"Adoiaiii korunk ni,wat sakit ati jew...mencik taw"
Ha tu dia perkataan cacat.Inilah contoh perkataan bahasa melayu yang merosakkan bangsa.Banyak lagi contoh lain kalau korang boleh jumpa seperti 'shukew', 'ittew', 'namoo', 'shomel', 'windu', 'niew', 'jew' dan macam-macam lagi tapi malas nak tulis..
Korang pernah tengok video yang dibuat oleh Anwar Hadi pasal perkataan 'Ewww' tak? Sini meh Ell nak share
Ok sudah faham? Ini antara video yang terbaik dari Anwar Hadi untuk 'korunk' yang suka sangat guna perkataan rempit /comel/eww ni.
Ok lah,tak kisahlah kalau korang rasa 'sangat comel' dengan menggunakan perkataan-perkataan baru yang cacat ni,Tapi satu perkataan yang Ell tak boleh kawal emosi sangat ni.dah naik muak dan rasa mual tau tak!? Kenapalah yang asyik nak guna perkataan 'JEW' tu.
JEW tu apa?
JEW tu ganti ejaan 'sahaja', 'aja','je', 'aje', 'jer'?
Kalau nak ganti pun berpada2 la...Jangan asyik ikut trend sampai nampak kamu tu tak berpelajaran.Macam kamu tu tak baca buku langsung.Main fb pandai..boleh pun access internet.Sambil2 blogwalking ke, facebooking ke,bacalah sikit berita2 dunia, artikel2 ilmiah sikit.
Urgghhh!!!
Korang tau tak apa maknanya JEW tu!?
JEW means YAHUDI la weh!
YAHUDI = JEW
Buka kamus, buka online dictionary.Tak pun, Google je.Dalam colum Google tu letak je perkataan "JEW"Lepas tu baca...tak faham English, guna Google Translate.
Adik2 'SYUNK' (sayang),
JEW tu tak sesuai sangat nak digantikan dengan perkataan asalnya 'sahaja'
Contoh ayat;
1."Pekerjaan saya biasa sahaja"
2."Aku buat keje biasa aja"
3."Alah..keje biasa je"
4."Aq wat kewje biasa jew"
Ayat yang pertama itu adalah perkataan asalnya..kemudian dah dipendekkan ke -2 dan ke-3.Manakala ayat yg -4 itu adalah ayat yg tidak sewajarnya okeh.
Lain kali fikir dulu sebelum tulis,jangan main bubuh je.Mustahil korang tak baca apa yang korang tulis kan.Cuba baca apa yang korang tulis tu,takpun otak korang berfungsi tak nak menyebut perkataan yang korang tulis tu.Berot/senget tak mulut korang.Nak sangat rasanya cari punca siapa yang start bende ni.Azankan kat telinga dia.
Kalau ada yang sentap tu,sahih lah memang kamu guna ayat cacat ni.Siapa makan cili dia terasa pedas kan..kalau makan ubat,cepat sembuh dari sakit.Makanya jangan sebarkan lagi penyakit yang makin merosakkan bangsa melayu ni.Bak kata BellaBell "sudah-sudahlah merosakkan bahasa.dahlah susah nak tengok cerita melayu(termasuk yang menulis) sikit-sikit english,sikit-sikit korea, sikit-sikit sinetron indonesia takpun kadang-kadang telenovela(termasuk juga yg menulis).Takut nanti kalau asyik menggunakan perkataan baru yang cacat ni lama-lama hilang terus perkataan bahasa melayu yang asal..."
So,fikir-fikirkan...
Kalau ada yang sentap tu,sahih lah memang kamu guna ayat cacat ni.Siapa makan cili dia terasa pedas kan..kalau makan ubat,cepat sembuh dari sakit.Makanya jangan sebarkan lagi penyakit yang makin merosakkan bangsa melayu ni.Bak kata BellaBell "sudah-sudahlah merosakkan bahasa.dahlah susah nak tengok cerita melayu(termasuk yang menulis) sikit-sikit english,sikit-sikit korea, sikit-sikit sinetron indonesia takpun kadang-kadang telenovela(termasuk juga yg menulis).Takut nanti kalau asyik menggunakan perkataan baru yang cacat ni lama-lama hilang terus perkataan bahasa melayu yang asal..."
So,fikir-fikirkan...
Petikan asal dipetik dari http://mariatunnabila.blogspot.com/2011/07/sebab-musabab-penggunaan-perkataan-baru.html
Memang dah lama nak post pasal ni..pergi google search ada pulak yang pendapatnya sama.
5 comments:
teenagers skrg yg suka tukar2 bahasa ni..jelik bunyinya kan..
menyampah i tauu
saya mengakui saya antara mereka2 yg ada menggunakan perkataan ini...contoh : eee tomeinya...so suwiiittt....
tapi JEW itu tak pernah lah kan....
nak guna ayat2 nie, tgk2 samalah ejaan & maksudnya...
jgn folo tanpa berpikior *ihiks*
me tak merasa...sbb bagi me, teguran ini betul :)
Dee>>
rasanya dieorg tu saja ikut trend, padahal kalau cakap takdelah gitu kot..
shiela>>
i punn...:P
rasp>>
maaf ya sis kalau tersinggung.kalau word takat tomei tu ell pun kadang2 guna utk babies ke yg mmg nmpk comellahkan..atau pun english yg memang konon nak melayukan mcm sis kata tu suwit,dotter n bnyk lagilah yg masih boleh diterima pakai.tapi jgn tersinggng sis..ell fokus kat word 'JEW' tu ya.
klu dpt sms anak buah mmg x paham..gini la singkatan2 yg mcm jadian..heheh..'aje', 'gitu'..ada la guna..yg ada ujung 'w' tu ntah x penah guna kot..kdg2 maybe ada skit2...nk baca pn susah kan
Post a Comment