena petir sbb tk cabut kabel blkg modem waktu hujan..dh buat report tp dekat 2 mnggu baru dpt modem baru dr TM.Duit nak tp kalau lambat mulalah nk potong.Jadi cepat2 lh sket perluaskan coverage Unifi Broadband ni ya..


p/s: pada yg bleh sabar, sabar je lah….. yg x leh,'basuh' cukup2 walaupun derang bukan pun pedulik sangat kat korang.. 


*sorry if the words a bit harsh
*sekarang ,kalau Ell sempat Ell akan buat n3 time subuh.. sekalilh tu dgn komen semua.Kalau tk abis lg nk mengarang ayat,benti jap uruskan sekolah ank2..pastu sambung balik kalau sempat.:)Dgn line yg selow mellow marsmellow sejak dua menjak ni. 


Memang nak bagi orang menyumpah!

Wednesday, April 28, 2010

Apalah sangat salahnya~

 Salam...
U'ols dengar tk berita semalam yang remaja mati ditembak polis di Shah Alam.Ell geram tau..(pulak tu nama sama ngan laki aku) bnyk dah kes2 yang melibatkan polis 'kurang' bertanggungjawab ni.Dulu masa awal2 penglibatan Ell dengan blog ni,Ell ada gak komplen pasal polis KLIK SINI .Bukan nak menyalak tak tentu pasal,tp ada sebabnya mengapa.Sebabnya nak bagi polis2 ni sedar sket yang tanggung jawab mereka tu mulia kalau dilaksanakan dgn cara yg betul.


Pertama sekali takziah buat keluarga dan Al-Fatihah buat adik Aminul Rashid Amzah, mangsa tembakan PDRM.Susulan ringkasan kisahnya,saksi utama kes tersebut – yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – yang disebut oleh satu laporan akhbar sebagai Aminul Rashid Amzah (atas) – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam kelmarin.

Laporan polis rakan adik Aminul Rashid :
*mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
*Dakwanya, kereta mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
*Dalam aduannya itu, rakan mangsa itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
*Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
*Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah".


Kenapa polis tembak mereka ni? Tak ada siasat2,main bubuh aje ikut sedap dia. Mcm tak de cara lain yang boleh dibuat..kalau mereka tu menyerang tembak dulu tu mmg sahlah.Ini senjata apa2 pn tk ada.Nak auta cite plak,nk cover linelh tu. Geram tau.Mcm2 citer yg dh dgr  ttg ketidakbetulan perihalaku pak polisi ni.Mmg tk dpt dinafikn n kita paham ttg tugas yg djlnkn  polis utk apa2 dsbnya,tp patut2lh hoi.Jgnlh hentam sebarang aje atau ikut ckp org trtntu bulat2 klau tk betul.Ingat apa.Negara kita ni ada law tau..bknnya rule of the jungle..Gunalh akal yg ada.Dlm hal ni cthnya,pintaslh balik ke keta tu n pastikn dulu btul2 apa dsb atau  kn polis ni dh advance tk mcm dulu..so dlm masa kejar mengejar sambil ceklh no.plate keta dulu tah ada ke tak kesalahan,kes keta hilang ke apa atau yg lain,barulh tengok kesalahan yang lain.Betul2lh.Ikut steplh bedul.Itu pn nk ajar ke.Last2 rupanya mangsa tu budak aje.Haa..mulalh gelabah.

Ada beberapa keraguan dalam kes ini :
1.    1. Mangsa tidak guna senjata lawan polis..kenapa mangsa dibunuh sedangkan ikut laporan polis oleh saksi utama, di dalam kereta tidak ada walau sebilah senjata seperti yang "didakwa polis".
2.    2. Saksi utama "dipukul" oleh 4 pegawai polis yang bunuh mangsa..pastu dilepaskan saksi itu kononnya mangsa "penjenayah besar" dan polis tiada pilihan selain menembak mangsa
3.   3. Kenapa polis "menembak mangsa di kepala dari belakang" sedangkan kereta yang mereka naiki tersebut tidak dapat dipandu dengan laju akibat tayar bocor.
4.   4. Polis hanya boleh menembak apabila nyawa mereka sendiri terancam atau apabila nyawa orang awam terancam sedangkan dlm hal ini mangsa langsung tidak bersenjata.
5. Mangsa dibunuh atas kesalahan samun ke? Adakah mangsa sebelum itu menyamun??????Tak ada kan..janganlah main syak n bubuh aje..mangsa lari kerana tiada lesen memandu..ini diakui oleh saksi utama dan juga keterengan keluarganya..polis tak boleh tipu.Agak2lh..

Jelas jika dicampur keterangan saksi utama, saksi pakar bedah siasat dan juga keterangaan keadaan waktu pembunuhan itu berlaku, ia akan membantu kes ini untuk diselesaikan. Sesiapa yang buat jenayah hatta polis sendiri pun, ia mesti dibawa ke muka keadilan. Kepada pihak pendakwaraya,tolonglah lakukan pendakwaan dengan betul dan jangan biarkan mangsa serta keluarganya dizalimi.mangsa yang kesalahannya hanyalah kecil sahaja..iaitu memandu tanpa lesen..dan yg sepatutnya hukumannya bukannya hukuman bunuh...tapi cuma denda berapa ratus sahaja..

Agak terkilan jugak remaja yang baru berusia 15 tahun mati sia2 kerana kesalahan nya belum dibuktikan lagi.Bayangkanlah kita sebagai ibu bapa yang membesar dan membela anak2 pastu anak mati dengan cara seumpama ni.Kalau Ell memang sedih.. Walau apa pun keadaan kejadian yang berlaku, kenapa polis yang menembaknya hanya di tukar ke tugasan pejabat?

Bandingkan laporan di Berita Harian dan Free Malaysia Today. Laporan yg berbeza sebegini akan mendorong kepada pelbagai jenis cerita, mungkin yang sahih, atau mungkin rekaan. Sangat2 mengharap siasatan terperinci akan dijalankan oleh pihak polis.
Baca dengan lebih lanjut di blog Best1of4


 *Maaf ya,bukan nak menghina polis,ahli keluarga Ell dan suami pun ada dikalangan polis..tp biasalah'disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga.'





Apalah sangat salahnya~

Monday, April 26, 2010

Pencuri Di Majlis Kahwin~


Salam semua..amacam weekend? Ada gi attend wedding? Weekend Ell biasa2 je n cuma gi majlis kenduri kecik2 mewakili MIL.MIL pulak terpaksa tp rela ke majlis perkahwinan cucu sedare dia.We'ols mmg tk sempat pegi coz hsbn Ell sgt2 bz minggu ni.



Dikisahkan oleh MIL,semasa majlis sanding cucu sedara nya tu ada pulak sipanjang tangan yg mencuri.Time sibuk2 org pakpong2..dia pulak kopakkan duit org.Yg Ell rasa geram bila dengar tu,ank kecik digunakan.Konon2 tumpang bilik,nk menyusukan anak..adik MIL pun siap trserempak n sempat tanya buat apa dlm bilik.

Pakaian cantik,molek,kemas..siap bertudung bagai,yelah mcm org gi majlis kawen tu..rupanya dtg sbg tetamu yg tak diundang..tp dgn muka selamba buat2 mcm kenal.Bila salah sorang adik pengantin trnmpak dia duduk mencangkung,dia rasa curiga n terus tanya buat apa,dia terkejut.Adik pengantin tu mmg tak pernah cam pun ada muka sedare mara yg mcm tu..

Dia kejar perempuan tu dgn 2-3 org lagi tp tk dpt tangkap sbb ada sebuah kereta dh menunggu.Nasib baik dapat nmpk plat number dier.Dan nasib baik jugak yg hilang cuma rm700 je.Nasib baik lagi rantai kawen mak pengantin yg pakai..kalau tk mmg jadi hari nasib tak baik..hihi banyak na 'nasib baik' ekk.

Aih! mc2 lh taktik org nk merompak/mencuri ni.D'ols yg lebih pandai atau kita ni yg selalu pendek akal,leka  n kurang berjaga2."Tp ko jgn ingat ko leh selamat pencurik oiii..plat no ko dh antar kat pak polisi.siaplh ko kena siasat.."(yelah tu polis siasat..tah2 berabuk report ni duk kat balai..)

Ell pun mmg selalu nmpak kalau time majlis kenduri kawen n sedare mare brtandang,beg2 semua dok bersepah2.Org2 yg panjang tangan ni lah selalu amik kesempatan..sukalh dia bila kerja2 dia org tk perasan,pastu buat muka manis depan org ramai,kemudian dia 'say babai...'

So,u'ols..apa motip kisah ni? Haaa..tk lama lg cuti sekolah kan.bnyklh majlis2 kawen mcm ni kan..eloklh u'ols pikir2 kan kat mana tempat selamat nk simpan barang2..jgn main 'lepak' sebarang je..tk kiralah henpon ke,duit ke,apa ke.. kalau tidak alamatnya 'selamat' lh harta benda u'ols..

Lagi satu citer pasal duit ni,(trkeluar tajuk sket) ada pulak kdg2 yg bg duit sumbang dlm sampul tu,sampul kosong je kadang2 dilukisnya gambar duit..Kurang ajar kan..sampai skrng pun masih ada kes2 mcm ni..Tak berkatlh hidup org mcm ni..Kalau tak bnyk,takat 2hengget pun org tk kisah nyer..tp tk perlu lh nak menipu kan..Org pun jemput dgn ikhlas..dh bg mkn minum,siap ngan beg 'berkat' lagi..tp pandai2lh nk balas budi org kan..:)


Pencuri Di Majlis Kahwin~

Tuesday, December 22, 2009

Penting ke BERTUNANG?

Tuesday,Dec 22,2009
Ell dpt soalan ni drpd sahabat alam maya di FB(facebook).Kira dia mcm dlm kekeliruan lh gitu...'Sebenarnya dik,akak pun bukan lh org yg sepatutnya memberikan nasihat..tp kalau setakat nk memberikan pendapat boleh aja.'
Macam ni la eh,Bertunang tu hanya sebagai janji utk berkahwin,proses mengenal hati budi pasangan.Hubungan yg hampir kepada alam perkahwinan.Tp kalau dh kenal n berkapel bertahun2,utk menjimat kos perbelanjaan kawen..ada eloknya teruskan majlis akad nikah saja.Boleh guna duit yg lebih tu utk gi honeymoon pulak.Tp ingat ya,meminang tu diharuskan dlm Islam utk memastikan pasangan pilihan kita tu belum berpunya.
Kalau bertunang pun,tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yg lebih seperti mahu meraikan raja sehari gamaknya.Memadai mengikut kemampuan sendiri.kata org ukur baju dibadan sendiri.Cukup sekadar sebentuk cincin belah rotan(gambar atas).Ya,persiapan dr segi kewangan perlu difikirkan tambahan pula zaman sekarang kos perbelajaan amat tinggi.Kalau rasa masih kurang dr segi kewangan,ada eloknya ditangguh dulu,tak perlu terburu-buru.Menstabilkan sistem kewangan itu lg perlu.
Memang kadang2 ibu bapa yg lebih demand dr ank sendiri,maklum lah bila ank tu lebih2 lagi anak perempuan sulong atau satunya2 anak perempuan ataupun anak tunggal (like me).Faham, yg ibu bapa ni mahu kan yg terbaik..tp dlm hal macam ni,elok bincang baik2 utk kedua2 belah pihak ibu dan ank n bila dh dpt kata sepakat,bolehlah diteruskan apa yg dipersetujui.
Kalau ditanya pada diri Ell ni,Ell lebih prefer utk mengikat satu ikatan sahaja (nikah) utk tujuan menjaga diri dari dilanda fitnah tambahan pula dengan faktor persekitaran yg terdedah dgn budaya sosial yg terlalu bebas dan sgt mencabar dimasa ini (Ell rasa).
Lagi satu,alam pertunangan ni bnyk cabaran kecik2nya.Elok juga utk mempersiapkan diri sebelum menempuh alam berumahtangga.Sekurang2nya kita dh bersedia menghadapi cabaran yg kadang2 tak diduga.Kalau time bertunang ni tunang dh buat hal..masih boleh main baling2 cincin,tp kalau dh kawen..panjang lh citer nye.Melibatkan pulak ahli keluarga.
Bila DAH KAWEN, baru la dinamakan CABARAN hidup atas kapal.kalau betul nakhoda bawak kapal, insyAllah selamat la menempuh lautan gelombang - jadik seronok la alam rumahtangga tu mcm naik Star Cruise ..tapi kalau tak betul navigationnye.. ada can jadik mcm TITANIC..so masa bertunang ni kenal2 le hati budi pasangan tuh.. esok leh pilih nak naik STAR CRUISE ke atau TITANIC..
Apa2 pun tepuk dada tanya selera n check duit poket sendiri..:)So,apa kata survey perlu ke tak BERTUNANG ni.
Penting ke BERTUNANG?

Tuesday, November 10, 2009

Berpantang...





Ell menulis ni melalui dari pemerhatian sekeliling.Bukan nak kata apa,cuma ada juga rupanya ibu2 yg lepas bersalin ni tak mengamalkan pantang.Seminggu pun tidak,apatah lagi 44 hari.U'ols pelik tak?Ell heran tau,padahal org melayu kita penuh dengan adat dan petua2 berpantang,tp ada segelintir yg Ell perhatikan dan diberitahu tidak mengamalkan langsung cara berpantang org melayu.Jgn kata memakan jamu,memakai pilis dan param..ambil ubat2an yg dikomersilkan pun tidak.Pengambilan makanan pun tak seperti org dlm pantang.


Nak kata hidup serba moden,tak jugak.Jgnlah mentang2 badan dh kecik molek,slim dn seksi, amalan berpantang diabaikan.Bukannya apa,nanti kesannya diri sendiri yang merasa bila dah tua.Sekarang memanglah sihat,tp bila umo baru mencecah 40an mulalah sakit sana sini.Itu ke yang dikehendakkan?Kalau berpantang dgn mengambil ubat yg dibekalkan hospital..berapa hari je boleh tahan.Setakat 2-3 hari ubat dh habis,selebihnya ikut suka.Mana boleh macam tu..Sekurang2 nya belilah produk yg dh siap set bersalin yg bnyk kat pasaran sekrang ni.Itukan lebih mudah dr tak mengambil apa2 langsung. Badan nak pakai sampai tua,jadi kenalah jaga.


Kalau nak ikut cara artis dan celebrity barat,tak trikut lah kita.Mereka bnyk peralatan moden yang serba canggih yang boleh membantu mencantikkan tubuh badan dan utk kesihatan.Tak heranlah mereka boleh kelihatan sgt bergetah walau dah berusia 50an.Tp kan,cuba u'ols tengok pelancong2 omputih yang datang melancong ke negara kita,yang tua2 tu semuanya dh melayut2 dan menggelebeh..:)


Apa salahnya kita ikut cara timur adat melayu kita.Kan ke bagus...Contoh pengamal yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengasas 'Mustika Ratu' ibu Mooryati.Walaupun umur beliau dah menjangkau 70an,tp masih lagi solid molid mcm perawan. :)


Ell sendiri pun bukanlah nak mengata sesiapa,diri sendiri pun kadang2 trlepas pandang dlm hal2 mcm nih.Tp tk bolehlah ambil sambil lewa..Bagi Ell nak berpantang senang je..combine kan antara nasihat2 dokter dan amalkan cara2 lama yg boleh diterima.Kita pun boleh fikir sendiri,mana yang dirasakan elok dan betul.


Ok lah u'ols..tu je lah n3 membebel Ell ni ya..sebenarnya Ell kesian kat individu tu.Mak mertua tolong bela dia tak setuju.Penyudahnya buat apa2 pun secara melulu.:)






Berpantang...

Monday, November 09, 2009

Ish! geram


Tak faham dengan orang yang suka meng copy paste hak org dr blog org lain.Ell terdetik nak buat n3 ni sbb salah sorang blogger yg Ell follow ~Link~ telah dicopy hasil buah fikirannya.But she dah maafkan org tu atas sbb2 hentaman yg bertubi2 keatas si plagiat tu (baik ko dik).Si pencuri tu pun,nmpaknya dh private or block blog dia dr sembarangan org..Ell pun pernah buat posting yg seumpama..U'ols ingat kan..:)

Sebenarnya,Ell pun nak melepaskan rasa ketidak puasan hati kerana si pencuri idea tu sampai sekarang tak timbul lagi menunjukkan muka meminta maaf."Harap kamu dah insaf lah ye dr buat keje2 mcm ni.Kalau kamu masih buat benda mcm ni,jgn ingat org akan respect kamu sedangkan kamu punya tulisan yang kononnya hebat tu adalah hasil curian".Ish! geramlah dgn org species mcm nih.Dah lah dtg tak beri salam,pastu ambik hak org lain.Aih,malulah sket..pulak tu pampang muka sebesar2 alam dlm blog yg setengahnya hasil curian.
Utk jadi blogger yg BAGUS,u'ols boleh pergi ke SINI.Harap dpt memberi manfaat.
Buat semua..semoga hari dan minggu ini menjadi hari2 yg terBAIK dlm hidup u'ols.


Ish! geram

Friday, November 06, 2009

Dalam Kandungan...




Ell ni sebenarnya dinasihatkan supaya bnyak berehat.Tp org kalau tk reti diam mmg tk senang duduk tengok kerja2 yg trbengkalai.Kenapa Ell ckp mcm ni,sbbnya semalam Ell gi klinik utk routine check up,sekarang dh masuk 7 bln..Ell kena gi klinik 2 minggu sekali.Semuanya berkeadaan baik dr semua aspek termasuklah tekanan darah Ell yg aritu agak rendah,sekarang dh ok.Ell jugak dh mula mengira pergerakan baby dr 9pg -9mlm.Kepala baby posisinya dh kat bawah,so Ell terpaksa kurangkan buat kerja2 berat takut kalau2 nnt Ell trberanak awal.Patutlah lately Ell asyik rasa sengal2 kat bahgn bawah.
Ell ni pulak jenis tak sabar,bayangkanlah tong gas yg berat tah bape kilo dgn isipadu 14kg tu..Ell angkat sendiri.Yang lain2 kosi meja ke,gobok ke..mmg Ell angkat sendiri nak alih kesana kesini , lebih2 lagi sebakul baju yg baru siap basuh tu (imagine baju sebanyak 2-3 hari utk 6org)So,Ell ni mmg degillah kan. Leceh nk mintak tolong hsbn buatkan itu ini.Apa2 pun alhamdulillah..Ell n baby sihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
U'ols,Ell nak share clip ni ngan u'ols..U'ols pertimbangkan sendiri tentang kebenarannya..ataupun kalau u'ols nak kaji sendiri pun boleh.Klip ni menunjukkan reaksi bayi dalam kandungan yg dialunkan ayat suci Al-Quran berbanding sebelum diperdengarkan apa2 bunyian.
Selalunya kita disarankan utk mendengarkan lagu2 muzik mozart yang katanya bnyk membantu perkembangan dan kecerdasan otak bayi dari dlm kandungan,sehingga apabila dilahirkan pertumbuhan bayi akan lebih terangsang ke arah kecerdikan dan kecerdasan berbanding bayi yang tidak didengarkan muzik mozart.Sebenarnya Mmg ada kebenarannya.Tp bila difikirkan dan diteliti semula,ada juga yang berpendapat mengapa kita mesti dengarkan bayi kita alunan2 muzik sebegitu sedangkan kita sebagai umat Islam kan lebih elok jika didengarkan alunan ayat2 suci Al-quran lebih2 lagi ayat2 yang disarankan ketika kita hamil.
Bagi Ell,kita harus seimbang dlm semua aspek.Dlm perkara ni,Ell ambil sebagai elok kedua2 nya dan Ell amalkan mengikut cara yang Ell rasa baik.Apa pun kita teliti dahulu klip ini,lebih2 lg tindak balas serta perilaku bayi di pertengahan klip juga di penghujung klip yg dikatakan seakan2 bersujud di penghujungnya.Wallahualam..


Allah Maha Besar
Sesungguhnya Islam itu adalah agama yang BENAR




Dalam Kandungan...

Friday, October 09, 2009

Rahsia BESAR disebalik gempa!!




Salam Jumaat..
U'ols, Ell ada sedikit info yang nak dikongsi bersama.Mungkin ada diantara u'ols dh mendapat pesanan ringkas melalui hp (sms) mengenai perkara ni.Tp Ell suka membuat satu post yg agak menyedarkan ini utk dijadikan iktibar buat diri sendiri.
Katanya,Gempa di Padang (Sumatera Barat) yang terjadi pada Rabu (30/9/2009) pukul 17:16 WIB berkait dengan surah ke-17 (Al-Isra) ayat 16 adalah mungkin peringatan dari Allah.Ini adalah disebabkan oleh pemimpin2 rakyat di Indonesia itu lebih mementingkan harta kekayaan sendiri berbanding hal2 yg berkaitan rakyatnya.Menurut pembantu rumah warga Indonesia yg bekerja dgn Ell nyer SIL,mmg pemimpin2 negara d'ols lebih suka mengumpul kekayaan padahal rakyat sendiri tertindas.Pendek kata,"yg kaya terus kaya,yg miskin semakin papa kedana".
Berbalik pada topik ni, masa Ell dpt sms tu,Ell keluar rumah.Balik rumah je dgn serta merta Ell amik terjemahan Al-Quran terus Ell belek2 dan teliti.Ell cari serba sedikit info yang berkaitan.
Secara jujur memang Ell terkejut.Ok,jom kita semak sama2.

~Gempa pada jam 17.16 WIB~
Surah ke-17(Al-Isra') ayat 16

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُواْ فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا
"Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan(ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya".


~Gempa susulan pada jam 17.38 WIB~
Surah ke-17(Al-isra') ayat 38

كُلُّ ذَلِكَ كَانَ سَيٍّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

"Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu".



~Gempa susulan pada keesokan harinya Khamis,1/10/2009
pada jam 8.52 WIB~
Surah ke-8(Al-Anfaal) ayat 52

كَدَأْبِ آلِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ كَفَرُواْ بِآيَاتِ اللّهِ فَأَخَذَهُمُ اللّهُ بِذُنُوبِهِمْ إِنَّ اللّهَ قَوِيٌّ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"(keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang yang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya".


Semuanya terpulang pada diri sendiri untuk menganggapnya sebagai "kebetulan" atau "teguran dari Allah".
Tapi cuba kita lihat dizaman Nabi Nuh.Apakah kita kira banjir di masa Nabi Nuh as dan azab umat terdahulu semata2 disebabkan kejadian alam? Bencana yang terjadi pun bukan sekedar hukuman kerana "murka"nya Allah. Ar-Rahman dan Ar-Rahim milik Allah jauh lebih tinggi. Jadi,semestinya kita ambil kejadian tersebut sebagai "bahan pelajaran" atau "iktibar".

Apa perasaan U'ols setelah membaca terjemahan ayat tersebut? Tepuk dada,tanya selera.Yang penting,kita umat diakhir zaman ni,perlu saling ingat mengingati utk segera bertaubat.Subhanallah..
*Jujur u'ols Ell menagis nih.Mcm2 fikir tentang bunga2 hari kiamat nih.
Rahsia BESAR disebalik gempa!!

Friday, May 22, 2009

Baru sedar?




"Polis mahu istilah 'Mat rempit' ditukar kpd 'samseng jalanan' krn tindakan dan kelakuan mereka merbahayakan org ramai".Hek'eleh.....baru sedar ke title 'mat rempit' tu buatkan derang makin rasa kononnya handal.Ell ngan hsbn dh lama meluat ngan title yg derang bg nih.Apa tk derang makin menjadi2 disebabkn gelaran yg boleh dibangga-banggakn tu.Dah mcm ada koloni.Yg kesian tu perasan bagus, guna moto kapcai/cabuk je..nk brlagak jaguh..pooodah citt!

Ell dh lama panggil derang ni 'MAT BERUK SARKAS' bersesuaian dgn perangai yg tk mcm org,ongket sana sini, supermanlh, apa2 lglh.Buruknya kelaku,handallh konon,seolah-olah pd dia tk de org lain lg handal,deranglh yg paling handal.Hoi..org lain bwk motor jgk,tp tkdelh mcm awak.Ell geram jugak sebenarnya sbb boleh dikatakn banyak juga kejadian jenayah yg melibatkan derang ni.Bukan setakat jenayah,Ell rasa kalau tk silap ada prnah ternampak figure lebih 50% kemalangan jalan raya disebabkan aksi menggila mat beruk sarkas nih.Menyusahkan org btul...

Pernah dulu SIL berenti kat traffic light di jalan raja laut,KL alih2 terbang si mat berok ni atas keta SIL n trsangkut kat cermin depan.2 lg kawan mat berok trsungkur atas jln.Sepantas kilat derang bangun n cabut.Tp yg teruk tu ditingalkn.Dpt gak heret balai,tp kena gak claim ins sndiri sbb yg melanggar tu tk de ins n road tax.tu yg leceh tu. Tp apa pun sipelaku tu kena 3-4 charges..Pendek crita..mmg menyusahkn btul...

Ni lg satu,sangggup derang brkorban nyawa nak dapatkan kepuasan semasa br'aksi'.ada yg snggup sbb nk dpt pompuan murahan. sstghnya sah2 amik dadah. Ell trbaca,kalau amik dadah derang akan trbayang konon2 jadi hero nk melawan dgn alien dn perlu menyelamatkan dunia. kalau tk trbayang pun..buat2 trbayang.hahaha sempit betul fikiran derang.Patah sana sini tk serik..mati kodok nnt baru thu.

Yang kesian nyer kat mak apak derang..punyalah happy nak sambut derang masa lahir,alih2 dh besar (taklah besar mana,spender pun mak belikan!!) gitu pulak perangainya.Dipijak2 nya lagi muka mak apak derang.(Ini peribahasa jer..menconteng arang kemuka dh tak relevan).Jadi budak2 hingusan ni,sedar2 lh diri..jgn nnt trlambat nak bertaubat kena sumpahan mak sendiri...mcm berok dlm gambar bawah ni. :)

Gelaran 'MAT BERUK SARKAS' atau 'samseng jalanan' hanya diberi dan dibawa oleh segelintir penunggang motorsikal tidak keseluruhan yg mana kita boleh kenal dari tindak tanduknya. Gambar diatas sekadar hiasan hasil cilokan dr google yg khabornya kena sumpah. :D 




*Ingat ya,jgn guna istilah mat rempit lg.
*Org lain bwk motor juga..tp berpada.
*Masa agak kesuntukan,ada kelapangan Ell jengah blog u'ols ya..
talk to you later..
~TTYL~



Baru sedar?

Thursday, May 07, 2009

that b*st*rd peragut


U'ols tengok tak 360 kul 9 mlm semalam.Topik hospital kerajaan yg mcm pernah Ell utarakan isunya DISINI.Takde beza,lebh kurang je layanannya.Cuma Ell beruntung sket takde apa2 musibah yg berlaku.Mcm2 kisah didengar,Ell pun sedih,trharu n sayu jugak bila dengar mereka kehilangan org2 yg trsayang disebabkan sikap sambil lewa kakitangan hospital.Selagi sikap mereka semua tk berubah,selagi itu nyawa2 pesakit trancam bkn disebabkan penyakit,tp disebabkan sikap buruk acuh tak acuh tu.
Ok,sebenarnya bkn itu yg Ell nk citer utk n3 kali ni.Ell rasa nk share jugak pengalaman pahit yg pernah Ell lalui lebih kurang 10thn dulu slps Ell tengok berita mengenai kes ragut ibu hamil di Batu Pahat,Johor dan Kelantan.topik ni mmg hagat 2-3 hari ni.Oh...sungguh sadis..Lahanatlh hidup 'manusial siperagut' tuh .Kalau meragut rumput ada gak faedah.Binatang yg meragut rumput pun tk se'binatang' that b*st*rd peragut. Hish... gerammm2.
K, cerita mengenai pengalaman kejadiannya yg berlaku sendiri pd Ell. Time tu Ell baru brtunang.Kata org 'darah manis'.Aset pun tk berapa nk ada..melainkan sebijik motor yg tunang(that time) ada n nk bergerak kemana2 pun itulh transport. :)
Kisahnya,hari kejadian Ell ngan hsbn (masa tu tunang) pergi survey dn beli sket2 brg hantaran kat JB.Jauh gak,lebih kurang 1jam prjlnn.Pergi pun dh tgh hari,nk survey brg kn lama,so,cecah jugaklh ke maghrib tp itu pun dh nk sampai rumah sebenarnya,lebih kurang 6-7km je lg.
hsbn Ell dh nmpak dari jauh ada motor kt belakang,tp mcm biasa tklh menyangka apa2. Tiba2 dlm keadaan yg dh nk gelap tu motor tu sekali lalu menghimpit kemudian mereka cuba nk meragut handbeg Ell yg ada dlm bakul motor. Tp cubaan dia gagal sbb hand bag trsangkut kt antara bakul dn handle motor kita org. Dn disebabkn trsangkut itu kita org trjatuh n dia org terus pecut lari takut.Cis! peragut sial keparat!!! Mujur tak ada kenderaan pn masa tu,sbb jln kawasan tu kalau maghrib agak lengang dn sunyi.Sempatlh hsbn Ell heret motor ketepi jln sblm nmpak kelibat sebuah bas melalui jln tu.Baju seluar koyak sana sini,lebih2 lg seluar hsbn Ell.Tp nasib baik kita org tk apa2 sangat.lutut je dan siku lengan luka2.Sampai skrng sedikit scar tu masih ada..dn bila melihatnya secara tk lngsung mmbuatkn tk leh lupa kejadian trsebut smpai hri ni.
Dlm sibuk2 mengemas brg2 yg brsepah tu sambil trhincut2, dgr plaklh bunyi anjing2 yg menyalak2.Apalagi,cepat2 kitaorg naik motor dan patah balik menuju ke balai polis Pontian utk buat report.Kat balai polis pun kecoh gak dgn kes ragut yg berlaku sehari sebelum kejadian kitaorg tu kat kampung berhampiran.Cuma nasib org yg kena ragut tu agak tk menyebelahi beliau..kesian.Dah tu,kita org pergi ke hosp plak utk dptkn rawatan.Dh settled semua,kita org balik rumah. Dlm keadaan abah Ell yg nk marah sbb balik lambat,bertukar jadi simpati .Mujur tak de perkara buruk yg lebih dahsyat brlaku.
Nmpaknya bnyk nasib baik yg berpihak kpd Ell brbanding org lain.Dan sbb tu,Ell tk henti2 brsyukur yg tramat.

*Secara jujur,lps kejadian trjatuh tu,sepanjang perjlnn menuju ke hospital Ell menangis tak henti2 disebbkan trauma.Sib baik hsbn ada tenangkan Ell.
*Selain dari tkut tercicir (sblm ni Ell prnah trcicir n hilang hand bag kt toilet shopping mall) kejadian ragut mcmnilh yg mmbuatkn Ell phobia nk bawak handbeg gi memana..


Ok,U'ols..dh bnyk sebenarnya pihak yg bg 'tips' cara nk mencegah dn mengelak kes ragut.Tp kali ni Ell nk bg sket 'power' apa yg patut kita buat sekiranya kejadian ragut ni berlaku depan mata kita/jadi saksi:-
1.Klau rasa tk mrbahayakn diri,hambat/kejar derang tp jgn panic.smbil kita menolong org tu pekik minta tlg dri org2 yg lain dn jgn lepaskn si pnjahat dri pandangan yg akan mmbuka peluang utk derang melepaskan diri.
2.Ram them down from their bikes(biasanya).cuba sampai derang jatuh.Balinglh ngan batu besar ke or whatever yg menyakitkan derang dgn jarak yg selamat (tkut derang ada pisau dsb).Kepung dgn org2 lain yg ada.
3. Jgn ada belas kasihan kalau derang injured - kdg2 derang melawan dan cuba utk melarikan diri,haa..time tu kita ketuk2 kepala dia. :D
4.Ramai2 bantai dulu cukup2 (kasi ajar skit) then telefon polis.
5.Pastikan derang lembik supaya tk larat nk lari. tunggu sampai polis dtang.
Itu pun kalau u'ols berani nk tolong. Ell pasti mesti u'ols brbangga dpt memberikan bantuan. :) sbb si 'haram jadah peragut' tu mesti sedaya upaya nk dptkan handbeg atau purse tk kira apa cara sekalipun trmasuklh kalau trpaksa..meragut nyawa mangsanya..
Kita pun dlm masa yg sama...harus berhati-hati. Utamakn keselamatan diri kita.



that b*st*rd peragut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...