PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, March 27, 2012

Apa Nak Jadilah Budak2 Hingusan ni

Bismillahhirrohmanirrohim..


Sebelum Ell mula menaip dengan panjang lebar,mohon maaf kalau ada kata2 penulisan ini yang membuatkan u'ols rasa tak selesa.Tapi ini adalah kenyataan dan hakikatnya.Harap jangan ada mana2 pihak yang tersinggung.Cuma nak bagitahu yang kita ni sebagai parents kena sedar dengan perangai anak2 zaman sekarang walaupun masih tahap hingusan.

Masalah sosial kat negara kita ni sangat merisaukan.Tak tau nak cakap dah risau tahap apa.dah la dengan kes culik dan bunuh,buang bayi pun makin menjadi2,tambah pulak dengan kes lari rumah sejak akhir2 ni.Budak2 bawah umur pun dah pandai benda2 lucah ni.Haish,apa nak jadi lah zaman sekarang ni.Takut pulak rasanya jadi mak bapak ni.Takut tak terpikul amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Kalau zaman Ell sekolah dulu budak2 sekolah menegah memang advance bende2 macam ni,tapi zaman makin berubah,jangan kata budak sekolah menegah,budak sekolah rendah pun dah pandai.Ya betul,ini kisah diceritakan sendiri oleh sahabat2 yang bergelar guru.Hebat sungguh cabaran sebagai guru.Mana nak jaga anak2 sendiri,nak handle pulak perangai dan kerenah anak2 murid.Bila cikgu2 ni nanti panggil mak bapak datang sekolah,cikgu jugak dipersalahkan,kata cikgu ada2kan ceritalah,cikgu tak jalankan tanggungjawab  sebagai gurulah..semunya cikgu yang salah.Sebab dimata mak bapak ni anak2 diaorng baik2 sangat.





Masalah sosial biasanya berkait rapat dengan seks. Zaman ICT sekarang, seks bukan bermula dengan berjumpa antara lelaki dan perempuan je. Tapi bermula dengan perkenalan melalui chatting dan laman sosial lagi..Kemajuan dunia digital pun bagi sumbangan besar kat remaja sekarang untuk melakukan gejala tak bermoral. Kalau bukan kat rumah, remaja sekarang boleh habiskan masa kat Cyber Cafe utk mengakses bahan2 lucah.

Lepas dah tengok benda lucah tu, diorang download pulak masuk ke handphone. Video seks pon tersebar dengan cepatnya di kalangan remaja. Sehinggakan budak 11 tahun pun dah pandai menggayakan seks dengan kawan kelasnya sebab perasaan ingin tahu.Siap buat eksperimen tu..waduh....  



Sumber Berita - Murid Perempuan Jadi Bahan Eksperimen Rakan Lelaki.

MELAKA: Usia mereka baru 11 tahun, namun tiga murid tahun lima sebuah sekolah rendah di negeri ini bertindak luar dugaan dengan meniru ‘aksi’ orang dewasa berkaitan hubungan seks.


Sumber berkata, tiga murid itu bersama mangsa yang juga rakan sekelas dikatakan berada di dalam bilik darjah di sekolah itu walaupun sesi persekolahan berakhir.

Perbuatan mereka dikesan seorang guru agama yang kebetulan melalui kawasan kelas berkenaan apabila mendapati bilik darjah itu dalam keadaan pintu dan tingkapnya berkunci, tetapi timbul rasa curiga selepas menyedari kipas masih terpasang.

“Berikutan itu, guru terbabit segera menghampiri bilik darjah berkenaan sebelum disedari semua murid berkenaan yang bertempiaran melarikan diri. Guru wanita itu yang curiga melihat perbuatan murid terbabit membuat aduan kepada guru disiplin sekolah untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin terbabit kemudian memanggil ibu bapa murid perempuan itu dan menceritakan perkara yang berlaku sebelum dinasihati membuat laporan polis dan membawanya menjalani pemeriksaan di Hospital Melaka (HM).

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati ada kesan luka lama pada bahagian alat sulit mangsa. Berikutan itu polis menahan dan merakam keterangan ketiga-tiga murid lelaki itu untuk siasatan sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan awal mendapati ketiga-tiga murid lelaki terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu (rogol) kerana perasaan ingin tahu,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan yang dibuat oleh ibu mangsa berusia 30-an dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.


--------------------------------------------------------------

Aduhai,ngerilah dengar macam ni.Sebab anak2 Ell sedang membesar dan meningkat remaja.sepatutnya mak bapak ni tak perlu ambil sikap terlalu sporting sangat.Kene keras sedikit,tapi jangan sampai anak2  memberontak.Agak sukar jugak nak mendidik dan membimbing anak2 zaman sekarang.Berat betul cabaran.errmm...entahlah susah nak cakap.




Ok,ini lagi satu kes...nampak gambar atas ni?.Gambar ni di share oleh sahabt FB dan juga seorang blogger. Ini benar ya.Tapi individu2 yang berkait dalam memberikan komen dan juga empunya status ni terpaksa Ell lindungkan atas sebab2 tertentu. Gambar ini di post ke wall FB yang mengatakan seorang muridnya darjah 2 bawa kertas ini kesekolah dan tunjuk pada rakan2nya.
Ini mungkin atas kesilapan ibubapanya yang cuai.Makanya ibu bapa,tolong jangan cuai bab2 macam ni.Silalah buang ditempat yang tak boleh dilihat anak2..lebih memalukan lagi kalau anak2 terjumpa sisa pakai buang anda.Hal2 yang macam nilah buatkan anak2 selalu berfantasy dan bereksperimentasi...hah,dahsyat tak bahasa.


Mereka ni masih anak2 hingusan..takut satu hari nanti anak2 ni cemerlang dalam akedemik,cemerlang juga dalam masalah sosial(dah nampak kan sekarang ni,ramai yang bijak pandai tapi sering dikaitkan dengan masalh sosial).Tapi malang kalau rendah akhlak dan sahsiah keagamaan.(Aduhai..aku ni cakap macam pandai).Mari u'ols..kita doakan yang terbaik untuk anak2 kita..semoga perjalanan hidup mereka penuh keberkataan dan dalam keredhoan.jauhkan segala nista dunia dan kejahatan.Taat pada ibu bapa,dan suruhan agama.jauhi larangan yang membawa kepada dosa.Amin...


Ibu bapa ni,kenelah cari rezeki yang halal..bila rezeki berlbihan tu jangan lupa bawak2lah berzakat..paling tidak pun bersedekah.insya'allah segala urusan membawa berkat.Kalau nak cerita masalah sosial ni memang takkan habis.
Doa yang berpanjangan itu perlu,selebihnya tawakal pada Allah.




Assalamualaikum...



3 comments:

Neeza.Areef said...

kita sbg ibu bapa yg sedang membesarkan anak mmg emosi tgk berita2 camnie..
semoga kita semua dijauhkan dr benda2 camnie..nauzubillah...

Zasillah Ariffin said...

betul tu apa yang ko tulis babe. mmg risau sekarang ni tak kira anak lelaki @ perempuan. semua nya kita nak kena jaga2 n hati2. kalau boleh semua nak dipantau..tapi kalau ada juga yang terlepas mmg tak boleh nak buat apa2. Yang penting doa kiat ibu bapa hari2 pada anak2 kita kena sentiasa. Semoga anak2 kita terlindung dari masalah sosial fitnah akhir zaman ni. AminYarabbalAlamin.

AzianKhalil said...

rasa takut pulak..anak makin hari makin besar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...