PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label daughters. Show all posts
Showing posts with label daughters. Show all posts

Monday, May 28, 2012

2H1M di Seminar SYAHDU~

 Assalamualaiukum dan Bismillahirrohmanirrohim..
Semalam petang selesai dah Marsha berseminar di UTM Skudai.Bengkak mata masih tak susut lagi ni.Hahah..beriya benar we'ols menagis.Sekali sekala memang nak kene hantar anak2 macam ni.Biar kasi cuci sket minda ngan hati.Maklumlah...bila makin besar dan makin bijak,kadang2 dia lebih pandai dari kita kan...Walaupun perangai tidaklah seburuk mana...kesedaran perlu ada selalu.

Ok,Ell dapat tahu pasal seminar ni dari FB page Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood .Mula2 memang sekadar nak bagi pengalaman je...tapi dari sudut lain,banyak kebaikan dan manfaat nya.Marsha pun seminggu sebelum dah seronok nak packing baju.maklum lah,mana dia pernah pergi benda2 macam ni.Apalagi camping.Selalu jugak dia merengek nak nak ikut camping sekolah..tapi we'ols masih tak boleh lah nak lepaskan dia.


 Hari pendaftaran(26 May 2012) tu punyalah semangat wajanya lepas subuh (7pg) lagi we'ols dah keluar rumah.Nak breakfast pun drive thru je kat McD.Padahal dari rumah ke UTM Skudai tu 45minit-1jam je.Pendaftaran start jam 9pg-10pg.Kan dah melangut dalam kete..huhu.

Dah register,dapat fail bagai...we'ols duduk2 sambil nasihat itu ini bla3...

  Sebelum nak tinggalkan Marsha,we'ols suruh dia bergambar ngan adik2 buat kenangan..


 Ok,bye2..selamat berseminar..:(

Yang nyata..bukan senang nak lepaskan anak2 jauh dari kita walaupun setakat satu hari.Balik rumah,tengahari dah mula rindu nak mengarah2 dia.

Hari kedua,we'ols diminta hadir jam 2ptg tanpa bawak anak2 kecik.Ell minta tolong mak datang rumah tengok2 budak2 bertiga tu.Mak mertua dah ke KL.

 Ini je yang sempat curi2 ambil gambar time ustazah Siti Nor Bahyah tengah berceramah.Mula2 dia kat tengah nun,tapi tiba2 bila nak snap dia beralih plak ketepi.huhu.

Slot Duhai Ayah Duhai Ibu tu memang sangat menyentuh kalbu.Kalau tidak menangis teresak2 pun,pasti ada yang nenitiskan airmata.Kalau takde perasaan sebak dan sayu macam tu,semestinya org itu adalah hati kering atau hati batu.Jangan lah perasan hati cekal sangat...bila sentuh bab2 mak ayah ni mesti luluh punyer..oh saya pernah dengar orang kata,kalau nangis tu tandanya memang banyak dosa.Tak kiralah apa pendapat pun...Banyak buat salah kat mak ayah ke,atau baik sangat ke...jasa mak ayah tak kan terbalas.Kita pun sebagai anak yang ada mak ayah kan...mesti tersedu sedan bila menagis tu,lebih2 lagi ada part yang d'ols bawa mayat masuk dalam dewan tu.

Ell ada carik kat Youtube pasal seminar Syahdu ni,tapi tak jumpa satu pun.Mungkin ada sedikit persamaan dengan klip kat bawah ni.

Ok,macam tulah keadan kat dalam dewan tu,sebak, hiba,sayu dan pilu.Ustazah pun sekali menangis kat belakang nun.Sampai sekarang waktu Ell enaip n3 ni,masih tak boleh tertahan nak mengalirkan airmata.Memang sangat terkesan.Ibu bapa pun kene ingat,anak2 adalah amanah.


itu adalah slot terakhir sebelum we'ols dibenarkan bawa anak2 pulang.Sebelum tu,ada sesi bergambar.

Ni,Encik suami saya dengan Ustaz Wan Akasha

Waktu masuk pintu dewan tu,ada jual gambar peserta seminar waktu hari pertama selepas solat.So,we'ols dah siap2 beli takut kehabisan.Apalagi sign autograph lah ustazah kan...

pastu bergambar pulak...haha muka selekeh,bengkak giler menagis tak hengat.Apa tak nya...bila anak menagis datang kat kita peluk2,minta maaf bagai kan..huhu huwaaaa...
Ustazah Siti Norbahyah..best,sporting dan yang penting Slim tau...kecik je pun orangnya.Tak tahu umurnya berapa,yang penting awet muda dan dah bercucu umur 4thn.

Ini gambar kenangan Marsha bersama Ustaz dan Ustazah serta barisan fasilitator.Nampak tak gambar tu dah ada signiture ustaz dan ustazah....?pasni boleh frame.

Ok,kesimpulannya seminar ni bagus!Cuma Ell malas lah nak cerita banyak...kalau nak lebih2 baik buat seminar sendiri..hehehe. Marsha pun kata ok,cuma dia tak berasa selesa dgn bilik yang kecik, kene share 6 0rg,pastu toilet kotor n tempat kediaman jauh dgn dewan...
Apa nih? komplen eh...ni nak kene cuci lagi mind dia ni...supaya bersyukur...:)




2H1M di Seminar SYAHDU~

Saturday, May 26, 2012

Puding Custard Coctail

Dessert pertama anak dara saya!.


Tak sangka boleh pulak suruh anak dara saya ni.selalu tu kalau buat apa2 nak kene repeat peat peat peat peat banyak kali.:D Ini dia yang mintak nak buat.Beriya2 benar tau.


 Nampak time ni dia enjoy mengacau custard tu.Siap nyanyi2 lg ...tapi terpaksa blur eh gambar nya atas sebab2 tertentu...:)
 Orang lain lagi sehari sekolah agama,dia cuti dulu hari khamis tu.:)


Dia yg buat...dia yg bg thumbs up eh.hehe.Ok lah tu...Cubaan pertama mmg selalunya tak menentu rasa.

isi dalam acuan pun ada yang tak penuh..hehe
but not bad la ...

Untuk resepi

BAHAN-BAHAN:-

tepung custard
susu sejat
gula
vanilla essence
air
coctail fruits(dlm tin)
plus apa2 lg buah2 yg u'ols suka.



CARA-CARANYA:-

(untuk puding)
1.Campur 1cwn tepung custard dgn 4cwn air.tambah 1/2cwn gula.masak atas api sederhana besar.

2.Sentiasa kacau sampai pekat dan proses ini mengambil masa lebih kurang 7-10minit.

3.Masukkan dlm acuan ~ikut bentuk kesukaan sendiri.kemudian sejukkan ~kalau nk cpt,masukkan dlm fridge.


(utk kuah)

4.guna susu sejat,kuantiti..ikut suka berapa bnyk nk kuahnya..tambahkn gula dan sedikit tepung custard.Ini pn agak2 la nk pekat or cair kuah tuh.Boleh tambah telur.

Senang kan..Sebab tu anak dara saya pun boleh buat.



Ermmm...ok,time ni,ketika saya tengah menaip n3 ini,saya dah mula rasa rindu nak mengarah dia.Dari pagi tadi sampai esok Marsha ada Seminar Syahdu di UTM Skudai.We'ols sebagai mak bapak ni cuba nak bagi sedikit kebebasan dalam pengawasan.Mudah-mudahan seminar tu nanti bermanfaat.

Oh ya,seminar tu anjuran SNB Kasih yang dimiliki oleh Ustazah Siti Nor Bahiyah.Penceramah dan pengendali diuruskan oleh ustazah serta suami dan anak-anaknya sendiri.Khabarnya ibu bapa yang hantar anak2 ke seminar ni semua bagi tindakbalas yang baik.Jadi apa salahnya kita hantar juga kan...tak rugi pun.Insya'allah ada banyak kebaikannya. 





Assalamualaikum.


Puding Custard Coctail

Sunday, July 31, 2011

Marsha 10th Birthday Request!


Assalamualaikum...
Baru teringat birthday Marsha kali ni tak update dalam blog.Kesian,mamanya memang hampeh sungguh.Tapi kan..sangat mengejutkan..Marsha tak minta hadiah langsung..She just asking me kalau dia boleh ada  video clip macam adik2 dia.Hmm..maknya fikir tak panjang terus kata ok!.Tapi agak kelam kabut jugaklah,sebab nak scan gambar2 dia dari baby tu semua.Pilihan lagu memang kesukaan dia buat masa ni.10 tahun tu agak bermakna angkanya.:)

Apa-apa pun,nanti bila ada kelapangan we'ols bawaklah Marsha jalan-jalan and pilih apa yang berkenan ya.So,disebabkan ini adalah n3 keciciran makanya ringkas saja.Wishes,kisses and hugs semua dah dapat,inilah nak tunjuk hasil tangan tak seberapa dari mama.Enjoy!



Maaf kualiti tidak memuaskan.Biasalah...amatur.


Marsha 10th Birthday Request!

Wednesday, January 26, 2011

Happy Birthday!! ~ Dina



Bismillahhirrahmanirrahim...
Selamat ulangtahun kelahiran anak mama&babah, Azradina Hanisha yang ke 7 tahun.Alhamdulillah,selama mama dan babah sudah membesarkan Dina, Dina menjadi anak yang baik sekali.Semoga Dina akan berterusan jadi anak yang hormati ibu bapa dan patuh pada suruhan agama.Insya'allah..doa mama dan babah sentiasa mengiringi Dina selagi hayat dikandung badan.

Harapan mama dan babah,agar Dina menjadi anak yang solehah serta peroleh kejayaan yang Dina impikan.Tetapi harus diingat,kesenangan dunia hanya pinjaman semata..yang penting kita beringat kepada NYA.Insya'Allah,selagi tidak lupa kewujudan NYA,kebaikan akan sentiasa menyebelahi Dina.

Selamat Hari Lahir!!
Dina yang manis..♥

pls stop my playlist utk menikmati klip ini..:) 

*Ini klip istimewa untuk Dina yang Dina mintak mama buatkan..berebut mama buat pagi ni,sebab masih belum select gambar2 terbaik Dina.Syukur dpt siap sblm matahari condong..heheh



Happy Birthday!! ~ Dina

Monday, November 08, 2010

Majlis Konvo Tadika~


Acara:Majlis Konvokesyen Tadika Islam Al-huda Daerah Pontian
Tarikh:7 November 2010
Masa: 9.00pagi
Tempat: Dewan Mesra MRSM (Maktab Rendah Sains Mara)


Tadika Al-Huda Pontian mempunyai 3 buah sekolah iaitu di Api-api,Ayer Baloi dan Benut.Majlis penyampaian sijil ini menggabungkan ketiga2 buah sekolah dlm satu majlis.

 Pintu utama MRSM Pontian.Terletak di Jelutong,Ayer Baloi,Pontian.

 Persembahan pertama dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi,dengan bacaan ayat2 surah lazim dan zikir.Kanan sekali dalam gambar Dina dengan memegang mic.




Persembahan ke 2 Dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi,Koir 'Your Mother'
(video edited)Video dah edit sebab audio yg tk menyenangkn..:) Suara pn lari2 tk tau sbbnya problm hp ni.

 Persembahan ke 3 dari Tadika Al-Huda Ayer Baloi selepas diselang selikan dengan persembahan dari tadika dari sekolah lain.
Dina didalam gambar ini berkedudukan antara adik cilik tengah dengan adik yg pandang belakang.:)


 Persembahan nasyid "Di Pondok Kecil"
Maaf ye..suaranya lari sikit. Masa edit ok je,tp...

 Anugerah pertama #1 dalam kelas.


 Anugerah Kecemerlangan.Siap memakai pakaian lengkap jubah.:)

Syukur,semoga terus cemerlang.

Last post dengan sijil dan hadiah2..

Tamat sudah sesi pembelajaran di Tadika Al-Huda.Semoga dapat dimanfaatkan.Sebelum balik,Dina sempat meninggalkan kenangan bersama teman akrab nya Nana.



*Amacam simple tak posting ni.Asal u'ols paham..
*Bakal berjumpa Aryan penyambung generasi di Tadika Al-Huda Ayer Baloi untuk 2 tahun yang mendatang.





Majlis Konvo Tadika~

Saturday, July 24, 2010

Happy Birthday Marsha !


 My dotter is turning 9 now.


MARSHA,
WE'OLS WISH YOU THE HAPPIEST BIRTHDAY!!
 HOPEFULLY MAY ALL YOUR DREAMS COME TRUE,
AND AS LONG AS KAMU INGAT PADA-NYA,
INSYA'ALLAH APA YANG KAMU HAJATKAN AKAN TERMAKBUL.

DARI KAMI AGAR KAMU MENJADI  YANG TERBAIK,
DARI SEGI APA SEKALIPUN,
KALAU ADA APA2 KEKURANGAN DAN KELEMAHAN,
TERUSKAN USAHA UNTUK PERBAIKINYA.

HAPPY AND HAPPY ALWAYS
HAPPY PERSON DON'T COMPLAINT OK.
CUMA JADI ANAK YANG BAIK
SERTA KAKAK YANG BOLEH DI CONTOHI

LOVE YOU BUNCHES!!
~MAMA & BABAH~


Ok,nk wish banyak2 pun..mama selalu bebel2 ke kamu bende yang sama je..tak pe lah,hari ni hari kamu,just enjoy!! tentang wishlist kamu,akan dipertimbangkan..banyak sangat,akan cuba ditunaikan tapi bersyarat ya...ehm ehm...kamu pun tahu kan...:)










Happy Birthday Marsha !

Monday, June 07, 2010

Marsha yang BARU~


Mula2 sekali nak beritahu story ni agak terlewat sket.Sebenarnya Marsha yg BARU ni lebih kurang 3minggu yg lepas.Masalahnya,Ell sangat2 sibuk sampai tk sempat nak update citer.Memandangkan sekolah pun dh cuti..masa tu bleh lh di adjust sket...:)


Nmpk tak anak ku? kecik2 dh mengalami kerabunan.Aih,kesian pulak tengok nyer..

Ok,nak dipendekkan cerita..Marsha dah mengadu yang dier tak berapa nmpk kalau cikgu die tulis kat papan hitam sejak pertengahan tahun lepas.Tapi maknye ni buat don't no je sbb mcm tak caya n lebih pd ingatkn dia saja nk pakai sbb nengok ada kwn yg lain pakai ke.Setiap kali balik sekolah mesti dok komplen tak berapa nampak papan hitam n buat muncung sbb cikgu tk kasi duk depan.Kata cikgu,kat depan utk budak2 yg tak berapa pandai n kurang tumpukan perhatian.

Pernah juga belikan die ubat titis PERMATA HIJRAH yg top tu..die pun dh kurang komplen dr sebelumnya walaupun kdg2 komplen gak.Jd nk djdkn cerita,kebetulan pulak MIL nak tukar lense spec die sbb dh blur sebelum berangkat mengerjakan umrah aritu..

Time tu lah digunakan utk mengambil kesempatan test mata Marsha sekali.Bila cek,tengok2 power die 200++.Hui..giler ah! Terkejut ni maknyer...silau pun kemain tinggi gak.Siap suruh test lagi 2 kali..


Proses test mata yg mula2 dilalui.
Mmg comfirm, komputer tu tk menipu..


Test skali lagi power yg sesuai dgn Marsha sambil dperhatikn atuk n tuan kedai tu. Memandangkan 1st timer,so power Marsha dikurangkan sedikit.


Pilih frame yg sesuai..
And....
Tadaaaa....

Nilah dienyer..Marsha dh bertukar wajah.
"Mama tengok kamu ni dh mcm makcik2 pun ye jugak.hahaha.Eh tp cun..:) Macammanapun kamu, kamu tetap anak mama yg sweet...ni dh pakai spec ni,no more komplen2 yer,blajar lagi pandai..dh takde alasan tak nmpak ya..."





JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)








Marsha yang BARU~

Sunday, March 21, 2010

Kemaman & Cherating


Salam..
Minggu lepas agak sunyi blog Ell ni tanpa sebarang n3.Maklumlah,cuti sekolah u'ols..bawak kidz gi holiday.Tapi tak dpt lama2 coz MIL agak bz dgn mcm2 jemputan.Sedar tak sedar n3s Ell yg ke Pantai Timur tu dh nk dekat setahun rupanya.Tapi kali ni tak lah memenatkan mcm dulu..more to berlibur santai je.Ell pun bnyk duk kat umah je.Dgn cuaca yg terik tk sanggup nk meredah..
Sebenarnya tujuan utama is melawat BIL2 yg tk berapa sihat n we'ols budget 3 hari je utk berada disana.Plan punya plan SIL4 yg dr Hulu Langat pun nk joint sekali.Al kaedahnya pada 15 mac 2010 we'ol geraklh dr tempat masing2 n perjalanan dr Ayer Baloi,Pontian mengambil masa hampir 6-7jam utk tiba di Kemaman.Manakala SIL4 yg dr Hulu Langat memakan masa 3stgh jam saje.Memandangkan perjalann we'ol yg memerlukan masa yg agak panjang,terpaksalah we'ol gerak seawal pagi yg boleh sbb nk elakkan tiba pada waktu malam.

Perjalanan yg jauh memang memenatkan..
Dirumah BIL2 dgn suhu hampir 40'c

Sebelah malam we'ols berkumpul kat rumah BIL2 sambil menjamu mknn yg MIL masak siap2 dr kampung..Org tua biasalahkan,nk jumpa ank pun susah payah siapkan mknn.Apalagi kalau ank2 nk balik ke kampung.:)

Keesokan harinya(16mac) we'ol gi picnic kat Cherating tempat SIL4 bermalam.Kemaman ke Cherating mengambil masa 10 minit shj.Cuaca yg panas mmg sgt menduga kesabaran.
Nasib baik hsbn trgerak nk bawak tent ni.Puas dh mandi manda,d'ols berlonggok sambil isi perut yg dok menggodak dr tadi.

Sebelah petangnya,sgt sesuai utk ronda2 sekitar bandar Kemaman.Dan,apa yg penting dicari pd waktu petang is sata yg mabeles di Kemaman.SIL4 pulak sambil mencari kedai kek yg best + lain2 mknn sbb nk menyambut birthday salah sorang ank perempuannya yg ke-12 langsung menyambut kejayaan anak lelakinya yg berjaya mndpt 10A baru2 ni.

Haa..ini adalah sata n otak2 yg terbaek yg terletak di Pantai Geliga,Kemaman.Habis2 MIL interviu,rupanya kedai sata kat Geliga ni bukak juga pada waktu pagi.Apalagi MIL n SIL4 order RM30 sorang utk dijadikan ole2.Murah tau sata ni satu cucuk 3hinggit n setiap cucuk ada 10 butir.kalau kat tempat lain,paling murah pun 3hinggit 9 butir.Pulak tu,pakcik tu bg xtra lg 6 butir.Bezanya pula otak2 disini brbnding ditmpt lain ialah isinya yg merupakn hirisan isi ikan tenggiri semata + adunan bahan penyeri intinya yg best..
Tmpt trletaknya sata yg best ni brdepan dgn Dataran Tok Guru (brdktan dgn pantai,tmpt berceramahnya Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan  sekiranya beliau dtg ke Kemaman). Dikatakan mmg tramat sesak dikawasan ini bila ssekali beliau hadir n brceramah.

Maaflah kejadian sebelah mlmnya takde langsung gambar dlm simpanan Ell.But mmg seronok berkumpul dgn beberapa fmly members n cerita tah hape2 je.Oh ya.brkenaan ank sulong SIL4 yg dpt keputusan cemerlang dlm SPM baru2 ni tu...rupa2nya dia nk melanjutkan pengajian dlm jurusan kedoktoran..Insya'Allah,mudah2an berjaya.:)
Aih,malas dh Ell nk citer panjang2,Ell pendekkan jelah ye.Esok paginya(17mac)sebelum berangkat pulang,we'ol singgah kedai jual sata tu utk mangutip hasil order'an petang semalmnya..:)Ngam2 lps we'ol gerak,rupanya angin yg sgt kuat tlh merempuh bandar Kemaman dn bermula dr pantai Geliga..huhu,mmg we'ol bernasib baik.Dan bermulalah hujan rintik2 membasahi bumi yg gersang...:P

Ini adalah tempat SIL4 n her fmly bermlm.We'ol trpaksalh singgah krn ankku telah di kidnap..n biasalah budak2kn, kalau dh jumpa sepupunya tmbah lg ada pool...kan menggelitik nk menerjah.:)
Tk sabar nk swim ni..

"Bila hujan nk benti ni kakak"

Yey! akhirnya..
Gelagat sesama mrk. si Aariz pn tumpang sekali.Tngok tu...mcm dh paham je dia..

Sblm tgh hari we'ols terpaksa packing all da stuffs n gerak pulang.Lps zohor SIL4 checked out dn we'ols berpisah utk menuju ke tujuan masing2.Dlm perjlnn tu,bnyk tempat yg menjadi tempat perhentian.Memula berhenti dikawasan org asli di muadzam shah,pahang sbb hsbn ingat dia terpandang buah tampoi..tp rupanya buah asam paya yg sgt hebat masamnya..;)

 MIL kata,kalau buah salak nak jugak dibeli nya.

Ok lah,nk sampai kerumah tu we'ols singgah mkn(segamat),beli durian(yong peng),brhenti mkn n smbhyang,beli bunga(ayer hitam) beli 3jenis sup(sup kambing,sup lembu n bakso) ini dh nk tiba rumah we'ols dah.Itu ini w'ols sampai rumah kul 9mlm.Mmg penat n lepak sangat,lps mkn we'ols belayar pula  ke dreamland..:)

Alhamdulillah,start haritu hari2 hujan sampai keharini.Ell pun dh tk thn sejuk sgt sampai batuk n demam dibuatnya.Dan lg satu yg Ell perasan adalah kaler kulit memasing dh mcm coklat2 dodol gitu...haha tp dodol perisa durian la yg lite sket kaler nye...sekali ngan si kecik Aariz.Agak2 kalau sebulan we'ols stay kat Terengganu tu kenal tk org kampung di Johor kat w'ols smua...hai entahlah.





Kemaman & Cherating

Tuesday, January 26, 2010

6th Birthday ~ DINA

Tuesday,January 26,2010



HAPPY BIRTHDAY TO


DINA

Buat anak mama yang manis,mama ucapkan selamat ulangtahun yang ke-6.Walaupun sambutan yang tak seberapa,mama harap Dina gembira dihari yang amat bermakna.
Buatmu anakku,
Semoga terpelihara senantiasa langkahmu..
Semoga jadi anak yang solehah..
Manfaat dunia akhirat..
Ahli harta, ahli ilmu, ahli syurga..
Amin..

6 tahun yang lalu
Maha Suci ALLAH yang menciptakanmu anakku..
Sihat, lengkap jasmani dan rohani..
Alhamdulillaaahh.. tak henti bertahmid padaNYA..

Kini, 6 tahun usiamu anakku..
Semoga ALLAH senantiasa menjaga dan melindungimu..
Sehingga engkau menjadi salah satu perhiasan dunia..
Wanita solehah yang menyejukkan hati..
Dan kelak di hari akhir..
Semoga engkau menjadi bidadari penghuni surgawi..
Kekal abadi dengan iman yang terukir di hati..
Amin.. amin.. ya Rabbal Alamin..
"SELAMAT HARI JADI DINA"

* (sebak pulak hati,tersa semakin meningkat usia ni..:)
6th Birthday ~ DINA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...