PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Pokok Mati Hidup Semula

Bismillah..
Pertama kali tengok tumbuhan ni.Sebenarnya mak mertua beli kat pasar lambak.Dia pun tak pernah nampak ada orang jual ni,tapi kelmarin ada pulak.Pokok mati hidup semula ni gelaran je sebab ia boleh hidup tanpa air selama 50tahun atau lebih.Bila direndam direbus ia akan mengeluarkan khasiat2nya.Katanya tumbuhan ni dah hidup semenjak 4000juta tahun dahulu.Ianya adalah tumbuhan yang hidup dikaki gunung berapi.Kasiat herba ini yang paling popular adalah membantu melancarkan perjalan darah.

Namanya genggam fatimah.Ini lain dari akar fatimah dan kacip fatimah ya.Untung betul orang yang nama fatimah ni..namanya selalu diguna pakai,lebih2 lagi kalau yang berkaitan untuk kesihatan perempuan.Sebab musababnya kenapa ya?

Oh ya,dulu Ell ada posted pasal akar fatimah.ini rupanya..

Ini pula kacip fatimah.
Memang berbeza ketiga2 jenis herba ni.

Tapi jangan keliru dengan Akar fatimah dan genggam fatimah tu.Kegunaan dan khasiatnya pun berbeza.Kalau akar fatimah tu gunanya supaya senang bersalin manakala genggam fatimah digunakan untuk merapatkan dan mengcutkan sistem dalaman wanita yang dah kembang.

Mari tengok sekali lagi rupa bentuk genggam fatimah.Ini pandangan dari sisi tepi.bentuknya lebih kepada mencengkam tapi akar fatimah tu rupanya mengerekot.
Bila Ell try search kat google,Ell perasan ada yang keliru dengan 2 benda ni.akar fatimah tu dikatanya genggam fatimah ataupun akar genggam fatimah.Hati2 kalau tersilap ya...Buatnya direndam genggam fatimah dengan tujuan untuk memudahkan proses bersalin....

Ell nak share khasiatnya mengikut dari keterangan sipenjual:


1.Melancarkan pengaliran darah
2.Menghapuskan lemak dalam badan dan 
3.Menyingkirkan sel-sel mati
4.Menghentikan pendarahan dalaman.
5.Masalah kerapuhan tulang/kurang kalsium
6.darah tinggi dan kencing manis.
7.Mengetatkan rahim & menghilangkan parut.
8.Masalah ketika haid
9.Ketumbuhan & Gout.
10.Kegemukan,kelesuan & mengempiskan perut.
11.Menghilangkan rasa kebas dikaki & tangan.
12.Merawat 6666 urat saraf dalam badan.

Cara nak gunakannya:
Rebus sekuntum genggam fatimah sehingga mendidih dan minum airnya suam atau sejuk(tanpa ais).Minum bila rasa dahag.Takde rasa apa2 cuma rasa tawar macam air kosong.Kalau air habis,boleh tambah air dan jerang lagi sehingga hilang warnaya.Sebenarnya air rebusan nya pun kurang warna,tak macam air teh pun,jernih je.

Ada juga disediakn dalam bentuk uncang.Cuma tambahkan air panas dalam secawan dan minum 10minit kemudian.Boleh refill air lagi sampai hilang warna.

Mak mertua Ell beli 8biji genggam fatimah tu dengan 2 kotak yang jenis uncang harganya RM50.Siap bagi satu untuk tanam.

Sejak seminggu Ell minum air genggam fatimah ni yang dapat dikesan...sistem penghadaman jadi lebih lancar.kalau nak ikutkan,Ell ni jenis susah jugak nak ke tandas..:P











Pokok Mati Hidup Semula

Tuesday, June 21, 2011

Sarapan dan bekal~


Assalmualaikum...
kesian blog ni.Lama sungguh kena tinggal tuan..:D Sebenarnya ada je setiap hari surf internet segala,cuma tak berapa rajin nak ketik-ketik keyboard post apa-apa.Tapi hari ni agak tergerak hati nak menulis tentang sesuatu.Manalah tahu hari ini sebagai permulaan,dan mungkin esok lusa idea bertalu-talu. 


U'ols atau pun anak-anak, sarapan tak waktu pagi atau nak pergi sekolah.Haa..cek betul-betul rutin harian u'ols ya.Kesian lah tengok adik-adik yang kecik-kecik tu pergi sekolah sakit perut,masuk angin.Pastu nanti muntahlah,peninglah,pitam lah.hai,jangan buat naya.Menyusahkan orang keliling je.Lebih-lebih lagi cikgu,nak mengajar pun jadi tergendala.

U'ols tahu tak otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.(langsing tu tak kukuh lagi)ahakss

 Sebenarnya,pengambilan sarapan pagi tak perlu terlalu berat.Cukup sekadar sekeping roti,segelas susu atau cereal/bijirin.Tetapi,jika memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga,ia mampu menahan rasa lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahhari.Kata pakar,kesan nya amat positif terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan waktu pagi.Mereka lebih fokus dalam pelajaran dan boleh menyelesaikan masalah terhadap pelajaran dengan baik.


Ok,untuk anak-anak Ell sejujurnya sejak dari sekolah tadika Ell dah bekalkan d'ols dengan sarapan dari rumah.Dan sampai sekarang pun Marsha dah darjah 4 masih bawak bekal tanpa malu.Patut Ell berterima kasih dengan cikgu-cikgu sekolah tadika tu jugak sebenarnya.kalau sekolah Tadika Kemas d'ols mesti sediakan makanan untuk murid-murid.Sebab tu Ell ingat lagi orang ramai yang kata Tadika Kemas tu sekolah makan..:)

Mula-mula register Marsha sekolah Tadika Islam tu dulu,agak kecewa sedikitlah sebab pihak sekolah tak sediakan makanan.Murid-murid kena bawak bekal dari rumah.Dan d'ols boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau cikgu di sekolah.Time tu Ell ingat lagi terpaksa bergigih bagun awal-awal pagi nak bikin sarapan yang sedap-sedap.Maklum jelah,memang dah tahu cikgu-cikgu akan rasa juga bekal murid-murid :) Kata orang "alah bisa tegal biasa"kan.Lama-lama dah jadi kebiasaan n tak kisah nak menumbuk cili untuk nasi goreng kampung seawal 6 pagi.(kadang2 dia dh request malam sblm tidur).

Untuk pegetahuan,apa yang dikatakan sarapan ialah pada waktu 7-9pagi.Orang yang mempunyai penyakit seeloknya ambil lebih awal iaitu pukul6.30pg.Sarapan sebelum pukul 7pg adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Sebab itu,Ell pastikan anak-anak Ell ambil sarapan sebelum pergi sekolah dan bekalkan juga dengan sarapan tu.Sekali sekala je bagi duit belanja sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali,kadang-kadang seminggu sekali pun tidak.Nasib d'ols tak de komplen apa-apa.

Ini bekal anak-anak Ell ke sekolah.Yang merah Marsha punya,n yang pink Dina punya.gambar ni ambil sebelum cuti sekolah haritu,sekarang botol air Marsha lagi besar dengan air penuh.Alah,botol nestea yang macam dalam iklan tu...."goncang botollah..bukan badan..." 

Ok sarapan pelbagai ya..tengoklah internet.Dah ada kemudahan kan.Selalu search resepi mat salleh yang simple2 lah.Paling cikai pun nuget or frankfurter n fries.Tu kalau terbangun 'awal' lah.Kalau bangun lagi awal boleh buat murtabak simple,sandwich,mini pizza guna roti,penkek/lempeng,baked bean,lasagna,frittata,murtabak meggi,sosej roll n macam-macam lagilah.Paling terdesak pun roti sapu jem,kalau sempat toast akan di toast.Tapi yang penting roti mesti ada setiap hari kat rumah. 

Salah satu kebaikan bawa bekal makanan dari rumah ni,kebersihan kita yang kawal.Makna nya dijamin bersih.Anak-anak Ell jarang bawak duit saku pergi sekolah.Bukan masalah kewangan,cuma nak biasakan budak-budak ni tak main sangat dengan duit.Melainkan ada keperluan di sekolah yang memerlukan duit.
Citer pasal duit belanja sekolah ni,teringat Ell waktu Marsha darjah 1.Time tu memang terlewat habis nak prepare sarapan.1st time bg dia duit belanja.Bagi 50sen je sebab dah bawak bekal air.Kalau 50sen tu cukuplah sebungkus nasi lemak katanya.Balik sekolah je sebagai mak yang prihatin ni(eceh) tanyalah kat sekolah beli makanan apa?Si anak pun jawab beli tempe goreng(fav dia tu).Ok,tapi yang tak puas hati ada ke dia bayar semua 50sen tu untuk sekeping tempe yang harga 20sen.Dia seboleh2 argue yang makcik kantin kata tempe tu 50sen.tak logik kan,sebab tempe tu kecik je.Lepas tu 2 tahun jugaklah tak bagi dia duit belanja.Bukan takat tu je,siap belanja kawan pun ada,beli pemadam lah,pensel lah...murah hati betul tau.Tapi bagusnya sikitpun dia tak merengek nak minta duit belanja sekolah.Pada dia bawak bekal tu tak de masalah.



Sarapan dan bekal~

Tuesday, May 24, 2011

Misteri Pulau tinggal~

Gunkanjima Island~

Ok tak misteri pun..cuma apa yg menarik Ell nak share pasal pulau ni sebab terpandang featured yg dimuatkan dlm History Channel(HD) kat Astro.Ell sebenarnya jarang nak tengok history channel ni,tapi kalau hsbn Ell ada kat rumah..itu antara channel kesukaan dia selain sports,discovery channel,nasional geographics,n animals.Time iklan tu,adalah tunjuk sikit(Life after people)..tapi tak lengkap.Lepas tulah Ell gigih carik info pasal pulau ni.Menarik tau.Jom Ell kongsi.


Gunkanjima Island bermaksud dalam bahasa jepun Gunkan-Kapal perang dan jima(shima)-pulau.Ada yang memanggil Hashima.Oleh itu terciptalah Pulau Kapal Perang (Battleship Island).Sebabnya pulau ni betul2 berbentuk seperti kapal perang.Ia terletak kira-kira 15km dari Nagasaki dan sebab itu pada tahun 2005 ia telah diambil oleh Pentadbir Nagasaki.

(Ell cuba translate ya..leceh jugak nak buat kerja gini,bnyk tempat kene rujuk..takut salah info) Hari ni belajar history sket..:)

r u ready kids!?
ai yai captain!!

Mengikut sejarah,
Pada tahun 1890  Mitsubishi Corporation membeli pulau tersebut dan memulakan projek  untuk mendapatkan batu arang dari dasar laut di sekitar pulau tersebut. Pada tahun 1916 mereka membina bangunan konkrit yang tinggi bertingkat2 dikelilingi tembok bg mengelakkan diserang angin taufan typhoon.

Oleh yg demikian, kaya lah Gunkanjima dengan hasil bumi dan menyebabkan Gunkanjima menjadi kota yang kaya dan padat penduduk. Padahal Gunkanjima ni tak besar pun. 
Jumlah penduduk pulau ini bertambah pada tahun 1959. Kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektare untuk keseluruhan pulau (1.391 per hektare untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia iaitu 10 kali ganda melebihi penduduk Tokyo,ibukota Jepun.Imagine keluasan pulau tu dgn kepadatan penduduknya.


Untuk memberi keselesaan kepada pekerja di situ, 10 kompleks apartment dibangunkan. Sebuah labirin tinggi dihubungkan dengan halaman-halaman, koridor, dan tangga. Pulau ni juga ada sekolah, restoran,supermaket,cinema dan semua kemudahan yg terdapat seperti kota biasa. Tetapi semua dikelilingi oleh tembok pelindung. Disebabkan itu juga Gunkanjima ini dikenali sebagai "Nashi Midori Shima" iaitu pulau tanpa warna hijau. Sudah semestinya tiada tumbuhan di pulau ni.



 staircase...

 Sekolah (kot..)

Pada tahun 1960-an. Oleh kerana batu arang terus di korek hingga ke dasar laut, lama kelamaan ianya habis dan teknologi pada masa itu mula menggunakan petroleum sebagai bahan bakar. Aktiviti tambang batu arang semakin mengalami kemerosotan hingga akhirnya Mitsubishi terpakasa menutup kegiatan eksplorasinya di pulau ini pada tahun 1974.
Para pekerja dan juga penduduk dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Menyebabkan, Gunkanjima di tutup.Pulau yang tidak memiliki tumbuhan hijau ini pun lama kelamaan mati. Gunkanjima dibiarkan kosong sehingga ke hari ini. 

Gunkanjima telah didaftarkan sebagai Situs Warisan Dunia Unesco..selepas melakukan sedikit pambaikan dan memastikan pulau itu selamat untuk org awam..ia mula dibuka untuk pelawat pada April 2009.
So, dgn adanya menswastaan keatas pulau ni, Gunkanjima tidak lah terus lenyap.
Tapi setelah berpuluh tahun Gunkanjima ditinggalkan, mesti tempat ni terlalu misteri.menyeramkan....
tak de ke filem pasal cerita pulau ni?. 1st time Ell tahu kewujudan pulau ni,Ell sangat tertarik..interesting.


the technology..

Agak unik sistem kt pulau ni, zaman dulu kala pun perancangan dan juga fasilitis dia org sgt teratur. Tgk lah pada binaan apartmentnya, org dulu-dulu pon dpt berfikir sehebat itu..
siap ade TV,sekolah sume..hebat..tp apa yg nk dipelikkan, Jepun kn..mmg selalu kehadapan dr yg lain pun...lebih2 lagi bab technology.kan kan kan..

Ok,sumber dan maklumat sepenuhnya dari internet dan sedikit dari TV.
Gambar2 keseluruhannya dari google images.tq






Misteri Pulau tinggal~

Sunday, February 13, 2011

Valentine's Day HARAM!!!

Sebelum tu, Ell nak share sikit apa kisah,sejarah n hukum menyambut hari valentine's ni...u'ols yg berminat nak tau..bolehlaa baca sampai habis..terima kasih..

Kisah pertama.

Ada kaitan dengan sambutan rakyat rom kuno yang dinamakan lupercalia. Lupercalia adalah penyucian diri dari 13 feb sehingga 18 feb. Pada hari ini, pemuda-pemuda akan menulis nama gadis dan dimasukkan dalam kotak. Nama gadis yang terpilih akan menjadi teman seks diaorang sepanjang tahun tersebut. Pada 15 feb pula, diorang akan sembelih anjing dan kambing, dan dua pemuda yang paling gagah akan mengambil darah tadi untuk disapukan ke seluruh badan serta dibilas dengan air susu. Setelah itu, perarakan secara besar-besaran dibuat dan dua pemuda tadi akan memukul gendang. Para wanita juga akan berebut kerana dikatakan ia menambah kesuburan mereka.

Kisah kedua.
 
Ada kaitan dengan kematian paderi St valentine. Terdapat dua versi untuk kisah ini.

1. Pada zaman itu, kerajaan rom amat memusuhi agama kristian. St Valentine merupakan pengganut agama kristian yang kuat dan aktif menyebarkan agama kristian. Dia telah ditangkap dan dibunuh pada 14 feb. Pengganut agama kristian menganggap ini sebagai pengorbanan. Dikatakan juga, dia telah jatuh cinta dengan salah seorang anak pengawal penjara, sebelum kematiannya, dia telah menulis sepucuk surat yang tertulis from your valentine. Maka orang kristian mengenang hari ini untuknnya.

2. Raja rom menganggap tentera yang masih bujang adalah kuat berbanding tentera yang sudah berkahwin. Justeru, semua tentera telah dilarang untuk berkahwin, namun salah seorang tentera bernama valentine menentang keras dan dia telah melakukan acara pernikahan untuk semua tentera secara sulit. Setelah diketahui, dia telah ditangkap dan dibunuh.

Kisah ketiga.

Dikatakan disambut sempena kejatuhan kerajaan islam di Andalusia sepanyol. U'ols tahu, masa itu, islam menguasai hampir 2/3 dunia. Andalusia lah tempat penyebaran sistem ilmu islam. Di sana lahirnya tokoh-tokoh ilmuwan islam yang terkenal. St Valentine dikatakan orang penting yang menjatuhkan kerajaan islam. Disebabkan itu, St Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat dan setiap kali 14 feb, rakyat menyambut untuk mengenang jatuhnya kerajaan islam.

Kisah keempat.

Ada kaitan dengan sifat burung mengawan pada 14 feb dan ini merupakan tradisi orang inggeris.

So, dari semua kisah tadi, u'ols nampak tak yang tiada satu sumber pun mengatakan yang Hari valentine ini ada kaitan dengan Tentang hukum menyambut Hari Valentine, 
Sheikh al-‘Utsaimin berkata: 
“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Konklusi
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam"
So, apa pendapat u'ols? Bagi Ell dalam islam, tiada hari untuk kita specialize kan menyambut hari istimewa bersama kekasih. Hari-hari adalah hari kekasih. Kan? Toksahlah dok semangat tunggu 14 feb, baru nak beri hadiah, tak supriselah. He he. 
Bagi sesiapa yang beragama islam diluar sana,yang turut serta meraikan valentine's day ni...hentikanlah,masih sempat lagi untuk mengikut yang lebih elok sebagai seorang muslim.
Pendek kata......
 
Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, bukan sehari setahun...
PS:U'ols boleh je search pasal valentine day dalam islam ni dari internet.
Valentine's Day HARAM!!!

Sunday, January 09, 2011

Fakta tentang JOHOREAN





Memandangkan Ell org Johor ,Ell bg fakta tentang JOHOREAN. Tdk ada yg tdk benar,melainkn yg benar sesaje...:) Fakta ni Ell amik dr internet.Tk tau sape yg buat...Melalui dr penelitian dn pemerhatian,boleh jugaklh dipercayai 200%.:P
Ell siap huraikn n tokok tambah sana sini..Sila perhatikan dgn betul..


1. We end 9 out of 10 sentences with "Ekkk..." (yg ni kena betulkn sikit.sbnrnya tk delh smpai 9 out of 10 tp adalah jugak)Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal. Contoh :- "Ni awak punyer ekk?"

2. We refer to Johor Bahru as Joho and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it means Johor Bahru (JB), the city not the state. Normally used by mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Pontian umpamanya. Contoh : "Beb, gua nak turun Johor laa. Lu nak ikut gua tak?" So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak berkata, "Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question!

3. We pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR". Contoh : "Aku kena pakai seluor besor untuk main bolo kat Muor besok." Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar),kelakor (kelakar) dan lain-lain.

4. We are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I haven't met a Johorean yang serious or square to act. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Kebanyakn (yang Ell jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find sometimes orang luar (non- Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor.(we'ols gile ckit) hehe..

5. We called ENDUT(aweqz/boyfren). Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut,kire mcm couple le. Contoh ayat : "Haa...kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut."

6. We'ols Makan Gula Tarik,Gula Candy(dibuat dr kelapa n letak kaler),Sagun, Otak-otak, botok2....Dah lama tak tengok atau makan gula tarik, sagun or candy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor? rasanya Gula tarik ader lagi kat Stesen bas Larkin n tmpt2 lain yg kita perlu bnyak brtanya utk jumpanya..

7. Budak2 jantan pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock! Ell rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori je lah. Lagipun, Johor memang ada pertalian kuat dgn British. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Ramli Sarip (Spore), Amy Search, Zainal Abidin Headwind, Nash Lefthanded, Mael XPDC, Syam Kamikaze, Def Gab C, Bandi Amuk, Bittersweet, Sweet Charity (Spore? ye ke.betulkn jika salah) etc...Boleh pakai ke teori nih? Jangan kena pancung dengan Sultan,dah ler. Ampun Tuanku!

8. Kenduri Kawin Ada acara baling duit ngan gula2(ambur2) yang time tu,all mak-maks akan panggil knk2 suh rebut $$$$$ sekali.bestt woooo. and ada Telur Pindang. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dgn segala macam rempah dan dedaun untuk m'dptkan da special taste. Lepas rebus,telur akan berwarna cokelat pekat. Both kulit dan isi. nice! Normally it's for special occasion, like wedding day.Sila lihat n3 Telur Pindang Johor ni..

9. Tidur atas "LECA"** means tilam (LE+CE) (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam "GEROBOK" (almari) tp sebutannya GOBOK. **. Ambik "GEBOR" tu means selimut.

10. We jarang tngok RTM :P . Hei,no hard feelings k if ur wth them though the sets are a little old fashion along wth the never ending 'technical' probs or mstakes bla2..apa yg sbnrnya bnyk cerita2 dah tengok kat Singapore channel long before on air kt RTM juga tv3 n same goes for the crita2nya n movies2nya..the neighbours dh pickup dulu. Juga for information, Johor bleh terima siaran from S’pore n some Indonesia (tmpt2 trtntu) .Kalo dok johor, xde astro pun xpe...Tp nk tmbh pengetahuan ada astro lg baguzz (in hd yg best).





*Di petik dr sumber2 yg boleh dipercayai..tp sndiri di touchup sanasini.
*Mngkn dtmpt lain juga ada prsamaan.tk pe apa yg pntng kita smua hppy n tk gaduh2..

Fakta tentang JOHOREAN

Wednesday, May 05, 2010

Vanilla~


Ell memang penggemar vanilla ice cream.Mkn dgn dessert apa2 pun sedap.Makanya,stok eskrem mmg harus sentiasa ada kat umah.Tapi kan,u'ols pernah tak terpikir cammane rupanya vanilla tu.Ell pun bukannaya tahu sangat..tp Ell pernah tengok tiwi rancangan travel2 tu, negara Mexico adalah negara pertama yang dijumpai vanilla nih.Dan paling Ell tak jangka is vanilla tu sebenarnya  pokok yang menghasilkan bunga (ke buah dipanggilnya) yg panjang2 n warna hitam pulak tu.Yelah,mana nak sangka bende tu semua kan..tau nya makan je,putih pulak tu.Kalau pikir panjang tentu tergerak jugak hati yg vanilla tu hitam bila tengok esen vanilla tu.Tapi dh malas nk pikir...

Bila tergerak hati nak tahu lebih lg pasal vanilla ni,Ell carik2 kat internet dan mcm2 yg Ell tahu.Resepi nak buat eskrem pun tau dah..cuma eskrem maker je takde.:P


Ok,meh Ell nak share info ringkas ngan u'ols..Madagaskar dan Indonesia adalah pengeluar utama vanilla asli.Indonesia lagi..aritu buah avokado (dlm posting lepas) melambak gak kat Indonesia ekk.Bnyk rupanya hasil pertanian kat Indonesia tuh,tp apesal penduduk dia tak kaya2.ahakss..Ok,Gambar atas tu adalah pokok vanilla yang merupakan sejenis species pokok orkid.

Ini adalah buah vanilla

Buah vanilla yg dh dikeringkan dan dikeluarkan biji2nya.

Dan...yang ni lg satu.Apesal lah Ell ni bnyk na yg jakun ekk..Rupanya kat Malaysia pun dah dikomersialkan tanaman vanilla ni.Malaysia jugak adalah antara negara pengeluar vanilla.Aduh,apesal Ell tk tau..ketinggalan sungguh.Disebabkan tulah Ell nk bgtau u'ols nih.U'ols 'tanya' je pokok vanilla pada cik 'google',berderet 'jawapan' dier.. 

Antara sumber info Ell dapat DISINI .Yang lelain tu bnyk dr Indonesia..





Vanilla~

Monday, April 12, 2010

Senang Bersalin~

Akar Fatimah

U'ols kenal apa dalam gambar atas ni.Ni,orang panggil die akar fatimah.Secara jujur Ell tak pernah jumpa or tengok bende ni.Ok,Ell dapat akar fatimah ni masa Ell nak bersalin Aariz aritu.Tok sedare hubby yang bagi.Kata orang kalau minum air rendaman akar fatimah ni cepat n senang bersalin.Wallahualam..tapi kita kan ikhtiar,selebihnya terpulang pada Allah.

Itu pasal lah Ell macam tak terasa bila nak beranak yang Ell cerita aritu..alih2 gi hospital dah almost.Gila ko! buat naya... Sebenarnya Ell tak lah susah sgt nak beranak(syukur alhamdulillah) tapi yang kali ni memang tak sedar langsung baby dah turun.

Ok,nak dipendekkan cerita hari isnin yang Ell dah admitted kat hospital tu,tok sedare hubby dtang umah kasi akar fatimah ni pada MIL.Pastu MIL tolong rendamkan dalam tumbler.Hari selasa Ell discharge n start minum sampai habis kemudian refill n refill semula.Dan,seperti yg u'ols tau,hari khamis minggu yg sama tu jugak Ell bersalin.Tak tau lah mungkin sbb keberkesanan air rendaman akar fatimah ni.Oh yang ni lg satu,kata org kalau akar tu makin kembang,maknanya dah sampai masa lah tu nak bersalin.Tapi Ell tak sempat pulak tengok betapa kembangnya akar fatimah tu masa direndam sebab Ell baru dapat tau semalam lps bagi bende ni pada BIL4 punye wife.Dia nak bersalin gak 25hb mei nnt.

Akar fatimah d'ols dapat kat Mekah.Selain dari kurma dn air zam2,kata org akar fatimah ni lah selalu dibeli.So,kalau ada sedare2 yg nak bersalin tu kasi je pinjam n boleh jadi simpanan serta kegunaan turun temurun sbb akar fatimah ni takde expiry date.

Selain dari minum air akar fatimah ni ada jugak cara lain yg nak mudahkan proses bersalin,antaranya minum air selusuh atau minyak selusuh.Tapi air/minyak selusuh ni boleh kita mintak dengan org2yg mengamalkan perbidanan secara tradisional atau org alim2.Air selusuh ni biasanya dah dibacakan doa dengan menyebut nama si ibu yg bakal melahirkan tu..makanya takde lh jual dikedai2 ya.Ada jugak yg mengamalkan hisap air hujung rambut bila masa time mandi.Ell buat jugak mende ni.Dah org suruh amalkan,kita ikut jelah ye tak.

Lagi satu yg Ell rasa agak mengarut sket,ada pulak yg kata minum air bekas kucing minum..maknanya air yg kucing minum tu,kita ambil dan minum.Euwww,geli tak u'ols.Katanya nnt senanglah nak beranak macammana senangnya kucing2 tu beranak..Tp tah la,kita kan ada akal..cubalah fikir sendiri mana baik buruknya,mana betul tidaknye..jgn nak ikut semberono je.

Apa2 pun yang kita buat,terserah pada Allah yang tentukan.Kita setakat berusaha dan ikhtiar je.Lain2 tips Ell pernah bg kat n3 pengalaman ni.


Senang Bersalin~

Monday, April 05, 2010

Legakan kembong~


Salam dihening pagi..:)Serious Ell type n3 ni pepagi buta jam 5pagi.Bukan autopublish ya..Cuma bangun pagi ni rasa bersemangat sbb dah beberapa malam  tido lena sangat, tak de gangguan dari baby Aariz.Selalunya tetiap malam Aariz akan berjaga untuk menyusu or minta tuka diaper die.Mungkin jugak perut dia rasa tak selesa.
Ni nak citer lah sket nih.Sebenarnya sepanjang 2bulan setengah dengan baby Aariz takde lah masalah sangat,cuma biasalah baby kan pattern tido die belum tetap lagi,n tiap2 malam sekurang2nya sekali mesti berjaga untuk menyusu.Ada sekali tu(masa dlm pantang) 2malam berturut Aariz menangis n susah nak tido.Kita ni sebagai org islam bacalah kan apa2 doa utk baby ni,tp tak berkesan jugak.
Mujur ada tok sedara hubby yang memang mahir dalam perubatan tradisional ni.Dia cadangkan supaya perut baby dituam dengan daun mengkudu selepas mandi selain dari berurut secara perlahan.Tujuan nya untuk pecahkan angin dalam badan.Sekarang kan dh moden,panaskan je daun mengkudu tu dengan iron.kepanasannya agk2lh sendiri.jgn sampai melecur pulak kulit baby tu.Nak lagi mudah isi air suam dlm botol.
Dah siap baby tu dituam dan diurut,barutkan perut dia dgn sejenis daun rumput yg digenyeh dgn kapur,kemudian sapukan air daun tu kat perut baby.For sure baby akan rasa selesa n tak banyak ragam.
daun rawan terbang (mcm rumput liar) digosok kat tapak tangan dgn kapur kemudian sapu patinya kat perut baby

Untuk Aariz,cara tu memang berkesan.Tapi satu yang Ell perasan is Aariz kalah dengan kapur.Maklumlah kulit baby ni kan nipis,halus n sensetif,so perut die akan tumbuh ruam2 merah.Dalam tempoh sebulan lebih Ell ikut cara tok sedara tu Ell cuba berhenti untuk 2 hari,tp angin dalam perut Aariz ni mmg degil,kalau tak dihalau tak ndak pulak die pergi.:P Walaupun dah sendawakan die setiap kali lepas menyusu.

gripe water yg Ell guna sekarang

Banyak bertanya,inilah yang sangat membantu.Gripe water ni hubby beli kat farmasi dgn harga RM9.Sebenarnya banyak brand tapi brand Woodward's ni dipercayai turun temurun sejak berkurun2 lamanya..:) Sehari Ell bg kat Aariz sekali je sebelah petang lps mandi n berurut.Syukur tiap2 malam Aariz tido lena sangat.Kalau berjaga pun mungkin nak menyusu n tukar diaper die je.


Untuk developement Aariz setakat 2 bulan ni sgt memberangsangkan.Dia dh mengagah n boleh lah jugak diajak main2 berbual.Weight masa 2bulan aritu 5.5kg.Alhamdulilah,Aariz sihat n harap2 akan sihat n takde masalah sampai bila2.

*gambar2 Ell memang dh siap2 amik sbb lama dah Ell rasa nak buat n3 pasal ubat daun dgn kapur tu.. 




Legakan kembong~

Thursday, March 04, 2010

Pengalaman~

Thursday,March 4,2010

Esok abis dah 44hari Ell berpantang.Tapi mcm tk terasa yang selama ni Ell dlm pantang coz aktiviti harian Ell mcm biasa je,buat keje2 ringan..uruskan ank2..cuma lainnya masa agak tak teratur sket dgn bby baru n trpaksa cntrl mkn plus kene berbengkung tu semua.Sebenarnya Ell pun tk lah sakit mana pun.
Nak dijadikan cerita,Alhamdulillah segala proses melahirkan yg Ell lalui sgt mudah sampaikan Ell rasa mcm mimpi je sbb semuanya berlaku dgn sgt cepat.Sprt yg u'ols tau,hari isnin sblm Ell bersalin tu,Ell admitted kat hsptl sbb bby kurang movement.Dan lps discharged tu Ell mmg budget bila betul2 sakit baru gi hsptl semula memandangkan pengalaman brmlm kat hsptl yg sgt membosankan.
Pd hari khamis,start jam 4pg Ell rasa tk berapa selesa(tp lum sakit).bangun pagi tu mcm biasalah Ell siapkan bfast ank2 gi skolah n sempat lagi Ell basuh kain baju.Hari tu jugak MIL mintak hsbn antarkan dia ke bandar atas beberapa urusan.Ell pun beritahu kat hsbn yg Ell kene ikut sama sbb Ell dh mula sakit perut 45-50minit sekali(tp bila sakit dtg,cuma 5saat je).Yelah,mana tau buatnya urusan MIL masih lum selesai n Ell pulak kat rumah dh sakit kuat,tk ke leceh hsbn nk balik amik Ell n patah balik semula ke hsptl Pontian tu.

Dh siap semua hal2 MIL (siap belanja groceries lg)jam dh kul 11.35pg.Hsbn tnya nk singgah hsptl ke nk balik dulu.Ell kata balik jelah dulu sbb nk berebut ambik Dina balik sekolah pulak jam 12tgh hari.Lagipun,kalau apa2 sempat lg nk bekejar kehsptl (ayer baloi-pontian ><15-25minit)
Singgah sekolah Dina n terus balik rumah.Ell pun mula tk senang duduk tp masih tk sakit kerap sgt,cuma ringan2 je (mcm sakit masuk angin).Makin lama,makin resah..Ell duduk,bangun n beberapa kali keluar masuk toilet buang air kecil.Bila dh kul 1.10tghhari,hsbn pun terus ajak gi hsptl.
~sekadar gambar hiasan~
Sampai hsptl,midwife check bukaan jalan rupanya dh 'almost' (8cm)kalau nk teran dh boleh sgt dh..(berani btl wat keje gila camtu,buatnye trberanak..sapa nk jawab!) Ell pun masih boleh jalan lenggang kangkung je masuk dlm labour room,ngam2 tengah azan zohor (1.36tgh hari).Kat dlm tu,Ell buat CTG but bby still 'sleeping pattern' n yg midwife tu risau sgt air mentuban Ell dh tak de..tah bila water bag tu pecah Ell pun tk perasan.Dia tnya tanda2 lain,Ell kata takde..n segere tu jugak darah kuar sket.:) bahaya jugak kan rupanya bila tak de air mentuban tu.Dia cucuk jarum kat tgn Ell ni, n masukkan air n serta merta rasa nk meneran.
Midwife yg muda2 n sgt baik budi pekerti, tenangkan Ell sambil urut2 tulang belakang (Ell mengiring).Dia kata kalau dh ready bolehlah terlentang n teran.Ell pun malas nk buang masa(lg cepat,lg bagus kan..) terus trlentang,tarik nafas dalam2 n teran sekuat tenaga yg Ell ada.Alhamdulillah..tepat jam 2.10ptg dgn sekali teran je bby dh kuar.nasib baik hsbn sempat sampai sblm Ell teran.semuanya berlaku mcm sekelip mata..:)
Bdn pun dh menggigil.. Ell rilex,berbual2 ngan midwife tu yg sambil buat keje pembersihan..Ell pun dh ready,tenangkan hati nk tunggu dia jahit..tp syukurnya ya Allah..dia kata Ell tk perlu nk jahit apa2 coz tak de luka koyak pun.Maklumlah..sakit time jahit tu perit jugak nk handle.
Buat pengetahuan u'ols, sahabat Ell..ini adalah kali ke-2 pengalaman Ell tak de jahit bersalin.Tips yg Ell belajar disamping doa amalan dn zikir,teknik mesti betul.Time teran tu,pegang kedua2 belah buku lali kaki dgn tgn n tundukkan kepala ke perut.Yang paling penting,jgn sekali2 angkat punggong sbb ada kemungkinan akn trkoyak.tp kalau koyak pun..sikit jelah jahit nyer..(Insya'Allah..)tp kalau 1st time,Ell rasa perlu jugaklah gunting sket kot..oh lagi satu petua katanya,bukak ikatan rambut kalau rambut panjang yg berikat.Ni semua midwife tu ajar.

Andai kata mmg dh ditakdirkan kena belah bhgn perut tu..mmg tk boleh nk cakap apalh kan.Mcm sorang kenalan Ell,punyalah perit nk teran n bby hampir nk keluar( sbb dh nmpk kepala) tp tk lepas jugak trpaksa belah gak perut dia.Mak dia sampai ckp anknya tu azab betul nk bersalin..Masya'Allah..
Sbb tu wanita2 yg hamil ni dinasihatkan bnyk2lh berbuat baik lebih2 lg pd suami n org tua.Yang paling utama amalan ketika mengandung tu (sprt yg pernah Ell published dlm n3 "bayi hilang dalam kandungan") n bnykkan berdoa sblm menjelang bersalin (dlm n3 trdahulu "menjelang bersalin").Mudah2an semua akan berjln lancar berkat pertolongan Allah.




Pengalaman~

Friday, January 15, 2010

Dracula?~

Friday,Jan 15,2010
jaga..die dh aim tu..:)
Tak de apa nak citer lah u'ols..tp sementara nk tunggu time nak bersalin ni,kena jugaklah update blog ni sekali sekala.Arini Ell nk citer pasal kelawar besar/kluang.Kelawar besar/kluang ni hsbn amik gambar nya tergantung kat pokok mengkudu dirumah kawan dier...tanya watpe amik?die kata kesian kelawar tu patah sayap..saje je amik gambar.Lagipun bukan senang dpt tengok kelawar dekat2 camtu.
Hehehe..Ell pun seram takut2 buatnye kena geget kat tengkuk hsbn leh jadik vampire.Hahaha.
U'ols tau tak dracula the vampire kelawar jadian yang sering dikaitkan dengan makhluk jadian yang sangat terkenal tu.Kononnya ia merupakan penghisap darah manusia dan tinggal di istana.
Didalam kisah underworld, vampire merupakan komuniti bangsawan bertaraf tinggi dan maju dan raja vampire pertama merupakan Marcus anak Cornelius diikuti oleh Victor, Lucas dan Emilia.Ini dlm citer je..
"Dracula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk 'Dracula'.Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula atau lebih dikenali sebagai Vlad Si Penyula?Nama sebenar tokoh itu adalah Putera Vlad tetapi beliau lebih dikenali dengan nama timangannya iaitu Dracula.
Beliau juga memiliki cara tersendiri menganiaya rakyatnya. Vlad pernah menjemput golongan miskin dan berpenyakit dari Wallachia dan menjamu mereka makan di sebuah dewan. Selesai makan, dewan itu dikunci dan dibakar. Beliau menganggap pembunuhan itu sebagai satu cara untuk melepaskan negara daripada bebanan menanggung kebajikan hidup rakyat miskin selain supaya negaranya tidak lagi memiliki rakyat berpenyakit.
Selain Vlad III Dracula, sesetengah penyelidik lain percaya Stoker memperoleh inspirasi untuk menulis cerita Dracula selepas mendengar cerita mengenai Countess Elisabeth Bathory yang tinggal di sebuah kawasan berhampiran Transylvania pada awal kurun ke-17.Elisabeth dilapor menyeksa dan membunuh 650 anak gadis tempatan. Selepas membunuh tahanannya itu, Elisabeth didakwa meminum darah mangsa dengan tujuan untuk mengekalkan kejelitaan dan rupa paras yang muda.
Hakikatnya, Dracula sebagai hantu pontianak yang hauskan darah, hanyalah cerita dongeng dan tidak pernah wujud di mana-mana, terutama di Romania, sebuah negara Latin yang mengamalkan ajaran Kristian kuno dan paderi masih mengamalkan upacara menghalau hantu.Bagaimanapun, kehebatan novel terbabit menyebabkan Dracula menjadi makhluk legenda dunia dan kewujudannya dianggap seolah-olah benar dan masih menghantui dunia sehingga kini."
So,takyah lah Ell takut hsbn kena geget ke hape kan...tulah, lebih sgt pengaruh movies nih.:D
Dracula?~

Monday, January 11, 2010

Awas! bila berkata~

N3 kali ni Ell nak share fakta dengan u'ols.Ini adalah benar dan tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka.:) Bukan rekaan yang sekadar menyedapkan penceritaan juga bukan magic yang menipu penglihatan mata.:) ecewah..
Setelah mendapat info tentang pengaruh Kata-Kata Negatif terhadap Air yang ditulis dalam buku " The Hidden Messages in Water " karya Masaru Emoto dan pada halaman 31 buku tersebut disebutkan tentang ramainya orang yang melakukan ujikaji,


Ell pun tertarik untuk melakukan eksperimen.Tp sebenarnya Ell pun tk baca pun lagi buku tu.Just dapat info ni n try buat ujikaji sendiri.Ell rasa menarik juga utk dikongsi,so Ell publish kan kat sini. Eksperimen ni Ell buat minggu lepas dn keputusan diperoleh 2hari lps.
Kaedahnya:
Tempatkan sisa nasi yang bersih (putih) yang sudah di biarkan semalaman ke dalam 2 botol dgn jumlah yg sama, kemudian ditutup rapat. Masing-masing botol di tampalkan label yg berisi kata2 seperti berikut:_
Botol A: " Kamu Pintar, Cerdas, Cantik, Baik, Rajin, Sabar, Aku Sayang Padamu, Aku Suka Sekali Melihatmu, Aku Ingin Selalu dekat denganmu, I LOVE YOU, Terima Kasih.
Botol B: " Kamu Bodoh, Tolol, Hodoh, Pendengki, Jahat, Malas, Pemarah, Aku Benci Melihatmu, Aku Tidak mahu kawan dengan mu "
Letakkan kedua-dua botol berjauhan (pisahkan) dan simpan pada tempat yg sering dilihat, kemudian pesan pada ahli keluarga yang lain utk membaca setiap kali melihatnya.
Keputusannya: inilah yang terjadi pada nasi tersebut selepas 1 minggu berlalu:



Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Negatif ternyata cepat sekali berubah menjadi busuk dan berwarna hitam dgn bau yg tidak sedap.
Sedangkan Nasi dalam botol yg di bacakan kata-kata Positif masih berwarna putih kekuningan dan baunya harum seperti ragi.

Sekarang u'ols boleh try sendiri……….

Bayangkan apa yang akan terjadi dengan anak-anak kita, pasangan rumahtangga/ hidup kita, kawan2 kita, rakan-rakan sekerja kita, dan jiran2 kita, bahkan binatang dan tumbuhan disekeliling kita pun akan merasakan kesan yang ditimbulkan dari getaran-getaran yg berasal dari pikiran, dan ucapan yang kita lontarkan setiap saat kepada mereka.

Pengajaran: Tidak kiralh dgn sesiapa,lebih2 lg dgn anak,isteri,suami mahu pun ahli keluarga yg lain hendaklah kita sebaiknya selalulah sedar dan bijaksana dalam memillih kata-kata yg akan keluar dari mulut, demikian juga kendalikanlah idea2/perasaan yg timbul dalam batin kita.Sebaiknya kita semua mulai mengendalikan kata-kata yang keluar dari mulut kita dengan Kata-kata yang Positif dan Baik.Bayangkanlah kesan hidup mereka2 yg sentiasa diluahkan sepanjang masa kata negatif dsb.Kadang-kala jika direnungkan, kita semua tidak terlapas dari melakukan kesilapan di masa2 lalu..namun ini tidak bermakna kita tidak mampu mengubahnya sekiranya kita mahu.So u'ols,mulakan setiap hari dgn perkataan yang positif lebih2 lagi kpd anak2 dan ahli keluarga semoga ia menjadi rangsangan kearah kebaikan.Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua.


****Awasi setiap kata-kata yang di luahkan... Moga sama-sama mendapat iktibar!!





*Hasil ujikaji Ell sendiri..:)
*Para ilmuan mengatakan "setiap kata2 adalah merupakan doa".Ini contoh yg jelas dapat dilihat dlm masa hanya kurang dr seminggu.Tk percaya?u'ols boleh try.
Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~
Awas! bila berkata~

Friday, January 08, 2010

Menjelang Bersalin~

Friday,Jan 8,2010
~gambar ikhsan 'google'~
Kesakitan ketika bersalin juga merupakan nikmat Allah SWT kepada kaum wanita.Kerana kesakitan yang dirasai itu merupakan ujian keimanan seseorang.Melalui rasa sakit yang dialami oleh para ibu akan menambahkan lagi rasa kasih sayang terhadap anak yang dilahirkan.Kerana didalam sebuah hadis ada disebutkan jika kita sabar menempuh kesakitan,disamping itu kita bersyukur dan memuji kebesaran NYA,nescaya segala dosa kita akan diampunkan.Subhanallah,begitu tinggi dan besarnya RAHMAT Allah SWT kepada kaum wanita yang menghadapi penderitaan dan kesakitan di waktu bersalin.
Sebagai seorang islam yang mempunyai pedoman dan pegangan,ibu yang mahu melahirkan digalakkan banyak2 membaca ayat2 Al-Quran.Antara ayat2 yang perlu diamalkan ialah:
1.Surah Al-Anbiyak (ayat 87)

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri
2.Ayat kursi

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
3.Surah Al-A'raf (ayat 54)

إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
4.Surah Al-falaq

قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ (١) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّـٰثَـٰتِ فِى ٱلۡعُقَدِ (٤) وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan).Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.
5.Surah An-Nas
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ (١) مَلِكِ ٱلنَّاسِ (٢) إِلَـٰهِ ٱلنَّاسِ (٣) مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ (٦)
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia.Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam.Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Amalan2 yang disebutkan diatas adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW,yang bermaksud:-
"Apabila Fatimah telah hampir melahirkan,Rasullullah menyuruh Ummu Salamah dan zainab binti jahsy agar datang melihat Fatimah,maka Rasulullah SAW membaca ayat Kursi,surah Al-A'raf ayat 54 disisi Fatimah dan memohon perlindungan kepada Allah dengan membaca Al-Muawwizatain iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas"
(riwayat:Ibnu Sunny)


Sumber dan Rujukan Al-Quran
*Buku 'Amalan ketika mengandung & setelah bersalin serta panduan menamakan bayi'
*Quran Explorer (bacaan A-Quran dan terjemahan pelbagai bahasa)




Sila klik nuffnang poll utk menyokong blog lifeofladyell.
~Terima Kasih~
Menjelang Bersalin~

Tuesday, November 10, 2009

Berpantang...





Ell menulis ni melalui dari pemerhatian sekeliling.Bukan nak kata apa,cuma ada juga rupanya ibu2 yg lepas bersalin ni tak mengamalkan pantang.Seminggu pun tidak,apatah lagi 44 hari.U'ols pelik tak?Ell heran tau,padahal org melayu kita penuh dengan adat dan petua2 berpantang,tp ada segelintir yg Ell perhatikan dan diberitahu tidak mengamalkan langsung cara berpantang org melayu.Jgn kata memakan jamu,memakai pilis dan param..ambil ubat2an yg dikomersilkan pun tidak.Pengambilan makanan pun tak seperti org dlm pantang.


Nak kata hidup serba moden,tak jugak.Jgnlah mentang2 badan dh kecik molek,slim dn seksi, amalan berpantang diabaikan.Bukannya apa,nanti kesannya diri sendiri yang merasa bila dah tua.Sekarang memanglah sihat,tp bila umo baru mencecah 40an mulalah sakit sana sini.Itu ke yang dikehendakkan?Kalau berpantang dgn mengambil ubat yg dibekalkan hospital..berapa hari je boleh tahan.Setakat 2-3 hari ubat dh habis,selebihnya ikut suka.Mana boleh macam tu..Sekurang2 nya belilah produk yg dh siap set bersalin yg bnyk kat pasaran sekrang ni.Itukan lebih mudah dr tak mengambil apa2 langsung. Badan nak pakai sampai tua,jadi kenalah jaga.


Kalau nak ikut cara artis dan celebrity barat,tak trikut lah kita.Mereka bnyk peralatan moden yang serba canggih yang boleh membantu mencantikkan tubuh badan dan utk kesihatan.Tak heranlah mereka boleh kelihatan sgt bergetah walau dah berusia 50an.Tp kan,cuba u'ols tengok pelancong2 omputih yang datang melancong ke negara kita,yang tua2 tu semuanya dh melayut2 dan menggelebeh..:)


Apa salahnya kita ikut cara timur adat melayu kita.Kan ke bagus...Contoh pengamal yang dapat dilihat dengan jelas ialah pengasas 'Mustika Ratu' ibu Mooryati.Walaupun umur beliau dah menjangkau 70an,tp masih lagi solid molid mcm perawan. :)


Ell sendiri pun bukanlah nak mengata sesiapa,diri sendiri pun kadang2 trlepas pandang dlm hal2 mcm nih.Tp tk bolehlah ambil sambil lewa..Bagi Ell nak berpantang senang je..combine kan antara nasihat2 dokter dan amalkan cara2 lama yg boleh diterima.Kita pun boleh fikir sendiri,mana yang dirasakan elok dan betul.


Ok lah u'ols..tu je lah n3 membebel Ell ni ya..sebenarnya Ell kesian kat individu tu.Mak mertua tolong bela dia tak setuju.Penyudahnya buat apa2 pun secara melulu.:)






Berpantang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...