PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Showing posts with label kids. Show all posts
Showing posts with label kids. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

Sarapan dan bekal~


Assalmualaikum...
kesian blog ni.Lama sungguh kena tinggal tuan..:D Sebenarnya ada je setiap hari surf internet segala,cuma tak berapa rajin nak ketik-ketik keyboard post apa-apa.Tapi hari ni agak tergerak hati nak menulis tentang sesuatu.Manalah tahu hari ini sebagai permulaan,dan mungkin esok lusa idea bertalu-talu. 


U'ols atau pun anak-anak, sarapan tak waktu pagi atau nak pergi sekolah.Haa..cek betul-betul rutin harian u'ols ya.Kesian lah tengok adik-adik yang kecik-kecik tu pergi sekolah sakit perut,masuk angin.Pastu nanti muntahlah,peninglah,pitam lah.hai,jangan buat naya.Menyusahkan orang keliling je.Lebih-lebih lagi cikgu,nak mengajar pun jadi tergendala.

U'ols tahu tak otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah. Sarapan pagi dikatakan dapat mencergaskan minda jika dijadikan sebagai rutin harian yang penting untuk kehidupan yang lebih berkualiti.Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.(langsing tu tak kukuh lagi)ahakss

 Sebenarnya,pengambilan sarapan pagi tak perlu terlalu berat.Cukup sekadar sekeping roti,segelas susu atau cereal/bijirin.Tetapi,jika memilih makanan yang kaya dengan karbohidrat yang memberikan tenaga,ia mampu menahan rasa lapar dan keinginan untuk makan diantara waktu sarapan dan makan tengahhari.Kata pakar,kesan nya amat positif terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan waktu pagi.Mereka lebih fokus dalam pelajaran dan boleh menyelesaikan masalah terhadap pelajaran dengan baik.


Ok,untuk anak-anak Ell sejujurnya sejak dari sekolah tadika Ell dah bekalkan d'ols dengan sarapan dari rumah.Dan sampai sekarang pun Marsha dah darjah 4 masih bawak bekal tanpa malu.Patut Ell berterima kasih dengan cikgu-cikgu sekolah tadika tu jugak sebenarnya.kalau sekolah Tadika Kemas d'ols mesti sediakan makanan untuk murid-murid.Sebab tu Ell ingat lagi orang ramai yang kata Tadika Kemas tu sekolah makan..:)

Mula-mula register Marsha sekolah Tadika Islam tu dulu,agak kecewa sedikitlah sebab pihak sekolah tak sediakan makanan.Murid-murid kena bawak bekal dari rumah.Dan d'ols boleh berkongsi dengan kawan-kawan atau cikgu di sekolah.Time tu Ell ingat lagi terpaksa bergigih bagun awal-awal pagi nak bikin sarapan yang sedap-sedap.Maklum jelah,memang dah tahu cikgu-cikgu akan rasa juga bekal murid-murid :) Kata orang "alah bisa tegal biasa"kan.Lama-lama dah jadi kebiasaan n tak kisah nak menumbuk cili untuk nasi goreng kampung seawal 6 pagi.(kadang2 dia dh request malam sblm tidur).

Untuk pegetahuan,apa yang dikatakan sarapan ialah pada waktu 7-9pagi.Orang yang mempunyai penyakit seeloknya ambil lebih awal iaitu pukul6.30pg.Sarapan sebelum pukul 7pg adalah sangat baik untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.

Sebab itu,Ell pastikan anak-anak Ell ambil sarapan sebelum pergi sekolah dan bekalkan juga dengan sarapan tu.Sekali sekala je bagi duit belanja sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali,kadang-kadang seminggu sekali pun tidak.Nasib d'ols tak de komplen apa-apa.

Ini bekal anak-anak Ell ke sekolah.Yang merah Marsha punya,n yang pink Dina punya.gambar ni ambil sebelum cuti sekolah haritu,sekarang botol air Marsha lagi besar dengan air penuh.Alah,botol nestea yang macam dalam iklan tu...."goncang botollah..bukan badan..." 

Ok sarapan pelbagai ya..tengoklah internet.Dah ada kemudahan kan.Selalu search resepi mat salleh yang simple2 lah.Paling cikai pun nuget or frankfurter n fries.Tu kalau terbangun 'awal' lah.Kalau bangun lagi awal boleh buat murtabak simple,sandwich,mini pizza guna roti,penkek/lempeng,baked bean,lasagna,frittata,murtabak meggi,sosej roll n macam-macam lagilah.Paling terdesak pun roti sapu jem,kalau sempat toast akan di toast.Tapi yang penting roti mesti ada setiap hari kat rumah. 

Salah satu kebaikan bawa bekal makanan dari rumah ni,kebersihan kita yang kawal.Makna nya dijamin bersih.Anak-anak Ell jarang bawak duit saku pergi sekolah.Bukan masalah kewangan,cuma nak biasakan budak-budak ni tak main sangat dengan duit.Melainkan ada keperluan di sekolah yang memerlukan duit.
Citer pasal duit belanja sekolah ni,teringat Ell waktu Marsha darjah 1.Time tu memang terlewat habis nak prepare sarapan.1st time bg dia duit belanja.Bagi 50sen je sebab dah bawak bekal air.Kalau 50sen tu cukuplah sebungkus nasi lemak katanya.Balik sekolah je sebagai mak yang prihatin ni(eceh) tanyalah kat sekolah beli makanan apa?Si anak pun jawab beli tempe goreng(fav dia tu).Ok,tapi yang tak puas hati ada ke dia bayar semua 50sen tu untuk sekeping tempe yang harga 20sen.Dia seboleh2 argue yang makcik kantin kata tempe tu 50sen.tak logik kan,sebab tempe tu kecik je.Lepas tu 2 tahun jugaklah tak bagi dia duit belanja.Bukan takat tu je,siap belanja kawan pun ada,beli pemadam lah,pensel lah...murah hati betul tau.Tapi bagusnya sikitpun dia tak merengek nak minta duit belanja sekolah.Pada dia bawak bekal tu tak de masalah.



Sarapan dan bekal~

Monday, February 07, 2011

Cuti CNY~

Hai hai hai....
Panjang cuti ya u'ols..seronok?Ramai yg Ell perasan ambik kesempatan pergi melancong pada cuti panjang ni.Tak kiralah dalam negara atau luar negara.Budget lebih boleh seberang laut kan.Ell tak kemana pun u'ols...sebab BIL1 n fmly balik kampung plus MIL kene masak briyani n lauk ayam untuk open house manager kepada En.husband saya. :) Tapi ada xtvt we'ols..bukan duk melangut je kat rumah.

Ok,sebenarnya hari isnin n selasa kids masih sekolah,untuk sekolah agama.Maklumlah,mana ada pelajar or cikgu cina kan.Makanya hari rabu baru start cuti.Petang rabu BIL1 n fmly tiba tapi sebelum tu Ell ngan MIL ni kencang jugak ah masak gulai asam pedas ikan sembilang yg fresh.If u'ols pandai makan,mesti u'ols trliur niyh.Tu sebenarnya gulai wajib kalau anak2 MIL balik kampung.Ok,enough lh ye.(sori no gulai pic) 

Hari khamis we'ols dah plan nak bawak kids gi horse riding sebelah petang lepas balik dari open house.We'ols pun 1st time nak gi situ.Exited kemain lagik.Untuk pengetahuan,tempat riding horse tu tak jauh dari tempat we'ols..tu yg macam tergedik2 je.weather pun hari tu just nice..tk berapa nk panas,mendung nk hujan pn bukan..sedang2 je.

Tempat ni dalam daerah Pontian,kawasan kampung.
~PT.Wak Rabu~

Ok,we'ols dah sampai...kids sangat teruja!:)
 Pintu gerbang yg menyambut kedatangan we'ols..

Ok,meh2 explore apa ada kat dalam.Tapi sebelum tu Ell nak nasihatkan supaya jangan termuntah plak dengan n3 yang melampau banyak gambo ni ye.Ni pun dah edit...ngee..


Antara facilities..

Antara  horses pictures
Ni semua horses yg sangat suman (baik2)

 Tapi jangan yg sekor ni.Orang lain tak boleh tegur sebarang,nk meradang je.Nampak tu ada caution..Tak padan kecik okeh.Ada sejarah sebelum ni ada kids yg pernah kene gigit perut lah,mulutlah..huhu danger!

Kardo baru balik jalan2..:)

Mari beramah mesra bersama Kardo

Da kids..

with Kardo

background Bilal...bleh amik pic dr jauh je...

proses hancurkan rumput utk mknn ostrich.




 

Memandangkan baru lepas musim hujan,xtvt horse riding trpaksa break dulu sebabb struktur tanah yg lembik.Kang trbenam kaki horse tu susah plak...sapa nk jawab...So,we'ols bersembang jelah dgn staffs yg ada...Macam2lh yg diborakkn...n tumpang bangga owner this farm is bangsa melayu dan yg penting,anak jati Pontian.Mesti bnyak duit tu...imagine sekor2 horse yg dibawa masuk kosnya lebih kurang RM70k...pergh! nk maintain lg,maintain tmpt,gaji pekerjalh, lain2 lglh..








Meh snap pic sana sini..:)

siap ada signboard petikan surah lagi

"And (He created) horses , mules and donkeys for you to ride them, and as an adornment. And He created (other) things of which you no knowledge" surah 16 An-Nahl

ATV riding pun ada..

 relaxing view....

Ok,alls..buat masa ni tak dapat jumpa boss lagi n tak tnya pn berapa kos utk horse riding,penginapan or pakej lain yg disediakn.But surely we'll be back soon...promise!! :)



Cuti CNY~

Monday, August 09, 2010

moment with newborn baby contest~

 Contest anjuran Mrs.Simplycity


Untuk terma dan syarat sila ke link beliau 

Hadiah-hadiah lumayan yang bakal dimenangi oleh pemenang 
grand prize : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM50
1st runner up : sepasang baju raya casual jenama PONEY beserta duit raya sebanyak RM30
2nd runner up : duit raya sebanyak RM30


"MARILAH KITA MENGIMBAU KEMBALI SAAT- SAAT MEREKA KETIKA BAYI"


Penyertaan Pertama

nama : Marshalina Manisha Binti Aminulrashid
tarikh lahir : 24/7/2001
berat semasa lahir : 3.4kg
umur ketika gambar diambil : 5 hari
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : buah cinta antara Ell & Suami yang pertama.masih tak percaya dalam usia semuda  Ell 20tahun dan suami 23tahun dah menimang cahayamata.Sebaknya rasa..


Penyertaan Kedua

nama : Aryan Iskandar Bin Aminulrashid
tarikh lahir : 26/11/2007
berat semasa lahir : 3.6kg
umur ketika gambar diambil :  3 hari
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : anak ke-3 tetapi lelaki yang pertama.Suami Ell tak dapat menahan rasa gembiranya dia sehinggakan menangis berjurai2 airmata.Syahdunya disaat itu..


Penyertaan ketiga

nama : Aariz Arslan Bin Aminulrashid
tarikh lahir : 26/1/2010
berat semasa lahir : 3kg
umur ketika gambar diambil :  3 jam selepas dilahirkan
nama ibu : Ellymaswati  Mohd Zan
email : lady.ell@hotmail.com
cerita disebalik gambar : putera bongsu ni sangat menyenangkan sehingga kan nak melahirkan pun macam tak terasa.pergi hospital bukaan 'almost' dan ...(kisahnya DISINI


Dengan lafaz bismillah,Ell menyerahkan penyertaan ini kepada penganjur contest.terima kasih.Lafaz Alhamdulilah akan menyusul kemudian sekiranya salah seorang peserta dari blog ini akan menang .hihihi...
 
Jom u'ols join reramai sebab hadiah agak lumayan dan bukan anak sendiri juga adalah dibenarkan.




moment with newborn baby contest~

Sunday, June 27, 2010

Kisah dikolam renang~


Salam u'ols..
Sambungan n3 lepas.. trpaksa Ell skip aktiviti siang yer.Masalahnye kalau nak citer pun satu gambaran langsung takde.Tapi utk ringkasan bolehlh dihuraikan disini,

1.Hubby n SIL4 gi IKEA
2.Big girls gi ice skating n tengok wayang @ Sunway
3.Ell,BIL1's wife n kids gi swimming @ Kelab rekreasi tentera udara,Subang.
4.MIL rehat kat rumah.(sian die penat)

 Oh ya,kelab rekreasi tu BIL1 jadi membership sbb dia selalu main golf kat situ.kelab tu tak tertutup utk tentera udara je..sesiapa yg kerja gov,nk jadi member boleh je asalkan dgn bayaran tah berapa setahun Ell pun tk amik tau.hehehe.
 
Kat kelab tu ada sketsa sebenarnya..hahahah (Ell gelak dulu yer) Memula tiba, adalah sorang mummy ni bawak ank2 dier..ngam2 our kids terjun je dlm pool semua naik.Ok,bukan itu citernye.hihihi..

 (ni gambar lama Marsha time umo 4-5bln)

Macam ni,tengah seronok2 our kids berenang2,datanglah sorang pakcik cina,bersembang2 dgn ramah mesranya ngan Ell n BIL1's wife (fasih berbahsa melayu,kira mcm kalo suruh nyanyi zapin pun boleh lah..hahaha).Siap main2 ngan Aariz.Pastu tiba pulak sorang remaja...Sangatlh ramah tamahnya tapi setiap patah2 perkataan nya tu susah sgt nk faham..(lidah cina) we'ol saspek anak pada uncle tadi tulah..sebelumnya tu,uncle tu kata dia ada 2 org ank lelaki,sorang di London n sorang lagi umo23 tahun tinggal dgn die.BIL1's wife agak itulh ank nya.

Dan..bila dia swim,dia terjun kat pool kanak2..we'ol anggap tu masih normal lah kan..yg seram nye tu,dia cakap sensorang lh u'ols..adoyai,kesiannye..so,our kids jadi takut.Semua keluar dr pool sambil berlari2 anak.Yang tak tahan nye tu Aryan tanya kat Ell kenapa dgn owang tu (sambil menunjuk2)..:) BIL1's wife explain kat d'ols yg dat guy sgt sunyi sbb abangnya belajar jauh,so die mcm takde kawan nk bermain n berbual.Makanya sbb terlalu taksub dgn belajar,benda tu jadi tekanan pada die.

Dalam lebih kurang 5 minit mcm tu,.remaja tu cuba nak berbual ngan uncle yg we'ol saspek ayahnya tu..tp tk dilayan...Telahan we'ol meleset sama sekali...(bukan dia punya bapak lorr) So,dia cakap jelah sensorang tk henti2.Kesiannn...Hari makin petang makin berduyun pulak yg dtg.Sib baiklh ada yg nk melayan budak tu..Yang bestnye,Dina (2nd dotter) siap bgtau other kids yg lebih kurang sebaya dgn die pasal dat guy yg 'kureng' tu..hahaha..ramah pulak anak ku tu yer...

Mandi punya mandi dh berjam2..BIL1 bg isyarat 'TIME'S UP!!'.So,fahamlh we'ols..hari pun dh nk maghrib.Tapi sblm tu singgah mengisi perut kat kafe kelab tu sbb all da kids dh merengek kelaparan.AstaghfirullahAlazimm...(Ell mengucap dulu yer) yg amik order,serve arak kat org2 kapir ni semuanya org kita,melayu.Yang menambah kemusykilan,d'ols boleh selambadak minum guna gelas yg besar (siap ada cop nama air setan tu).Ell takmo bersangka buruk..mungkin air teh lemon ke atau apple,tapi kenapa mesti guna gelas tu..ish!!!

Aih,ruginya takde gambar2 kejadian...

Sebenarnya Ell dh mintak niece tranfer gambar2 aktiviti tu kat ext hard disc hubby,tp tk sempat pulak.Kalau minta emel,mesti besar pulak saiz gambar2 tu katanya..apa nak buat..memory dlm kepala jelh yer..harini niece tu bakal berangkat ke Vietnam 6hari.Take care dear Aisya...
Ok,u'ols...ada sambungan lagi eh.







JANGAN LUPA 
KLIK SINI (GAMBAR)




Kisah dikolam renang~

Wednesday, June 23, 2010

Di Hulu Langat~

Salam...
'Life Of LadyEll' still not dead ya,but in coma just for 1 week.Hahaha.Aduyai u'ols..sebenarnya Ell tgh carik semangat nak mengupdate blog ni.Mekasih buat sesape yg sudi jengah sini even Ell tk de n3 pun.Mekasih SHIELA dn yg lain yg Ell perasan banyak sgt berkunjung tak putus2. 

Last n3 Ell tu sebenarnya autopublish dr rumah SIL4.Tapi adoi mak..sakitnye line internet die..tak sanggup nk tunggu.Ingatkanlah nak update se-entry-2,tp kalo tunggu lama bleh sakit jiwa raga lh u'ols..itupun Ell amik yg dh ada dlm draft je. 
Takpelah,yg penting Ell masih ada bende yg nak dicerita.Tidak lh koma yg sebenarnya yer..

Petang isnin 14 Jun 2010 tu,we'ols gerak dr Ayer Baloi,Pontian menuju ke Hulu Langat jam 4.30ptg.Setelah singgah kt rnr jejantas ayer keroh dlm stgh jam,sampai pun cantik je ngam2 sharp 8mlm.Oh ya,parents anak sedare ni turun KLIA dr umrah hari rabu..jadi we'ols saje je singgah rumah SIL4 utk d'ols berseronok2 utk 2malam.Macam biasalh,kidz kan suka swimming...bila stay kat Hulu Langat tu,mmg itulh kejenya..


Masih ingat gambar ni,KLIK SINI untuk lebih lanjut.Sebenarnya Ell takde amik gambar apapun kat umah SIL4 kali ni,sebabnya activity lebih kurang je.Melainkan guys yg turun FISHING POND nak tengok world cup kat tiwi astro sports.Cuma yg Ell ralat sket hari ke-3 kat situ,(sebelum bertolak ke Shah Alam) trlupa langsung nk snap gambar time we'ols ala2 picnic kat  kolam tepi rumah.Menunya nasi ayam madu. 


Ni Aariz yang baru terjaga dari tidur time we'ols sedang berpicnic.

Hari rabu,lebih kurang jam 4 we'ols termasuk SIL4 n fmly gerak ke Shah Alam...

TO BE CONTINUED~

Tunggu Ell nyer next n3 ya u'ols..dh kul 11setengah tgh hari ni Ell masih lum jengah dapur.kang apa plak kata MIL.




KLIK SINI (GAMBAR)

Di Hulu Langat~

Tuesday, June 08, 2010

Gi jalan pun tido.


Hai alls..
Dalam cuti sekolah ni kan,Ell n hsbn kena tengok2kn anak2 sedare yg parent d'ols gi umrah dgn MIL.So,d'ols ni dihantar balik kekampung utk diamanahkan pd we'ol suami istri ni.Dan untuk menambah stok keperluan d'ols,hsbn bawak d'ols gi TESCO Kulai yg perjalann nya dr Ayer Baloi lebih kurang 20minit melalui highway.

Tapi bila sampai,tengok je lah si Aryan ni.Belum kemana2 pun dia dh terlelap dulu.

 sedap je dia tido ni ha.tambah pulak duk kat sebelah fridge,sejuk je kan rasa..:)

 org lain siap bergambo lagi dgn die yg tido tu..tak sedar jugak..ish2,lena betul die tido..

beberapa ketika memilih barang2..

Aryan tetap jugak tido..

Dan masih lagi tido..

Ni gambar masa menghala pergi.Mmg nmpk sangat muka Aryan dh mula ngantuk dr awal.

Tapi lps tu bila nk balik, segar pulak biji mata dier.




JANGAN LUPA 
KLIK SINI(GAMBAR)





Gi jalan pun tido.

Thursday, May 13, 2010

Ada show ape nih? (klip)


Salam alls...
Ingat tak posting Ell pasal Aryan yang bikin kecoh tu..alah,yang terkunci kat bilik mandi tu...Haa..kalau u'ols nak tau apa dier buat kat bilik mandi tu lelama,sampai berejam pun die tahan..inilh pe'el die..
Tengok klip bawah ni..

*pause/stop playlist side bar..

Dengar tu,die buat show nyanyi kat dlm...tah bape org penyanyi die panggil.:)
dan disebabkan klip ini telah ditapis oleh pihak yg bertanggungjawab..maka klip itu tak dapat diteruskan.Tapi,pihak rakaman merayu untuk melancarkan klip tanpa gambar..:D

So u'ols,dengar jelah suara nyanyian penyanyi2 undangan dak Aryan..:) Taylor swift ader,miley cyrus ader,lady gaga pun ader...jgn tak caye..hahaha lady gaga ke lady mama..ape2lah!


Ok,dah2 ler tu..mamanya nak masak.Leka melayan budak2 camni...



*posting rengkas utk hari ni..kata org,jgn takde..:)
Ada show ape nih? (klip)

Tuesday, May 11, 2010

Disebabkan hari ibu~


Terharu Ell bila ank2 dah besar n susah2 nak wish 'happy mother's day' pastu cuba nak buat some artwork.Yang si Marsha siap buat kad,n Dina bagi flower yg dihadiahkan dr cikgu dier.Lepas tu time bg kad tu suruh mama nyer ni baca then d'ol 3 beradik nyanyikan lagu..something yang Ell rasa 'owh..sooo sweet'.Aryan? ikut kan aje.:)


Alahai...anak2 mama ni sungguh2 nak happy kan mama.Siap sempat bertengkar bila Aryan dah pecah rahsia dgn bagi flower tu kat mama dulu..tersenyum2 Ell time tu,tp masih buat2 tk tau.Memang Marsha dh plan katanya nak bg sama2.Walaupun hasilnya tak seberapa,tp Ell hargailah sgt2 usaha keras d'ol tu nak bg
'sesuatu' kat mamanya ni.

Yg babah dia pulak rupanya mmg dh tau dri awal2. Sbb tu dia tk buat/belikn apa utk kita kaum ibu ni. Wlaupn dia dh tau,tp dia tk tau mana rupa bnda yg anak2 dia buat utk mama n atok dia. Ell tk kisahlh..tp apa yg Ell nmpak rupa2nya lps tu dia lg feeling dri Ell bila dia tengok n baca sndiri apa yg anak2 dia ni buat,trsenyum memanjang tp mata brgelinang.



 U'ols tengok sentence ni bukti d'ol beriya2 nak nyanyi:-
Marsha pegang lyric sambil nyanyi dgn Dina.Aryan pulak buat echo n huming je..biasalh backup singer..:)

♪                 ♫
You are my mom, my only mom
♫  You make me happy everyday
I hope you know mom, how much I love you ♪
So please don't, take my mom away.

(tune:you are my sunshine)

pastu d'ol nyanyi lagi.ingat dah habis..

♫ ♪
happy mother's day to mom ♪
♫ happy mother's day to mom
happy mother's day..happy mother's day to mom ♫

(tune:happy birthday to you)

Kalau lah Ell dapat record time tu....tentu seronok buat kenangan.:) Tp Ell rasa mcm sekelip mata je.Budak2 biasalah kan semuanya nak berebut.:)Apa2 pun anak2 nilah yang buat Ell rasa happy.d'ol antara bahagian hidup Ell yang membuatkn Ell rasa sangatttt..bahagia..:)




*Bunga tu Marsha beli dkt sekolah dia mnggu lps yg djual khas utk hri ibu.
*Wlaupn ayatnya ada yg brsepah,tp niatnya tu sudah cukup utk mmbuatkn kita trsentuh hati.
Disebabkan hari ibu~

Thursday, January 21, 2010

Alhamdulillah..


Salam semua..
Buat pengumuman.., Ell telah selamat bersalin pd pkl 2.10ptg td. 3kg baby boy. Ell tidak menghadapi apa2 masaalah sewaktu melahirkan. Skrg Ell n Baby berada dlm keadaan baik. InsyAllah esok tgh hari Ell n Baby akan dibenar pulang ke rumah.
Di bwh ni ada disertakn gambar Babynya. Buat kwn di fb yg dh brtanya brhubung nama, emm.. tgh difikir2kn lg..


(ada rupa Marsha..Dina pun ada..tp rasanya bnyak rupa abg dia Aryan)

Disini, saya suami Ell mewakili Ell..ingin mengucapkn brbnyak2 trima kasih pd semua kwn2 Ell @facebook mahupun Blog atas doa n kata2 perangsang yg dihadiahkn buat Ell. Sedikit-sebanyak dptlh juga membantu serta mmpermudahkan lg Ell dalam melalui masa2 hingga selamatnya bersalin hari ini. Sekali lagi Terima Kasih..


Alhamdulillah..

Thursday, December 03, 2009

25th Nov 09~Sg Serai




1st af alls,Ell nk ucapkan terima kasih pd u'ols yg wishing me a happy birthday.Ell hargai sesangat..Thnk u,thnk u, and thnk u forever more.! *Smooochh & Hugsss*
Sprti yg u'ols tau,Ell menyambut raya haji bersama family di Shah Alam (rmh BIL1).Utk hari pertama we'ols singgah dn bermalam di rmh SIL4 kat Hulu Langat.Sebelum tu,we'ols gerak dr Pontian lebih kurang jam 9.30pg dn tiba dirumah SIL4 ngam2 waktu azan zuhur.

Sampai dh we'ols di dpn pintu gate umah SIL4.Kalau u'ols nk tau,umah SIL ni atas bukit..sejuk...

Tempat yg mula2 menarik perhatian adalah gambar diatas..u'ols bleh teka tk apa agaknya.

Haa...nilh dier nyer.Haiwan peliharaan suami SIL4.

pic 1: Reban ayam
pic 2: Antara ayam yg dipelihara adalah ayam bulu balik.If u'ols nk tengok camner rupanya ayam bulu balik tu,klik gambar kasi besar ye.ayam ni mmg nmpk selekeh.tp rasanya tk tau plak Ell.:)Bnyk lg ayam kat dlm reban tu,berpuluh ekor gak la..mcm2 jenis,tp itu je yg sudi diambil gambar..heheheh
pic 3: Arnab ni asalnya sekor dua je,tp dh membiak bnyk n sekrng dh jadi berpuluh ekor gak.kalau ada permintaan,boleh dijual.Gambar yg Ell amik ni,antara arnab yg terawal dipelihara.Nmpk letih tu,sbb she baru melahirkan bb lebih kurang 2minggu.
pic 4: Cik Kam ni pun suami SIL4 pelihara gak.Ini sebenarnya bb jer..mak apaknya kemain besar lagi.kalau tk silap Ell bb ni baru umo 2bln.Total keseluruhan kambing ni ada 7ekor,tp semua besar2.. tk tanya plak baka apa.Klau u'ols tengok,bulunya pun cantik kaler white n brown kan...

Kolam ikan pun ada.Kolam ni dibuat betul2 tepi dapur rumah SIL4.Ada 2 kolam yg diisi ikan Talapia.Kolam ni bukan setakat utk cantik,agak2 dh sesak sgt takde lauk,sauk je ikan guna jaring then boleh masak n mkn..sedap tau rasa ikan talapia ni.Bnyk lah ikan ni,berpuluh2 ekor n pelbagai size.

C that lady yg berbaju merah tu..?itu MIL yer..tp apa buat kat situ ekk.Jom kita g terjah!!


Inilh die u'ols..kolam tuk kids mandi manda.Seronok ank2 Ell sekali sekala dpt mandi cenggini.Kolam ni bawah pokok manggis n betul2 tepi bukit.Kolam ni sentiasa dicuci dan dibiarkan kering..bila nk guna baru air ditadah penuh.

Ini view dr tepi kolam mandi tadi.Ank2 tangga yg menuruni bukit tu,adalah tempat menuju ke kolam memancing ikan kepunyaan suami SIL4.Hanya family members je yg boleh guna tangga ni.utk org lain,boleh guna entrance lain yg dh disedikan.Esok2 Ell citer pasal kolam memancing ni plak eh.
Bila hari dh nk petang tu,perut mula rasa lapar kan.Habis je kids mandi manda,maid SIL4 siapkan makan malam utk we'ols menjamu selera.Tk sampai sejam abis makan..Ell dh mcm ular sawa yg kekenyangan terus melengkor atas sofa n ketiduran smpai kesenja pun Ell tak sedar..hehehe..letih la beb.
Ok,bersambung next n3.Bye bye for now..
25th Nov 09~Sg Serai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...